Khamis, 15 April 2010

Kuasa wanita

KUASA PEREMPUAN

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari
perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang
disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan
keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat
dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul."
Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari
bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua
masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta
sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana
kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada
melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian
hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan
ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt
sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini
atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali
Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu
sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke
dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada
kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri)
selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat
dan puasanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut