Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang
saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang
terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot,
namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen
buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan
dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.
Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri.. Apa yang
akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati
dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.
Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan
memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung
mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi
air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat.
Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.
Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti
seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang
lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga
batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden
cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.
Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang
akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan
seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita
agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti.
Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim,
perlu belajar sehingga ke liang lahad.
Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau
dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri
arahan, sekarang berdegup cam gini....cam gini...Lepas tu, awak beri lagi
arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga
akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.
Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya.
Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat.
Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti
berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.
HARGAILAH JANTUNG ANDA.....
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah