Assalamualaikum... bertemu kembali di laman sesawang nih. Harapan agar Allah
melimpahkan hidayah dan i'nayahNYA utk kita terus berbakti selari dengan
kehendak syariat dariNYA.
Selawat serta salam kepada baginda junjungan yang telah menjadi contoh terbaik
sepanjang zaman.
Kita sambung perbincangan terdahulu, bagaimana nak kenal diri. kita kenal diri
maka kita akan kenal Allah pencipta kita. Dalam versi lalu, kita telah tahu
hubungan antara rambut dan kening, kuku dan gigi dan otak. kali ni kita nak
kenal beberapa part from our body. Para doktor bleh bantu kalau ada maklumat
yang salah.
Setiap insan adalah water proof kerana Allah telah ciptakan kulit yang meliputi
seluruh tubuh kita. bukan setakat water proof tapi wind proof cuma bukan fire
proof. kita sedia maklum bahawa dalam kulit kita ada tools yang Allah cipta agar
kita boleh merasa. dalam buku teks sains tingkatan 3 disebut deria. tak pon
nerve. semua ini diterokai dan dibuktikan melalui perkembangan sains perubatan
yang makin lama makin advance. Pemberian nerve ini adalah 1 nikmat yang tak
terhingga kepada manusia. kita dapat rasa sejuk, panas, suam² kuku, kerana tools
ini. bayangkan kalau kita takda nerve, dah tentu takde feel bila sentuh pipi
aqil yang mulus (kulit bayi bese la mulus, beso sok xda mulus lagi dah). kalau
nak test, suntik bius kat tangan tak pon mintak timah suntik bius kat gusi,
kompom ghase kembang je bibir tapi bile sentuh tak raser ape.
Akan tetapi bila kita renung ayat ke 56 surah An-Nisa'. Allah menyebut dengan
jelas ttg azab yang bakal diterima oleh org kafir. Allah guna perkataan
'nadhijat' iaitu hangus. maksudnya dibakar manusia itu hingga hangus kulit
mereka then Allah 'baddal' ganti dengan kulit baru yang lain. untuk apa diganti
semua tu? supaya mereka merasa azab siksa. Eh, kenapa perlu ganti kulit yang
baru? kenapa tak terus je bakar sampai jadi arang? Allah sesungguhnya maha tahu.
Bila penemuan demi penemuan di bidang sains perubatan ini, maka barulah manusia
tahu bahawa nerve akan 'mati dan hilang deria rasa kalau bersangatan panas atau
bersangatan sejuk. sebab itu Allah akan ganti dengan kulit baru, sebab bila dah
hangus kulit manusia tak rasa apa². Soalan, Zaman nabi dan sahabat dah ada ke
pengetahuan terhadap nerve ni? Maha suci Allah, iman mereka memang utuh.
duduk 2 - 3 menet kita renung. Iman kita tahap mana? slamat mencuba.
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah