Assalamualaikum.....
Pagi Isnin yang indah (dekat tengahari dah pon)... masih dalam blues lagik.... maklumlah baru lepas cuti...
Hari ni, nak berkongsi ttg masalah syirik.
Kita sedia maklum bahawa syirik adalah 1 1nya dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah terhadap hambaNYA. kenapa agaknya?
Cuba bayangkan situasi berikut:
Anda pulang dari opis dan terlihat pagar rumah anda (robek)... bila anda tanya isteri anda, dia ngaku bahawa dia 'ter' langgar ketika amik side. Anda marah tapi tak sampai cerai...
Seminggu lepas itu, anda pulang dari opis dan terlihat rumah anda sedang dijilat api, anak2 dan isteri anda berada dalam keadaan selamat di depan rumah.... bomba dan jiran tetangga bertungkus lumus memadamkan api yang melibatkan 30 buah rumah yang lain. Bila disiasat punca kejadian, isteri anda lupa nak padamkan api ketika panaskan lauk. Anda marah tapi tak sampai cerai.....
Setelah pindah ke rumah baru, Anda pulang untuk makan tengahari dari opis. Anda lihat anak2 anda sedang bermain game di ruang tamu. rumah berada dalam keadaan bersih, lauk pauk sudah terhidang di atas meja. Namun apa yang memeranjatkan, isteri anda bersama 'jantan' lain di atas katil anda. Anda marah????
Sebab tu la syirik ni Allah tak ampunkan dosanya... Jangan duakan Allah dengan sesuatu apa pun... Ikhlaskan lah niat semata2 kerana Allah.
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah