Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sains. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Februari 2012

Wudu' - Apa disebaliknya....

Entry ini di ambil dari Pemanis Kata (Jazakallah)





Apa pun keistimewaannya... ambillah wudu' kerana NYA, kerana ALLAH.
Alhamdulillah, Terima Kasih Ya ALLAH, terima kasih atas ilmu ini.

Rabu, 28 Julai 2010

Kajian berkaitan : Kencing Syaitan

Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya

(Al-Maidah : 90)

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan Negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu) , cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 million. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai “very important and attractive market” dengan melabur sebanyak US$ 20 million bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 million liter arak setahun.

Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon , hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol. Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama? Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza.Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen &hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai ruh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf.

Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya? Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya. Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol.

Perbuatan minum arak secara “tipu-tipu” dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya. Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk kedalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku. ….dan Gulp. Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan.

Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang “melarut”. Sekiranya terdapat anugerah “Paling Terlarut” antara unsure-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air.Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu..”Pemisah Darah dari Otak”, atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB).

Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi Blood Brain Barrier memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain. Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori “boleh merentasi Blood Brain Barrier”, seterusnya halal dimakan.

Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil “mabuk”.

Cerebral cortex yang terjejas akan menyebabkan pusat pemikiran menjadi luar kawal. Keupayaan deria juga akan berkurangan.Hal ini menerangkan mengapa orang yang mabuk seringkali mengambil tindakan di luar jangkaan yang mengakibatkan kemudaratan diri sendiri dan orang lain seperti terjun bangunan, berguling-guling di jalan raya mahupun terhuyung-hayag tidak tentu arah. Kebiasaannya apabila ditanya kembali aktiviti yang dilakukan ketika sedang mabuk, mereka pasti tidak mengingatinya kerana ketika itu kerosakan cerebral cortex berlaku.

Terjejasnya limbic system pula menyebabkan seseorang terlampau emosi. Pemabuk yang marah akan menjadi bertambah tambah tambah marah manakala pemabuk yang gembira akan menjadi terlampau lampau lampau gembira diluar kebiasaan fitrah manusia. Hal ini menerangkan kebiasaan pemabuk senyum-senyum sendiri, murung yang teramat dan kadang-kadang “tiada ekspresi”.

Cerebellum pula pada asalnya bertugas mengawal pergerakan-pergerakan badan yang memerlukan fokus dan teliti. Contohnya seperti menulis dan melukis. Terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat. Sekiranya anda terserempak dengan pemabuk, cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri.Pasti mereka tidak mampu melakukannya, kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi.

Medulla pula mengawal aktiviti luar kawal seperti pernafasan, degupan jantung dan kerdipan mata. Terdapat risiko pernafasan akan berhenti secara tiba-tiba, degupan jantung terlampau cepat atau terlampau lambat berkerja, selalunya dipanggil sebagai “jantung yang bercuti selepas berparti” (Holiday Heart).Boleh jadi mata pemabuk akan berkedip tidak henti-henti ataupun langsung tidak berkedip.

Selain daripada terjejasnya pusat kawalan otak, bahagian-bahagian badan lain yang akan terjejas adalah terlampau banyak sehingga tidak mampu disenaraikan disni. Antaranya kanser mulut, lidah, dan esofagus. Kanser hati, cirrhosis, dan hepatitis. Penyakit jantung, darah tinggi dan strok. Untuk wanita yang mengandung, kemungkinan besar akan mengalami penyakit “Fetal Alcohol Syndrome” . Antara ciri-ciri bayi dengan Fetal Alcohol Syndrome adalah kepala dan otak yang kecil, terlampau aktif, koordinasi yang lemah dan kurang akal.(mentally retarded)

Indahnya Islam bukan sahaja melarang orang-orang beriman minum arak, malah melarang umat Islam mendekatinya.Larangsn tersebut lengkap ditujukan daripada penanam anggur untuk dibuat arak, penuai, pembawa, pekerja lori, pekerja kilang, pekerja kedai, bos kedai, pelayan, pemesan dan peminum. Berlainan dengan Amerika Syarikat yang mengambil “langkah berjaga-jaga” dengan menetapkan bahawa pembelian arak yang “halal” di sisi undang-undang adalah apabila telah berumur 21 tahun dan ke atas. “Langkah berjaga-jaga” ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti peminum arak malah mendatangkan kerugian kepada negara sehingga terpaksa menubuhkan National Institute On Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA).

Secara umumnya, agama Islam dan kepercayaan-kepercayaan lain mempunyai pandangan yang sama dalam hal pelarangan arak. Al-Quran jelas menyatakan pengharamannya (antaranya) melalui surah Al-Maidah ayat 90 & 91 .

Kepercayaan Buddha juga menolak arak dalam salah satu daripada lapan Precepts of Buddhism , dengan menyatakan “Orang-orang Buddha perlu menahan diri daripada liquor”. Pengamal Buddha juga dilarang untuk menjual liqour sebagai sumber perncarian.

Dalam bible, the Book of Proverbs Chapter 23:29-33 ada “menasihatkan”, “Do not look at wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly.At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things, and your mind utter perverse things” ..

Manakala tokoh Hindu, Thiruvalluvar ada “berpesan”, “they that drink liqour are no other than poison drinkers and therefore do not differ from dead man.”

Alhamdulillah sebagai muslim yang faham, sebab yang paling utama untuk kita jauhi arak adalah kerana ia adalah larangan daripada Allah, dan bukannya kerana terbukti oleh kajian intelektual bahawa arak tersebut memudaratkan. Sekiranya pada suatu hari nanti akan terciptanya arak yang memabukkan tetapi tidak memudaratkan adakah kita akan meminumya?

Persoalan yang lebih penting adalah bagaimana mengajak masyarakat sekeliling kearah penjauhan arak menggunakan ilmu yang kita ketahui? Dan tidaklah sesuatu ilmu itu dipelajari melainkan untuk diamalkan. Semoga dengan adannya pengetahuan mengenai arak ini dapat merealisasikan “masyarakat yang jauh dari larangan-larangan Allah”..Amin


Unta

Aku tercari-cari artikel yang memperincikan kehebatan unta nih... dan akhirnya Allah telah memberi hidayahNYA kepadaku untuk menempelkan penemuan tersebut disini. Terimalah UNTA.

Lima puluh lima darjah celcius adalah suhu yang panas membakar. Itulah cuaca yang amat panas di padang pasir, daerah yang nampak tidak bertepi dan terhampar luas sehingga di kejauhan. Di sini terdapat ribut pasir yang menelan apa saja yang dilaluinya, dan ianya sangat mengganggu pernafasan. Padang pasir bererti kematian yang tidak dapat dielakkan bagi seseorang tanpa pelindungan yang terperangkap di dalamnya. Hanya kenderaan yang secara khusus dibuat untuk tujuan ini sahaja yang dapat bertahan dalam keadaan gurun ini.

Kenderaan apapun yang berjalan dalam keadaan yang panas menyengat di gurun pasir harus direka untuk mampu menahan panas dan terpaan ribut pasir. Selain itu, ia harus mampu bergerak jauh dengan sedikit bahan bakar dan sedikit air. Mesin yang paling mampu menahan keadaan sulit ini bukanlah kenderaan bermesin, melainkan seekor binatang yakni unta.

Ya
unta!! Atau nama inggerisnya "Camel" .

Unta telah membantu manusia yang hidup di gurun pasir sepanjang sejarah, dan telah menjadi simbol bagi kehidupan di gurun pasir. Panas gurun pasir boleh menjadi penyebab kematian bagi makhluk lain. Selain sejumlah kecil serangga, reptilia dan beberapa binatang kecil lainnya, tidak ada binatang yang mampu hidup di sana. Unta adalah satu-satunya binatang besar yang dapat hidup di sana. Allah telah menciptakannya secara khusus untuk hidup di padang pasir, dan untuk melayani kehidupan manusia. Allah mengarahkan perhatian kita pada penciptaan unta dalam ayat berikut:

أَفَلا يَنْظُرُونَ إِلَى الإبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan.

(QS. Al-Ghaasyiyah, 88:17)

Jika kita amati bagaimana unta diciptakan, kita akan menyaksikan bahawa setiap bahagian terkecil dari unta adalah keajaiban penciptaannya. Yang sangat diperlukan pada situasi panas membakar di gurun adalah air tetapi sulit untuk bertemu dengan air di sini. Menemukan sesuatu yang dapat dimakan di hamparan pasir tidak bertepi juga nampak mustahil. Jadi, binatang yang hidup di sini harus mampu menahan lapar dan haus, dan unta telah diciptakan dengan kemampuan ini.

Unta dapat bertahan untuk hidup sehingga lapan hari pada suhu lima puluh darjah celcius tanpa makanan atau minuman. Ketika unta yang mampu berjalan tanpa minuman dalam waktu lama ini bertemu dengan sumber air, ia akan menyimpannya. Unta mampu meminum air sebanyak satu pertiga berat badannya dalam waktu sepuluh minit. Ini bererti kira-kira seratus tiga puluh liter dalam sekali minum dan tempat penyimpanannya adalah di bonggol unta. Sekitar empat puluh kilogram lemak tersimpan di sini. Hal ini menjadikan unta mampu berjalan berhari-hari di gurun pasir tanpa makanan.

Kebanyakan makanan di gurun pasir adalah kering dan berduri. Namun sistem pencernaan pada unta telah diciptakan sesuai dengan keadaan yang sulit ini. Gigi dan mulut binatang ini telah dirancang untuk memungkinkannya memakan duri tajam dengan mudah. Sungguh hebat Sang Unta ini bukan ??

Perutnya memiliki rekaan khusus dan tersendiri sehingga cukup kuat untuk mencerna hampir semua tumbuhan di gurun pasir. Angin gurun yang muncul tiba-tiba biasanya menjadi pertanda kedatangan ribut pasir. Butiran pasir menyesakkan nafas dan membutakan mata. Tetapi, Allah telah menciptakan sistem perlindungan khusus pada Unta sehingga ia mampu bertahan terhadap terpaan ribut pasir ini. Kelopak mata Unta melindungi matanya dari debu dan butiran pasir.

Namun, kelopak mata ini juga "transparent" atau tembus cahaya, sehingga Unta tetap dapat melihat meskipun dengan mata tertutup. Bulu matanya yang panjang dan tebal khusus diciptakan untuk mencegah debu masuk ke dalam matanya. Terdapat pula rekaan khusus pada hidung unta. Ketika ribut pasir menerpa, ia menutup hidungnya dengan penutup khusus. Canggihkan ciptaan Allah?? Subhanallah.

Salah satu bahaya terbesar bagi kenderaan yang bergerak di gurun pasir adalah terjerumus ke dalam pasir. Tetapi ini tidak terjadi pada Unta, sekalipun ia membawa muatan seberat ratusan kilogram kerana kakinya diciptakan khusus untuk berjalan di atas pasir. Telapak kaki yang lebar menahannya dari tenggelam ke dalam pasir dan berfungsi seperti papan luncur ais. Kaki yang panjang menjauhkan tubuhnya dari permukaan pasir yang panas membakar di bawahnya. Tubuh Unta tertutup oleh rambut lebat dan tebal. Ini melindunginya dari sengatan sinar matahari dan suhu padang pasir yang dingin membeku setelah matahari terbenam.

Beberapa bahagian tubuhnya dilitupi sejumlah lapisan kulit pelindungan yang tebal. Lapisan-lapisan tebal ini ditempatkan di bahgian-bahgian tertentu yang bersentuhan dengan permukaan tanah saat ia duduk di pasir yang amat panas. Ini mencegah kulit unta agar tidak terbakar. Lapisan tebal kulit ini tidaklah tumbuh dan terbentuk perlahan-lahan tetapi unta memang dilahirkan sedemikian. Rekaan khusus ini memperlihatkan kesempurnaan penciptaan unta.

Marilah kita renungkan semua ciri-ciri unta yang telah kita saksikan. Sistem khusus yang memungkinkannya menahan haus, bonggol yang memungkinkannya berjalan tanpa makanan, struktur kaki yang menahannya dari tenggelam ke dalam pasir, kelopak mata yang tembus cahaya, bulu mata yang melindungi matanya dari pasir, hidung yang dilengkapi rekaan khusus anti-badai pasir, struktur mulut, bibir dan gigi yang memungkinkannya memakan duri dan tumbuhan gurun pasir, sistem pencernaan yang dapat mencerna hampir semua benda, lapisan tebal khusus yang melindungi kulitnya dari pasir yang panas membakar, serta rambut permukaan kulit yang khusus dirancang untuk melindunginya dari panas dan dingin.

Tidak satupun dari semua ini dapat dijelaskan oleh logik teori evolusi dan kesemuanya ini menyatakan satu kebenaran yang nyata iaitu Unta telah diciptakan secara khusus oleh Allah untuk hidup di padang pasir dan untuk membantu kehidupan manusia di tempat ini. Begitulah, kebesaran Allah dan keagungan ciptaan-Nya nampak nyata di segenap penjuru alam ini dan Pengetahuan Allah meliputi segala sesuatu. Allah menyatakan hal ini di dalam ayat Al-Quran:

إِنَّمَا إِلَهُكُمُ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ وَسِعَ كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا

Sesungguhnya, Tuhanmu hanyalah Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia. Pengetahuan - Nya meliputi segala sesuatu.

(QS. Thaahaa, 20:98)

Kredit kepada: Md Syarafuddin Bin Tukijan

Beautiful Eyes

Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan penuh kesempurnaan, keindahan
dan keajaiban. Teringat sebuah doa yang diajar Nabi untuk dibacakan apabila mendengar
pujian daripada insan bergelar manusia.

اللهم لا تؤاخذني بما يقولون ، واغفر لي مالا يعلمون واجعلني خيراً مما يظنون

" Ya Allah janganlah kamu mengapa-apakanku kerana apa yang disebut oleh mereka, dan ampunkankan daku berkaitan perkara yang mereka tidak ketahui (dan jadikanlah daku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan. "
(Riwayat Abi Syaibah, no 35703, 7/242 ; At-Tarikh Al-Kabir, 2/58)

Bersyukur sungguh kerana Allah mengingatkan manusia untuk mengembalikan segala pujian dan kehormatan yang dikurniakan kepada manusia kembali kepada kuasa yang Maha Pemberi Kurnia iaitu Allah. Pada hakikatnya segala-galanya yang diciptakan adalah milik Allah. Manusia tidak mempunyai daya dan kuasa untuk mencipta dan menguasai sesuatu perkara tanpa izinNya.

Fikirkan bahawa;

" Manusia ni tak hebat langsung. Nak cipta bulu mata sendiri pun tak boleh! "

Bahkan, anggota dan deria pada diri kita sendiri tertakluk kepada kekuasaanNYA.

" Tahukah anda 'beautiful eyes' yang kita miliki sekarang terdiri daripada apa? "

Cuma air, lemak(lipid), gula (glucose), 'receptor' yang diperbuat daripada 'protein' dan saraf yang diperbuat daripada serat. Semua bahan-bahan ini boleh didapati dari dapur rumah masing-masing. Subhanallah. ALLAH MAHA PENCIPTA

" Bagaimana dengan bahan-bahan asas sebegini mampu menghasilkan fungsi yang menakjubkan? "

Daripada bahan yang sama juga mampu menghasilkan 'Beautiful eyes' yang 'bervariasi' warnanya. Terdapat manusia yang bermata biru, coklat, coklat pekat, coklat cair, kelabu, hijau dan lain-lain. Rahsia sebenarnya terletak pada struktur bernama 'iris' yang mempunyai ketebalan melanin yang berbeza. Contohnya, manusia yang mempunyai lapisan melanin yang nipis akan menzahirkan warna mata sebagai biru, iaitu warna 'salur darah vena' yang membawa 'deoxygenated blood' yang terdapat di belakang 'iris'. (Jika tak percaya, boleh tanya doktor mata di klinik kerajaan atau swasta yang terdekat).

Walaupun 'beautiful eyes' kita yang diperbuat dengan bahan asas itu menghasilkan 'kerja' yang menakjubkan (boleh melihat dengan tepat dan jelas), namun kadang-kadang 'beautiful eyes' kita akan memberi gambaran yang salah terhadap sesuatu perspektif. Pada hakikatnya ialah x, mata memberi gambaran y, dan kita pula membuat kesimpulan z.

Cuba perhatikan garisan biru dalam gambar berikut :


Nampak seperti senget bukan? Pada hakikatnya, garisan tersebut lurus!
Kenapa tak percaya?


Terbukti melalui ujian mudah ini bahawa kita sendiri tidak mampu mengawal deria yang ada pada diri kita kerana segala-galanya adalah dibawah kawalan Allah. Sebagai tanda kesyukuran dikurniakan 'beautiful eyes' dan nikmat yang pelbagai maka menjadi tanggungjawab kita untuk menzahirkan kesyukuran kita dengan menggunakan 'beautiful eyes' kita untuk memerhatikan perkara yang 'halal' serta menundukkan pandangan terhadap perkara yang 'haram' sesuai dengan jalan yang diredhaiNya .

Namun kehidupan ini, dihiasi dengan pelbagai 'ilusi optik' yang mengelirukan lagi menyesatkan. Perkara yang jahiliyah dan buruk dilihat cantik dan mempesonakan manakala yang baik dan wangi dijauhi dan ditolak ke tepi. Ini dibuktikan melalui kisah dialog Iblis dengan Allah swt :

Firman Allah yang bermaksud :

“Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?" Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil." Tuhan berfirman: "Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup. Dan tariklah sesiapa yang kamu sanggup di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan berilah janji kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga." (Al: Isra : 62-65)

Sepatutnya, semuanya perlu dilihat melalui kaca mata dan hati yang suci mengikut neraca Ilahi. Moga-moga hidup diberkati dan diredhai. Semoga 'beautiful eyes' kita berkelayakan untuk melihat dengan Penciptanya di syurga nanti.



Kredit kepada:
Ilmi Nadhrah Katiman
Diedit semula by me.

Senarai Blog Saya

Pengikut