Memaparkan catatan dengan label Al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-Quran. Papar semua catatan

Jumaat, 3 September 2010

Adab Tilawah

‎Badan dan pakaian, tempat, suci dari najis, dan ada wudhu (Abu Dawud, Tirmidzi, Thabrani, Hakim)

Membaca dengan penuh rasa takut pada Allah (Baihaqi) * Al Quran adalah kalamullah, perkataan yg maha segalanya.

..membaca dengan tajwid dan tartil (Abu Dawud)

Membacanya dengan qiraat arab, haram membacanya dengan nada ...nyanyian (Baihaqi, Thabrani, Hakim)

Seseorang yang sudah menghafal alquran, atau sebagian ayat alquran, jangan mengatakan "aku lupa ayat ini..." tetapi katakanlah "aku dilupakan oleh Allah ayat ini..."(Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad)

Al Quran tidak boleh dilangkahi (Ibnu Hajar)

Al Quran tidak boleh dijadikan bantal atau alas (Thabrani, Baihaqi)

Khamis, 29 April 2010

Mutiara Kata

“Cara menambahkan keyakinan itu bukanlah
dengan mengajar keterampilan berdebat dan berhujah
akan tetapi caranya adalah
menyibukkan diri dengan membaca Al Quran dan tahfiznya,
membaca hadis dan maknanya
serta sibuk dengan tugas-tugas ibadah.
Dengan ini akidah anak-anak akan bertambah kukuh…”
- Imam Al Ghazali

Selasa, 27 April 2010

Tip-tip memupuk dan membina keyakinan diri

Dengan Allah:

Bergantung hanya pada Allah. meletakkan kebergantungan hanya pada Allah. letak Allah dahulu berbanding yang lain. 'Inna Lillah Wa inna illaihi raji'un'

Jaga solat 5 waktu. tingkatkan kefahaman terhadap solat dan cari bagaimana mengapai rasa khusyu'.

Sentiasa merasa berdosa terhadap Allah lalu sentiasa bertaubat terhadap kesilapan dan kesalahan samada kecil atau besar, sengaja atau tidak.

Baca al-Quran dan bertadabbur dengannya. melazimi membaca al-Quran beserta memahami maknanya.

Berzikir dengan wirid-wirid tertentu secara konsisten dan istiqamah. setiap hari kita mohon petunjuk dari Allah agar ditunjukkan jalan yang mustakim, iaitu jalan yang konsisten menuju Allah. maka kita kena usaha untuk menuju ke arah itu.

Dengan diri sendiri:

Percaya pada diri. katakan anda boleh. anda adalah khaira ummah.

Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif. hindari rasa malu tak bertempat.

Lihat kelebihan diri dan kaji serta perbaiki kekurangan yang ada. anda lebih tahu tentang diri anda berbanding orang lain.

Sentiasa berfikiran positif.

Sentiasa bersedia. jangan bertangguh daripada mencuba. gali dan cari ilmu terhadap benda yang anda tidak tahu.

Hargai diri. jangan jebakkan diri andan kelembah kehancuran.

Tabah dan cekal terhadap sebarang dugaan dan cubaan.

Dengan orang lain:

Pilih kawan dan komuniti yang cemerlang.

Elakkan daripada mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda.

Cari role model atau qudwah hasanah dan sebaik-baiknya ialah Rasulullah.

Maafkan kesalahan orang lain dan ringankan mulut untuk memohon maaf atas kesalahan diri.

Bergaul dengan teman dan individu yang berkeyakinan serta mendorong untuk maju kehadapan.

Berhenti dari membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain.

*dipetik dari Solusi isu #17

Senarai Blog Saya

Pengikut