Rabu, 18 Disember 2019

WAWASAN 2020 DIRIMU : JANGAN SINGKIR ORANG-ORANG BERIMAN DARI MENJADI TEMAN YANG MENEGUR KEHIDUPANMU


Mengapa Nabi Nuh a.s. melafazkan “Aku tidak akan menghalau orang-orang beriman dari sisiku” ?
Kerana lafaz seterusnya iaitu “sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka” menjelaskan bahawa Nabi Nuh menyedari bahawa Allah akan pertanggungjawabkan tindakannya sekiranya menyingkirkan orang-orang beriman dari sisinya meskipun miskin dan dipandang hina di mata masyarakat.
Ayat seterusnya pula menjelaskan lagi ketakutan Nabi Nuh a.s. untuk berdepan dengan Allah SWT, siapa boleh membantu aku menjawab soalan Allah kelak di Akhirat seandainya dia bertanya mengapa aku singkirkan mereka dari sisiku hanya semata-mata mahu memberi tempat kepada pemimpin-pemimpin berkuasa yang tidak senang dengan pengikut-pengikutku yang miskin tetapi beriman.
IBRAH : Adakah wawasan 2020 kita sudah dimasukkan agenda menambah rakan-rakan beriman yang boleh menegur tindak tanduk dan perkataanku atau 2020 tahun aku singkirkan mereka demi mengaut kekayaan dan keuntungan hidup yang lebih banyak ?
“Afala tazakkarun” di hujung ucapan baginda yang dirakamkan Allah bermakna “janganlah keghairahan mengejar dunia membuatkan kalian lupa apa yang seharusnya kalian sangat-sangat kena beringat”.
Rujukan :
Tafsir Surah Hud
Mutawalli Sya’rawi r.h.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut