Khamis, 15 April 2010

Niat, Solat & Lalat

Salam kabare...

di doakan agar tuan², puan², anak² sedara, cucu, ipar duai serta semua muslimin
muslimat seantaro alam berada dibawah lindungan kasih sayang Allah.

atas permintaan K. Intan, saya nak berkongsi maklumat lain berkaitan solat.

Kita sedia maklum bahawa Allah menciptakan sesuatu itu bukan lah sia² melainkan
ada tujuan dan hikmahnya. amik contoh lalat. apa pekdahnya lalat? kotor,
irritating (org jawa cakap la), pembawa kuman, berdengung (jgn maknakan sebagai
berdengkur ek) dan pelbagai macam rasa tak best. Akan tetapi kerna lalat itu
diciptakan oleh Allah, sebenarnya terdapat pelbagai rahsia tersembunyi ttg
kebaikan lalat ni... contohnya lalat bertindak sebagai agen pengurai bangkai dan
sampah. tanpa lalat yang bertelur maka sampah sarap tak terungkai. dia juga agen
pengangkutan bagi kuman. kire mcm kite kapal terbang ar. 2 sayap lalat mempunyai
racun dan penawar. sayapnya juga Allah jadikan sebagai perbandingan dengan nilai
dunia. 'jika timbangan nilai dunia ini seberat sayap
lalat, nescaya Allah haramkan org kafir dari meneguk walau setitis air'. heheheh
hebat tak lalat nih. Kerna adanya lalat, maka terbinalah kilang pemukul lalat,
ramai org bleh kerja makan gaji bersumberkan rezki yang halal. tercipta pelbagai
hasil inovasi bagi mencegah lalat atau memerangkap lalat. hebat tak Pencipta
lalat nih.

Oleh kerana itu, kita sebagai manusia yang dikurniakan akal harus tahu untuk apa
kita diciptakan, matlamat utama, tujuan utama serta visi dan misi kita. dalam
ayat 56 - 57 yang cukup terkenal terletak di dalam surah Adz-Zariyat Allah sebut
dengan terang dan jelas tentang perkara ini. 'Dan Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka menyembahKu, Aku tidak menghendaki rezki sedikit
pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan'.
Allah bagi kompom ttg SUH (Sasaran Untuk Hidup kire mcm SKT) atau KPI (Key
Performance Index) pada kita seribu pat ratos tahun nan silam. pernah tak kita
sukat? pernah tak kita ukur? pernah tak kita merangka untuk mewujudkan sebarang
Pelan Tindakan Ibadah kepada ALLAH? jawap pelan². dalam ayat di atas gak Allah
kasi kompom bahawa Allah tak hingin pon kite bagi rezki kat Allah dan di tahkik
/ taukid / sahkan semula bahawa Allah tak perlu kepada sebarang penyediaan
makanan. so tak perlu le menurun depan pokok ke kubur ke bawak ayam panggang
pulut kuning bagai. tu membazir namanya.

perkataan menyembah atau dalam bahasa ibunda kita 'ibadah' yang dipetik dari
ayat di atas merujuk kepada segala amal perbuatan yang di dasari niat kerana
Allah. selari atau sejajar dengan kehendak hadis nabi 'Segala pekerjaan /
perbuatan itu hendaklah dimulakan dengan niat'. So, apa sahaja perilaku kita
samada yang rasmi atau tidak hatta korek idung sekalipun kalau di niatkan kerana
Allah adalah dikira ibadah dan beroleh pahala. best tak?

soalan
Niat kerana Allah tu cemana? adakah cukup sebut kerana Allah tapi tak rasa pape
dalam hati terpakai? (pinjam bahasa undang²). nak rase ape dalam hati?

time nilah gunanya interaksi serta komunikasi kita dengan Allah yang telah
diterangkan sebelum ni. melalui latihan yang istiqomah (mustakim) maka kita akan
rasa bahawa kita ada Allah tempat nak bergantung dan tempat kita ngadu
sepenuhnya. Make sure kerana Allah, harapkan redha Allah bukan kerana syurgaNYA
atau untuk beroleh pahala dariNYA. Masuk syurga atau tidak (it means neraka)
adalah berdasarkan rahmat dan kehendak dari Allah, manakala pahala adalah hak
Allah nak bagi ke tak bukan kuasa kita. kita sebagai hamba ni buat je. Serah
sepenuhnya kepada Allah. Cumanya, Allah dah JANJI kalau buat A akan dapat sekian
dan kalau buat B akan dapat sekian. Logik akal yang dikurniakan juga dari Allah
menilai bahawa Allah arahkan manusia agar berpegang pada janji, so Allah juga
begitu. Maha suci Allah dari segala sifat² kekurangan.

Cuma ada satu pekerjaan yang tak memerlukan kita niat tapi beroleh pahala bila
buat. Hanya 1 iaitu baca quran atau bahasa waktu kecik dulu ngaji. ngaji la
bebila pun (dalam tandas jgn ar) Allah janjikan ganjaran pahala.

Mengapa solat?
Solat atau sembahyang adalah merupakan gaya sembahan yang paling mulia di sisi
Allah. bermula takbiratul ihram hingga lah ke salam diisi dengan pujian,
gerakan, doa dan tumpuan hanya untuk Allah. Sedar atau tidak bahawa hanya ibadah
solat yang diberi direct kepada nabi daripada Allah ketika peristiwa besar Isra'
Mikraj. tidak seperti ibadah lain haji atau puasa yang hanya melalui perantaraan
wahyu disampaikan oleh malaikat Jibril. Important is it? bayangkan jika kita
slalu dapat arahan direct dari pengarah or pensyarah or menteri or sultan
melalui macai²nya, tapi satu kali tu dorg ni panggil masuk bilik dan bagi arahan
khusus utk kita. bangga tak? gembira tak? bukan ke cara tersebut menggambarkan
bahawa kita ni seolah² jadi org paling diharap utk laksanakan tugas tersebut?


Yang diberi arahan direct terima perintah solat adalah Nabi Muhammad yang
merupakan wakil manusia dan bukan dari kalangan jin. lembu tak terima, kambing
tak masuk, gajah juga tak kerna mereka ini dari kalangan haiwan. sebab tu lembu,
kambing, gajah, itik, kera and the list goes on termasuk la menatang yang haram
dimakan TAK DIWAJIBKAN solat. so, kalau kita sebagai manusia tak solat setaraf
ke kita ni dengan manusia yang solat? atau kita hanya setaraf dengan menatang²
lain? fikir-fikirkan. macam agak kasar perumpamaan ini, tapi itulah
kenyataannya. And for the girls / ladies, nampak tak Allah begitu sayang kalian
hingga Allah bagi cuti khas setiap bulan. TQ Allah TQ very² much.

keluaran akan datang kite tgk lak apa lebihnya solat berbanding ibadah lain.
Insya Allah

Ya Allah pandulah kami menuju jalanMU

*ps... penulis kompius antara lalat atau nyamuk... haraf dimaafkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut