Khamis, 15 April 2010

Syukur

Sedar tak sedar dah sampai versi ke 4 dah... huhuhuhuh. TQ Allah kerna bagi
ilham untuk taip, bagi kudrat utk tekan kekunci, bagi mata utk tgk monitor dan
bagi peluang utk ingat padaMU.

Dalam versi ini kita nak belajar untuk bersyukur dan berterima kasih pada Allah.
Bagaimana caranya? just say TQ Allah. setiap masa, setiap keadaan. waktu happy
mahu pun sedih.Sebenarnya banyak keadaan kita jarang berterima kasih pada Allah.
bila tak berterima kasih maka kita tak kan dapat nikmat menghargai apa yang kita
dapat.

Contoh terdekat, kejayaan PMR baru² ni... majlis perkahwinan yang baru
berlangsung, dapat bonus bagi kakitangan awam serta pelbagai nikmat yang tak
hitung. Seharusnya kita merasa malu pada Allah tatkala dia pemberi nikmat tetapi
kita kurang hargai.

Insya Allah dengan latihan komunikasi yang kita wat, akan membuatkan kita
menjadi antara insan yang selalu berterima kasih kepada Allah yang membawa
kehidupan dan mendatangkan kematian.

Setelah di datangkan 4 step yang ringkas ni. kita cuba latih diri utk slowly
amalkan. Nescaya anda akan merasakan satu pengalaman baru dalam kehidupan yang
mana sebenar begitu 'Indah Hidup Bertuhan'. Percaya atau tidak, jika manusia
faham akan gaya hidup bertuhan tidak akan timbul rasa sunyi, boring, tatau nak
wat ape dan beberapa sifat negatif yang lain. Kerana masa kita akan terisi
dengan perbualan demi perbualan dengan Allah.

Pernah tak kita merasakan solat yang terbaik dalam hidup. solat isya memakan
masa berjam (walaupun solat berkualiti bukan diukur dengan masa). Rasa damai
dalam solat dengan komunikasi berterusan dengan Allah. Rasa kehambaan bila
berada di hadapan Allah. Rasa syukurnya kita dikurniakan akal dapat merasai
kenikmatan iman. Rasa syukurnya kita dikurniakan sepasang ayah dan ibu yang
komited memberi nasihat kearah ketuhanan tanpa rasa jemu.

dalam versi seterusnya akan diterangkan serba sedikit ttg nilai tambah tatkala
solat.... salam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut