Lepas kita belajar untuk mintak izin, next step is, kita belajar untuk
bertawakkal pada Allah lak. untuk anak² sedara yang tak brape nak paham tawakkal
ni ape... bahasa ringkasnyer tawakkal ni kita serah. tak kira lah serah kunci
ke, serah diri ke atau serah surat dari cikgu pada mama.
Contohnya:
Ummi tugaskan syem untuk bentang karpet.
or
Abuyah mintak fatimah watkan nescafe 3 in 1
contoh di atas nak bagitau bahawa kita serah tugas atau harap pada seseorang
untuk sempurnakan kehendak dan keperluan kita. Penyerahan yang dibuat beserta
tanggapan dan keyakinan bahawa tugas yang diberi 'consider done' tanpa rasa
risau, tanpa rasa was was, tanpa ada ragu.
bila kita dah serah tugas atau barang pada org lain, kita dah tak pikir dah pada
perkara tu. sebab kita yakin dan percaya pada org yang kita serah.
Maka konsep tawakkal ialah kita serah dengan sepenuh hati urusan dunia dan
akhirat kita pada Allah tanpa rasa ragu dan was². dan bila kita dah serah,
takyah pikir pasal menda yg kita dah serah sebab ianya dah menjadi urusan Allah.
Contohnya:
seorg ibu nasihatkan anak agar belajar rajen². dan si ibu amat berharap anaknya
terima dan dengar nasihat tersebut. anak lak blajar kat asrama. si ibu harus
menyerahkan urusan anaknya pada Allah tanpa perlu risau dan runsing.
Penyerahan kepada Allah ni mmg satu benda yang sukar untuk dibuat kerana kita
merasa kita ada 'kuasa' terhadap benda tersebut. padahal kita tertipu oleh pujuk
rayu syaitan yang cuba memesongkan kita dari berharap hanya pada Allah.
kalau tak percaya, cuba buat situasi berikut:
lunch hour, sebelum keluar doa macam ni "Ya Allah, aku lapar. aku nak makan
tengahari tapi aku tatau nak makan ape. Pilihkan aku makanan yang sesuai untuk
tubuh badan ku. Engkau maha positif Engkau juga maha penyayang. aku serah urusan
pemilihan ini pada MU" then keluar tanpa memikirkan kita nak makan apa dan
saksikan apa yang berlaku. jgn letak sebarang harapan kita nak makan menu
tertentu. keluar dan p kedai makan. jgn lak p kedai kasut... takde org amik
order disitu.
Bila kita dah serah urusan kita pada Allah, kita tak perlu fikir dah urusan
tersebut. sebab kalau kita fikir, seolah² kita tak yakin bahawa Allah mampu
uruskan untuk kita. kalau pun terfikir, sebut je macam ni "Ya Allah, urusan ini
aku serah padaMU" dan kita continue buat menda lain.
Pastikan bahawa kita letak penyerahan 100% pada Allah bukan pada makhluk atau
menda lain. seorg mamat yang nak interview masuk tentera mintak pendapat sorg
ustat. ustat tu kata tawakkal pada Allah. mamat tu kate saye mmg tawakkal pada
Allah, tapi saya pakai spek boleh ke diterima? ustat tu kate engkau bukan
tawakkal pada Allah tapi tawakkal mu pada spek.
So renung semula tawakkal kita selama ini dimana? apa yang kita serah? betul ke
kita serah? bape peratus penyerahan kita? keyakinan kita pada Allah adakah
sampai tahap 'consider done'? bak kata nabil 'lu pikirlah sendiri'
kita jumpa lagi versi 3 salam.
Ya Allah kurniakan hidayah kepada pembaca penulisan ini agar mendapat kefahaman
yang mendalam dalam mengenaliMu
Saya, anda dan kita semua hanya INGIN jadi baik, belum benar-benar jadi baik. Maka bermujahadahlah untuk jadi baik. “Ya Allah, andainya hari ini hari kepulanganku, maka jadikanlah semua aktivitiku sebagai kebaikan di sisimu”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog Saya
-
-
THE RISE OF CHINASeminggu yang lalu
-
Goodnight, Sleep Tight2 minggu yang lalu
-
Bertemu Ahli Syurga?4 minggu yang lalu
-
Rahsia Kurus dengan Set Kurus ShakleeSetahun yang lalu
-
Nigerian workers strike over cost of living crisisSetahun yang lalu
-
Lekuk Covid-19 mula landai, rakyat disaran terus patuh SOP3 tahun yang lalu
-
SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA DI SABAH!6 tahun yang lalu
-
I CUT APPLE A PARENTING6 tahun yang lalu
-
Quranpedia: Revolusi Penjanaan Ilmu dan Ekonomi Abad ke-217 tahun yang lalu
-
-
Mari Berkebun8 tahun yang lalu
-
[#JPHBT: FIKIR BILA PERLU 2]8 tahun yang lalu
-
G25 : ANTARA KEEGOAN DAN KEJAHILAN BERAGAMA9 tahun yang lalu
-
Keutamaan Ilmu Pengetahuan9 tahun yang lalu
-
Demam Liga Super 20159 tahun yang lalu
-
Kembali memblog part 210 tahun yang lalu
-
Cerpen - Hikayat Republik Seribu Lauk11 tahun yang lalu
-
Breast Cancer..Not Every Woman Needs to Follow Angelina Jolie11 tahun yang lalu
-
Karya Baru Gua #CeritaSeram12 tahun yang lalu
-
-
Bersabarlah wahai pemilik hati12 tahun yang lalu
-
Hikayat Lubang Najis : Realiti Masa Kini, Di Manakah Anda?12 tahun yang lalu
-
KHATY13 tahun yang lalu
-
Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks14 tahun yang lalu
-
KEMAS vs INFRA = GEMPAK siotttt.....15 tahun yang lalu
-
-
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah