Selasa, 27 April 2010

Rendah Diri

Seorang sufi pernah berkata :
"Biarlah aku sederhana pada pandangan orang lain,
rendah pada pandangan diri sendiri dan
tinggi pada pandangan Allah"

Rendah pada pandangan diri di sini bukan bermaksud menghina diri, tetapi bermaksud tidak memiliki sifat sum'ah dan ujub.

sum'ah = suka kepada pujian orang lain terhadap diri.
ujub = berasa takjub ke atas kelebihan diri.

rendah diri itu ialah tawadduk. iaitu, merasa diri belum baik, lantas terus memperbaiki diri dengan menambah kebaikan yg ada. Rendah diri juga bermaksud rasa belum puas dengan amalan yang ada, lalu berusaha menambah amalan tersebut dengan amalan sunnah yang lain. Rendah diri juga mendorong rasa sentiasa berdosa, lalu hati selalu merintih memohon ampun kepadaNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut