Khamis, 15 April 2010

Akal & Nafsu

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Menemui kembali saudara2ku, anak2 sedara, ipar duai dan seluruh muslimin
muslimat yang berkesempatan utk membaca coretan ringkas ini. Segala puji
dirafa'kan kepada Allah SWT yang mengizinkan utk menggunakan kudrat dan
mengilhamkan ilmu agar dapat ditajallikan (diterbitkan / dihasilkan) utk
dikongsi bersama. Solawat dan salam kepada rasulullah penghulu sekalian alam
serta ahli bait dan juga para sahabatnya.

Versi 7 yang lepas kita dihidangkan dengan resepi 'tiang solat'. betapa
tingginya nilai solat disisi Allah. atas permintaan, kali ini kita nak kenal
sahabat karib kita juga boleh menjadi rival utama kita sejak dilahirkan hingga
lah menghadap Allah Rabbul Jalil. Iaitu nafsu.

sejak bila kita ada nafsu? kita punya nafsu sejak kita lahir didunia. cemane tu?
time maisarah, aqil lahir dulu.... bape lame setelah lahir diorg diberi makan?
seminggu dua minggu? dan dan lahir dan bagi minum susu kan. nafsu makan
disitu..... masa berlalu dan bayi tadi membesar menjadi kanak2 begitu juga
dengan nafsu turut sama2 membesar, kalau dulunya hanya susu ibu dan air suam,
dah upsket nak milo. dari umur 1 hingga ke 8 tahun kanak2 tadi membesar bersama
nafsu tanpa di pandu oleh akal. kerana tahap utk manusia akil baligh / berakal
ialah 9 tahun bagi pompuan dan 15 bagi lelaki.

Jauh tak bezanya. tatkala nafsu sudah berusia 9 tahun (bagi pompuan) akal baru
setahun jagung. cemane la kita yang berakal nak menang melawan nafsu yang jauh
lebih tua? sebab tu kadang kita lihat ada kanak2 lanjut usia yang masih tak
matang2 dan terlalu suka melayan nafsu hanya disebabkan faktor 'akal lebih muda'
atau 'kurang akal'. Namun itu bukanlah alasan utk kita terus hanyut dengan
kehendak nafsu. Tanpa nafsu kita akan jadi seperti robot. hanya patuh pada
arahan tanpa kehendak sendiri. Ibarat kipas angin yang di 'on' kalau tak
dimatikan suis atau diputuskan bekalan letrik akan terus berpusing tanpa henti
(tak penat ke?).

Apa akan jadi kalau kipas terus menerus di hidupkan? bil letrik dah tentu
melambung, kipas akan berhabuk dan lebih buruk lagi kipas akan jatuh sakit atau
rosak. Begitulah yang akan terjadi pada diri manusia yang terlalu ikutkan nafsu
dengan kata lain nafsunya terus menerus di 'on'. Kalau kita ikutkan sangat nafsu
makan atau kita sentiasa 'on'kan nafsu makan dah tentu 'bil makan' kita
melambung, sistem perut kita akan 'berhabuk' dengan toksik berlebihan dan lebih
buruk lagi body part kita akan gagal berfungsi 'rosak' seperti kegagalan buah
pinggang, jantung tersumbat dan sebagainya. Sebab tu Allah telah sediakan 1
mekanisma (ayat tinggi tak tahan....). utk anak2 mekanisma ni sama dengan cara.
Allah sediakan 1 cara utk 'off'kan kejap nafsu kita dengan berpuasa. time puasa
ni lah segala 'habuk' akan dibersihkan sama juga dengan kipas tadi, bila dah
berhabuk kita 'off' dan kita cuci. Maha Best tak Allah?

The best part is, syaitan telah melantik dutanya nafsu utk menambah perisa
kepada manusia agar melakukan pelbagai jenis kemungkaran terhadap Allah. So,
bagi manusia yang mensia2kan akal akan terjebak dengan pujuk rayu nafsu yang
jauh lebih 'tua' mengemudi diri manusia. Atas dasar itulah Allah utuskan
Rasulullah sebagai insan mulia yang bertanggungjawab mengajar manusia serta
memimpin mereka utk memerangi nafsu dan seteru utama kita iaitu syaitan. Utk
tujuan ini Allah tambah lagi dengan Al-Quran yang pasti tiada kesalahan sebagai
'Manual Book' kepada manusia. kalau kita beli enset, kita bakal dibekalkan
dengan 'manual book' supaya kita tahu macammana nak guna dan tak tersalah guna.
dalam manual book enset tu ada bagitau enset tak boleh berenang dalam air, so
jgn masukkan dalam kolam... (teringat suatu ketika dahulu). SO, kalau kita tak
refer pada 'manual book' kita, maka ketahuilah bahawa manusia pasti rosak.
Segala maklumat kepenggunaan lengkap ada dalam manual book tersebut.

Tapi, bila semua ini telah diberi oleh Allah, kenapa masih ramai yang engkar?
Perlu diingat bahawa iblis dan tenteranya syaitan telah hidup berjuta tahun
sebelum kita. Maknanya, mereka memiliki pengalaman yang cukup luas beserta
pelbagai strategi utk menyesatkan manusia. Oleh sebab itu, manusia tidak dapat
tidak untuk bergantung sepenuhnya dengan Allah dalam usaha mengalahkan bala
tentera iblis, syaitan dan nafsu.

Cemane nak bergantung kalau berbual pon tak pernah? cemane nak mintak tolong
ngan ketua kampung, kalau umah ketua kampung pon tak tawu? cemane nak mintak
ummi doakan kalau dengan ummi pon kita dok bentak2 dan tinggi suara? cemane
Allah nak bantu kalau tatkala susah je kita ingat Allah? Bila susah je kita wat
solat hajat. Oleh hal yang demikian (ayat yang bese ustat penulis guna waktu di
toh puan dulu), kita mulakan interaksi dari sekarang agar Allah 'kenal' kita.
Mohon la pada Allah agar dibantu untuk melawan nafsu dan jadikan jiwa kita jiwa
yang mutmainnah / tenang dunia dan di akhirat.

Next, kita layan kehendak aishah lak ye... any request boleh wat ats subject
request... senang sket nak refer. Moga Allah bantu kita utk mencapai generasi
yang cemerlang, yang dijanjikan balasan syurga Allah. dan paling penting moga
Allah redha atas usaha kita yang sedikit ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut