Bertemu kembali diruang siber ini. Moga Allah membantu kita untuk menjadi hambaNYA yg selalu ingat padaNYA. Kali ni nak citer sket bab solat. Nilai tambah yang perlu ada.
Sebelum solat.
Mohon lah utk khusyuk pada Allah dengan. Mintak izin 'Ya Allah, aku nak solat fardhu ni. nak sembah Engkau. bantu lah aku ye'. then takbir.
Ketika solat.
Manusia tidak akan lari dari lintasan hati. kadang lepas angkat takbir, ujan turun, teringha baju tak angkat lagi, baju sure akan basah, tv lak lupe slowkan, perut bunyik, ades lapar la plak dan pelbagai lagi lintasan lintasan hati yang di bawakan khas oleh syaitan semata² utk kita tak khusyuk dalam solat. so, apa yang perlu kita buat?
Bila wujud lintasan camni, cepat²lah ingat balik kita berada dalam solat. 'Ya Allah mintak maaf, aku lalai Ya Allah, bantu lah aku utk khusyuk dalam menghadapMU' setiap kali lintasan kita mohon maaf. setiap kali.
situasi.
Bayangkan sempena harijadi anda, anda dapat hadiah utk bersama YDPA (Yang Dipertuan Agong) selama sehari semalam. bersama disini dalam erti kata berada di dalam bilik yang sama setiap masa. hatta nak ke toilet pun YDPA kena teman. Apa yang anda lakukan? Apa yang anda rasa? dapat penghargaan yang sebegitu rupa. dah tentu kita akan cuba sedaya upaya utk berlaku sesopan mungkin. nak korek idung pon kaber. nak cakap pon berpatik². maklum ah dengan rajakan.
Begitulah sebenarnya keadaan tatkala kita mula mengangkat takbir bertemu dengan Pencipta kita. Kalau lah kita tahu bahawa Allah sebenarnya menghadapkan wajahNYA kearah kita tatkala kita bersolat, nescaya gatal kat idung pon kita takut nak garu lantaran gentarnya jiwa.
Dan dalam pakej hadiah tadi, anda diberi peluang selama 2 jam dibenarkan untuk memeluk YDPA dan berada betol² rapat dengan beliau dan pintalah apa pun. apa rasanya yang bakal kita mintak? reccommendation? mintak duit? projek? anak masuk MRSM?.. Keadaan ini sebenarnya kita alami tatkala sujud dimana Allah lebih rapat dengan hambaNYA dari urat leher. waktu tu mintak je ape nak mintak. nabi pun suruh. Pst pst, kita sujud 17 kali sehari semalam tau. itu pun solat fardhu. solat sunat? apa kita mintak? rasa rugi tak sepanjang hayat kita solat kita jarang mintak waktu sujud. dah tau rugi, apa tunggu lagi pasni jgn lepaskan peluang... mintak cukup² pada Allah. Mintak apa saja.
Apa saja? ya apa saja. eh kalau mintak nombor ekor bleh ke? jawapannya boleh. sebab kalau tak mintak dengan Allah nak mintak ngan sape? iblis? iblis tu pon waktu kena laknat tak sujud pada adam dulu pun mintak dengan Allah tau. mafhum perbualan antara Allah dan iblis kala itu. Allah kata kat iblis, engkau kompom neraka sebab derhaka. iblis kata Ya Allah aku mohon umur aku panjang. granted. iblis mintak lagi 'Ya Allah, dengan kemuliaan MU aku nak sesatkan anak adam kecuali mereka yang ikhlas'. granted. tengok iblis pon mintak dari Allah utk sesatkan kita. so, ngape kita tak mintak? bahasa kasarnya sedangkan iblis nak wat jahat pon mintak dari Allah. tahap apa la kita ni kalau tak mintak.
Cumanya kita kena bertanggungjawab atas apa yang kita mintak.
Selepas solat
mohon lah pada Allah agar solat kita yang tak seberapa ni diterima. akui bahawa kita lalai dan alpa. doa dengan rasa gentar dan harap. takutkan Allah membuatkan kita rasa makin nak dekat dengan Allah. Allah tak makan rasuah. mintak saja. Allah lagi suka pada hambaNYA yang memintaĆ² padaNYA. Allah tak perlu sebarang protokol. tetapi Allah ajar manusia prosedur utk berdoa. Dalilnya suratul Fatihah. bermula dengan bismillah sebagai ayat pertama hinggalah ayat ke 5 merupakan pujian kepada Allah dan ayat kelima merupakan ayat yang menggambarkan betapa ikhlasnya kita pada Allah. hanya pada Allah kita sembah dan hanya padaNya kita mintak tolong. ayat seterusnya hingga ayat terakhir adalah merupakan permohonan dan permintaan kita. so prosedur nak bedoa perlu kata² puji pada Allah dan solawat pada rasulullah. pujilah Allah sesungguhnya Allah mmg mintak dipuji dan selayaknya menerima pujian. tak rugi 'jek' Allah, 'kipaslah' Allah semahu kita dan kemudian submit permohonan kita.
bagi sesapa yang rajin nak kira, jumlah huruf antara pujian dan permohonan adalah sama dalam suratul fatihah.
Ya Allah, kami mohon agar dipermudahkan jalan kami utk mengenali, mencintai dan ibadah kepadaMU.
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah