Assalamualaikum
Kita sedia maklum bahawa kehidupan di atas dunia ini merupakan 'pinjaman' dan bersifat sementara. Ingin saya membawa 1 metafora tentang pinjaman sebagai berikut:
Katakan B meminjam pinggan dari A.
setelah tamat tempoh waktu 'perjanjian pinjaman' B serahkan pinggan kepada A dalam keadaan baik, bersih dan dalam bentuk asal. A akan letak kembali pinggan tersebut di tempat asal (kalau rak akan disimpan atas rak, kalau kabinet akan disimpan dalam kabinet)
Kemudian C pulak pinjam pinggan dari A.
Setelah tamat tempoh, C kembalikan pinggan dalam keadaan belum sempat di'basuh'. A akan 'basuh' terlebih dahulu pinggan tersebut sebelum diletakkan ditempat asal.
Dan akhirnya D pulak pinjam pinggan dari A.
Setelah tamat tempoh, D kembalikan pinggan yang dipinjam. Oleh kerana careless, pinggan tersebut pecah sewaktu dibawah 'jagaan' D. Saki baki pinggan tadi diserahkan pada A. Tindakan yang selayaknya dibuat oleh A ialah meletakkan serpihan pinggan tersebut di dalam tong sampah. D lak kena 'bayar' ganti rugi....
So, terpulang pada kita nak jadi B atau C atau D.....
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah