Isnin, 19 April 2010

Bila lagi......

Bila lagi nak berdakwah?


ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak `exam', ko-kurikulum, sukan...

3. `Parents i' tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk `u' nanti ok le `join' dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. `You' faham-faham jelah, masuk `u' ni bukan macam sekolah. `Study' buku
tebal-tebal, `assignment' berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan
risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana,
akademik entah ke mana.

3. Aku tengah `tension' la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, `ok' le `join'
dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor
nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik
menganggur je. Kalau aku `join' dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil
asyik `study study study', dah `grad' ni `relax' le kejap. Dakwah tu tak lari ke
mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler.
Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah
`settle' problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat `down payment'
ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas `no' hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa `best'. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah
ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah,
belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga
pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak
bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap
kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi
tu. `Sorry' la kawan, aku betul-betul tengah `pack' ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula
muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah
ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia.
Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL

1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh.
Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat.
Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak
besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah `income'. Baru
boleh betul-betul stabil. `Time' tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le
habis sambung belajar dulu. Habis `master', dapat PHD, barulah ada nama sikit.
Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH

1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak `perfect' lagi, tajwid pun
berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah
boleh baca Quran nanti baru le sedap nak `join' program. Takkan terus-terus nak
ikut program, nak dakwah, kalau yang `basic' pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam
dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah.
Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke `nursery', ke sekolah, petang ke
sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan,
rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak `online' internet? Nak `update' blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali
ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN

1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun
nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab
agama tau yang `basic-basic' je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok.
Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu
pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat
saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak `cover'
balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh
sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada
rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak
tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah,
tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji...
Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas
le nak bertekak dengan diorang.



ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! `Waddhuha' ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu
masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari
daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan?
Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang `beragama' boleh dibilang dengan jari! Kalaulah
masa di `u' dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan
banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham
pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku
mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan
diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat
majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan
muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka.
Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham
pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya
banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia...
ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis
aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku?
Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af'alnya aku tak
pandai nak Esakan, Asma'nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama.
Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?



Aku menyesallllll.........!!!

oleh:

Abu Zulfiqar 'Alexanderwathern'

sumber: SINI

http://myalexanderwathern.freephpnuke.org

http://alexanderwathern.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut