Khamis, 15 April 2010

Mengumpat

Assalamualaikum warahmatullah.

bertemu kembali di laman ini semoga kita sentiasa mendapat hidayah dan keampunan
dari Allah Rabbul Izzah.
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan SAW.

kali ni nak kongsi sket ttg salah 1 kegemaran atau hobi manusia nih... NGUMPAT.

Ahli keluarga Mustakim yang dirahmati Allah.

kita sedia maklum bahawa aktvt ni mmg best... lebih² lagi ader ramai korum yang
sekepala... ayat 12 hujurat menyebut detail ttg sangkaan² nih... di sebut juga
dalam ayat tersebut adakah kamu suka makan daging 'bangkai' saudaramu? ngumpat
adalah 1 aktvt memperkatakan ttg seseorg yang mana bila org tu tahu maka dia
akan marah....

boleh tak ngumpat?

kita hanya dibenarkan ngumpat terhadap mereka² yang telah Allah sebut nama
mereka di dalam Al-Quran sahaja. siapa mereka? Qarun, Firaun, Haman. tu je.
selain dari itu, perbuatan mengumpat dikira sebagai berdosa. kalau ngumpat dorg
di atas ni takpe.

nape nak ngumpat?

sebab kita rasa kita bagus. sebab kita rasa kita betol. sebab kita rasa kita dah
cukup elok berbanding dengan mereka yang kita umpat. sedar atau tidak bahawa
kita sebenarnya mengundang kemarahan dari Allah. cemana tu? gini ceritanya, bila
kita ngumpat, kutuk maka seolah² kita 'menghukum' dia. maksudnya kita mendahului
Allah dalam menjatuhkan hukuman ke atas seseorg. tempat terbaik bagi perbuatan
itu adalah neraka Allah, Nauzubillah min zalik.

apa yang perlu kita buat?

kita disaran utk berbaik sangka terhadap semua makhluk. walau jelas dan nyata
kesalahan dia? ya walau jelas dan nyata. walau kita sakit hati? ya walau kita
sakit hati. cuba wat macam ni.... instead of kita ngata dia, apa kata kita doakan
dia agar mendapat pentunjuk dan hidayah dari Allah. tak susah kan... berbaik
sangka lah pada org lain... itu yang terbaik.

cemane ye kalau tgk org pakai seksi², buka aurat sana sini, tak pakai tudung
bagai?

doakan agar dia dapat hidayah dan petunjuk sebelum dia mati. jgn hukum dia,
kerna kita tak layak utk menghukum sesiapa. Allah yang selayaknya. hubungan
sesama manusia kita perlu teruskan. dia ada hak sebagai insan yang perlu kita
penuhi. jika sakit kena ziarahi, jika bersin kena doakan, jika bagi salam wajib
kita jawap. serahkan urusan dia pada Allah. tugas kita doakan sahaja. contoh
ayat:

'Ya Allah, aku mohon maaf kerna ternampak aurat hambaMU, dan aku bersyukur
kerana Engkau beri aku nikmat mata. Ya Allah, hambaMu itu melakukan dosa, aku
mohon agar Engkau limpahkan dia dengan hidayahMu agar dia sedar sebelum Engkau
memanggilnya mengadapMU. Aku serahkan urusannya padaMU Ya Allah'

selamat mencuba... bersihkan hati utk Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut