Khamis, 15 April 2010

Komunikasi

Salam, bertemu kembali di ruangan ini. kita dah tawu serba sedikit tentang
mintak izin dan tawakkal. next step is komunikasi. sape yang tak tau komunikasi?
tanyer bro azad... sebab die engineer komunikasi cume tambah tele je kat depan.
komunikasi ni penting dalam kehidupan kita. tanpa komunikasi maka manusia tak
dapat berinteraksi dan takkan wujud kerukunan, keharmonian. dengan komunikasi
gak kita leh perang. saya amik bahasa ringkasnyer berbual.

soalan.
berapa kerap kita berbual dengan Allah? adakah hanya dalam solat? sedangkan kita
solat paling lama 5 menet. tu pun kalau jadi makmum dah mula terbatuk² kat
belakang bagi hint kat imam suh cepat sket. apa yang kita nak bualkan dengan
Allah?

Situasi untuk kita fikirkan.
setiap kita pernah mengalami zaman berchenta except for the under age such as
timah kawai, ecah dan yang seangkatan dengan nya. cemana timbul rasa chenta?
amik contoh saya yang mula mengenali ayuni dengan sms (satu medium komunikasi).
kerana kekerapan ber sms maka timbul rasa ingin jumpa dan seterusnya dah kawen
dah pon (to be short). begitu juga bagi mereka yang pernah merasakan nikmatnya
chenta chatting. kerana kerapnya berchatting (medium komunikasi) maka hati pun
tersentuh dan rasa suka timbul.

Bila kita baca kesah nabi dan sahabat yang begitu tinggi chenta pada Allah, kita
rasa cemburu dan terpikir cemana mereka boleh capai tahap tu? kerana mereka
selalu berbual (medium komunikasi) dengan Allah. bila selalu berbual maka rasa
seronok, rindu, best dan pelbagai perasaan akan timbul hingga lah akhirnya rasa
asyik dan sayang.

Bayangkan time gayot kat public phone dulu², dikala tengahari panas terik, peluh
mengalir dipipi, tapi kerana yang di call itu buah hati, maka segala apa yang
berlaku disekeliling tak dihirau hatta tak sedar masa berlalu lantaran kerana
asyik dan sayang.

So, kita kena selalu berbual dengan Allah untuk hadirkan rasa asyik dan sayang.
kemudian akan hadirlah rasa khusyuk dalam ibadah. sedar atau tidak perkataan
khusyuk adalah berasal dari asyik. kita pernah berpengalaman merasakan perasaan
asyik pada makhluk ciptaan Allah, mengapa tidak kita usaha untuk menghadirkan
perasaan itu kepada pencipta kita, Allah Rabbul Jalil.

Soalan
cemana nak berbual? nak bual apa? bila nak bual?

Kita bebas untuk berbual apa sahaja pada Allah. Bila² masa dimana sahaja. setiap
saat setiap detik kita boleh berbual dengan Allah. Eh mudahnya? ya memang mudah.
cuma kita je lalai dan alpa sebelum nih.

Situasi.
Allah beri kita akal fikiran dan kita sentiasa gunakannya utk berfikir. apa yang
kita fikir? bila kita fikir? kita guna setiap masa dan kita guna untuk fikir apa
saja yang terlintas.
sekarang ni kita fikir apa? 'baju kat umah belum basuh', 'mesin basuh lak belum
sampai', 'duit abis wat beli barang umah'. apa sahaja yang kita fikir dipanggil
lintasan² hati. kita ubah lintasan² hati ini menjadi perbualan dengan Allah.
ubah seperti berikut:

Ya Allah, baju kat umah aku belum basuh, cemane ek? Engkau pandulah aku nak buat
cemane tu. Aku serah pada MU. Mesin basuh lak belum sampai, katanya takda stok,
mudahkanlah urusan mesin ini Ya Allah. agar senang aku nak basuh baju. kan
Engkau suka hamba yang bersih, jadi aku nak basuh baju biar bersih untuk
mengadapMU. Engkau maha pemberi dan Engkau maha best. Ya Allah, duit aku habis
dah, Engkau pandulah aku. Ilhamkan aku apa yang perlu aku buat. Rezkikan Engkau
yang bagi. Semua under Your control, aku mintak aje. Harapan aku agar Engkau
cukupkan segala kekurangan ku.

Saya yakin dan percaya anda semua mampu buat ayat perbualan yang lebih power
dari ini. kan mudah. Y not mula dari saat ini berbual lah dengan Allah. berbual
lah apa sahaja. apa saja yang terlintas difikiran.

Ya Allah, moga ada manfaat atas apa yang Engkau ilhamkan padaku dalam penulisan
ini. TQ Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut