Memaparkan catatan dengan label taqwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taqwa. Papar semua catatan

Selasa, 5 Oktober 2010

Apa ada pada Aurat?

Artikel original dipetik dari : http://mysuperkids.net/kenapa-perlu-tutup-aurat/comment-page-1/#comment-40947

Artikel ini telah diedit dari versi asal, mengikut kesesuaian jantina penulis - aku ler...
(*) menandakan telah ditambah oleh sang penulis - aku ler...

* Kenapa bulan ni asyik bicara pasal aurat je ek? Mungkin penangan tarbiyah Ramadhan kot. Ingin me'realiti'kan sebulan kita belajar dalam sekolah Ramadhan. Harapan kita agar Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik dan menghasilkan yang terbaek. Tak gitu? So untuk menunjukkan bahawa Ramadhan yang lepas adalah Ramadhan terbaek, maka kita kena perbaiki yang kurang baek dan seterus istiqamah terhadap yang sudah baek.

Semua orang tahu salah satu tuntutan agama ialah menutup aurat dan membuka aurat adalah termasuk dalam 70 dosa2 besar. Namun bercakap soal dosa-pahala, hidayah petunjuk adalah perkara yang sangat kompleks kerana banyak penyebab ‘hidayah tak sampai’ atau ’seru belum sampai’.

* Teringat perbualan Imam Syafie terhadap gurunya Waki' :-
"Aku mengadu kpd guruku, Waki', akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat" ~ kata Imam Syafie.
* Mana mungkin petunjuk itu sampai jika sentiasa bergelumang dengan maksiat?

Masa saya belajar dulu, kami diajar bawa al-Quran kecil ke mana-mana. Supaya kalau terjadi apa-apa, i.e. kemalangan yang menghancurkan tubuh badan kita, misalnya terhempas kapal terbang ke, bila ditemui al-Quran berdekatan, dapatlah diagak kita orang Islam.

Bayangkan kalau kita pakai baju yang tak mencerminkan seorang Islam… katakan sesuatu berlaku. Kita mati lemas ke, bila identiti kita tidak dapat dipastikan, kita pula pakai baju nampak pusat dengan skirt pendek… Bagaimana kita nak dikenali sebagai wanita Islam? Mungkin di Malaysia tak susah, bila hilang keluarga akan buat laporan.. bagaimana kalau terjadi di luar negara yang mana pihak berkuasa tak ada nak layan benda2 nak cari family ni.. ataupun dihanyutkan ke sungai sampai ke kampung orang asli. Bila pakai macam orang asli, diorang pun ingat kita orang asli jugak.

* Ambil kira jugak cara pengebumian. Kapan, letak dalam coffin atau bakar sampai jadi abu lalu dialirkan dimana2 sungai. Anda tak mampu memilihnya.

Simple sajakan? Supaya kita mudah dikenali. Lagi2 bila kita pun dah tak hidup lagi untuk terangkan kepada orang siapa kita sebenarnya.

* Lihat dalil di bawah, Allah stated agar dikenali. Untuk bezakan antara yang Muslimah dengan Kafirah aje. (Er... better guna Non-Muslim, sopan sikit)

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59 “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu”

Tutup aurat tak semestinya baik, tak tutup aurat tak semestinya tak baik. Well, unfortunately yes.

Ayat di atas tidak langsung menyebut “anak dan isteri orang Mukmin yang melabuhkan jilbab adalah yang solehah, kusyuk lagi tawaduk”. Menutup aurat adalah kehendak individu, betul. Tujuan menutup aurat mengikut ayat di atas ialah supaya wanita Islam dikenali sebagai wanita Islam dan tidak diganggu. Jadi terpulanglah kalau tak mahu. Tutup aurat ni sama je kedudukannya dengan dosa2 lain seperti mengumpat dan mengata. Apa beza kalau pakai tutup litup tapi lidah duk mengata mengumpat orang kan? Malah itu lebih teruk lagi kerana disamakan Rasulullah SAW sebagai makan daging saudara sendiri. Membuka aurat ni tak ada kaitan dengan sesiapa, totally individu.

* Ialahkan kubur asing2. Amalan masing2. So tak yah nak bising2.

Mengikut sejarah, pertama kali sejarah pembukaan aurat adalah oleh nabi Adam dan Siti Hawa, setelah mereka berdua termakan pujukan syaitan. Itulah kejayaan pertama syaitan dan mereka terus memperjuangkan panji2 tersebut hingga sekarang, dan nyata mereka berjaya, nyah. Pasukan syaitan ni ternyata hebat betul dengan agenda yang sama dibawa dari zaman Nabi Adam sampai sekarang, tak pernah pun mereka beralih dari tujuan asal mereka… tak macam kita. Kejap camni kejap camtu. Hari ni cakap macam ni, esok cakap macam tu. Hari ni tak boleh, esok boleh pulak. Ehhh pelik sungguh. Mungkin tak nak ikut perangai setan kot, tu yang asik tukar2 fikiran je hehe.

* Sejarah juga telah memaparkan bahawa hanya iblis satu2nya makhluk tatkala itu yang engkar dan enggan patuh terhadap perintah Allah. Nah, jika kita pada hari ini enggan patuh pada perintah Allah, perintah siapa lagi yang harus kita akur?

Jadinya macam inilah kita sekarang.

Lagi tujuan menutup aurat selain dikenali sebagai orang Islam:

* Ayat di atas juga memberi jaminan bahawa mereka yang "melabuhkan jilbab-jilbab mereka" "tidak diganggu". Siapa yang memberi jaminan ini? Bukan CIA atau KGB atau Interpol atau mana2 bodyguard tetapi Allah yang memberi jaminan tersebut. Yakinilah dengan janji Allah.

1. Membezakan kita dengan binatang. Ayohh, teruk kan perbandingan ni. Tapi binatang mana pakai baju.. ehh ada lah. Anjing2 cute chihuahua tu pakai baju apa. Kucing comel pun ada pakai baju. Kalau kita pakai baju macam tarzan, ada iras2 juga dengan Terk dan Kerchak. Tak percaya cuba tonton filem Tarzan. Kenapa tarzan diterima di kalangan haiwan liar? Sebab dia pun lebih kurang mereka je.

* Nabi SAW pun ada mengingatkan yang mafhumnya "Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong daripadanya". Siapa punya pesen yang tak tutup aurat nih?

2. Supaya orang2 berniat tak baik segan nak 'nakal' dengan kita. Antara si jubah tudung labuh dengan si baju ketat, siapa yang paling banyak disiul mamat2 tepian jalan? Maunya mamat tepian jalan nak siul si jubah, silap gaya sebakul tazkirah dapat. Memakai pakaian tutup aurat yang sempurna menyelamatkan seorang gadis dari siulan2 nakal jejaka2 kureng macam tu. Kalau ada tu mungkin yang tegar atau dah kena cabar dengan kawan2 untuk tackle si awek ni macam dalam filem Syurga Cinta tu. Tapi tak taulah kalau ada orang suka kena siul2 macam tu.

3. Sebagai bukti kita hamba-Nya yang lemah. Dan Allah juga telah ‘kata ’ bahawa kalau nak masuk syurga kena jadi hamba yang Dia sayang. Nak Dia sayang kena lah ikut suruhan dia. Dia suruh kita tutup aurat (salah satu daripada suruhan-Nya). Jadi kalau kita buat tak tau saja dengan suruhan Dia tu, agak2 nak ke Dia mencucuri rahmat-Nya ke atas kita?

* Kita ni hamba je. Lemah tak lemahnya kita ni sampai nak buat taik mata sendiri pun tak mampu. Apatah lagi nak cipta bebola mata yang bahan2 boleh didapati dengan mudah di dapur rumah kita. (air, lemak(lipid), gula (glucose), 'receptor' yang diperbuat daripada 'protein'). Lihat Beautiful Eyes.

Memang betul, banyak lagi kebaikan lain. Bak kata Mustapha Kamal dalam syurga cinta “Buat apa nak semayang, kita selalu menderma, bersedekah, pelihara anak angkat… KONFEM TAK MASUK NERAKA”. Hehehe. Kalau dah sengaja2 tak buat yang Dia suruh itu sendiri mau ingat kan.

Kita semua pun bukannya baik sangat. Saya pun kaki clubbing juga. … Err… Kelab Bulan Sabit Merah :)

Saya tulis ni bukan nak menyelar sesiapa, atau ‘mengata’ sesiapa yang masih belum menutup auratnya. Kita sendiri pun tak sempurna menutup auratnya. Aurat tu bukan rambut je… Pakai tudung macam Mak Arab tapi baju seluar ketat… tak sempurnajuga. Pakai tudung bagai tapi nampak batang leher, pun tak sempurna juga. Pakai tutup semua bagus tapi suara mendayu2 menggoda pun tak sempurna juga.

Sekadar berkongsi saja… setiap orang tak boleh kita nilai dari labuh tudungnya, panjang jubahnya. Respect semua sama rata, kecuali mereka2 yang tersenarai dalam golongan yang tak patut dihormati. Tapi sejahat mana manusia pun, bila dia bertaubat, dia adalah hamba yang paling disayangi Allah.

* Bukankah yang dinilai oleh Allah hanyalah taqwa. Boleh lihat Surah Hujurat ayat 13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

* Walaupun kita tak boleh nilai orang berdasarkan attire, at least orang yang berusaha untuk tutup aurat ialah mereka yang berusaha untuk patuh perintah Allah walau pun dalam masa yang sama dia masih gagal untuk perbaiki akhlaknya. Namun dari satu sudut dia sudah berusaha untuk tutup aurat. Ironinya aurat dan akhlak ternyata hal yang berbeza. Dan dalam kategori yang berbeza. So, alasan "orang pakai tudung labuh pun buruk perangai" adalah tertolak. Offside...

So, selalu2lah muhasabah diri sendiri dan banyakkan istighfar. Kita disuruh berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran… jangan takut nak tegur orang, kerana:

1. Bila kita tegur orang dengan niat kerana Allah (bukan sebab tunjuk best) kita dapat pahala.

2. Bila orng tu buat apa yang kita nasihatkan, kita dapat lagi pahala.

3. Bila dia pula ajak orang lain buat benda yang kita nasihat pada dia, kita pun dapat pahala juga.

Kurang2 kalau orang tak buat pun kita dah dapat pahala lah. Senang kan? Tapi ingat, pahala banyak2 bukan penentu kita masuk syurga. Yang memasukkan kita ke sana ialah rahmat-Nya…

* Namun untuk dapat rahmat Allah kenalah buat apa yang Allah suka... Rase2 kan, boleh tak dapat rahmat dan redha Allah kalau kita engkar? Atau layakkah kita masuk syurgaNYA dalam keadaan kita sekarang?

Khamis, 15 April 2010

Kuasa wanita

KUASA PEREMPUAN

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari
perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang
disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan
keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat
dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul."
Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari
bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua
masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.
Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta
sentiasa dirahmatiNya.

* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana
kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada
melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian
hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan
ujian.

* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt
sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini
atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali
Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu
sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke
dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada
kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air,
malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri)
selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat
dan puasanya.

Senarai Blog Saya

Pengikut