Memaparkan catatan dengan label aurat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aurat. Papar semua catatan

Rabu, 27 Oktober 2010

Pelan Tindakan Zina

Artikel asal Normalisasi Muqaddimah Zina oleh Abu Saif
Sebarang penambahan akan diwarna

Pakej

Di pangkal, di tengah atau di hujung, Islam ada caranya yang tersendiri untuk berfungsi. Tetapi sebagai sebuah sistem, Islam mesti diambil seawal langkah yang pertama.

[208] Al-Baqarah

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) SEGALA hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

Demikian Allah berpesan.

Apabila Islam diambil, ambillah ia secara sempurna. Pakej yang lengkap. Menerima sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, adalah cara Syaitan menyesatkan manusia, sedangkan Syaitan itu adalah musuh manusia yang amat nyata. Kelihatannya di sepanjang sejarah manusia, Syaitan itu makhluk yang sabarnya sering mengatasi manusia. Syaitan tidak tergesa-gesa untuk mencapai misinya. Segalanya berlaku secara berperingkat, sedikit demi sedikit, dalam kealpaan manusia yang tidak menyedarinya.

Itulah enjin di sebalik musibah buang bayi di negara kita.

Buang bayi kerana berleluasanya zina.

Berleluasanya zina kerana pencegahannya tidak mengambil acuan Islam.


[32] Al-Israa'

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Allah tahu, zina itu sedap dan nikmat. Menolaknya jika sekadar ala kadar, terlalu sukar. Justeru sama seperti maksiat-maksiat yang lain, Allah bantu kita untuk mengelaknya dengan menutup pintu-pintu kepada zina. Sesungguhnya menolak zina hanya menjadi realiti apabila MUQADDIMAH ZINA dilihat sebagai muqaddimah yang mesti dihindari.

Apakah muqaddimah zina yang mesti dicegah itu?


1. MENUNDUKKAN PANDANGAN

Tingkap itu yang mesti dipelihara. Jendela penglihatan yang turun ke hati dan kemaluan. Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. Perkara yang merangsang libido dan mengundang diri kepada zina. Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

[30] An-Nur

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

[31] An-Nur

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)...

Wanita-wanita yang beriman itu juga diberikan saranan yang sama. Di dalam ayat [31] yang menyusul perintah di atas, Allah memerintahkan kaum wanita seperti kaum lelaki, sama-sama memelihara pandangan daripada melihat apa yang tidak diharuskan baginya melihat.

“Alahai, takkanlah baru tengok sudah mahu berzina!” seorang manusia mahu berbijak-bijak berhujah dengan Tuhan.

"Takkan nak pejam mata sambil berjalan?" seorang lagi manusia yang mempersenda akan suruhan Allah.

Dia lupa, fitnah penglihatan dan zina bukan urusan rasional. Ia urusan nafsu dan kemaluan. Urusan hati yang membuat pertimbangan. Justeru itu Allah berpesan, “yang demikian itu lebih suci bagi mereka”. Muqaddimah zina ini bukan hanya urusan di peringkat individu. Ia bertujuan membentuk suasana yang sihat. Saling bekerjasama untuk mewujudkan suasana yang tidak mengundang zina.

Ia urusan semua. Kerana itu manusia diangkat menjadi khalifah supaya dapat melaksanakan perintah Allah secara bersama. Kerjasama antara lelaki dan wanita dalam mentaati perintah Allah akan menghapuskan gejala zina yang disebut "satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".


2. MEMELIHARA AURAT

Menundukkan pandangan daripada perkara haram menjadi lebih mudah apabila perkara haram itu tercegah dalam daerah halalnya. Hal ini perlukan kerjasama secara bersepadu antara lelaki dan wanita. Sang lelaki usah mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil eksploitasi atas nama fesyen. Sang wanita pula usah mempamirkan tubuh ciptaan Allah kepada yang bukan hak. Anggota tubuh yang perlu diberi perlindungan, adalah cara seseorang memuliakan dirinya sendiri dan menghormati orang lain yang bermata lagi berhati, juga bernafsu.

Peliharalah aurat.

Wanita.

Lelaki.

Sama sahaja.

[31] An-Nur

...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;...

Perintah-Nya bukan perintah menutup rambut.

Perintah-Nya bukan perintah membalut tubuh.

Perintah-Nya adalah perintah memelihara aurat.

Janji-Nya

[59] Al-Ahzab

...cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu...


3. TIDAK BERTABARRUJ JAHILIAH

Menutup aurat itu cara Allah mengajar kita membentuk diri. Biar dengan menutup aurat itu kita belajar menganut sifat malu, belajar mengenal batas-batas diri yang mewujudkan rasa berTuhan dalam kehidupan dengan batasan-batasan itu.

[33] Al-Ahzab

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;

“Saya sudah menutup aurat!” kata seorang perempuan yang bertudung.

Beliau terlepas pandang, tudungnya memang bertudung tetapi solekan di bibir dan kelopak matanya sangat keterlaluan, di dalam tudungnya ada bonggol sanggul yang sengaja ditolak ke atas meninggikan kepala, kakinya memakai rantai berloceng, hingga setiap inci tubuhnya menarik perhatian untuk dilihat dan direnung, biar pun beliau itu bertudung.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam telah bersabda :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. [Hadith riwayat Muslim no. 2128]

Bertudung. Tetapi masih mahu menarik perhatian orang memandang dan membelek.

Justeru hilanglah hikmah memelihara aurat.

Biar pun rambut ditutup, dia masih kaya dengan elemen Jazb al-Intibah (menarik perhatian dan pandangan orang).

Bila ditanya untuk apa bersolek dan bergaya. "Untuk kepuasan diri" jawapnya pantas. Segalanya untuk diri sendiri. Renungi petikan lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain - Awaken.

Now ask yourself ’cause Allah’s watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Nah sekarang sila jawap. Adakah Allah telah redha?


4. BERURUSAN DENGAN BATASAN

Bekerja, belajar, bermesyuarat, berjiran dan bermasyarakat, semuanya harus.

Namun keharusan itu harus dipandu oleh batasan syariah.

Silang jantina perlu mengenal keperluan dan tujuan, jangan hanya berpandukan kemahuan.

[53] Al-Ahzab

...Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka...

Sama ada hijab itu berupa tabir yang fizikal, atau sekurang-kurangnya mengekalkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Janji-Nya "lebih suci" diulang-ulang. Tips bagi mereka yang inginkan "kesucian diri".

Bermesyuaratlah, tetapi biar seadanya.

“Hai, takkanlah sembang-sembang sudah terangsang?” hujah seorang bijak pandai di syarikat Multinasional.

“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” jawab Allah.

Dia yang memiliki hati. Dia tahu sifat baik dan buruk hatimu. Justeru nasihat-Nya tentang hati itulah nasihat terbaik untuk manusia yang mahu berhati-hati.

Lihatlah di pejabat, siapa di meja sebelah, siapa di kubikel depan, keluar makan tengah hari dengan siapa, dari Stesyen LRT ke pejabat tumpang kereta siapa, pergi ke site atau bertemu pelanggan naik kereta siapa, semua itulah yang perlu dipertimbangkan kembali, kerana melakukannya tanpa batasan adalah MUQADDIMAH ZINA.


5. TIDAK MELUNAKKAN SUARA

Dengar suara, mahu orangnya.

Itu akibat manusia-manusia yang hatinya berpenyakit.

Sakitnya pula letak di hati yang tidak kelihatan. Justeru jangan cari penyakit. Jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja, sederhana, seperti biasa, jangan dimanja-manja, jangan mengada-ngada.

[32] Al-Ahzab

...kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).


NORMALISASI MUQADDIMAH ZINA

Mencegah lebih baik daripada mengubat… bukan slogan tanpa asas!

Cabarannya, bagaimanakah penerimaan kita terhadap saranan-saranan Allah ini?

Percaya bahawa kita lebih bijak daripada-Nya?

Semua perintah dan larangan yang dihimpunkan itu tadi (sebagai memetik sebahagiannya) telah mengalami normalisasi. Semuanya sudah diterima sebagai satu cara hidup semasa.

Make sure you balik before Midnite, ok. This is my house. You follow my rule!” kata si ayah yang ‘cool’.

Anak lelakinya keluar menonton wayang dengan rakan silang jantina.

Muqaddimah zina sudah jadi biasa. Sudah tidak lagi dianggap salah. Ia diterima sebagai satu cara hidup kontemporari, tidak hanya di kota malah di desa. Sudah jadi biasa. Lantas buruk benar kalau ia tiba-tiba digelar sebagai Muqaddimah Zina!

Itulah NORMALISASI…

Alaa, she’s still young. Let her taste the excitement. Just be herself. Jangan hipokrit. Nanti bila nak pakai tudung tu, dia pakailah. Kita doakan!” kata si emak melihat anak perempuannya keluar rumah dengan penuh gaya.

Memaksa diri bertudung kerana di dunia ini ada Tuhan, namanya hipokrit?

Akhirnya, menutup pintu Muqaddimah Zina dianggap kolot.

Walhal itulah hidup bertamadun. Hidup yang tahu membataskan diri.

Bergaul sesuka hati, menyentuh sesedap rasa, menunggang tak kenal agama, itu Lifestyle rimba.

[43] Al-Furqan

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

[44]

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

Saksikanlah ya Allah bahawa aku berusaha menyampaikan!

Saksikanlah ya Allah bahawa aku membantu menyebarkan!

Selasa, 5 Oktober 2010

Apa ada pada Aurat?

Artikel original dipetik dari : http://mysuperkids.net/kenapa-perlu-tutup-aurat/comment-page-1/#comment-40947

Artikel ini telah diedit dari versi asal, mengikut kesesuaian jantina penulis - aku ler...
(*) menandakan telah ditambah oleh sang penulis - aku ler...

* Kenapa bulan ni asyik bicara pasal aurat je ek? Mungkin penangan tarbiyah Ramadhan kot. Ingin me'realiti'kan sebulan kita belajar dalam sekolah Ramadhan. Harapan kita agar Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang terbaik dan menghasilkan yang terbaek. Tak gitu? So untuk menunjukkan bahawa Ramadhan yang lepas adalah Ramadhan terbaek, maka kita kena perbaiki yang kurang baek dan seterus istiqamah terhadap yang sudah baek.

Semua orang tahu salah satu tuntutan agama ialah menutup aurat dan membuka aurat adalah termasuk dalam 70 dosa2 besar. Namun bercakap soal dosa-pahala, hidayah petunjuk adalah perkara yang sangat kompleks kerana banyak penyebab ‘hidayah tak sampai’ atau ’seru belum sampai’.

* Teringat perbualan Imam Syafie terhadap gurunya Waki' :-
"Aku mengadu kpd guruku, Waki', akan kesusahanku menghafal. Maka dia menasihati supaya aku tinggalkan maksiat. Ketahuilah ilmu itu cahaya dan cahaya Allah itu tidak diberikan kepada orang yg melakukan maksiat" ~ kata Imam Syafie.
* Mana mungkin petunjuk itu sampai jika sentiasa bergelumang dengan maksiat?

Masa saya belajar dulu, kami diajar bawa al-Quran kecil ke mana-mana. Supaya kalau terjadi apa-apa, i.e. kemalangan yang menghancurkan tubuh badan kita, misalnya terhempas kapal terbang ke, bila ditemui al-Quran berdekatan, dapatlah diagak kita orang Islam.

Bayangkan kalau kita pakai baju yang tak mencerminkan seorang Islam… katakan sesuatu berlaku. Kita mati lemas ke, bila identiti kita tidak dapat dipastikan, kita pula pakai baju nampak pusat dengan skirt pendek… Bagaimana kita nak dikenali sebagai wanita Islam? Mungkin di Malaysia tak susah, bila hilang keluarga akan buat laporan.. bagaimana kalau terjadi di luar negara yang mana pihak berkuasa tak ada nak layan benda2 nak cari family ni.. ataupun dihanyutkan ke sungai sampai ke kampung orang asli. Bila pakai macam orang asli, diorang pun ingat kita orang asli jugak.

* Ambil kira jugak cara pengebumian. Kapan, letak dalam coffin atau bakar sampai jadi abu lalu dialirkan dimana2 sungai. Anda tak mampu memilihnya.

Simple sajakan? Supaya kita mudah dikenali. Lagi2 bila kita pun dah tak hidup lagi untuk terangkan kepada orang siapa kita sebenarnya.

* Lihat dalil di bawah, Allah stated agar dikenali. Untuk bezakan antara yang Muslimah dengan Kafirah aje. (Er... better guna Non-Muslim, sopan sikit)

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59 “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali supaya mereka tidak diganggu”

Tutup aurat tak semestinya baik, tak tutup aurat tak semestinya tak baik. Well, unfortunately yes.

Ayat di atas tidak langsung menyebut “anak dan isteri orang Mukmin yang melabuhkan jilbab adalah yang solehah, kusyuk lagi tawaduk”. Menutup aurat adalah kehendak individu, betul. Tujuan menutup aurat mengikut ayat di atas ialah supaya wanita Islam dikenali sebagai wanita Islam dan tidak diganggu. Jadi terpulanglah kalau tak mahu. Tutup aurat ni sama je kedudukannya dengan dosa2 lain seperti mengumpat dan mengata. Apa beza kalau pakai tutup litup tapi lidah duk mengata mengumpat orang kan? Malah itu lebih teruk lagi kerana disamakan Rasulullah SAW sebagai makan daging saudara sendiri. Membuka aurat ni tak ada kaitan dengan sesiapa, totally individu.

* Ialahkan kubur asing2. Amalan masing2. So tak yah nak bising2.

Mengikut sejarah, pertama kali sejarah pembukaan aurat adalah oleh nabi Adam dan Siti Hawa, setelah mereka berdua termakan pujukan syaitan. Itulah kejayaan pertama syaitan dan mereka terus memperjuangkan panji2 tersebut hingga sekarang, dan nyata mereka berjaya, nyah. Pasukan syaitan ni ternyata hebat betul dengan agenda yang sama dibawa dari zaman Nabi Adam sampai sekarang, tak pernah pun mereka beralih dari tujuan asal mereka… tak macam kita. Kejap camni kejap camtu. Hari ni cakap macam ni, esok cakap macam tu. Hari ni tak boleh, esok boleh pulak. Ehhh pelik sungguh. Mungkin tak nak ikut perangai setan kot, tu yang asik tukar2 fikiran je hehe.

* Sejarah juga telah memaparkan bahawa hanya iblis satu2nya makhluk tatkala itu yang engkar dan enggan patuh terhadap perintah Allah. Nah, jika kita pada hari ini enggan patuh pada perintah Allah, perintah siapa lagi yang harus kita akur?

Jadinya macam inilah kita sekarang.

Lagi tujuan menutup aurat selain dikenali sebagai orang Islam:

* Ayat di atas juga memberi jaminan bahawa mereka yang "melabuhkan jilbab-jilbab mereka" "tidak diganggu". Siapa yang memberi jaminan ini? Bukan CIA atau KGB atau Interpol atau mana2 bodyguard tetapi Allah yang memberi jaminan tersebut. Yakinilah dengan janji Allah.

1. Membezakan kita dengan binatang. Ayohh, teruk kan perbandingan ni. Tapi binatang mana pakai baju.. ehh ada lah. Anjing2 cute chihuahua tu pakai baju apa. Kucing comel pun ada pakai baju. Kalau kita pakai baju macam tarzan, ada iras2 juga dengan Terk dan Kerchak. Tak percaya cuba tonton filem Tarzan. Kenapa tarzan diterima di kalangan haiwan liar? Sebab dia pun lebih kurang mereka je.

* Nabi SAW pun ada mengingatkan yang mafhumnya "Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong daripadanya". Siapa punya pesen yang tak tutup aurat nih?

2. Supaya orang2 berniat tak baik segan nak 'nakal' dengan kita. Antara si jubah tudung labuh dengan si baju ketat, siapa yang paling banyak disiul mamat2 tepian jalan? Maunya mamat tepian jalan nak siul si jubah, silap gaya sebakul tazkirah dapat. Memakai pakaian tutup aurat yang sempurna menyelamatkan seorang gadis dari siulan2 nakal jejaka2 kureng macam tu. Kalau ada tu mungkin yang tegar atau dah kena cabar dengan kawan2 untuk tackle si awek ni macam dalam filem Syurga Cinta tu. Tapi tak taulah kalau ada orang suka kena siul2 macam tu.

3. Sebagai bukti kita hamba-Nya yang lemah. Dan Allah juga telah ‘kata ’ bahawa kalau nak masuk syurga kena jadi hamba yang Dia sayang. Nak Dia sayang kena lah ikut suruhan dia. Dia suruh kita tutup aurat (salah satu daripada suruhan-Nya). Jadi kalau kita buat tak tau saja dengan suruhan Dia tu, agak2 nak ke Dia mencucuri rahmat-Nya ke atas kita?

* Kita ni hamba je. Lemah tak lemahnya kita ni sampai nak buat taik mata sendiri pun tak mampu. Apatah lagi nak cipta bebola mata yang bahan2 boleh didapati dengan mudah di dapur rumah kita. (air, lemak(lipid), gula (glucose), 'receptor' yang diperbuat daripada 'protein'). Lihat Beautiful Eyes.

Memang betul, banyak lagi kebaikan lain. Bak kata Mustapha Kamal dalam syurga cinta “Buat apa nak semayang, kita selalu menderma, bersedekah, pelihara anak angkat… KONFEM TAK MASUK NERAKA”. Hehehe. Kalau dah sengaja2 tak buat yang Dia suruh itu sendiri mau ingat kan.

Kita semua pun bukannya baik sangat. Saya pun kaki clubbing juga. … Err… Kelab Bulan Sabit Merah :)

Saya tulis ni bukan nak menyelar sesiapa, atau ‘mengata’ sesiapa yang masih belum menutup auratnya. Kita sendiri pun tak sempurna menutup auratnya. Aurat tu bukan rambut je… Pakai tudung macam Mak Arab tapi baju seluar ketat… tak sempurnajuga. Pakai tudung bagai tapi nampak batang leher, pun tak sempurna juga. Pakai tutup semua bagus tapi suara mendayu2 menggoda pun tak sempurna juga.

Sekadar berkongsi saja… setiap orang tak boleh kita nilai dari labuh tudungnya, panjang jubahnya. Respect semua sama rata, kecuali mereka2 yang tersenarai dalam golongan yang tak patut dihormati. Tapi sejahat mana manusia pun, bila dia bertaubat, dia adalah hamba yang paling disayangi Allah.

* Bukankah yang dinilai oleh Allah hanyalah taqwa. Boleh lihat Surah Hujurat ayat 13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

* Walaupun kita tak boleh nilai orang berdasarkan attire, at least orang yang berusaha untuk tutup aurat ialah mereka yang berusaha untuk patuh perintah Allah walau pun dalam masa yang sama dia masih gagal untuk perbaiki akhlaknya. Namun dari satu sudut dia sudah berusaha untuk tutup aurat. Ironinya aurat dan akhlak ternyata hal yang berbeza. Dan dalam kategori yang berbeza. So, alasan "orang pakai tudung labuh pun buruk perangai" adalah tertolak. Offside...

So, selalu2lah muhasabah diri sendiri dan banyakkan istighfar. Kita disuruh berpesan2 kepada kebenaran dan kesabaran… jangan takut nak tegur orang, kerana:

1. Bila kita tegur orang dengan niat kerana Allah (bukan sebab tunjuk best) kita dapat pahala.

2. Bila orng tu buat apa yang kita nasihatkan, kita dapat lagi pahala.

3. Bila dia pula ajak orang lain buat benda yang kita nasihat pada dia, kita pun dapat pahala juga.

Kurang2 kalau orang tak buat pun kita dah dapat pahala lah. Senang kan? Tapi ingat, pahala banyak2 bukan penentu kita masuk syurga. Yang memasukkan kita ke sana ialah rahmat-Nya…

* Namun untuk dapat rahmat Allah kenalah buat apa yang Allah suka... Rase2 kan, boleh tak dapat rahmat dan redha Allah kalau kita engkar? Atau layakkah kita masuk syurgaNYA dalam keadaan kita sekarang?

Khamis, 30 September 2010

Balut vs Tutup ver 2

Bila sentuh isu tutup aurat, slalu yang terkena, panas telinga, tak senang duduk, sakit ati dan lain-lain perasaan yang sewaktu dengannya ialah kaum sejenis dengan Hawa (nenda kita). Sebaliknya kaum berlawanan jenis boleh goyang kaki sambil tengok tv atas sofa dan kunyah kacang. Bila disentuh tentang aurat, kaum lelaki biasanya tidak akan terasa apa-apa. Mengapa?

Adakah kerana aurat lelaki yang ringkas? atau
Adakah lelaki seronok tengok aurat rakan berlawanan jenis? atau
Itu hal orang pompuan dan org lelaki tak perlu campur tangan?

Jawap pelan-pelan.

Sebenarnya, bila kita membicarakan tentang had yang Allah telah tetapkan suka atau tidak ianya melibatkan semua jantina tidak kira perempuan mahupun lelaki tanpa mengira ras, bangsa dan keturunan. Ini kerana Allah ciptakan manusia supaya menjadi khalifah atas muka bumi. Dan tiada sebarang penentuan jantina untuk tugas kekhalifahan ini. Lihat Al-Baqarah ayat :
[30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.


Ini sebagai bukti bahawa bebanan tugas khalifah bukan hanya terhadap ke atas satu satu jantina sahaja. Bahkan ianya melibatkan semua jantina. Untuk makluman hanya ada 2 jantina yang terbabit. iaitu lelaki atau perempuan. So, apa tugas khalifah? Antara tugasnya ialah memakmurkan bumi selari dengan kehendak Allah. Tugas ini untuk semua. Mana mungkin seorang itu boleh jadi khalifah dengan hanya dia seorang. Untuk jadi khalifah, perlu ada pemimpin dan pengikut. Namun tulisan ini bukan ingin membincangkan sapa pemimpin dan sapa pengikut.

Kembali kepada persoalan yang ditimbulkan. Bila disentuh hal ehwal berkenaan penutupan aurat sepatutnya kaum lelaki turut terasa akan kebertanggungjawaban terhadap permasalahan ini. Kerana setiap lelaki ada share terhadap perempuan disekitar mereka. Suami terhadap isteri, anak perempuan, ibu dan saudara perempuannya . Anak lelaki terhadap ibu, kakak dan adik perempuannya.

So (untuk kali kedua), lelaki kena beringat bahawa mereka juga bakal ditanya tentang share mereka. Hal ini selari dengan peruntukan dari Allah dalam At-Tahrim ayat :
[6]
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


So (buat kesekian kali), beringatlah buat kaum lelaki, perhatikan cara penutupan aurat mereka yang dibawah tanggungjawab kita. Kerana kita semua bakal disoal oleh Allah. Usah bersenang lenang seolah-olah tidak terlibat dalam ini filem. Ini kerja kita. Ini tanggungjawab kita. Bebaskan mereka dari azab. Ingatkan mereka.

Khamis, 15 April 2010

Untuk remaja

Salam sejahtera dan keselamatan kapada anda semua. Harapan agar Allah lindungi
dan limpahi dengan keberkatan sementara sisa² usia yang masih ada. Ingatlah
bahawa kematian pasti akan datang, oleh itu persiapkanlah diri untuk menghadapi
apa yang nabi sebut sebagai pemutus nikmat dunia.

Selawat serta salam ke atas Rasulullah, ahl bait dan sahabat baginda yang
berjuang menegakkan agama Allah atas muka bumi ini.

Versi kali ini adalah untuk cuba menjawap request dari anak buah (yg keberapa
ntah), ecah namanya a.k.a gadis desa.

beliau nakkan tajuk berkaitan 'nasihat kepada remaja2 perempuan' tapi better
kita open kepada 'nasihat kepada remaja2'. Saya teramat yakin dan percaya bahawa
ibu², bapak², abg², kakak² yang ada disini mempunyai pelbagai pengalaman pahit
getir sewaktu bergelar remaja suatu ketika dahulu dan saya mengharapkan agar
kita boleh berkongsi pengalaman utk tatapan 'remaja kini' mencari jati diri dan
ikutan terbaek. "ye terbaek wok" kata bapa aqil.

Zaman remaja adalah zaman yang paling kritikal kerna zaman ni lah antara zaman
yang paling banyak cobaan namun akal dikala ini masih belum dapat maklumat yang
cukup berkaitan panca roba dunia. remaja sebenarnya masih tercari² jati diri
atau 'nak jadi apa' suatu hari nanti. remaja juga adalah waktu dimana manusia
'eager' nak mencuba sesuatu. kalaulah remaja itu diukur dengan umur bermula 15
tahun, maka tatkala itu bagi remaja lelaki time ni mereka baru 'akil baligh'
usia akal yang boleh nak beza antara baik dan buruk baru setahun, sedangkan
nafsu dah jejak 15 tahun.

saya memulakan zaman remaja dengan masuk ke maahad tahfiz dan mula menghafal
Al-Quran... dan tika itu tinggal sendiri berasingan dengan pelajar² toh puan
(nama sekolah menengah acik) yang lain. maka proses pergaulan agak bebas dan
lebih besar. ada antara kawan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti yang
kurang sihat. Namun, Alhamdulillah segalanya Allah tentukan, saya tak pernah
berusaha utk 'try' menda tu semua. antara aktiviti yang berlaku, isap gam, minum
carlsberg, layan ubat batok, layan syabu (ice or batu), layan ganja dan pelbagai
aktiviti yang dah tentu amat menarik utk merosakkan otak.

Bukan tak pernah terasa nak cuba. Namun akal yang dikurniakan masih waras dari
terjebak. dan sebenarnya banyak benda baru yang menjadi tarikan kepada remaja
utk mencuba dan mencuba. Apa yang penting seorg remaja WAJIB rapat dengan
keluarga agar ada yang menegur dan membimbing. sebab remaja tak boleh harap
sangat dengan akal yang baru 'setahun jagung'. Walau pun mungkin jiwa akan
memberontak kerana merasakan 'tidak bebas' tetapi percayalah wahai remaja
sesungguhnya benda itu teramat baik utk anda.

Cuma, saya melihat remaja sekarang terlalu manja dan cepat memberontak. seolah²
tidak boleh ditegur dan diperbetul. sedangkan dengan ilmu dan pengalaman yang
cukup terhad remaja tersebut pasti tewas dengan pujuk rayu syaitan. Jgn pandang
remeh dengan pujukan syaitan. mereka cukup pakar nak mensesatkan manusia.
sentiasalah mohon pada Allah agar tetap beriman dan tetap atas agama Allah.
Mintak lindung sentiasa.

Percayalah bahawa jalan ke sorga penuh dengan liku dan mmg dibuat sedemikian
rupa supaya ada 'thrill'. bagi yang memakai tudung, saya yakin bahawa mmg panas
dan kurang selesa. pastu leceh sebab tiap kali lepas mandi kena pastikan rambut
betul² kering. kalau tak alamat rambut berbuah. namun pernah tak terfikir bahawa
dengan memakai tudung kita dikira patuh perintah Allah dan RasulNYA utk menutup
aurat? sedar atau tidak jika kita berniat memakai tudung KERANA ALLAH kita
sentiasa beroleh pahala dan dikira sebagai ibadah? atau selama ini kita pakai
tudung tak niat apa²? saya pun sebenarnya baru diilhamkan oleh Allah akan
perkara ini dan selama ini tak pernah niat memakai pakaian menutup aurat kerana
Allah. rugi tak? Indahnya hidup bertuhan.

Untuk remaja perempuan, sedikit pedoman dari saya agar pertamanya tanam rasa
kecintaan dan kehambaan pada Allah, then kecintaan pada Muhammad SAW, seterusnya
pada kedua ibu bapa (jgn lupa doakan mereka). dan ingatlah bahawa, segala
perilaku kita baik atau buruk akan dikongsi dengan ibu bapa serta saudara lelaki
selagi kita belum bernikah. dan bagi remaja lelaki, ingatlah bahawa anda
bertanggungjawab ke atas ibu, saudara perempuan, isteri dan nenek. sampai bila?
sampai bila². kalau lelaki dok syok sendiri, amal sorg² tanpa pedulikan hal ahli
keluarganya jgn terkejut akan ditarik di hadapan Allah nanti masuk ke neraka
kerana tak jaga mereka² yg di atas.

Jgn hesitate (ragu²) utk mintak nasihat dan tunjuk ajar. dan yang mengajar tu
plak jgn perlekeh si penyoal. Moga keduanya dapat rahmat dan keampunan oleh
Allah SWT. Allah lebih suka kepada org muda yang buat kebaikan berbanding org
tua, kerana kesedaran dari awal dan kemungkinan utk lebih lama ibadah kepadaNYA.
Namun jgn kerana kenyataan ini membuatkan org tua rasa 'down' hehehehehe. tukan
ayat motivate yang diambil dari mafhum hadis nabi. 7 golongan yang diberi
naungan.... Apa pun, mari kita berlumba utk mendapatkan keredhaan Allah. lumba
sapa yang lebih kasih dan cinta pada Allah dan rasul. lumba siapa yang lebih
ikhlas dan berlumba syurga siapa paling tinggi.

akan datang kita sentuh sket berkaitan mengenal diri.... tungguuuuuuuu

Senarai Blog Saya

Pengikut