Selasa, 29 November 2011

Mukmin Terpenjara (seterusnya...)

Assalamualaikum....

Sebagai sambungan kepada entry yang lalu... nak memahamkan diri tentang hadis nabi yang sebut dunia ini sebagai penjara kepada orang mukmin. So, saya cuba buat perbandingan dengan keadaan penjara sebenar. Moga ada manfaatnya.

Yang kedua dan seterusnya.

Kita maklumi di dalam penjara 'penduduk'nya tidak lah sebebas mereka yang tidak dipenjara. Dari segi pakaian misalnya, 'penduduk' di dalam penjara mempunyai 'kod etika' berpakaian mereka sendiri. Bahasa pasarnya kita sebut 'uniform'. Waktu kecik-kecik dulu bila sebut banduan dan penjara saja, akan terbayanglah baju melintang belang-belang hitam putih bak kuda belang dalam fikiran.

Contoh baju belang ehsan: Chantek Dress


Jadi, kehidupan sebagai seorang mukmin juga ada uniformnya. Ada batas-batas aurat yang perlu dipatuhi juga disebut sebagai pakaian islam. Bukan sebebasnya nak pilih cara berpakaian. Ada peraturan dan batas. Cer tengok terjemahan ayat quran di bawah ni:

"...supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu...."

Boleh cek kat Surah Ahzab ayat ke 59 dari awal surah.

Aku tertarik dengan status fb Sham Kamikaze hari ini (29 Nov 2011). 


Apa yang ditulis oleh Saudara Sham Kamikaze merupakan hikmah atau natijah menurut pengamatan pengalaman manusia jika kita memilih untuk mengikut tatacara yang telah ALLAH tetapkan. Namun hikmah yang sebenar hanya ALLAH yang tahu.

Yang ketiga... esok-esok la ye....

Apa erti aku berhijrah jika.....


Kesimpulannya & sumber rujukan



Sabtu, 26 November 2011

Doa Awal tahun Akhir Tahun

Sumber Doa Awal dan Akhir Tahun

Diantara amalan yang sangat masyhur di kalangan masyarakat kita setiap tahun, adalah bacaan doa beramai-ramai pada setiap awal dan akhir tahun Hijrah.

Diriwayatkan bahawa diantara fadhilat membaca doa tersebut adalah hadith yang bermaksud:

"Barangsiapa membacanya syaitan akan berkata: Kami telah penat letih bersamanya sepanjang tahun, tetapi dia (pembaca doa berkenaan) merosakkan amalan kami dalam masa sesaat (dengan membaca doa tersebut).”

Mengenai kata-kata tersebut, Jamaluddin al-Qasimy telah menerangkan bahawa ianya ini tidak diriwayatkan di dalam sebarang kitab-kitab hadith yang bersanad, dan tidak juga di dalam kitab-kitab hadith maudhu’aat (palsu). (Islahul Masajid: 108). Maka ia bukankan daripada kata-kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ .

Sebaliknya, apa yang nyata adalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ , para sahabat dan para tabiin tidak pernah mengamalkan doa tersebut.

Ini telah diakui sendiri oleh beberapa para ulama seperti Abu Syamah (seorang ulama Syafie wafat pada tahun 665H), Mohd Jamaluddin al-Qhasimy (Islahul Masajid-129), Muhammad Abdus Salam as-Shuqairy (As-Sunan wal Mubtadaa’at-167), dan Dr Bakr Abu Zaid (Tashihud Doa-108), yang menegaskan bahawa “Doa awal dan akhir tahun” tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ , para sahabat, tabiin, atau tabi’e tabiin.

Didalam perkara ini, kita haruslah berhati-hati, kerana sekiranya seseorang yang telah mengetahui bahawa sesuatu hadith itu palsu tetapi tetap meriwayatkannya sebagai hadith, maka dikhuatiri akan tergolong di dalam ancaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ :

“Barangsiapa yang melakukan penipuan (pemalsuan hadith) keatas diriku dengan sengaja, maka bersedialah suatu tempat untuknya di dalam neraka.” 

Dalam hadith yang lain pula, Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ bersabda:

“Barangsiapa yang meriwayatkan dariku sepotong hadith sedangkan dia tahu ianya palsu maka dia adalah salah seorang pembohong.” (Riwayat Muslim di dalam Muqaddimah Sahihnya: 1/62).

Kemudian, ada sebahagian golongan pula yang berdalih bahawa doa tersebut sebenarnya adalah sebahagian daripada amalan para solafussoleh kerana fadhilat doa tersebut ada di terangkan di dalam kitab “Majmuk as-Syarif”, tetapi bukan di dalam bentuk hadith.

Perkara ini sangatlah mengelirukan dan membahayakan kerana diantara fadhilat doa tersebut diriwayatkan bahawa akan diampunkan dosa-dosanya setahun yang lalu dan kononnya syaitan akan berkata:

"Kami telah penat letih bersamanya sepanjang tahun, tetapi dia merosakkan amalan kami dalam masa sesaat (dengan membaca doa tersebut)." 

Ini semua adalah perkara-perkara ghaib yang tidak boleh di-imani kecuali daripada sumber wahyu iaitu AlQuran atau sunnah. Oleh kerana, AlQuran dan sunnah tidak menyebutkan fadhilat-fadhilat tersebut, maka bagaimanakah boleh seseorang mengetahui bahawa syaitan berkata demikian dan sebagainya dan beriman dengannya?


Unsur-Unsur Syirik Doa Awal Tahun








“Tusrafu bi wajaahatihi jamieul mashaa-ib”
Ertinya: dan dengan kedudukannya (baginda Nabi Muhammad) tertolak segala musibah.

“Wa bi haqqi sayyidinaa Muhammad wa bihaqqi man lahu wajaahatun ‘indak min jamie’i kholqika an taghfira adz-dzunuuba kullahaa..”
Ertinya: dan dengan hak penghulu kami Muhammad dan dengan hak setiap yang punya kedudukan tinggi di sisi Mu dari sekelian makhlukMu agar Engkau ampunkan segala dosa…

Ini dinamakan “Tawassul bid’ah” bahkan yang boleh menjatuhkan pelakunya ke kancah syirik.

Sila rujuk kitab/buku terbitan pihak Majlis Ugama Islam Singapura; “Noktah Hitam ajaran sesat di Singapura”: halaman: 25 perkara ke-78:

“Wasilah yang diperintahkan di dalam Al-Quran ialah apa yang mendekatkan seseorang kepada Allah iaitu berupa amal ketaatan yang disyariatkan. Tawassul pula ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan cara-cara tertentu. Adapun Tawassul ada tiga macam:

a. Masyru’ iaitu tawassul kepada Allah dengan Asma’ dan SifatNya, dengan amal salih yang dikerjakannya atau melalui doa orang salihin yang masih hidup.

b. Bid’ah iaitu mendekatkan diri kepada Allah dengan cara yang tidak disebutkan dalam syariat, seperti tawassul dengan peribadi para nabi dan orang-orang salih, dengan kedudukan mereka, kehormatan mereka dan sebagainya.

c. Syirik iaitu bila menjadikan orang-orang yang sudah meninggal sebagai perantara dalam beribadah, termasuk berdoa kepada mereka, meminta hajat dan memohon pertolongan daripada mereka.”

Sila rujuk beberapa kitab Tauhied karangan para Imam Ahlis Sunnah wal Jama’ah yang ada menyebutkan nash para Imam Ahlis Sunnah wal Jama’ah seperti Imam Asy-Syaafi’ee, Imam Maalik, Imam Abu Haniefah, Imam Ahmad dan lain lagi.

Kata Imam Abu Haniefah رحمه الله (ertinya):
“Adalah dibenci jika seseorang berdoa dengan mengatakan: Aku memohon kepada Mu dengan hak si fulan atau hak Nabi-nabi Mu dan hak Rasul-rasulMu atau hak Al-Bait Al-Haraam dan Al-Masy’aril Haraam”
(Sila rujuk: “Syarh Al-‘Aqiedah Ath-Thohaawiyah hal 234, Ittihaafus Sa’aadaat Al-Muttaqien jilid II, hal 285, Syarh Al-Fiqh Al-Akbar: hal 198. )


Kesimpulan

1) Daripada penjelasan ringkas diatas, kita akan sedari bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ , para sahabat serta para tabi’in tidak pernah membaca doa-doa awal atau akhir tahun.

2) Fadhilat doa-doa tersebut bukanlah daripada kata-kata Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ dan bukan juga daripada kata-kata para sahabat. Yang lebih memberatkan lagi, ianya mempunyai ilmu-ilmu ghaib dimana umat Islam tidak boleh beriman dengan perkara-perkara ghaib kecuali ianya mempunyai nas daripada sumber-sumber syar’ie.

3) Berdoa adalah sesuatu ibadah yang sangat dituntut oleh syarak, namun doa awal dan akhir tahun yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Malah, dilarang mereka-reka dalam agama dengan mengkhususkan sebab, masa dan tatacara sesuatu ibadah.

4) Sebahagian kandungan doa ini bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul صلى الله عليه وسلم‎ .

5) Kami menyeru agar masyarakat Islam yang ikhlas dan berakal berlepas diri daripada adat membaca doa awal dan akhir tahun yang telah nyata tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ mahupun para sahabat, walaupun ia dilakukan oleh sebahagian tokoh-tokoh agama.

6) Kami juga menyeru agar para agamawan yang berkedudukan, imam-imam serta aktivis-aktivis masjid dan pertubuhan Islam agar sentiasa bersikap prihatin dan peka sekiranya ingin mengadakan sesuatu majlis. Ini adalah agar amalan-amalan tersebut tidak bertentangan dengan AlQuran atau ajaran Nabi صلى الله عليه وسلم‎ dan semoga ianya diterima oleh Allah sebagai sesuatu yang diredhoiNya di dunia dan di akhirat.

"Leaders must have the conviction to do what is right and not what is popular, even if it costs them political points", said Deputy Prime Minister Wong Kan Seng. (ST 8/12/09)

Lakukanlah yang benar, bukan sekadar menyokong secara jahil sesuatu yang masyhur hanya ingin mengekalkan pangkat dan kedudukan supaya diterima oleh masyarakat dan pemerintah sebagai agamawan arus perdana.


Doa Awal Bulan Dari as-Sunnah
Hadith #67: "Doa Melihat Bulan Tanggal Satu"
(Sumber: Hisnul Muslim oleh Sheikh Sa'eed Ibn Wahf al-Qathani)

اللهُ أَكْبَرُ، اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ، وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ

“Allah Maha Besar. Ya Allah! Nampakkan bulan tanggal satu itu kepada kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufiq untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”
[ Hadith Riwayat At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahih at-Tirmidzi 3/157.]

Doa ini bukan khusus untuk bulan Muharram semata-mata, ianya boleh dibacakan setiap awal bulan dalam kalendar Hijrah, sesuai dengan petunjuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم‎ .

Maka, benarlah kata-kata Ibnu Abbas رضي الله عنه‎:

"Tidaklah datang kepada manusia satu tahun kecuali mereka mengada-adakan satu bid'ah dan mematikan satu sunnah. Demikianlah hingga berkembanglah bid'ah dan matilah sunnah." (al-Bida’ wa nahyu ‘anha,hal. 38-39; lihat Dharuratul Ihtimam, hal. 85)

لا تعرف الحق بالرجال, أعرف الحق تعرف أهله
"Jangan Dikenali Kebenaran Itu Melalui Orangnya, Tetapi Kenalilah Kebenaran Itu Terlebih Dahulu, Maka Engkau Akan Kenal Ahlinya"


Setiap yang benar itu adalah daripada Allah dan yang silap adalah daripada kelemahan diri kami sendiri ini.

Wallahu a'lam


Kajian dan Susunan oleh Ustadz Abu Mazaaya



sumber dari: http://www.islamiq.sg/2009/12/doa-awal-tahun.html 




******************************************************************************


Ini jawapan balas bagi entry di atas. Kredit buat Bro Azad


Assalam famili semua
Memang tidak ada hadis sahih so far yg ditemui ttg doa awal tahun dan akhir tahun. Sumber ni rujukan dari spore yg ramai musliminnya cenderung kepada fahaman salafi atau ada yg muhammadiah dan ada yg kata wahabi wallahu'alam. Jadi kita kena tgk dari perspektif lebih luas. Menyandarkan amalan doa awal thn ni dgn sesuatu hadis maudhu atau palsu atau diada2kan mmg haram. Tetapi jika kita mengadakan doa ini sbg suatu acara khas tertentu sama spt program doa org nak exam, pergi haji, pergi melancong tiada salahnya. Asalkan jgn sampai kita sandarkan hukumnya wajib atas sebab hadis yg tentu sahihnya atau atsar sahabat yg direka2.

Doa adalah amalan yg sgt dituntut dah disukai Allah kerana kita sedar kita hamba dan ada pergantungan pd yg Maha Kuasa. Ada hadis sahih mengatakan hatta jika kita x berdoa selepas solat pun, allah akan murka kerana sombongnya kita.
Ok kita tgk sejarah bilakah amalan doa awal dan akhir thn ini mula berlaku. Memang tiada bukti sahabat dan tabiin pernah mengamalkannya.
Kalau x silap saya, amalan ini hanya berlaku di kalangan ulamak nusantara terdahulu iaitu di indonesia, mesia, thailand n filipin.
Ada yg mengatakan imam daud fatani, pengarang kitab kuning atau matla' badrain yg mula amalkan doa ini.

Ini berdasarkan fahaman localiti nusantara yg mungkin bg ulamak ini, lebih baik diadakan amalan doa awal dan akhir tahun serta solat hajat dan mengingati sejarah hijrah rasulullah saw ke madinah.
Kita tau masyarakat melayu ni suka berkenduri-kendara dan bermajlis, maka mungkin lebih baik diadakan majlis khas berdoa dan solat hajat sambil memperingati suatu peristiwa yg besar.

Isi kandungan doa pun yg baik2 dan penuh dgn rasa kerendahan diri serta mohon pertolongan dgn Allah yg maha kuasa maka bukankah perkara yg baik?
Yg penting kita faham dan tidak menyandarkan amalan ini dgn hadis tertentu yg tidak pasti atau meletakkan sesuatu hukum wajib atau yg seumpamanya.
Kalau rasa taknak buat, boleh tapi kalau nak buat juga buatlah asalkan kita faham amalan yg kita lakukan. Hatta kalau doanya bagus, apa salahnya berdoa setiap hari.

Bagi saya, berlapang dadalah kita dlm perkara amalan ibadah dan berbaik sangka dgn ulamak2 nusantara nenek moyang kita.
Mereka ni mungkin lebih arif dari ulamak timur tgh yg tidak faham adat dan budaya kita.

Kerana jasa dan keberkatan ulamak2 nusantaralah, portugis, belanda dan inggeris gagal memurtadkan umat islam di mesia selatan thai dan indonesia. Hanya sekarang baru kita dgr ramainya yg murtad maka fikirkanlah..adakah sudah makin terhapus atau hilang ulamak2 yg dirahmati Allah? Wallahu'alam. Salam maal hijrah utk keluargaku yg dikasihi.

Rabu, 23 November 2011

Iftitah Solah

Assalamualaikum.....

Hari ni nak share tentang Doa Iftitah.... banyak pilihan doa yang Rasulullah saw buat... cuma kita je yang dok amal satu tu..... cekidaut...


Imam Ahmad recorded that Abu Sa`id Al-Khudri said, "When the Messenger of Allah would stand up in prayer at night, he would start his prayer with the Takbir (saying "Allahu Akbar''; Allah is Greater) and would then supplicate,


«سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ»


(All praise is due to You, O Allah, and also the thanks. Blessed be Your Name, Exalted be Your sovereignty, and there is no deity worthy of worship except You.)

He would then say thrice,


«لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ»

ثَلَاثًا


(There is no deity worthy of worship except Allah,).

He would then say,


«أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ مِنْ هَمْزَهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ»


(I seek refuge with Allah, the Hearing, the Knowing, from the cursed Satan, from his coercion, lures to arrogance and poems.).''

The four collectors of the Sunan recorded this Hadith, which At-Tirmidhi considered the most famous Hadith on this subject.

Ni plak versi Bahasa Melayu




Aku cilok dari Tafsir ibnu Kathir Versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Untuk Bahasa Inggeris plak ada penambahan... cek kat bawah ni...


Abu Dawud and Ibn Majah recorded that Jubayr bin Mut`im said that his father said, "When the Messenger of Allah started the prayer, he said,


«اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا ثَلَاثًا الْحَمْدُ للهِ كَثِيرًا ثَلَاثًا سُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا ثَلَاثًا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ»


(Allah is the Greater, truly the Greatest (thrice); all praise is due to Allah always (thrice); and all praise is due to Allah day and night (thrice). O Allah! I seek refuge with You from the cursed Satan, from his Hamz, Nafkh and Nafth.).'' `Amr said, "The Hamz means asphyxiation, the Nafkh means arrogance, and the Nafth means poetry.'' Also, Ibn Majah recorded that `Ali bin Al-Mundhir said that Ibn Fudayl narrated that `Ata' bin As-Sa'ib said that Abu `Abdur-Rahman As-Sulami said that Ibn Mas`ud said that the Prophet said,


«اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّيطَانِ الرَجِيمِ وَهَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ»


(O Allah! I seek refuge with You from the cursed devil, from his Hamz, Nafkh and Nafth.)

He said, "The Hamz means death, the Nafkh means arrogance, and the Nafth means poetry.''

Renung²kan... selamat beramal oll's

Jumaat, 11 November 2011

Mukmin terpenjara


Gambar hiasan cuma

Dunia adalah ibarat penjara bagi orang mukmin. Begitulah mafhum dari sebuah hadis Rasulullah saw. Oleh itu, bila dunia ini diibaratkan sebagai penjara, maka wajarkah kita menganggap diri kita sudah merdeka? Selagi kita masih hidup dan menetap di atas bumi ALLAH swt ini, kita masih belum merdeka. Kita masih ditaklif dengan kewajipan sebagai hamba dan khalifah. Disamping itu, kita masih berperang dengan pujukan nafsu dan bisikan syaitan. Hasil dari peperangan ini adalah samada kita di jajah atau menjajah, menang atau terlentang.

Kemerdekaan yang hakiki bermula tatkala nyawa kita keluar dari jasad. Ketika itu kita mula meyakini hakikat kehidupan di dunia. Saidina Ali pernah mengingatkan kepada kita bahawa manusia akan mula memahami hakikat dunia ini selepas mati. Malah pernyataan beliau itu adalah berasaskan Surah At Takasur. Cuba ulang baca dari ayat 5-7

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).


(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.


Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

Oleh itu kawan-kawan, tiada istilah merdeka dengan sebenar-benar merdeka selagi kita masih hidup di atas dunia ini. Atas sebab itu juga kita ini selayaknya menjadi Hamba ALLAH swt. Dan sebagai hamba-NYA kita kena patuh segala sets of rules yang telah disediakan. Bila kita berjaya mematuhi peraturan serta rules yang telah ALLAH swt gariskan, maka selayaknya kita bakal mendapat panggilan hormat yang tertinggi iaitu Hamba-NYA. Lihatlah bagaimana ALLAH swt memberikan penghormatan ini kepada Rasulullah saw tercatat diawal Surah Isra'.

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Bila disebut dunia sebagai penjara, dah tentu kedudukannya mirip dengan penjara dunia yang sebenar. Mari kita lihat persamaan antara dunia sebagai penjara bagi mukmin dan penjara yang sebenar.

Yang pertama;

Dalam penjara ada peraturan yang perlu dipatuhi. Banduan tidak sebebasnya melakukan aktiviti seperti mana mereka yang berada di luar penjara. Malah bagi banduan yang beragama islam, menjadi kewajipan bagi mereka untuk solat berjemaah 5 waktu sehari semalam. Bukan itu sahaja, banduan ini juga di wajibkan untuk menghadiri kelas-kelas pengajian yang telah disediakan oleh pihak penjara (inisiatif pegawai serta warden penjara). Perhati pula pada banduan yang bakal menghadapi hukuman gantung, mereka-mereka yang sedar akan tibanya saat kematian ini akan segera berdoa, bermunajat serta bertaubat dengan sunggguh-sungguh taubat.

Begitulah gambaran sebenar kehidupan dunia ini bagi seorang mukmin. Hidup di atas dunia ini terikat dengan peraturan yang telah digariskan oleh ALLAH swt. Oleh itu jika kita hendak menjadi seorang Islam yang Mukmin, kita kena patuh peraturan ALLAH swt. Bukannya mengemudi kehidupan ini dengan sebebas-bebasnya atas alasan Hak Asasi Manusia. Jika kita dilahirkan sebagai lelaki, patuhilah peraturan sebagai seorang lelaki. Jika dilahirkan sebagai perempuan, jadilah perempuan yang sebenar.

Ingin jadi mukmin, kena la selalu follow sunnah Rasulullah dengan solat berjemaah di tempat dilaungkan azan (bagi lelaki). Sepanjang hayat Rasulullah, baginda tidak pernah meninggalkan solat berjemaah kecuali tatkala Baginda sedang gering sebelum kewafatan. Itu pun jika matlamat kita inginkan cinta dan redha ALLAH swt. Bukankah ALLAH swt declare hal ni pada ayat 31 Ali Imran yang mafhumnya seperti berikut :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tepuk dada tanya hati... Mukminkah aku?

Selain itu, seorang mukmin juga akan selalu ingat dan sedar akan tibanya saat kematian lantas segera bertaubat atas dosa-dosanya samada sengaja atau tidak. Mereka berusaha untuk menyahut saranan dari ALLAH swt melalui ayat ke 133 serta ayat 135 surah yang ketiga dari depan.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;


Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang islam yang mukmin meyakini dengan melaksanakan perintah tersebut, mereka bakal mendapat apa yang telah ALLAH janjikan seperti ayat ke 136 diterjemah sebagai berikut:

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Seterusnya, kita lihat pula persamaan yang kedua antara penjara dunia dan dunia sebagai penjara pada post yang akan datang Insya ALLAH.


Khamis, 10 November 2011

Sebuah perbualan....

Assalamualaikum

Hari ini ingin dikongsikan sebuah perbualan yang sempat disalin dari sebuah laman sesawang terkenal. Moga kita bersama mendapat manfaat dan petunjuk dari ALLAH swt.






Sekadar renungan untuk hari ini

Selasa, 1 November 2011

Hayati - Selami

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda SAW ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah SAW menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumahtangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!” [hadith riwayat al-Bukhari]

Rabu, 21 September 2011

Ramadhan, Syawal & Merdeka

Alhamdulillah Allazi Hadana lihaza.....

Akhirnya ALLAH memberi kesempatan untuk mengupdate blog ini.

Hari ini dah 23 Syawal dah 23 hari setelah Ramadhan. Apa hasil perjuangan kita dalam Ramadhan? ada perubahan? Masih teruskan rutin mengaji selepas solat fardhu? Masih berusaha untuk solat awal waktu dan berjemaah? Bagaimana dengan ibadah nawafil? Fardhu kifayah kita? bertambah atau berkurang? Check dan re-check.

Allah ingatkan dalam Surah Al-Haqqah : 18

"Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Rabb), tiada sesuatu pun dari keadaan kamu yang tersembunyi (bagi-NYA)"

Umar Al-Khattab pernah kata dan kata-kata ini cukup mahsyur.

"Hisablah (buatlah perhitungan untuk) diri kamu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang. dan bersiaplah untuk menghadapi hari yang besar, iaitu hari diperlihatkan (amal seseorang), sementara semua amal kalian tidak tersembunyi dari-NYA."

Saudara-saudaraku;

Masih teringat lagi pengumuman bonus separuh bulan gaji yang diterima sebelum raya. Ramai yang happy ramai juga yang bersyukur pada ALLAH.

Tapi, ALLAH telah beri kita bonus setiap hari dan kita sepatutnya berasa happy dan teruja mendapat bonus ini. ALLAH beri kita bonus kehidupan. Tanpa hidup kita tak kan dapat mengecapi bonus-bonus yang lain.

Maka, solat dan sujudlah sebagai tanda syukur atas bonus kehidupan ini. Ketahuilah bahwa Manusia tanpa ruh adalah lebih hina dari besi buruk.

Tapi, setiap manusia punya tanggapan berbeza mengenai kehidupan. Sebagai contoh cer kita tanya seorang jurutera pandangan beliau tentang laut. Walau apa pun jawapan, sudah pasti ianya berbeza dengan jawapan seorang nelayan yang melihat laut sebagai 'pejabatnya'.

Kita boleh berbeza pandangan berkaitan kehidupan, tapi kita sekali-kali tiada hak untuk menentukan matlamat hidup kita. Kita tidak berhak untuk menetapkan tujuan kita dihidupkan. Kerana keduanya telah ditetapkan oleh Pencipta kita

Keliru?

Saya bagi contoh.

Kasut yang direka oleh nadzri tiada hak untuk menentukan matlamat ia direka. Yang berhak ialah nadzri si perekanya. Kasut tidak boleh bertindak sewenang-wenang menetapkan tujuan 'hidupnya'. Kasut tidak boleh bertindak sebagai tukul atau sofa L shape. Jika kasut tidak selari dari matlamat ia direka, kasut tersebut akan menjadi sampah.

Kita sebagai manusia juga begitu, jika kita lari dari matlamat hidup yang telah ditetapkan Pencipta kita, maka kita akan jadi sampah.

Kita bukan tak tahu ini semua, bukan tidak pernah dengar, bukan tiada ilmu tentang hal berkaitan. Tapi bila soalan yang sama ditanya berulang kali, mengapa jawapan yang diterima masih berbeza. Bila jawapan berbeza, maka amalan serta tindakan juga berbeza. Ayat 56 Az-Zariyyat itulah sebenarnya matlamat penciptaan kita. Begitu juga dengan ayat ke 30 Baqarah. Keduanya menetapkan kita dicipta untuk apa.

ALLAH yang Maha Tahu dan Maha Bijaksana mengurniakan kita Ramadhan untuk mengembalikan kita kepada fitrah dan setelah kita lalui bersama 1 bulan Ramadhan adakah kita sudah kembali kepada fitrah beribadah dan menjadi khalifah-NYA?

Oh dimana kita tadi? Bincang pasal kehidupan... tujuan dan matlamat hidup.

Puasa bagi kita mereka yang sudah agak lama hidup perlu lebih bermakna bagi kehidupan. Bagi mereka soalan yang timbul bukan lagi berkisar adakah korek idong batal puasa. Tetapi mereka (dan kita) sepatutnya memikirkan bagaimana kita MEMAKNAKAN puasa? diterima atau tertolak puasa kita.

Adakah puasa kita berjaya menjadikan kita hamba?

Ramai antara kita yang tidak makan (diluar Ramadhan) bukan kerana tak mahu makan, tetapi doktor tak bagi makan. Ada juga dikalangan kita yang gagal berlaku adil terhadap diri sendiri. Buktinya? Lihat saja BMI masing-masing. BMI merupakan penanda aras yang ALLAH telah letakkan untuk setiap insan. Berlebih atau berkurang? Adakah puasa kita berupaya menjadikan kita hamba yang adil? (makna adil ialah meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya, Letak berat kita pada BMInya)

Kita boleh capai BMI itu jika kita bersungguh mengikuti cara yang telah Rasulullah ajar. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Hal ini cukup simple, tapi begitu sukar untuk dipatuhi. Sebab itu segelintir dari kita terpaksa membelanjakan duit dalam jumlah yang banyak mendapatkan produk-produk pelansingan dan bentuk badan yang ideal (BMI yg tepat). Malah lebih hebat lagi, kita boleh dengan sengaja melewatkan solat semata-mata nak pergi makan. Alasannya : "Bila lapar kena makan dulu". Bukankah apa yang Rasulullah tunjuk kena makan sebelum lapar? bukan bila dah lapar. Kita sanggup dahulukan kehendak serta nafsu kita dari menyembah ALLAH. Kita memang pentingkan diri sendiri.

Soalan : Matlamat hidup kita apa? makan untuk hidup atau hidup untuk makan. cliche?

Bukan tak boleh makan, tetapi jadikanlah aktiviti makan itu sebagai ibadah. Bagaimana? follow apa yang Rasulullah tunjuk. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Soalan : Bagaimana tarbiyah Ramadhan kita?

Lihat sepanjang Syawwal ini, sebulan digunakan untuk buat rumah terbuka di sini sana. Eh tak boleh ke buat makan-makan nak bagi orang makan? Boleh. Tapi kenapa hanya dalam Syawwal? Zulkaedah? Safar? bulan-bulan yang lain? Bukankah ianya seolah-olah membalas dendam kerana kita 'ditahan' untuk makan waktu siang sepanjang Ramadhan? Berhasilkah tarbiyah Ramadhan kita?

Seterusnya,

Puasa sepatutnya dilakukan atas dasar Ubudiyyah (kehambaan atau merasa diri kita hamba)

Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa adalah makna yang kita bentangkan bila orang tanya apa itu puasa.

Betul ke kita berjaya menahan diri? Pergi ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Kenang kembali Ramadhan yang lepas dan tanya diri kita, adakah kita berjaya menahan diri untuk membeli juadah sekadar yang diperlukan dan tidak membazir atau wang di dalam poket yang tidak mencukupi untuk berbelanja lebih?

Kita yang mengawal diri atau nafsu yang mengendali? yang nyata bila kita lakukan ibadah bukan atas dasar ubudiyyah maknanya kita masih belum MERDEKA. Merdeka dari belenggu nafsu sendiri.

Selasa, 14 Jun 2011

Indahnya Hidup Bertuhan : Cinta Sesama Makhluk

Mencari kesana kemari
Dalam rumah, luar rumah dijelajahi
Mencari kalung suami yang beri
Tanpa sedar dileher sendiri


Seperti biasa, kita perlu meletakkan kepasrahan dan harapan hanya pada ALLAH swt. Begitu juga jika kita inginkan ilmu pengetahuan, hidayah serta taufik. maka sering-seringlah kita memohon dan mengadu pada ALLAH yang Maha berilmu tentang apakah rahsia atau hikmah disebalik setiap kejadian dan apakah pelajaran yang bakal kita dapat. Kita wajar aplikasikannya di dalam kehidupan kita sehari-hari kerana setiap pengalaman hidup merupakan ilmu pengetahuan. Hidup kita merupakan universiti pengalaman. Sebuah universiti yang terkadang mengenakan yuran yang mahal untuk subjek tertentu. Buktinya, kita terpaksa membayar kos yang mahal untuk subjek 'TIPU'!

"Yeke mahal? tipulah"

Ye, tanpa pengalaman tertipu, kita takkan tahu bagaimana rasa ditipu. Untuk mempelajarinya, kita mungkin diperdaya dan ditipu, plus ditipu dengan jumlah yang besar dan banyak.

Oleh itu, ada baiknya jika kita sering bertanyakan kepada Pemilik Ilmu agar kita diberi petunjuk apakah yang sebenarnya kita dapat pelajari daripada setiap kejadian yang berlaku.

Mari kita lihat contoh ini, mungkin selepas ini kita boleh melihat Cinta Sesama Makhluk dari dimensi berbeza.

Kita sering lihat banyak kucing-kucing jalanan. Adakala tika sedang menjamu selera di kedai makan, ada kucing yang menggesel-gesel di kaki kita meminta makan. Acu kita perhati gelagat mereka yang memberi makanan. Ada yang memberi dengan mencampakkan sahaja makanan ke arah kucing tersebut. Malah lebih teruk ada yang sanggup sepak kucing berkenaan sebagai tanda tidak mahu diganggu.

Cuma majoriti antara kita biasanya akan 'campak' je makanan tu kat kucing... (tak termasuk yg bela kucing kat rumah, siap tapau tulang kat kedai semata-mata teringat kucing kat rumah). Bukankah tindakan mencampak itu mencerminkan kurangnya kasih sayang kita sesama makhluk dalam perhubungan. Mengapa tidak kita letakkan makanan dengan penuh kasih sayang?

Tindakan kita akan dapat membentuk sahsiah diri yang akhirnya menjadikan kita seorang yang penyayang, bukan sahaja sesama manusia tetapi juga sesama makhluk ALLAH yang lain. Kasih sayang yang tinggi dapat memberi kesan positif dalam kehidupan kita biar pun dikelilingi oleh mereka yang negatif. Itu kuasa cinta.

Isnin, 6 Jun 2011

Indahnya Hidup Bertuhan : Bukan itu ku pinta...

Kita pilih apa yg kita pilih,
Juga apa yang kekasih hati pilih,
Bukan pilih pilihan Yang Maha Memilih.


Langkah kedua setelah kita lakukan istikharah ialah usaha kita terhadap 'jawapan' yang telah diberi. Hal ini juga tidak dapat tidak perlukan kepada petunjuk dan bimbingan dari ALLAH swt. Yakinilah hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu tentang perkara terbaik untuk kita. ALLAH sahaja yang Maha Tahu tentang perkara yang paling sesuai untuk kita.

Namun begitu, diawal mujahadah kita untuk bertanya dan bergantung harap kepada ALLAH ini, akan terdengar bisikan nafsu mengatakan "Kalau macam ni, lambat laaa... asyik nak kena tunggu jawapan dari ALLAH"

Sedarlah wahai insan, sahabat dan kawanku...

Tindakan nafsu itu sebenarnya melekehkan serta mempertikai kekuasaan ALLAH swt. Ketahuilah bahawa ALLAH pasti menjawab. Jawapan yang paling tepat adalah dari ALLAH. ALLAH tidak akan menangguhkan jawapan agar dengan jawapan tersebut kita dapat membuat keputusan dengan betul. ALLAH tidak pernah menzalimi kita. Maha Suci ALLAH dari segala sifat kekurangan.

Masalahnya, kita yang tidak faham dan terlalu lemah untuk memahami. Ilmu kita pun sememangnya teramat terbatas. Kadang kita sendiri yang tidak mahu memahami jawapan yang diberi dan tak tahu dimana letak duduk jawapan tersebut.

Sahabat serta saudaraku,

Manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk menilai dan menimbang. Mavelesnya akal dan fikiran yang dijana oleh otak kurniaan ALLAH ini ialah ianya boleh memproses maklumat sebanyak 50Gb sesaat!!! Maka dengan keupayaan sedemikian rupa, akal perlu digunakan untuk merenung serta memikirkan jawapan yang diberikan oleh ALLAH kepada kita. Jika jawapan masih juga belum kelihatan, maknanya permintaan kita belum tiba waktunya untuk dijawap.

Kerap juga terjadi bila kita mula 'memerintah' ALLAH dan meminta agar permintaan kita dilaksanakan dengan SEGERA!!! Kita nyata lupa dan alpa bahawa ALLAH lebih tahu bilakah masa paling sesuai untuk memberikan jawapan. Bagi kita, kita merasakan jika impian kita terlaksana ketika ini maka kita akan bahagia. Tetapi kita tidak dapat menjangka adakah nikmat bahagia itu akan terus membahagiakan di masa hadapan.

Lihat sahaja pemakan makanan tanpa pantang. Pengambilan kadar gula yang tinggi dan ekstrem akan bergelar pesakit diabetik dihujung jalan. Ya, manis dan lazat sekarang tidak semestinya baik untuk masa hadapan. Siapa lebih tahu akan hal ini? Tidak lain dan tidak bukan hanya ALLAH swt.

ALLAH swt tahu dan teramat tahu tatkala DIA tidak mengurniakan impian kita pada waktu tersebut. ALLAH paling tahu samada ianya sesuai atau tidak.

Cuba kita lihat kisah dalam Surah Hijr bermula ayat ke 30 - 42

[36]
Iblis berkata:” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)”.
[39]
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
[42]
“Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


Lihat dan renung kisah ini... Iblis pun mintak izin dari ALLAH swt. Namun kita? Kita teramat jarang memohon keizinan dari ALLAH sebelum buat sesuatu. Oleh itu, mari kita sama2 berusaha untuk mendahulukan lah ALLAH swt.

Sahabat serta saudaraku,

Usahlah kita mengeluh kerana impian, hajat dan permintaan kita belum dimakbulkan. Percayalah bahawa ALLAH Maha Memakbulkan, namun kerana kelemahan kita, maka kita tidak faham serta terlalu teruja dengan harapan kita. Yakini juga bahawa ALLAH memberi yang terbaik dan paling sesuai untuk kita dari sisi-NYA.

Jangan bersangka buruk pada ALLAH swt hanya kerana hajat kita belum menampakkan hasil. Kita kena akur akan kelemahan kita kerana tidak faham. Kita tidak tahu akan kemungkinan hajat kita bakal merosakkan kita pada masa hadapan. Kita juga jahil akan masa paling sesuai hajat itu ditunaikan. Kita juga tidak tahu adakah hajat kita itu tertulis dalam takdir kita.

Oleh itu, mari kia lazimi membaca doa ini;

Ya ALLAH... pilihkanlah untukku dengan keluasan ilmu-MU dan tentukanlah untukku dengan kehendak-MU. Aku pohon kemurahan-MU yang sangat luas kerana ENGKAUlah yang boleh menentukan sesuatu. ENGKAU Maha Mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan ENGKAUlah yang paling tahu berkaitan hal-hal yang ghaib.
Ya ALLAH... Jika sesuatu ini menurut-MU baik bagiku, kehidupan dan kesudahanku, maka pilihlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah. Dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku, maka jauhkanlah ia daripadaku sejauh-jauhnya, dan berilah aku kebaikan di mana saja berada dan redhailah aku kerananya.

Maksud lazim ialah baca bila2 masa dimana berada. Hingga jadi satu kebiasaan. Jadikan mainan bibir. Try tengok buat 2 minggu.... Rasai hasilnya.

Seringkali jawapan yang kita terima adalah melalui tabir alam, oleh itu kita seharusnya terlebih dahulu belajar untuk saling mengenal dengan alam sekitar kita. Kita seringkali tidak sedar akan kesombongan diri kita pada makhluk ALLAH yang lain. Tanggapan bahawa kita 'manusia' lebih baik dan mulia dari pokok dan haiwan membuatkan kita lupa bahawa 'mereka' ini tidak pernah putus untuk sentiasa bertasbih dan memuji ALLAH. Manakala kita yang selalu lupa dan lalai ini hanyut dengan keegoan diri. Hubungan yang terbina sesama makhluk itu merupakan jalan untuk kita lebih memahami bahasa alam.....

Next Cinta sesama makhluk....

Rabu, 11 Mei 2011

Indahnya Hidup Bertuhan : Hadapi Ketentuan-NYA

Langit itu biru atau putih,
Laut itu kelam atau biru,
Ianya tanpa warna, tetap hidup pelbagai warna.

Saudara dan sahabatku;

Tulisan yang lalu ada menyentuh untuk menentukan yang pilihan terbaik, maka gunalah Solat Istikharah sebagai medium. Kerana hanya pilihan yang diputuskan oleh ALLAH swt sahaja merupakan pilihan yang paling baik untuk kita. Akan tetapi, Jawapan yang dinanti tidak kunjung tiba. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tak mai mai. Kerap bermain difikiran, di mana jawapannya? Mana silapnya dalam istikharah kita? Tak mimpi-mimpi pun.....

Kadang tu, tekanan untuk membuat keputusan segera makin berat. Ialah, pihak lelaki nak masuk minang sok lusa, istikharah kita pulak masih belum terjawap. Malah jawapan yang didamba tak pulak kelihatan. Kita pulak tak mahu 'melepas'. Lagi parah, tatkala jawapan yang kita dapat membawa kepada hasil yang tidak pernah kita harap. Jauh dari kehendak dan kebahagiaan. Jawapan yang salah atau kita tak paham jawapan?

Kita semua pernah menghadapi situasi yang serupa. Ada yang menderita, merana, menyesal. Mental derita, fizikal cedera. Lalu masalah demi masalah akan menjenguk tiba satu satu.

Saudara & sahabatku;

Kita telah maklumi bahawa untuk mendapat jawapan yang pasti, jalan yang terbaik ialah bertanya terus kepada ALLAH swt. Kerana jawapan dari ALLAH swt merupakan jawapan yang terbaek dan paling tepat. Persoalannya. Samada jawapan itu merupakan kebenaran yang diberikan oleh ALLAH swt atau dorongan nafsu kita semata.

Situasi berikut mungkin boleh diambil contoh.
Pasangan yang ingin berkahwin masing-masing melakukan Solat Istikharah. Bila mereka melakukan istikharah, maknanya mereka berkehendak kepada jawapan. Setelah solat dilaksanakan, mereka pun tidur dengan menyimpan harapan. Seperti dijangka jawapan yang diterima adalah seperti yang diimpikan. Namun panas tidak sampai ke petang, mahligai yang dibina berantakan, tiada sefahaman menjadi alasan. Akhirnya segala kesalahan diarahkan kepada takdir. Menyalahkan takdir bukankah menyalahkan ALLAH swt?

Silapnya mereka hanya hendak jawapan yang mereka inginkan sahaja. Mereka sebenarnya sudah ada pilihan awal atau kecenderungan awal sebelum memohon kepada ALLAH swt. Solat dilakukan dengan harapan pasangan yang MEREKA PILIH akan menjadi JAWAPAN yang MEREKA MINTA. Sebenarnya itu bukanlah jawapan sebenar, kerana bila kita berkeinginan, sedari mula kita sudah meletakkannya di dalam minda. Sematan yang begitu dalam diringi dengan harapan kita bawa ke dalam tidur.

Tatkala gelombang otak kita mula menurun sewaktu awal tidur, perkara pertama yang akan menjelma ialah apa yang kita inginkan dan harapan. Setelah itu, menjelmalah wajah si dia. Pada sangkaan kita itulah 'hasil' dari Solat Istikharah, namun hakikatnya ia merupakan hasil dari nafsu yang membawa kesan kepada berlakunya kesilapan menterjemahkan 'jawapan'.

Soalan cempumas pada yang dah berkahwin "Adakah kita pernah buat Solat Istikharah utk mengetahui sama ada pasangan yang dipilih itu adalah pasangan yang benar-benar menjadi pilihan ALLAH atau hanya pilihan nafsu semata-mata?

Sahabat & saudaraku;

Istikharah menjadi hangat diperbincangkan kerana ianya dijadikan alasan kepada 'jawapan'. Walaupun 'jawapan' itu sebenarnya telah diperolehi sebelum melakukan istikharah. Oleh itu, melaksanakan Istikharah hendaklah dilakukan dengan MENYERAHKAN secara total tanpa ada sebarang pilihan awal atau kecenderungan awal. SERAH & PASRAH.

Seterusnya, USAH ditunggu jawapan dalam mimpi kerana ALLAH swt yang Maha Berkuasa boleh berinteraksi dengan kita melalui pelbagai medium dan salah satunya Bahasa Alam. Biar jawapan itu datang; usah dipaksa, usah ditanya, usah diragu, usah diungkit. Kerana tanpa sedar kita akan mempersoal serta memaksa ALLAH swt menjawab persoalan mengikut kehendak kita dan bukan yang terbaik untuk kita. Belajar-belajarlah memahami bahasa alam supaya kita tidak tersalah terjemah.

Next Jawapan salah? Mengapa?


Isnin, 9 Mei 2011

Indahnya Hidup Bertuhan : Hajat kita. Bila?

Mimpi indah disulami suka, duka, tangis, tawa
Seperti nyata selagi belum terjaga.


Sama ada kita sedar atau tidak, kita sering dibentangkan dengan pilihan di hadapan kita. Daripada sekecil memilih warna baju apa untuk dipakai hari ini sehingga kepada hendak memilih siapa yang paling layak menerajui negara. Pilihan di tangan kita. Namun, kadangkala kita tersalah pilih dan adakah itu merupakan takdir kita?

Sahabat serta saudaraku;

Mari kita imbas kembali disaat-saat kita akan menghadapi peperiksaan. Kita, malah ibubapa kita akan sama-sama menunaikan Solat Hajat untuk memohon kecemerlangan. Kita dengan bersungguh-sungguh meminta agar hajat kita ditunaikan. Akan tetapi ketika natijah tidak seperti apa yang dihajati, maka kita merasakan ALLAH swt belum atau tidak menunaikan hajat kita.

Sebenarnya, kita terlepas pandang dan jahil dalam menilai kebijaksanaan ALLAH yang Maha Bijaksana. ALLAH pasti tahu dan mendengar segala permohonan hamba-NYA.

Perkara ini sering berlegar disekeliling kita dan kita kadang menganggapnya remeh. Tanpa sedar kita mempertikai keputusan ALLAH swt.

Jika ditanya mana lebih baik antara Solat Hajat atau Solat Istikharah? lakukan Istikharah.
Mengapa?
Kerana Orang yang Tahu, tahu apa yang dia buat. (Aku tahu sebab tu aku buat) Dan Orang yang Tak Tahu, hanya ikut walau pun dia tak tahu kenapa dia ikut. (Aku ikut je, orang lain buat, aku buat).

Apa perkaitan masa dengan hajat kita?
Mari kita lihat dan renungkan.
Adakah kita tanya pilihan ALLAH swt dulu sebelum membeli kereta?
Adakah kita membeli rumah dan rumah yang dibeli itu atas petunjuk ALLAH swt?
Kita sering menuruti nafsu dalam memilih dan pilihan nafsu itulah yang sering tersasar.

Mari kita lihat situasi berikut:
Kita perlukan rumah dan merasakan inilah waktu yang paling tepat untuk memiliki rumah sendiri. Maka kita pun mencari rumah yang dirasakan sesuai dan mengikut kemampuan kita. Dari surat khabar ke laman Mudah.com ke broucher hinggalah ke iklan-iklan property. Semua kita belek. Akhirnya kita jumpa satu iklan yang menarik hati dan minat, lantas tanpa membuang masa kita segera bertemu pihak terbabit untuk menguruskan urusan pembelian. Setelah segala urusan dengan pihak pemaju dan perbankkan selesai, maka kita hanya perlu menunggu rumah yang dijanjikan pemaju siap sepenuhnya.

Tunggu punya tunggu punya tunggu, yang ada hanya tunggul-tunggul tiang 'piling' yang sekian lama terpacak. Pemaju dah lama cha alif bot. Pejabat yang dulunya gah, sekarang dah jadi kedai binatang ternak (Pet Shop). Harapan hanya tinggal harapan. Segala soalan berkaitan rumah baru atau bila nak pindah atau bila nak siap adalah ibarat jarum-jarum bisa yang menusuk kalbu. Malah duit pinjaman bank pula yang perlu dilangsaikan setiap bulan. Kecewa dan merana.

Contoh ini contoh sebenar. Terjadinya kerana kita terlalu inginkan hajat kita terlaksana. Sehingga kita lupa bahawa apa yang kita sangka baik itu belum tentu baik untuk kita dan iman kita dan apa yang kita lihat buruk itu, belum tentu buruk untuk kita dan iman kita. Cuba-cubalah ringankan diri untuk rujuk ayat 216 Surah Al-Baqarah.

Bila benda yang semacam ini berlaku, maka tiada jalan lain kita akan melakukan Solat Hajat kerana kita seboleh-boleh nakkan hajat kita itu berjaya dan terlaksana. Kita layan ALLAH sebagai last resort. Kita cari ALLAH swt setelah kita (baca: nafsu) buntu dan tak mampu nak dapatkan jalan keluar. Kita cari ALLAH setelah kita tertekan. Nyata kita dahulukan nafsu berbanding ALLAH. Kita bertuhankan nafsu!!!

Mengapa kita menzalimi diri sendiri? Mengapa tidak kita serahkan urusan kehidupan pada ALLAH at the first place? Mengapa tidak terlebih dahulu kita tanyakan pada ALLAH dan mohon hidayah-NYA apakah pilihan kita itu merupakan pilihan terbaik bagi kita disisi-NYA?

Next Menghadapi Ketentuan-NYA.

Khamis, 5 Mei 2011

Indahnya Hidup Bertuhan : Yakinkah Kita pada-NYA

PERCAYA sudah pasti,
YAKIN belum lagi,
Yakin tiada, jiwa merana, jasad sengsara

Saudara & sahabatku;

Kita mungkin tidur selama ini, samada sengaja tidur atau tertidur. Ini merupakan wake-up call atau panggilan kesedaran (jika boleh diterjemah begitu) kerana selama ini kita telah dibuai oleh mimpi dan angan-angan 'ciptaan' dunia. Jika disoal "Anda yakin dengan ALLAH?". Pasti jawapan yang diperoleh "Ya." Akan tetapi, adakah selari pernyataan hati dan pernyataan bibir? Adakah sama pengakuan dan tindakan? Berapa kali kita cuba membohongi diri?

Ya, kita mungkin boleh mengaku di bibir dengan mengatakan "Aku redha dan pasrah atas ketentuan ALLAH swt" tetapi perasaan menyatakan sebaliknya. Hanya ALLAH swt yang boleh mengukur dan menilai tahap dan perasaan sebenar kita. Malah kita sendiri tidak mampu menilai terhadap tahap redha kita.

Soalan, Adakah bila datangnya masalah, kita akan redha atau jiwa resah gelisah?

Ketahuilah bahawa setiap jalan penyelesaian bagi masalah dan dugaan yang hadir memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan yang Maha Tinggi dan Agung itu milik mutlak ALLAH swt.

Jika kita akur dan yakin dengan pernyataan di atas, mengapa tidak kita biarkan sahaja ALLAH swt memandu dan memberi petunjuk kepada kita dengan cara-NYA? Bukankah ALLAH Maha Mengetahui tentang apa yang bakal berlaku? Bukankah lebih mudah untuk menghadapi masalah dengan bantuan yang diilhamkan-NYA kepada kita?

Sahabat serta saudaraku;

Secara logiknya, lebih mudah kita mintak ALLAH swt pandu kita untuk selesaikan masalah berbanding kita sendiri berusaha tercari-cari jalan penyelesaian yang paling tepat. Peluang itu sebenarnya amat kecil. Mungkin juga masalah kita settle, tapi ia akan memberi kesan yang negatif pada kita dimasa hadapan.

Namun yang menjadi persoalan Adakah kita yakin bahawa ALLAH swt itu membantu dan sentiasa mendengar rintihan kita?

Kita sebagai manusia yang lemah sebenarnya amat terbatas untuk melihat kehidupan kita dalam satu gambaran besar. Tetapi ALLAH mampu melihat serta Maha Mengetahui seluruh perjalanan kehidupan kita. ALLAH swt mampu melihat whole big picture!

Bayangkan.....
Jika kita berjaya capai apa sahaja yang kita impikan serta idamkan. Kehidupan yang ideal, tiada kesedihan, tiada rasa letih dan penat, tidak pernah sakit, pening kepala hatta berhingus sekali pun, kesihatan yang tip-top, punya kekayaan serta umur yang panjang.

Adakah kita yakin ianya sesuai untuk kita? Adakah kita yakin bahawa itulah yang terbaik untuk kita? Siapakah yang lebih tahu tentang diri kita? Siapakah yang paling memahami akan kehendak dan kemahuan kita?

Oleh itu, kenapa tidak bergantung sahaja dan pohon keputusan dari ALLAH swt? Bukankah pilihan ALLAH swt itu merupakan pilihan terbaik? Pernahkah ALLAH swt menzalimi makhluknya? Namun mengapa kita masih tidak yakin pada-NYA?

Alangkah indahnya bila kita dapat mendengar seorang hamba ALLAH mengatakan "Saya tak percaya pada kata-kata manusia, saya hanya percaya pada ALLAH. Biarlah orang lain nak kata apa pun tetapi ALLAH Maha Tahu tentang perjalanan hidup saya. Kasih sayang dari ALLAH tidak akan sekali-kali menyusahkan sesiapa sahaja yang mengharapkan-NYA."

Begitulah keyakinan sebenar pada ALLAH swt yang patut ada pada kita semua. Namun untuk mencapai tahap keyakinan atau menjadi yakin perlu kepada latihan yang berterusan dengan menggunakan pendekatan serta formula yang telah ALLAH bentangkan di dalam Al-Quran dan menerusi Rasulullah saw.

ALLAH swt sentiasa bersama kita 24 jam walau apa pun keadaan dan situasi kita. Tidak seperti kawan yang datang tika senang dan menyisih tika susah atau family yang hadir tika susah dan senang namun tetap akan meninggalkan kita bila dah sampai ajal. Sedarilah bahawa ALLAH Maha Mengetahui dan lebih tahu dari apa yang kita tahu. Pengetahuan kita pun datangnya dari ALLAH. Dengan sebab sekukuh itulah kita perlu memantapkan keyakinan kita pada ALLAH dan usah goyah pada-NYA. Jika kita ditawarkan sepinggan emas dengan sepinggan keyakinan, yang mana kita pilih? Atau adakah keinginan dan perancangan kita mengapai kejayaan atau keyakinan mutlak kita hanya pada ALLAH dalam menentukan kejayaan kita bila sampai waktunya?

Next hajat kita, sekarang atau nanti?

Indahnya Hidup Bertuhan : Seni Berdoa

Seni itu soal jiwa dan rasa
Doa tanpa seni, ibarat lagu tanpa irama
Pincang lagu, punah irama.

Ibnu Qayyim menukilkan;

"Barangsiapa yang diberi makan berupa zikir dan bersih daripada penyakit duniawi serta diberi minuman berupa tafakkur akan memperoleh pelbagai hikmah."

Berilmu dan bijaksana merupakan 2 benda yang cukup berbeza. Ilmu boleh diperolehi melalui pelbagai medium dan pendekatan. Melalui pelbagai cara dan kaedah. Secara formal atau non-formal. Namun jika ilmu itu tidak dikuasai dengan sebenarnya, maka mereka tidak tergolong dikalangan bijaksana. Oleh itu, mereka yang bijaksana ialah mereka yang berilmu, menguasai ilmu dengan baik, mengamalkannya untuk diri sendiri dan orang lain.

Antara ilmu dan kemahiran yang tidak dititikberatkan ialah kemahiran untuk berdoa. Ada antara kita yang sentiasa berdoa dimurahkan rezeki, namun hingga kesaat ini hidup kita masih nyawa-nyawa ikan. Kadang cukup, kadang tak cukup. Pelbagai ikhtiar telah kita usahakan dari kerja lebih masa hinggalah melakukan kerja kedua dan ketiga. Namun kehidupan masih disitu-situ juga. Hampa. Hidup kian tertekan dan adakalanya kita rasa macam tak guna.

Kita sering tertanya-tanya bukan?

Jawapannya:

Pertama, ALLAH swt itu Maha Adil, Maha Mendengar, Maha Memberi, Maha Memudahkan dan tidak pernah menyusahkan. ALLAH swt pasti akan memperkenankan doa kita selagimana kita tidak mengatakan "Aku dah doa banyak kali dah, tapi ALLAH tak maqbulkan."

Kedua, Seni berdoa dan berzikir.

Kita maklumi bahawa doa itu senjata bagi orang mukmin. Kita juga maklumi bahawa doa itu boleh merubah qada'. Kita selalu berdoa dan kita juga acap kali berdoa. Hari-hari kita berdoa. Tapi, adakah kita berdoa dengan perasaan? Bila dikatakan seni, ianya pasti akan melibatkan perasaan. Pelakon yang membawa watak dalam lakonannya akan melakonkan dengan penuh perasaan. Penyanyi akan menyanyikan lagu juga dengan penuh perasaan. Baru ada feel.

Imagine kalau kita mintak sesuatu pada orang, mintak tolong dapatkan projek misalnya, kita akan mintak dengan penuh perasaan. Tapi bila kita mintak dan berdoa dengan ALLAH swt, kenapa hanya dimulut tanpa perasaan? Lihat saja bagaimana kita melafazkan doa makan. Doa masuk toilet. Doa naik kenderaan. Adakah kita menghayati apa yang dilafazkan? Fahamkah kita akan makna setiap tutur kata dalam doa tersebut? Kita hanya lafazkan hafalan dibibir tanpa menjiwainya.

Bila berurusan dengan manusia atas dasar 'Hablum Minannas' kita telah menetapkan protokol dan prosedur tertentu. Untuk meminta sesama manusia juga kita telah menetapkan prosedur yang perlu dipatuhi. Tapi kenapa bila meminta dan berdoa kepada ALLAH swt, kita lebih suka short-cut? Suka pendek-pendek, ringkas-ringkas. Lihat sahaja bagaimana cara Rasulullah saw memohon dan berdoa kepada ALLAH swt. Penuh tertib dan teratur. Cara dan susun atur doa Rasulullah saw cukup banyak kita boleh perolehi melalui hadis serta sabdaan Baginda saw. Manakala susun atur doa yang terbaik ialah apa yang telah ALLAH swt ajarkan kepada kita melalui Surah Al-Fatihah.

Mari kita lihat Surah Al-Fatihah.

[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Dimulakan dengan kata pujian kepada ALLAH swt. Kata pujian yang umum terhadap Yang mentadbir sekalian alam. Setelah itu pujian dikhususkan kepada Nama-nama ALLAH swt yang mulia melalui Asma'ulhusna. Diikuti dengan pujian yang lebih khusus dengan pernyataan 'RAJA' atau 'Malik' dihari pembalasan yang juga merupakan hari yang khusus. Tiada 'RAJA' lain di hari tersebut, hanya ALLAH swt dan hanya ALLAH swt. Seterusnya, penyaksian serta keikhlasan kita yang tulus kita hadapkan HANYA KEPADA ALLAH swt dengan lafaz pada ayat yang ke 5. Hanya ALLAH swt tiada yang lain. Hanya ALLAH swt yang disembah, satu-satunya tuhan. Hanya pada ALLAH dipusatkan segala permintaan dan bantuan. Bukan pada makhluk-makhluk berupa doktor, panadol, bomoh hujan, boss, kroni, kawan, suami, isteri dan apa sahaja selain dari ALLAH swt.

Kemudian apa permintaan kita? Nak mintak tolong apa? Kita mintak secara umum iaitu mintak supaya ALLAH swt pandu kita di atas Jalan yang Lurus. Apa dia Jalan yang Lurus itu? Jalan yang macamana? Maka permintaan kita dikhususkan lagi dengan permintaan, Jalan yang ALLAH swt telah beri kepada orang-orang yang dapat nikmat dari ALLAH swt. Ini pun masih umum, kerana perlu diingat bahawa orang yang mendapat 'istidraj' juga berada dalam nikmat. Maka dikhususkan lagi dengan Jalan yang bukan dilalui oleh orang yang telah ALLAH swt murkai dan bukan yang sesat.

Sekarang bandingkan dengan cara kita berdoa?

Ada pula yang bertanya "Adakah dengan cara ini (Pertama -menjiwai, Kedua - Berprotokol) doa kita akan maqbul?

Jawapannya:

Ketiga, Pasrah. Iaitu kita semaikan keyakinan serta baik sangka kepada ALLAH swt. Jika kita belum beroleh apa yang kita pinta, Pasti bahawa ALLAH swt ada perencanaan lain untuk kita kerana ALLAH swt Maha Tahu, tidak pernah menzalimi, tidak menyusahkan malah Maha Menyenangkan. Kita juga perlu meyakini bahawa apa yang kita mintak belum tentu yang paling baik bagi kita di sisi ALLAH swt. Dan apa yang kita benci belum tentu tak berguna bagi kita di sisi ALLAH swt.

Analoginya seperti seorang anak kecil yang tak mahu makan ubat. Atau seorang anak kecil yang ditegah dan dilarang supaya tidak bermain di tepi jalanraya. Walau menangis sianak itu namun ibubapanya tetap tega menyuapkan ubat dan tetap menegah dan melarang dari bermain disitu. Dan ALLAH swt lebih tahu dari itu. ALLAH swt lebih kasih dan sayang pada kita.

Saudara & sahabatku;

Doa merupakan kunci ibadah. Doa juga merupakan otak sebelum kita memulakan sebarang aktiviti. Sebab itu kadang bila kita berhadapan dengan orang yang melakukan kerja yang sia-sia seperti merempit, merompak, meragut dan yang seumpamanya kita akan katakan "Buat kerja tak guna otak." Kita tahu bahwa segala apa yang kita lakukan kerana ALLAH swt adalah dikira sebagai ibadah.

Oleh itu formula asas bagi setiap kejayaan ialah; DOA + USAHA + TAWAKKAL = KEJAYAAN (DUTK).

Formula asas ini perlu diberi perhatian kerana secara tidak sedar kita telah diajar dan diasuh dengan formula usaha pasti berjaya. Malah kita juga sering mendidik anak kita agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan. Perlu diingat bahawa sikap negatif dan buruk boleh diperolehi dari didikan. Formula berusaha pasti berjaya merupakan formula yang tidak lengkap dan akan membuahkan kekecewaan sekiranya apa yang dihajati tidak tercapai. Begitu juga dengan formula lain seperti usaha + tawakkal = kejayaan atau usaha + doa + tawakkal = kejayaan, formula ini malah meletakkan ALLAH swt dibelakang!!! Dahulukan ALLAH swt kita pasti berjaya.

Sahabat & saudaraku;

Dalam kita berdoa, jarang sekali kita meminta secara specific atau khusus. Contoh yang sering kita ucapkan "Ya ALLAH, murahkanlah rezekiku." Namun bila kita menghadapi masalah kewangan, kita tertanya-tanya kita dah doa untuk murah rezeki, kenapa masih sama macam dulu-dulu? Bukankah makna rezeki itu cukup luas meliputi kesihatan, hubungan yang baik, selesa, tenang, selamat dan pelbagai lagi? Bila hujan turun kenapa lari dan berlindung? Hujan itu juga rezeki!

Oleh itu, jika kita nak duit, maka doalah mintak duit. Sertakan juga alasan dan dalil kenapa kita perlu duit. Bukan mintak saja-saja dan bukan suka-suka. Kerana kita bukannya mintak dengan kawan atau teman. Kita mintak dengan ALLAH swt!!!

Ringkasnya protokol doa adalah seperti berikut:

Puji-pujian - Solawat - Permintaan (Specific) - Alasan & dalil - Puji-pujian & solawat - Pasrah

Setelah semua itu kita lakukan, berdoa dengan tertib dan sepenuh jiwa, namun masih juga belum kelihatan cahaya dihujung sana. Mungkin ada benda yang kita terlepas pandang. Kita kata kita sudah berdoa dan yakin pada ALLAH swt, namun hakikatnya.... adakah kita benar yakin pada ALLAH swt?

Isnin, 18 April 2011

Indahnya Hidup Bertuhan : Kuasa Maaf

Orang yang memiliki sifat belas kasih akan dikasihi ALLAH
oleh kerana itu berilah belas kasih kepada penduduk bumi
maka akan dikasihi oleh mereka di langit –HR Ahmad.

Sahabat dan saudaraku yang dihormati,

Kita semua mungkin pernah melalui saat-saat getir dalam kehidupan. Pengalaman yang pahit itu meninggalkan luka yang dalam di hati kita. Luka lama bakal berdarah kembali jika jiwa tersentuh atau terusik dengan peristiwa semasa. Ada juga insan yang kelihatan begitu tenang di luar, tetapi bergelora di dalam. Malah kerana ego, dirasakan terlalu sukar untuk memohon sebuah kemaafan.

Ada juga insan yang berpendapat dia tidak kisah jika ucapannya, kata-katanya atau tindakannya bisa melukakan hati orang lain. Baginya dia akan ‘melangsaikan’ hutangnya itu bila tiba hari raya saban tahun. Namun pernahkah dia terfikir apa akan jadi jika umurnya atau orang yang tersinggung itu ‘tidak panjang’ ?

Jika kita hayati permohonan serta memberi kemaafan sebenarnya mempunyai nilai yang cukup besar dalam kehidupan bermasyarakat. Nilai maaf itu tinggi ibarat permata yang perlu dipelihara. Namun masih adakah nilai maaf jika seseorang itu begitu mudah melafazkannya ke atas kesalahan dan individu yang sama? Tidak dinafikan terdapat juga insan yang hanya memohon maaf jika mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu.

Mari kita lihat contoh di bawah:

Seorang wanita yang tertekan dengan sikap ibu mertuanya yang sering mencari kesilapan dan kesalahannya. Bukan itu sahaja, bahkan ibu mertuanya sering mempergunakan dirinya. Tetapi ibu mertuanya akan mengakui kesalahan dan memohon maaf hanya jika inginkan sesuatu dari si wanita. Malah ibu mertuanya turut mengakui dengan alasan dia sendiri tidak faham mengapa sikapnya begitu. Dan seperti selalu, anak menantu yang baik hati ini akan memaafkan dan menuruti kehendak mertuanya. Namun, setelah ibu mertuanya beroleh apa yang dihajati, perangainya akan kembali seperti sediakala dan melupakan kebaikan yang dilakukan oleh anak menantunya.

Kisah begini sering terjadi dalam masyarakat kita, adik-beradik, suami isteri, ayah dan ibu. Keadaan seperti ini akan mengakibatkan kekecewaan, apatah lagi orang yang dihadapi ialah orang yang paling rapat dan disayangi. Bila ianya terjadi, maka seseorang itu akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyedarkan kesalahan perangai dan kesilapan yang dilakukan.

Namun makin dicari jalan keluar, makin bertambah beban. Bahkan penyelesaian yang disangka ‘jalan keluar’ itu sebenarnya hasil fikiran yang telah disaluti emosi negatif. Bahkan emosi negatif ini juga bertindak melemahkan sumber kekuatan, menganggu sistem saraf yang akhirnya bakal menjemput segala jenis penyakit ke tubuh.

Makin banyak difikirkan, makin banyak emosi negatif ini terkumpul difikiran. Bertambah parah jadinya bila sentiasa berhadapan dengan orang yang sering memohon maaf tetapi masih melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Ditambah lagi jika orang itu tak mampu dielakkan seperti seorang isteri yang berhadapan dengan perangai suaminya.

Saudara dan sahabatku,

Bagaimanakah nak menghadapi dan mengatasi masalah ini? Apa yang perlu kita buat?

Mudah saja. Jawapannya:

Kita BERI mereka kemaafan SEBELUM mereka meminta maaf.

Ini kerana nilai maaf mereka murah dan palsu semata. Mereka akan ‘keep on repeating’ kesalahan yang sama. Malah mereka akan menyakiti kita semula bila sudah dapat apa yang mereka mahu. Oleh itu, berilah kemaafan dengan hati yang tulus, ikhlas hanya kerana ALLAH. Usah berdendam usah beremosi. Yakinilah bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan akan diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Semakin banyak kebaikan yang kita lakukan semakin banyak kurniaan kebajikan dari ALLAH kepada kita. kebajikan inilah merupakan ubat bagi kita tatkala berhadapan dengan masalah.

Memang diakui bahawa memberi sebuah kemaafan secara percuma kepada orang yang menyakiti kita adalah teramat sukar dan gila! Namun latihan demi latihan perlu dibuat yang akhirnya menjadikan ianya sebuah tabiat. Tanamlah dalam jiwa akan ingatan dari Rasulullah saw bahawa ‘Tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah’. Lakukanlah sesuatu itu kerana ALLAH, kerana bila kita lakukan kerana ALLAH, pasti bantuan ALLAH akan tiba dan kejayaan menunggu dihujung cerita. Berilah kemaafan kerana-NYA.

Belajar dan berusahalah memberi kemaafan sebelum di pinta dan berilah dengan hati yang ikhlas kerana ALLAH. Dengan izin ALLAH kemaafan itu bakal menjadi ubat kepada kekeruhan yang sediada. Usah lupa untuk berterima kasih kepada ALLAh, kerana tanpa izin-NYA tiada suatu pun boleh terjadi.

Sahabat dan saudaraku,

Bagaimanakah untuk belajar memaafkan?

Mudah saja. Jawapannya:

Belajarlah untuk berdoa, kita pasti tidak mampu untuk mengubah sesuatu hanya dengan akal kita yang ternyata cukup terbatas kemampuannya. Berdoa dan pohonlah pada ALLAH. Mintalah petunjuk dari-NYA.

Seterusnya apa yang harus dilakukan hanyalah satu, renung gambar orang tersebut dan senyum. Ya senyum. Biar pun mula-mula senyuman itu palsu, namun percayalah bahawa dengan senyuman mampu melunakkan hati kita yang keras dan kita tidak lagi ambil peduli tentang kisah lama. Antara tanda kita diambang pemulihan ialah kita kini merasa kasihan dengan perangainya dan berharap pada ALLAH dia akan berubah suatu masa nanti.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

‘Orang mukmin itu bukanlah seorang yang pendendam’

Senarai Blog Saya

Pengikut