Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Rabu, 6 April 2011

Tenang.....

Umat islam seharusnya lebih hebat daripada yang lain. Umat islam tidak membaca menggunakan nafsu tetapi menggunakan ilham yang disampaikan oleh Yang Maha Bijaksana… Allah SWT. Dia Yang Maha Tahu kerana semua apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah ciptaanNya.

Nah! kini kita memahami jalan ceritanya. Tinggal kita ingin menjadi orang yang berjiwa tenang.

Caranya yakinlah pada Allah melalui kata-kataNya iaitu “Hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang”.

Sebuah ayat Al-Quran yang tidak ada keraguan padanya. HANYA bermakna tidak ada yang lain melainkan dengan mengingat Allah sahajalah jiwa menjadi tenang.

Jiwa ini ditenangkan Allah. Dan Allah akan menenangkan kita seandainya kita sentiasa mengingat Allah.

Lalu timbul lagi persoalan. Bagaimana untuk sentiasa mengingat Allah?

Seandainya kamu mencintai seseorang pasti kamu sukar melupakan. Nah! inilah jalannya. Seandainya ada rasa cinta kita pada Allah, mana mungkin kita akan lupakanNya walau sesaat pun.

Dalam apa jua hal, kita tetap terus ingat Allah walaupun ketika kita melakukan kerja di dalam melaksanakan amanah Allah SWT.

Oh! Bagaimana pula untuk mendapatkan cinta Allah? Sememangnya semuanya adalah hak Allah untuk memberikan rasa cinta kepadaNya dalam hati kita.

Namun atas daya kemanusiaan yang dikurniakan Allah, kita sekadar mampu berkomunikasi dengan Allah SWT setiap apa yang kita fikirankan dan lakukan. Dengan komunikasi, kita dapat selarikan apa yang kita fikir serta kerja kita dengan menyedari Allah SWT.

Oh! indahnya setelah kita tahu caranya. Lalu praktikkan kerana hanya dipraktikkan sahaja yang mampu memiliki cinta Allah SWT .

Sesekali di dalam tenang, luncurkan jiwa itu kuat menyedari Allah SWT. Kamu pasti akan terus diilhamkan Allah di dalam tuntunannya melayari hidup berTuhan ini.

“ya Allah terima kasih ya Allah”

Apa yang anda mahu ketika solat?

Assalamualaikum Warahmatullah....

Bersyukur kita kepada Allah dan hanya pada Allah, atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita secara percuma dan tanpa kita pinta. Allah Maha Memberi. Allah tetap memberi walau kita jarang berterima kasih. Allah Maha Pengasih. Allah Maha Penyayang.

Pujian tertinggi untuk Allah. Maha suci Allah dari sebarang sekutu. DIA yang awal DIA yang akhir. Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Solawat dan keselamatan ke atas Nabi junjungan Muhammad saw serta ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda.

Hari ni, saya ingin mengingatkan diri saya tentang “apa yang saya mahu ketika solat”.

Kawan kawan.

Tatkala kita sedang solat, pasti akan datang pelbagai perkara dalam kotak fikiran sebaik sahaja kita selesai takbir. Otak kanan kita yang mampu menghasilkan pemikiran berbentuk abstrak dan kesenian menunjukkan taringnya yang sebenar. Heheheh... maka kita akan terbayang dan terkenang. Imaginasi kita cukup hebat kala ini. Hampir setiap benda yang kita pernah lalui boleh muncul. Barang hilang, tugasan yang belum selesai, kain baju di ampaian, kereta, motor, henpon. Hatta perbualan kita dengan boss pun boleh diingat setiap butir kata.

Kawan kawan.

Kalau kita tanyakan kepada orang yang melakukan solat “apa yang anda mahu ketika solat?”. Pelbagai jawapan diberikan. Ada yang mahu khusyu’, Ada yang inginkan ketenangan, Ada yang mahu keredhaan Allah, ada juga yang mahu pahala, menuruti perintah Allah, ada yang mahu solatnya diterima Allah, ada yang mahu diampunkan dosa, ada juga yang inginkan doanya diterima dan dimaqbulkan dan ada yang mahu berhubung dengan Allah.

Kawan-kawan.

Apa tujuan kita solat? Kita solat adalah kerana kita ni hamba. Memperhambakan diri kepada Allah swt. Bertemu Allah swt sebagai hamba. Supaya kita boleh berkomunikasi dengan Allah swt, boleh mengadu pada Allah swt, boleh merayu pada Allah swt, boleh merintih juga pada Allah swt. Lantas kita buktikan bahawa kita sememangnya lemah, hina, miskin di hadapan Allah swt.

Tapikan, menda-menda itu tidak berlaku pun bila kita solat. Kita tidak pun merasakan kita berbual dengan Allah swt. Kita tidak pun merayu-rayu pada Allah swt. Tidak juga merintih apatah lagi mengadu.

Buktinya, kita lebih suka berborak-borak kosong dengan member kat kedai kopi dari pada berborak serta berlama-lama dalam solat. Kita lebih suka mengadu dan bercerita masalah kita dengan best friend kita berbanding mengadu dan bercerita pada Allah swt. Malah yang lagi sadis kita gemar menceritakan keburukan orang lain dengan kawan kita berbanding kita adukan pada Allah swt.

Y? Kenapa ini semua terjadi?

Kerana kita TAK TAHU apa yang kita buat time solat. Ya mungkin kita tahu tapi kita TIDAK RASA.

Kita tak rasa bahawa kita menghadap Allah swt. Kita tak rasa yang kita berjumpa Allah swt. Kita tak rasa yang kita ni kerdil di hadapan Allah swt. Kita TAK RASA dan TAK PERNAH RASA. Kita tiada IHSAN.

Bagaimana rasanya bila anda berjumpa dengan orang yang anda segan?
Bagaimana rasanya bila anda berbual dengan orang yang anda cinta?
Bagaimana rasanya bila anda berhadapan dengan pihak berkuasa yang mengetahui kesalahan-kesalahan anda?

Ini merupakan soal rasa. Dan ‘rasa’ terjadi tanpa kita fikirkan.

Kawan-kawan.

Apa yang kita mahu ketika solat? Ya tidak lain dan tidak bukan, kita hanya mahu Allah swt dan hanya Allah swt.

Jumaat, 18 Mac 2011

Apa ada pada STATUS FACEBOOK?

FACEBOOK usah disalah guna.

By Nadzri Mustakim

Siapa antara kome yang tak tahu ape kemenda FACEBOOK itu? Bagi yang tak tahu, FACEBOOK ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook.

Bila disebut rangkaian sosial maksudnya segala paparan status akan melibatkan orang lain dalam senarai rakan kita. Bila ianya melibatkan orang lain, secara automatik kita dituntut untuk mempraktikkan HABLUN MINAN NAS.

Baiklah kome kome sekalian...

Elakkanlah dosa berganda kerana hidup kita yang sementara. Bukan kerana layan FACEBOOK itu akan menyebabkan dosa, tetapi LAGHA kerana melayani FACEBOOK ditambah lagi dengan perkara-perkara yang bakal disebut dibawah ini akan mengakibatkan dosa. Bukan hanya berdosa tetapi berpeluang mendapat dosa berganda. Antaranya:

Pernyataan pada STATUS FACEBOOK yang cenderung memburuk-burukkan orang lain. Atas tujuan Release Tension kononnya. Akhirnya tindakan tersebut akan mengakibatkan salah sangka, mengumpat, mengadu domba. Bukankah itu dosa berganda? Adakah kita tidak beriman dengan Al-Quran? Mengambil sebahagian ayat Quran yang kita suka dan meninggalkan yang lain? LIHAT, PERHATI, TADABBUR maksud ayat dari Surah Hujurat di bawah.

[11]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu LEBIH BAIK daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu LEBIH BAIK daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
[12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah DOSA; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu MENGUMPAT setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Ni pun termasuk dalam bab benda-benda pelik. Kita mengaku beriman dengan Al-Quran, tetapi tidak pernah menjiwai, memahami apatah lagi mengamalkan. Jika bukan kita sebagai individu muslim yang mengamalkan ajaran dari Al-Quran, siapa lagi? Adakah ayat di atas hanya ditujukan hanya kepada golongan USTAT atau USTAJAH SAHAJA? Nooooo.... Ayat di atas ditujukan kepada ORANG BERIMAN. Maksudnya jika kita tak mau follow, kita sama je dengan tak tergolong dalam orang beriman.

Teman-temanku.

Sesungguhnya setiap Mukmin itu bersaudara. Kalau kita tak puas hati dengan saudara kandung kita, adakah kita akan jaja cerita sekitar taman atau sekampung untuk bagitau ketidakpuasan hati kita?

Kalau saudara kita buat jahat pada kita, adakah dengan memaparkan pada status FACEBOOK akan menjadikan kita LEBIH BAIK dari dia?

Jika kita paparkan STATUS ketidakpuasan hati kita di FACEBOOK, adakah akan rasa tenang hati? Puas? Aman? Dan selepas itu adakah tercapai matlamat kita untuk dapat redha Allah? Atau kita tak pernah mimpi pun untuk gapai syurga-Nya?

Apakah yang kita cari sebenarnya atas muka bumi ini? Makan? Berapa pinggan yang kita boleh hadapi dengan sekali makan? Akhirnya apa yang kita makan itu kemana? System pembentungan juga.

Kepuasan hati? Berapa puas kita nak? Bagaimana yang dikatakan puas itu? Sampai orang yang kita benci tu mati? Hilang? Musnah? Ditukar jabatan? Lepas tu? Cari musuh lain? Sampai bila nak bermusuhan? Sampai bila nak berpuak-puak? Sampai bila asyik nak menang dan pentingkan diri? Kita selama ni PERASAN BAGUS, PERASAN JADI AHLI SYURGA, PERASAN BAIK, PERASAN TAK BERSALAH, PERASAN TAK BERDOSA. KITA MEMANG PERASAN. Sebab tu kita berani langgar perintah Allah. Sebab tu jarang kita syukuri nikmat Allah. Sebab tu kita lewat-lewatkan solat. Malah ada antara kita yang jarang-jarang solat. Solat bila ada mood. Solat bila ada masalah.

Sedangkan beza antara mukmin dan kafir adalah perlaksanaan solatnya (mafhum hadis Rasulullah saw).

Eh apa kaitan STATUS FACEBOOK dengan SOLAT?

Lihat Surah Ankabut:

[45]
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Janji Allah bahawa solat itu boleh mencegah dari perbuatan keji (STATUS menghina, mengutuk, sia-sia, mengumpat, menjaja, mengadu domba, memaki di FACEBOOK) dan mungkar.

“Eh ustat, ada jugak orang yang solat tak penah tinggal, tapi perangaiiiii ngalahkan setan” begitulah soalan berbentuk pernyataan yang diutarakan suatu ketika dahulu.

Jawapan saya:

Adakah sama GAMBAR seekor lembu dengan seekor lembu?

Dah tentu tak sama.

Maksudnya, solat org yang berperangai mcm setan itu hanya GAMBARAN SOLAT sahaja. Dia hanya melaksanakan ritual solat. Solat kerana terpaksa. Solat kerana malu kat orang kalau tak solat. Solat dengan hati yang langsung tak pernah ingat Allah. Solat yang hatinya lalai yang akhirnya ke neraka wail. Solat dia perlu DIPERBETUL. Bukan hanya GAMBARAN SOLAT. Ritualnya solat, hatinya kelaut.

Jadi tak hairanlah kalau orang yang solat pun berperangai pelik.

Apatah lagi orang tak solat atau solat celup-celup. Maka perangai lebih buruk dari itu.

“abistu cemana tu ustat, dengan STATUS FACEBOOK tu?”

Cemana apa? Gunakanlah STATUS FACEBOOK sebagai peluang untuk meraih pahala sebanyak mungkin. Bukannya dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Hidup kita hanya sekali. Mati pun tak taw bila. Ntah esok atau lusa. Gunakanlah masa yang berbaki ini untuk merebut keredhaan dari Allah.

Usahlah ditambah dengan perkara-perkara dosa kerana dosa kita yang sedia ada pun dah berlambak-lambak. Dah la malas nak solat, taubat jauh sekali. Tapi nak syurga gred A.

Begitulah tadi flashback saya....

Jumaat, 25 Februari 2011

Saya mahu belajar menjadi hamba melalui blog Genta Rasa

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Pertamanya mari kita bersama2 mengangkat rasa kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat dan hidayah dari-Nya. Seterusnya solawat dan salam kepada Rasulullah saw ahli keluarganya, sahabat serta mereka yang mengikuti laluan yang ditunjuk oleh baginda.

Terima kasih kepada Mommy Lina juga kerana membuka peluang untuk berdakwah melalui penulisan.

Peluang yang jarang ada bakal digunakan dengan sebaik mungkin untuk berkongsi ilmu dengan para pembaca dan juri atas tujuan untuk mendapat redha Allah. Disamping itu, usaha kita untuk menjadi hamba terbaik berdasarkan amalan yang telah diberikan contoh oleh Rasulullah saw.

Untuk pengetahuan para pembaca dan panel juri.

Kita diciptakan dan menjalani kehidupan di atas bumi Allah ini bukan sia-sia melainkan mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Terasa macam formal sangat la pulak. Saya akan cuba untuk menyampaikan dengan gaya santai dan tak perlu serius2. Tapi perlu diingat, ibadah atau amalan yang bakal dibentangkan sebentar lagi perlu dilakukan dengan serius bagi menunjukkan kesungguhan kita mendokong perintah Allah & saranan Nabi Muhammad saw.

Baik kita mula.

Berkaitan dengan tajuk posting.
Kenapa saya pilih tajuk ini? Kerana saya merasakan saya perlu belajar untuk menjadi hamba Allah.
Kenapa saya pilih blog Ust Pahrol? Kerana saya suka gaya penulisan beliau.

Dan daripada sekian banyaknya artikel dalam Blog Genta Rasa ni, saya nak berkongsi satu artikel (mungkin gabungan beberapa artikel) Mencari Ketenangan Hati.

Muslimin Muslimat yg dirahmati Allah.

Setiap dari kita mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Dan bila di sentuh bab ini, tidak dapat tidak pasti ianya akan berkait dengan hati. Maka kerana itu Allah memberi panduan yang jelas ttg bagaimana nak memiliki hati yang tenang.

[28]Ar-Ra'd
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.


Mafhum mukhalafah (makna disebalik) dari ayat ini adalah jika kita guna cara lain selain dari cara yang Allah telah tentukan, pasti hati kita tidak akan tenang dan tenteram.

Akan tetapi, ada antara kita yang mengalami :

Hati tetap tak tenang walau sudah berzikir.
Tetap resah gelisah setelah baca quran.
Sukar untuk khusyu' solat bila ada problem seperti kereta eksiden dan sebagainya.
Hati tak juga tenteram hingga sukar untuk tidur.
Memikirkan hutang keliling pinggang; dan
Segala jenis rasa.

Kenapa seringkali zikir yang kita lakukan seolah-olah tidak memberikan hasil yang diharapkan? Adakah ayat Allah itu obsolete? Tak releven? Maha suci Allah dari sebarang kekurangan. Ataukah kita yang kurang perhati?

Maka Ust Pahrol menerangkan bahawa zikir ini merupakan soal kata, rasa dan perbuatan. Zikir bukan hanya terbit dibibir, disalurkan ke biji2 tasbih dan dihitung berapa banyak. Zikir bukanlah perbuatan mengangguk2 kepala, menggoyang2 badan.

Mari kita lihat situasi ini.

Biasanya kita akan berzikir 33 kali subhanallah, alhamdulillah & Allahualkbar setiap kali selepas solat (biasanya lepas maghrib). Persoalannya, apakah fokus kita? Pada kalimahnya atau pada hitungannya? Adakah jika tak cukup hitungan maka Allah tak terima? Jawap pelan2.

Oleh hal yg demikian, zikir bukan hanya letaknya dibibir. Akan tetapi zikir ialah usaha untuk mengingati Allah dengan perkataan, keyakinan dan perbuatan. Dibibir kita sebut 'Subhanallah', dihati kita sucikan Allah dari makhluk yg lain, pada perbuatan kita sucikan dengan berhati2 menggunakan anggota badan sesuai dengan kehendak Allah. Tidak memukul, mencuri, mengintai, memaki dan sebagainya. Hatta menyucikan diri dari sifat2 mazmumah.

Lihat bagaimana sebenarnya peringatan dari Allah untuk kita berzikir bakal merubah perilaku kita seluruhnya dan akhirnya Allah hadiahkan kita dengan ketenangan.

Begitu juga halnya dengan membaca quran, yakini di dalam hati terhadap apa juga isi kandungannya, amalkan dengan perbuatan selari dengan kehendak Allah.

Sama seperti solat, yakini dalam hati bahawa kita bertemu Allah, dan kita beramal di luar solat sesuai dengan akhlak org yg bersolat.

Demikianlah sidang pembaca dan panel juri sekalian, sedikit ulasan berkaitan dengan Mencari Ketenangan Hati. Moga dapatlah sedikit ilmu dan boleh diamalkan oleh kita semua. Jangan lupa untuk sebarkan kepada orang lain, kerana ilmu yang bermanfaat adalah bekalan pahala yang takkan putus hatta selepas mati. Jauh lebih baik dari mendapat ipad kan... (kalau dapat Alhamdulillah allazi hadana lihaza, jika tidak Alhamdulillah 'ala kulli hal).

Yang elok dan baik itu hanya sanya dari Allah swt. Kekurangan itu kerana saya hamba-Nya yang hina.

“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”

Selasa, 1 Februari 2011

Versi 3 Pelik tapi benar....

Bagi meneruskan kesinambungan tulisan yang telah lalu. Di sini akan disenaraikan lagi beberapa perkara pelik tapi benar yang kita alami sehari-hari. layannn

Perkara pelik yang kesepuluh

Bagi mereka yang bekerja, kita cukup komited dengan kerja. Kita sanggup mengejar rezki Allah tak kira siang membawa ke malam, pagi sampai ke petang, mesti pergi kerja. "Kalau tak miss soru" katanya. Tak kira hujan atau ribut, akan tetap diharungi demi hendak mematuhi peraturan kerja. Ditambah pulak semenjak dua menjak kebelakangan ni punch card semedang merah. Kalau bab rezki kita memang boleh diharap. Bagus la tu, memenuhi tuntutan agama suruh usaha.

Tapi yang peliknya, ke rumah Allah (masjid/surau) tak hujan, tak panas, tak ribut tetap tak pegi (aku la tu). Hampeh sungguh. Kita tak rasa malu ke? Rezki mintak dari Allah, tapi ke masjid malas plus segan. Pulak tu, orang semejid hanya akan berfungsi bila nak buat tahlil kenduri arwah, atau kenduri kawen nak suruh baca doa (biar berkat), atau ada kematian, atau sunatan / cukur jambol. Oh lupa, mintak solat hajat anak nak amik exam.

Tak rasa macam berat sebelah ke? tak rasa pelik ke?

Perkara pelik yang kesebelas.


Yang ini melibatkan jawatan dan mungkin agak pijar telinga dan hati. Namun kita kena berlapang dada kerana ianya telah menjadi budaya yang pelik. Bagi yang bekerja, kita dibayar gaji sesuai mengikut kelayakan masing-masing. Ada yang dapat bayaran ciput, ada yang tak abes makan. Namun keberkatan itu milik Allah.

Apa yang peliknya, bagi kita yang selalu meeting nih kebiasaannya akan 'disediakan' makan. Kalau nak diikut, gaji dah la tak abes makan, asal meeting, ada makan, asal ada makan, meeting le tu. Kita kata "meeting ni memerlukan perahan otak secara optimum untuk mencapai keputusan yang terbaek dikalangan terbaek". Ye baekkk....

Berapa kerat pula dalam ramai-ramai yang meeting itu benar-benar berada dalam bilik meeting? BBM, SMS, tidurrrr..... Ada jugak yang buat meeting dalam meeting. Ada jugak yang sunyi sepi lagak orang wara' dalam bilik meeting, tapi bila diluar dialah jagoan mengkritik segala apa yang boleh dikritik. (ini bab lain).

Abes yang dapat gaji ciput tu bekerja tak memerah otak ke? bukan sekadar otak, malah tenaga serta keringat diperah semata-mata menjalankan solusi hasil meeting kita. Bukankah sepatutnya mereka yang berpendapatan rendah lebih layak dibantu untuk meringankan beban sedia ada? Sepatutnya mereka-mereka yang berada diparas 'mudah miskin' ini yang wajar mendapat 'makan'. Ini kerana, tanpa mereka siapa yang bakal merealisasikan segala perancangan hasil meeting kita?

Menda ni mungkin tak pelik bagi kita, tapi pelik bagi orang lain. Bayangkan jika Rasulullah saw ada bersama kita tika dan saat ini. Oh apa nak jawap. Kita memang pelik.

Perkara pelik yang keduabelas.

Kita (terutama aku yang menulis) sering memikirkan bekalan hidup untuk masa depan, untuk hari tua, untuk kehidupan selepas pencen, untuk anak cucu, untuk itu ini, begitu begini. Maka, kita akan mula menyimpan, mengumpul, menimbun, menyaham, membina rumah-rumah, kilang-kilang, factory-factory, stable lumba kuda (ikut skrip 3 abdul). Kita pun termotivasi untuk bekerja dengan segigih mungkin.

Sebaliknya kita jarang memikirkan tentang bekalan selepas mati. Bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi. Iya kekal abadi, selamanya, forever and ever. Kenapa, tak percaya? Malah kita jarang sekali memikirkan tentang 'mati', walhal kita tahu mati itu datangnya tidak berjemput, tanpa warning, secara tiba-tiba tanpa boleh ditangguh samada dipercepat atau diperlambat walau barang sesaat. Ya kita tak tahu. Kita tak pernah termotivasi bila bab ni. sedangkan mengingati kematian itu perkara sunnah disarankan oleh Rasulullah saw.

Sebenarnya, dengan mengingati mati, kita lebih termotivasi untuk lebih gigih bekerja mencari redha Allah instead of mencari rezki-Nya. Dengan mengingati mati, kita juga membangunkan dunia. Tak percaya? Bukankah dunia itu kebun untuk akhirat? Mana mungkin kita menuai sesuatu yang kita tidak tanam dan usahakan terlebih dahulu. Makanya, mereka yang mengingati mati akan berusaha untuk menanam dan mengusahakan kebun dunia dengan sebaik mungkin supaya boleh dituai diakhirat kelak sebelum dia mati.

Bayangkan jika esok kita mati. Bagi yang ada mak ayah, sudahkah berbuat kebajikan kepada mereka? yang ada hutang, sudahkah dilangsaikan? yang ada amanah / janji, sudahkah ditunaikan? Masih berani untuk bersengketa sesama saudara muslim? Yang belum solat, pasti tak sabar menunggu waktu solat seterusnya. Yang belum bersedekah, pastinya akan berlumba-lumba membuat kebajikan. Yang ada ilmu, pastinya tidak sabar-sabar ingin mengingatkan orang lain agar ilmu itu berkembang menjadi ilmu yang bermanfaat yang akhirnya menjadi bekalan yang tidak putus-putus hingga kiamat. Bayangkan jika esok kita mati.

Untuk pengetahuan kita bersama. Sapa yang tak kenal Firaun? Manusia yang mengaku tuhan. Iblis yang dilaknat itu pun tidak mengaku tuhan. Beraninya Firaun salah tempat. Namun di satu sudut, Firaun telah berusaha mengerahkan hamba abdi untuk membina Piramid. dengan binaan yang unik, hanya memerlukan satu tiang untuk menampung keseluruhan binaan. Hebatnya gaya berfikir para arkitek serta engineer tatkala itu. Eh Piramid tu ape? Piramid ialah binaan untuk para Firaun-Firaun bakal bersemayam disitu. Bahasa mudahnya, piramid tu kubur. Wah... Firaun kerah rakyatnya untuk bina kubur? untuk apa? Dah tentu untuk menghadapi kehidupan selepas mati. Kalau tak, takde la ditanam sekali dengan harta-harta, gundik-gundik dan siap bawak bodyguard.

Perasan tak? Firaun bersedia untuk mati. Ya, Firaun membuat persediaan untuk mati walau dengan jalan yang salah. Ya, Firaun juga percaya ada kehidupan selepas mati. Kita, Apa persediaan kita? Kalau tak ingat mati, jangan kutuk Firaun.

Erk... tak rasa pelik ke?

Perkara pelik yang ketigabelas.

Pernah dengar dengan nama pocong, toyol, puaka niang rapik, langsuir, hantu kopek dan tak lupa juga pada hantu kak limah balik rumah? Kita masih boleh bergelak ketawa dengan nama2 di atas jika kita bersama teman2 dan berada di bawah sinaran lampu (terang benderang). Cuba test anda sensorang kat rumah, di tengah malam buta, gelap dan bayangkan nama2 di atas... ada brannn??? Sudah tentu akan menyelinap rasa takut dalam diri. Ini kerana kita sudah di pasak sejak kecil untuk rasa takut kat yang namanya hantu TANPA SEDAR.

Cuba ingat balik, dulu2 (sekarang pon masih jugak) kalau anak tak dengar cakap, mak atau bapak akan cakap "Pegi la situ ada momok" tak pon "Lipas... amik dia ni...." Why nak ditakutkan anak2 dengan benda yang semacam itu, akhirnya si anak nanti membesar dengan ketakutan pada makhluk dan bukan pada khalik.

Soalan, kenapa kita lebih takut makhluk dari takut khalik? Kenapa kita takut hantu lebih dari takut Allah? Kenapa kita nak pasak dalam diri anak2 supaya takut mahkluk lebih dari takut Allah? Kenapa, kenapa dan kenapa? Jangan jadikan anak kita bermain dengan syirik.

Bukan nak menidakkan wujudnya menda2 tuh... namun keyakinan itu yang perlu diperbetul. Takutlah pada Allah, pada azab-Nya, pada kemurkaan-Nya, pada neraka-Nya. Kita salurkan ketakutan kita pada benda yang tak sepatutnya. Kita memang pelik. Anda tak rasa pelik ke?

akan bersambung....

Rabu, 26 Januari 2011

Versi 2 Pelik tapi benar....

Rentetan dari catatan yg lalu, anda boleh kelik disini. Didatangkan pula sambungannya supaya kita sama fikir dan jadikan sebagai peringatan kepada diri.

Perkara pelik yang kelima

Perkara ini juga ada kaitan dengan perkara yang keempat. Malah yang kelima ini kita akan lebih bersungguh-sungguh serta bertungkus-lumus bila melibatkan orang 'besar'. Buktinya, bila ada orang 'besar' ingin datang melawat, maka kita akan kerahkan segala tenaga dan sumber utk mempersiapkan tempat. Malah kita akan prepare pakaian yang terbaik, cantik, kemas serta fresh dari ladang.

Walhal kita sendiri tahu bahawa antara 'orang' itu dan kita adalah sama disi Allah. Kita juga tahu bahawa orang itu menjadi 'besar' kerana kita yang ramai ini mengangkatnya menjadi 'besar'. Kita juga maklum bahawa orang 'besar' itu memerlukan kita untuk dia kekal dengan ke'besar'annya.

Tidak la menjadi salah jika sambutan diadakan utk 'ikram dhaif' (menyambut tetamu), namun yang menjadi pelik kenapa hanya bila ada orang 'besar'? dan menambah kepelikan lagi bila mana ingin menghadiri majlis² orang-orang 'besar' ini, kita berpakaian cantik dan terbaek. Siap ada pulak 'tema' seperti batik, casual, formal, siap tempah lagi.

Tetapi bila menghadap Allah Azza Wa Jalla, mengapa hanya 'tema' kain pelikat berbaju pagoda menjadi pilihan? Malah terkadang tak pakai baju.... Double Standard? Sedangkan kita menghadap Allah yang Maha BESAR. Pencipta kita. Allah yang bagi kita kuasa serta kehidupan.

ternyata kita memang pelik...

Perkara pelik yang keenam

Kalau solat sunat di masjid amat la rajin, tapi kalau di rumah amat la malasnya. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah. Begitulah yg dianjurkan oleh Baginda Rasulullah saw. Tujuannya utk mendidik hati serta menjaganya dari sakit riya'.


Perkara pelik yang ketujuh

Mak bapak amat bimbang jika anak mereka tak lulus exam. Oleh hal yang demikian, dihantarlah si anak tadi ke kelas tuisyen walau banyak belanjanya. Dah la siang sekolah secara normal dari pagi hingga ke petang, malam pula kena kelas tuisyen. Tapi, kerana takmo tercicir dan tak pas exam, maka si anak, mak & bapak gagahi jua.

Tapi kalau anak tak tahu ngaji Quran atau solat, tak pula dibimbangi oleh mak & bapak si anak tadi. Tak pulak nak nganto anak ke kelas tuisyen ngaji Quran atau belajar asas fardhu ain. Berapa ramai pulak mak bapak yang ajar anak secara serius bab solat sebelum anak cecah umur 7 tahun? berapa ramai lak mak bapak yang suruh anak secara serius bila dia cecah umur 7 tahun? dan berapa ramai yang pukul anak (tujuan utk mendidik) tatkala berusia 10 tahun kerana tak solat?

Kalau nak dikira dari segi bayaran pulak, utk tuisyen mak bapak sanggup bayo RM20 (kadar terendah - ada ke?) sebulan utk 1 subjek 8 kali kehadiran. tapi utk osetat ajar quran, RM15 sebulan 20 kali hadir pun kadang lambat nooooo nak hulur. Ada kadang tu, boleh lak masuk buku 555 dulu.

Memang pada dasarnya mengajar ilmu agama merupakan amalan mulia dan diberi ganjaran pahala oleh Allah swt (jika ikhlas), namun manusia cenderung memberikan nilai pada sesuatu dan jika dibandingkan antara 'nilai' subjek tuisyen dan ngaji Quran memang agak ketara perbezaannya.

Perkara pelik yang kelapan

Every morning ada sebahagian dari masyarakat kita takkan pernah miss untuk baca paper. Ada yang melanggan. Kalau tak baca seolah tak complete dan ada yang kurang untuk hari itu. Ada juga antara kita yang bukan sekadar baca tetapi bahan di dalamnya dijadikan sumber dalil dan hujah bagi menentang atau mempertahankan hujah peribadi. Walhal kita sendiri mengetahui bahawa yang tulis, edit, sunting, bahan-bahan dalam surat khabar itu adalah manusia makhluk seperti kita juga. Kita juga tahu bahawa manusia takkan lari dari kesilapan.

Bukan tak boleh baca paper, baca dan baca lah. Tapi yang peliknya, Quran jarang-jarang sekali disentuh hingga dibiarkan berhabuk di dalam lemari rumah. Quran yang suci dari kesalahan dan kesilapan itu dibiarkan usang. Isi di dalamnya yang penuh dengan panduan serta pedoman diabai. Kita tahu walau baca Quran tanpa niat sekali pun akan beroleh pahala. Kita juga tahu Quran akan dijadikan peneman di dalam kubur nanti. Kita juga tahu Quran berupaya memberi syafaat di mahsyar kelak atas keizinan Allah swt.

Kita kata: Eh, bukankah wahyu pertama berbunyi "Iqra'", iaitu menyuruh kita membaca? So, kira dah memenuhi tuntutan ayat itu lah dengan baca paper. Baca paper boleh dapat maklumat terkini, karang orang cakap tak up to date pulak.

Orang kata: Memang wahyu pertama berbunyi "Iqra'", tapi bacalah ayat tu sampai habis. "[1]
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Surah Al-'Alaq". Apa yg kita baca diiringi dengan menyebut nama Allah? sudah tentu Quran. So, arahan secara tak langsung dari Allah kepada Nabi Muhammad saw dan ummat baginda ialah membaca Quran. Dan janji Allah untuk tambah ilmu (Update) kepada mereka yang mengamalkan ilmunya menerusi ayat seterusnya. Begitu yang disebutkan oleh Imam Ibn Kathir dipetik sebagai berikut:
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الاٌّكْرَمُ - الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ - عَلَّمَ الإِنسَـنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

(Read! And your Lord is the Most Generous. Who has taught by the pen. He has taught man that which he knew not.) There is a narration that states, "Record knowledge by writing.'' There is also a saying which states, "Whoever acts according to what he knows, Allah will make him inherit knowledge that he did not know.''

Orang tu tambah lagi: So, adakah dengan baca quran itu anda rasa tak up to date? Sedangkan ilmu yang terkandung di dalam Quran itu sentiasa relevant dulu, kini & selamanya. Malah isi kandungannya terpelihara, dijamin oleh Allah sendiri.

Pelik dan memang pelik....

Perkara pelik yang kesembilan

Perkara ini berkaitan dengan perkara yang terdahulu (kelapan). Kita boleh buat pertandingan dan menggalakkan agar masyarakat kita dan juga saudara kita untuk tidak lupa lirik lagu. Maka, untuk mendapatkan sedikit ganjaran, kita pun berusaha untuk mengingat, menghafal seterusnya menyampaikan lirik lagu dengan cara yang terbaek. Tidak sedikit antara kita yang menangis bila tak dapat. Malah, menjadi isu dan kritikan pedas terhadap saudara kita yang terlupa lirik lagu tatkala membuat persembahan pentas suatu ketika dulu seolah-olah itu merupakan satu aib yang besar terhadap beliau. Kita ambil kesah bila lupa lirik lagu.

Ada kita kesah kalau lupa Quran? Ada kita kesah nak menghafal satu juz dari 30 juz Al-Quran? Atau satu surah dari 114 surah-surah dalam Al-Quran? Atau potongan ayat dari Al-Quran? Ada kita kesah....? berapa kerat antara kita pulak yang meratap menangis bila lupa Al-Quran? Juri professional mana yang akan mengkritik bila kita salah baca? Tiada pulak ulasan di majalah-majalah atau akhbar meng'highlight' kisah kita..... Dan nyata kita tak pernah kesah... Ada kita kesah?

Sememangnya pelik.

to be continued......

Isnin, 24 Januari 2011

Pelik tapi benar.....

Kita memang suka pada benda yang pelik-pelik. Benda ni yang selalu mendapat perhatian sebahagian besar masyarakat. Lebih-lebih lagi bila ianya boleh dijadikan bahan gosip, memang seronok bagi yang suka menambah perisa.

Ada juga perkara pelik yang kita buat, tapi oleh kerana selalu buat maka perkara tu dah tak pelik. Dah jadi biasa. Peribahasa masyarakat kita sebut 'alah bisa, tegal biasa'.

Ada juga antara kita yang berniat nak membudayakan agama, tapi jadik meng'agama'kan budaya. Tak ke pelik. Mari kita lihat list di bawah, mana lah taw ada antara kita memang pernah buat menda pelik nih. So lepas nih boleh lah kita (aku) perbaiki diri dan perelok amalan. Zassss...

Perkara pelik ketama:

Amalan kenduri arwah yang dilakukan oleh family simati (malam ketama, kedua, ketiga dan seterusnya). Dah la family terbabit ditimpa musibah (kematian), kena lak kuar belanja dan tenaga untuk menjamu orang lain. 'sudah jatuh ditimpa tangga'?

Sedangkan anjuran dari Baginda Rasulullah saw adalah sebaliknya. Rasulullah saw menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk family simati bagi membantu meringankan beban.

Anda mawu ikut adat kebiasaan atau anjuran Nabi saw?

Bagi yang datang kenduri tu pulak, tak takut ke kalau-kalau termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati @ harta peninggalan simati yang belum difaraidkan kepada ahli waris?

Pelik tak?


Perkara pelik kedua:

Kita lebih banyak sebut nama makhluk dari sebut nama Khalik. Kita lebih banyak memuji makhluk dari memuji Pencipta makhluk tersebut.

Kita lebih berterima kasih kepada orang yang bantu dan berjasa kepada kita sampai ada pulak peribahasa moden wujud 'kerana budi, tergadai body'.

Tapi Allah yang sentiasa membantu, menolong, hatta meminjamkan nyawa kepada kita untuk hidup, jarang-jarang sekali kita berterima kasih apatah lagi mensyukuri nikmat tersebut.

Yang lebih parah lagi, kita sekarang sudah berani untuk membincang hal perihal dunia di dalam masjid. Sedangkan arahan dari Baginda saw supaya banyak menceritakan perihal 'empunya rumah'.

Analoginya seperti kita bertandang rumah orang, pastu kita dok puji dan cerita pasal rumah orang lain, dok banding-banding, bercerita lak dengan orang lain selain tuan rumah. Tak ke hampeh...

Memang pelikkan...


Perkara pelik yang ketiga:

Pun ada kaitan dengan yang ketama tadi. Kalau pegi kenduri kawen (walimatul urs) istilah 'salam kaut' tak pernah miss, hingga kalau takde duit, naik malu nak pegi, segan pun ada. Tapi kalau ziarah keluarga simati, tak pulak segan kalau tak bagi sumbangan utk ringankan beban. Paling tinggi pun hanya sekadar ucapan 'sabar ye, ini semua dugaan'. Paling tidak pun ucapan yang orang kita memandai khususkan bila terima berita kematian 'Innalillah wainna ilaihi raji'un'.

Kan yang paling patut ialah 'salam kaut' waktu ziarah keluarga simati. Kata nak ta'aun (tolong - menolong). Kenduri kawen kalau tak bagi pun tak ape, sebab dah memang dia buat kenduri nak bagi orang makan sebab nak war-warkan/hebahkan perkahwinan (walimah).

Ingat kenduri kawen macam buffet ramadhan ke? 'salam kaut' (bayar) dulu baru boleh makan? tak pun kenduri kawen sebagai pendapatan tambahan. Kadang rase macam show wayang kulit pun ada. Ialah sapa mawu tengok kena bayar dulu. Sampai ketahap, dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, jemputan kenduri kawen pun pakai sms instead of pakai kad. Pulak tu siap bagi number account incase kalau tak datang takpe tapi mesti mawu 'hulur'.

pelik sungguh...


Perkara pelik yang keempat.

Kita lebih banyak sebut dan bincang hal dunia. Lebih tumpukan pembangunan dunia. Pelan tindakan lah, pelan bertindak lah, kertas kerja lah, konvensyen lah, simposium lah, talk lah, road show lah, apa-apalah...

Sedangkan kita semua tahu 1000 tahun di dunia bersamaan dengan sehari di akhirat dalam ayat lain 5000 tahun looo. Kita tahu bahawa kita akan mati bila-bila masa. Kita juga tahu bahawa dunia hampir kiamat. Kita juga tahu bahawa dunia tidak kekal. Kita juga tahu bahawa dunia tidak dipandang oleh Allah. Kita juga tahu hidup di dunia ni sementara. Kita HANYA tahu.... Kita tak pernah bertindak atas pengetahuan kita.

Kita boleh meeting tiap-tiap minggu demi membangunkan dunia. Pernahkah kita buat meeting dengan kekerapan yang sama untuk hal-ehwal akhirat?

Kita boleh anjurkan macam-macam event untuk tujuan dunia. Berapa peratuskah event yang sama untuk persediaan di Alam Barzakh dan Mahsyar?

Malahan kita juga tahu setelah dinasihati oleh Rasulullah saw yang mafhumnya 'orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa bersedia untuk akhirat', tapi kita nilai kecerdikan kita dengan sijil demi sijil, yang akhirnya orang paling cerdik dikalangan kita pun boleh jual body.

Kita juga pantang dengar bilamana ada amanah saham dunia akan diterbitkan, maka berbondong-bondonglah kita untuk turut sama melabur demi 'masa depan' katanya dan amanah saham dunia sold out untuk tempoh masa yang sebentar cuma. Berapa peratus pulangan? average 3-13% (sekadar mengagak).

Tapi berapa ramai dikalangan kita yang berpusu-pusu untuk merebut amanah saham akhirat yang masih di issue / azioni emesse (italian) sejak dari dulu dan belum sold out sampai sekarang? Berapa peratus keuntungan? try cek Al-Baqarah : 261. Jika modal singgit, dapat pulangan 7 ringgit peratus keuntungan ialah 700%, berdasarkan ayat tu peratus keuntungan yang kita perolehi ialah 70 000%. Ini dah pasti untuk 'masa depan' kita. Untuk selama-lamanya tau.

Pelik kan...


Perkara pelik yang kelima dan seterusnya tungguuu....

Selasa, 14 Disember 2010

Cintakah aku?


Menyambung kembali apa yang terputus. Dalam penulisan yang lalu, aku ada sentuh tentang reaksi kita yang nak cepat habis dalam solat. Boleh rujuk di cinta manisnya hanya dibibir. Di akhir penulisan tu aku ada sentuh perkara berkaitan cinta. Aku petik perenggan terakhir:

Kemudian, ramai antara kita yang melayu islam ngaku dengan lidah bahawa kita cinta Allah dan Rasulullah saw. Betul ke kita cinta? apa bukti cinta kita? apa pulak usaha kita untuk meraih cinta? Cuba amik masa barang semenet dua, tanya sama diri kita. Apa betul kita cinta sama Allah?

Adakah aku benar mencintai Allah? atau cintaku kepada Allah hanya bermain dibibir. Mengapa terlalu sukar untuk merasainya cinta kepada-Nya? Walau pun akal secara logik mengiakan cinta, tetapi hati tidak terasa apa-apa. Mengapa?

Soalan seterusnya... bagaimana hendak bercinta dan menyintai Allah?


To be short, cinta itu ialah : 1 perasaan yang istimewa dalam diri.
Dalam cinta pelbagai rasa boleh menjadi satu. Rindu, sayang, kasih, dan seribu satu rasa yang lain.

Maksud cinta yang pelbagai kerana hati manusia yang punya pelbagai rasa walau pun kaler rambut sama hitam dan sama-sama punya sel darah kaler merah. begitulah Allah menciptakan kita manusia ini dengan penuh kasih dan sayang.

Kita tinggalkan makna cinta. Fokus kita hari ni ialah: bagaimana nak dapatkan cinta?

Bagi korang yang pernah dan sedang bercinta, bagaimana korang 'jatuh cinta'? bagaimana korang 'bercinta'? bagaimana perasaan cinta itu boleh ada?

Aku yakin dan percaya bahawa cinta takkan hadir jika tiada 'usaha' dilakukan untuk meraih cinta.

Boleh tak jika:
Aku bagi korang masa 3 menet untuk cinta aku.
Korang tetiba dimaki annonymous dan terus jatuh cinta padanya.

Maksudnya, cinta ini kita perlu usahakan dan ada step step nya. tak gitu?

Orang kata, dari mata jatuh kehati. Betul kah cinta itu dari mata? Love at 1st sight kata mat dan minah saleh. Bagaimana dengan saudara kita si buta? tidak layak bercinta? Makanya punca berputik cinta bukan dari mata.

Cinta itu hadir bila wujudnya KOMUNIKASI antara dua pihak. Komunikasi yang positif akan melahirkan pelbagai natijah yang juga baik-baik belaka dan salah satunya cinta.

Sekali lagi aku bertanya kepada korang. Bagi korang yang pernah dan sedang bercinta, bagaimana korang 'jatuh cinta'? bagaimana korang 'bercinta'? bagaimana perasaan cinta itu boleh ada?

Kerana korang telah mewujudkan komunikasi bersama pasangan. Bergayut, ber'sms', berdating, bertemu, berpoya-poya. Oleh itu, timbullah perkataan seperti kita sesuailah, serasi, ada chemistry, sejiwa, sehati berdansa dan mari menari. Akhirnya barulah dirasakan manisnya perasaan, indahnya suasana, happy sepanjang masa kerana ditemani cinta.

Rindu yang mencengkam sehingga makan tak lena, tidur tak kenyang, mandi tak sabun, kuliah tak masuk, study tak pernah, assignment tak siap, periksa tak lulus. Dahsyatnya terkadang penangan rindu dan cinta nih. Harapnya janganlah sampai ketahap berak tak cebok, tu kes naya...

So, (enaf) dengan ceriter cinta makhluk. Now, Fokus seterusnya: Bagaimana nak mencintai Allah?

Secara sunnatullahnya, jika kita makan dengan kadar tertentu akan mengakibatkan kita kenyang. Jika kita tidur lewat malam akan mengakibatkan subuh gajah. Jika kita curi moto EX5, mungkin kita akan dibelasah hingga mati.

Maka menjadi sunnatullah juga untuk kita mencintai Allah, tidak dapat tidak kita kena ada 'usaha' untuk meraihnya. Apa usaha kita? BINA KOMUNIKASI dengan Allah. Komunikasi bagaimana? Eh, dengan manusia boleh je berkomunikasi, dengan Allah tetiba tak tahu cemane. Bukan kah Allah itu lebih dekat dari urat leher kita? Buktinya (try ushar):

[16]Qaf
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,


Kalau tak tahu jugak mcm mana caranya, disini aku persembahkan cadangan cara untuk berkomunikasi dengan Allah. (Perhatian, ini bukan satu-satunya cara, tetapi salah satu dari pelbagai cara yang boleh dilakukan).

1. Solat.

Fardhu dan Sunat. Ibadah yang Allah bagi direct pada Rasulullah saw secara 'berjumpa'. Ibadah lain melalui perantaraan Jibril. Komunikasi tahap tertinggi kepada Allah. Tempat rehat ruh dan jiwa. Allah ingatkan melalui firman-Nya yang bermaksud:

[45]Al-Baqarah
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
[46]
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.


Melalui ayat ni, Allah ajar kita untuk capai khusyu' dalam solat dengan cara berikut,

Pertama : "mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka".

Berapa ramai yang meyakini bahawa solat itu 'berjumpa Allah'? Ada yang mengadap Allah dengan pagoda atau baju berlengan di seng seng (kerana amik wudhu dan tidak di kemaskan kembali). Mengadap Allah dengan keadaan nak cepat habis sehingga terkadang jika kita perhati melalui fikiran yang waras, hampir mustahil untuk membaca Surah Fatihah kerana sekejap sangat berdirinya. Bagaimana cintakan hadir jika komunikasi kita tidak berkesan?

Kedua : "
bahawa mereka akan kembali kepadaNya".

Berapa ramai pula yang ingat mati time solat? Kebanyakkan akan ingat hal-ehwal dunia, perkara yang kecil boleh jadi besar dan akhirnya kita akan lupa berapa rakaat solat kita. Paling tidak pun, tatkala kita tersedar dari lamunan, sudah pun di tahiyyat akhir (situasi solat berjemaah). Mungkin juga itu sebabnya bila kita lupa sesuatu, disuruh solat 2 rakaat. Mana tawu boleh ingat.
Bagaimana cintakan hadir jika komunikasi kita tidak berkesan?

Rasulullah saw cukup menjaga solat baginda. Nabi cukup suka solat sunat terutama witir, dhuha dan tahajjud. Kecintaan baginda kepada Allah yang begitu tinggi sehingga jasad baginda tidak mampu menahan kehendak ruh yang meluap-luap. Baginda solat sehingga bengkak kaki!!

"Oh itu nabiiiii...boleh la.... kita kan kena bersederhana" kata kita. Mari perhati maksud ayat berikut:

[31]Ali-Imran
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka IKUTILAH DAKU, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Mari kita belajar bahasa pulak. Pernyataan bersyarat di atas amat jelas. JIKA cinta / mengasihi Allah, MAKA ikut cara hidup Rasulullah saw, HASILNYA Allah akan cinta/mengasihi serta memberi ampunan-Nya kepada kita. So cara lain untuk mencintai Allah ialah dengan ikut cara yang Rasulullah saw buat. Ikut komunikasi baginda.

Siapa insan yang pernah hidup atas muka bumi ini yang paling sederhana? Sudah tentu Rasulullah saw. Sepatutnya kita menjadikan Rasulullah saw sebagai penanda aras kesederhanaan kita dan bukannya berpaksikan nafsu. So, cara sederhana siapa yang kita ikut selama ini?

Oleh itu, kita perlu melaksanakan Solat Fardhu dengan sehabis baik, serta memperbanyakkan Solat Sunat. Namun, melazimi yang sedikit secara berterusan lebih baik dari melakukan sekali banyak tapi dimasa yang lain bersikap culas. Contohi Bilal bin Rabah yang istiqomah menjaga wudhu dan Solat Sunat 2 rakaatnnya dengan ikhlas sehingga Allah menghadiahkan syurga buatnya.

2. D.A.D.A.

Formula ni Dr Azhar yang bagi sewaktu kitorg jemput dia buat talk. Kita sering meletakkan Allah bukan pada tempatnya. Kita tahu bahawa meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya ialah makna bagi zalim. Kenapa begitu? begini analoginya:

Seorang murid perlu mintak izin dari guru di dalam kelas untuk ke toilet sewaktu sesi pembelajaran.
Seorang anak perlu mintak izin dari ibu atau bapa untuk keluar bersama teman.
Seorang pekerja perlu mintak izin dari boss sebelum melaksanakan sesuatu tugas.
Pilot kapal terbang perlu mintak izin dari menara kawalan untuk mendarat di epot.
Nak pakai kereta jabatan, kereta kawan, perlu mintak izin.

Adakah kita pernah 'mntk izin' atau 'makluman' atau 'pemberitahuan' kepada Allah sebelum melakukan sesuatu?

"Takkan itu pun nak bagitahu...... Allah kan Maha Tahu" terdetik dihati aku.

Aku jawap: kerana Allah Maha Tahu lah maka kita perlu sentiasa mengaku sebagai hamba. Merasakan kelemahan diri dengan sentiasa meminta izin (sebut ingat) dari Allah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, apa jua pekerjaan. Dengan ingat Allah sebelum pekerjaan kita, maka kita secara otometik akan mendahulukan Allah. Sedangkan mengingat Allah itu adalah wajib pada setiap masa - menurut ahli tasawwuf.

Seterusnya, seusai sahaja perbuatan kita, apa sahaja perbuatan dari sesenang membuang angin sehingga sesukar mentadbir sebuah negara, kita syukuri dan berterima kasih pada Allah. Terserah kepada korang nak guna bahasa apa kerana Allah Maha Tahu, lagi pun kan Allah yang cipta bahasa. Nak ucap Thank You Allah ke, syukran Allah ke, terima kasih Allah ke, Alhamdulillah ke, dankie (afrika), Xièxiè (cina), Dhan'yavāda (hindi) dan apa jua bahasa yang boleh express rasa syukur kita pada Allah.

Ada banyak sebab kita perlu bersyukur, tenaga yang Allah bagi pinjam, ilham yang Allah beri utk selesaikan problem, keizinan dari Allah kita dapat melepaskan hajat samada kecil atau besar, hatta jika kita jadikan pokok sebagai pena dan lautan sebagai dakwatnya takkan habis nikmat Allah tertulis. Kita refresh kembali akan ingatan dari Allah maksudnya sebagai berikut:

[109]Al-Kahfi
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.


Oleh itu, Formula D.A.D.A ini membawa maksud Dia yang Awal, Dia yang Akhir. Maksudnya serahkan, pasrahkan, mohon keizinan & bantuan dari Allah sebelum melakukan pekerjaan, setelah selesai panjatkan kesyukuran pada-Nya.

﴿فَبِأَىِّ ءَالاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴾


[13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57,59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77]Ar-Rahman
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Soalan:
Bila jumpe (terbaca) atau dibacakan (terdengar) ayat di atas. Apa yang korang dan aku buat?

Jangan lak jawap buat-buat angguk dan paham. Jom tengok apa reflek dari golongan jin seperti yang dihurai dalam Tafsir Ibn Kathir cekidaut:

Abu Ja`far Ibn Jarir recorded that `Abdullah bin `Umar said that the Messenger of Allah recited Surat Ar-Rahman, or it was recited before him, and he said,

«مَا لِيَ أَسْمَعُ الْجِنَّ أَحْسَنَ جَوَابًا لِرَبِّهَا مِنْكُمْ؟»

(Why do I hear the Jinn giving a better response to their Lord than you) They said, "Why is that, O Allah's Messenger'' He said,

«مَا أَتَيْتُ عَلَى قَوْلِ اللهِ تَعَالَى:

﴿فَبِأَىِّ ءَالاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴾

إِلَّا قَالَتِ الْجِنُّ: لَا بِشَيْءٍ مِنْ نِعَمِ رَبِّنَا نُكَذِّب»

(Whenever I recited the statement of Allah the Exalted, (Then which of the blessings of your Lord will you both deny)( The Jinn responded by saying, "None of the favors of our Lord do we deny.'')'' Al-Hafiz Al-Bazzar also collected this Hadith.

Kita tidak sebaik yang kita sangka.... Bagaimana cintakan hadir jika komunikasi kita tidak berkesan?

3. Zikir yang paling afdal....

to be continued....

Rabu, 1 Disember 2010

Peristiwa: Isra' Mi'raj


Waktu peristiwa Isra', Rasulullah s.a.w diperlihatkan dengan pelbagai kejadian yang simbolik & ganjil. Setiap kali melihatnya, Jibril menerangkan hakikat sebenar peristiwa tersebut. Di antaranya adalah:


1. Jin Ifrit membawa obor (api) sambil mengejar Nabi dari belakang

Malaikat Jibril ajarkan doa menangkis serangan jin. Apabila Nabi membacanya, jin tersebut tersungkur.

Aku kata: ada sesape tahu apa doanya?

2. Memecahkan kepala sendiri. Bila bercantum dipecahkan lagi tanpa henti.

Balasan bagi orang yang tidak mengerjakan sembahyang

Aku kata: Menyesal tak sudah. Kalau rasa takmo solat, try hantuk kepala ke dinding dulu. Kalau raser bleh tahan, teruskanlah niat anda untuk tak solat.

3. Memakai cawat dihalau untuk makan buah berduri yang amat pahit atau api neraka.

Balasan bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat.

Aku kata: 2.5% aje pun. Keluarkanlah hak orang lain. Bersihkanlah harta memasing. Bukan boleh bawak masuk kubur pun.

4. Sekumpulan manusia dihidangkan dengan 2 mangkuk berisi daging masak dan daging mentah yang busuk. Mereka memilih daging mentah.

Gambaran manusia yang berzina sedangkan mereka mempunyai pasangan yang sah.

Aku kata: Dah ada yang halal pun masih 'makan luar'. Kan ada hikmahnya poligami tu. Allah lebih tahu.

5. Beberapa orang tidak berdaya mengangkat seberkas kayu tetapi menambahkan lagi bebanan.

Gambaran orang yang diamanahkan sesuatu tugas, walaupun tidak mampu melaksanakannya tapi masih menerima amanah/tugas lain.

Aku kata: Takde beban batu digalas. Ni cari pasal namanya. Tapi, realitinya kita memang tamak. Konon hebat nak orang tengok dia rajin kerja, kenyataannya hampeh.

6. Beberapa orang menggunting lidah dan bibir sendiri dengan gunting besi. Apabila bersambung, digunting lagi tanpa henti.

Perbandingan orang yang menyuruh orang lain berbuat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya.

Aku kata: Wow, moga aku tak tergolong dalam golongan ni. Mohon Allah bagi kita hidayah agar laksanakan apa yang kita cakap. Takmo gunting lidah sendiri, perit wor.. kalau tak caye try test. Tergigit lidah je dah menangis. Nikan pula gunting dengan sengaja.

7. Sekumpulan orang berkuku tembaga menggaru muka dan dadanya sendiri sehingga habis daging, namun masih menggaru lagi.

Gambaran orang yang mengumpat dan membuka rahsia orang kepada orang lain serta menjatuhkan maruah mereka.

Aku kata: Wah!! ini lagi dahsyat. Dalam gurauan kita, selalu jatuhkan maruah orang lain. Walau atas niat gurau. Mengumpat jangan cakap la memang dah jadi rutin harian. Kalau tak kita yang cakap, kita jadi pendengar. Kita siap bagi gelaran baru lak untuk aktiviti nih, gosip, cerita hangat dan pelbagai istilah lain yang konon-konon nak hilangkan 'rasa bersalah' & 'menghalalkan' mengumpat. Ada jugak yang kata 'aku cakap yang betul', 'ini kebenaran', 'ini untuk peringatan supaya orang lain tak buat macam si polan'. Tapi kenapa kena sebut nama orang lain? kenapa kena mention keaiban orang lain yang di sebut namanya? kenapa nak malukan orang lain? Eh panjang pulak komen.... Mohon perlindungan dari Allah.

8. Seekor lembu keluar daripada satu lubang yang sempit, kemudian cuba masuk semula ke lubang itu tetapi tidak boleh.

Gambaran pasangan lelaki dan perempuan asing berbual perkara lucah, kemudian menyesal tapi tidak mampu menarik perkataannya.

Aku kata: Ini lagi satu. 1 kejadian luar biasa yang dah dipandang biasa. Yang peliknya bertitle 'osetat' lebih galak dari yang hanya bertitle 'baru nak setat'. Tak percaya? cuba lihat di kursus-kursus yang menjadi pra-syarat sebelum sah jadi pasangan suami isteri. Kadang kita orang awwam yang berjiwa marhaen ni sampai naik malu. Ya Allah, peliharalah lidahku.

9. Seorang lelaki datang dari arah kanan Nabi meminta Nabi berhenti seolah-olah hendak bertanya sesuatu.

Seruan orang Yahudi. Jibril menerangkan jika Nabi melayan, nescaya ramai umatnya menjadi Yahudi.

10. Seorang lagi datang dari arah kiri merayu Nabi supaya berhenti.

Seruan orang Nasrani menghalang sebaran Islam.

Aku kata untuk 9 & 10: Kita memang tak jadi Yahudi, tapi kita ikut cara hidup yang di'atur' oleh Yahudi. Rokok, arak, zina & seangkatannya atas nama Hak Asasi Manusia, Hiburan melampau, Mengagamakan budaya seribu satu macam lagi. Orang Nasrani sekarang dah tak perlu susah payah nak halang sebaran Islam. Paderi yang dah lama Islam pon dah lama ada. Orang Islam sendiri yang tak nak buat kerja Nabi iaitu dakwah. Kadang orang Islam sendiri yang halang. Ya Allah jauhkanlah kami dari 2 golongan yang Engkau murka dan sesatkan ini.

11. Seorang wanita dengan perhiasan yang sarat meminta Nabi berhenti.

Gambaran tipu daya dunia. Jika Nabi menjawab ramai akan terpesona dengan keduniaan.

Aku kata: Sape sanggup untuk belanjakan semua duit gaji dengan bersedekah setelah di tolak hutang yang wajib? anda terpesona.... jawap pelan-pelan.

12. Orang tua duduk di tepi jalan seraya menyuruh Nabi berhenti.

Seruan Iblis cuba menghalang usaha dakwah.

Aku kata: Aku tak terkata apa. Barang siapa yang halang org lain untuk sebar dakwah = Iblis la gamaknya.

13. Seorang wanita bongkok tiga menahan Nabi untuk bertanya sesuatu.

Gambaran umur dunia yang sangat tua dan tunggu saat untuk kiamat.

Aku kata: Korang memang 'selera' dengan pompuan tua kan... kan... kan...

14. Nabi tercium bau yang amat harum.

Tempat Mashitah dibunuh kerana mempertahankan keimanannya sehingga dia dan keluarga menjadi mangsa kepada Firaun.

Aku kata: Meh kita telusur kisahnya... eceh...

Mashitah adalah tukang sikat anak perempuan Firaun, ketika dia menyikat anak Firaun tiba-tiba sikatnya terjatuh, spontan dia mengatakan: “Bismillah, celakalah Firaun”, mendengar ini anak Firaun bertanya: “Apakah kamu memiliki Tuhan selain ayahku?”, Mashitah menjawab: “Ya”. Kemudian dia mengancam akan memberitahukan hal ini kepada bapaknya si Firaun. Setelah dihadapkan kepada Raja yang zalim itu, dia berkata: “Apakah kamu memiliki Tuhan selain aku?”, Mashitah menjawab: “Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah”.

Melihat keteguhan iman Mashitah, kemudian Firaun mengutus seseorang untuk memurtadkan kembali dia dan suaminya tapi mereka enggan, jika tidak maka mereka berdua dan kedua anaknya akan disiksa, tapi keimanan masih menetap di hati Mashitah dan suaminya, dia berkata: “Jika kamu hendak membinasakan kami, silakan, dan kami harap jika kami terbunuh kuburkan kami dalam satu tempat”.

Maka Firaun memerintahkan agar disediakan kuali raksasa dari tembaga yang diisi minyak dan air yang meluap-luap (tanda panas), setelah betul-betul mendidih, dia memerintahkan agar mereka semua dilemparkan ke dalamnya, satu persatu mereka syahid, sekarang tinggal Mashitah dan anaknya yang masih menyusu berada dalam pelukannya, kemudian anak itu berkata: “Wahai ibuku, lompatlah, jangan takut, sungguh engkau berada pada jalan yang benar”, kemudian dilemparlah dia dan anaknya.

Ya Allah, lemah dan tipisnya iman kami. Beri kami hati yang seberani dan keimanan seteguh Mashitah.

15. Kayu merentangi jalan sehingga menyukarkan orang lalu-lalang.

Gambaran orang yang suka berpeleseran dan melepak.

Aku kata: Adakah ini termasuk yang lepak kat kedai mamak, kedai kopi, soping komplek dan sebagainya? Allah dah tunjukkan pada Nabi saw tentang tabiat ummatnya dimasa akan datang ye. Malah orang yang melepak ni tak merasakan itu satu kesalahan. ye dok...

16. Sekumpulan orang berenang dalam sungai darah. Mereka dilempar dengan batu. Batu-batu itu diambil dan dimakannya.

Gambaran orang yang makan riba'.

Aku kata: Apa usaha kita (aku) untuk lari dari riba'? pinjaman keta riba' (tinggal setahun), pinjaman peribadi riba' (tinggal bape lama ntah), Kad kedit riba' (dah sah-sah asyik lambat bayo). Cemane nak maqbul doa? cemane nak khusyu' solat? cemane nak cium bawu sorga? cemane nak terang hati? cemane... cemane... dan cemane...

17. Sekumpulan manusia menanam gandum. Sesaat kemudian berbuah dan dituai.

Gambaran orang yang suka membelanjakan harta untuk perjuangan menegakkan kalimah Allah.

Aku kata: Satu kali lagi juga mawu tanya, sapa yang sanggup bertindak macam ibu Imam Syafie yang mensedekahkan semua pendapatan dia hari ini dan meyakini bahawa pasti ada rezki dari Allah esok hari? Atau siapa yang sanggup buat macam Abdul Rahman Auf yang mensedekahkan semua keuntungan perniagaannya pada hari tersebut kerana terlepas Takbiratul Ihram pertama solat berjemaah. Atau adakah anda yakin dengan ayat di bawah? Jawap pelan-pelan.

[56] Adz-Zariyat
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
[57]
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
[58]
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

Khamis, 11 November 2010

Soal Hati....


Sukar sebenarnya melaksanakan syariat di akhir zaman. Ditambah pula jarak antara kita dan Rasulullah saw sudah mencecah ribuan tahun.

Maka tidak keterlaluan jika zaman sekarang di panggil zaman Double Jahiliyah.

Buktinya lihat saja umat Islam hari ini ramai yang tidak solat, tidak puasa, tidak membayar zakat, tidak membaca al-Quran, tidak belajar agama, tidak menutup aurat, melakukan pergaulan bebas, ikut sistem riba, berzina, minum minuman keras, menipu, mengadu domba, fitnah-menfitnah, rasuah dan bermacam-macam perbuatan yang semuanya bertentangan dengan arahan Allah.

Malah kesalahan umat terdahulu kita ulangi dan upgrade ke satu tahap lagi. Lesbian, buang anak tak mengira jantina malah terang-terangan menghina Islam tanpa rasa bersalah.

Umat Islam hari ini yang bangga dengan ke'Islam'an, mereka adalah umat Islam yang gagal menegakkan 'Islam' dalam kehidupan mereka serta masyarakat.

Mereka bukannya tak tahu apa yang telah diperintahkan atas mereka, tetapi mereka tidak mampu melaksanakannya.

Jiwa mereka lemah melawan tuntutan hawa nafsu dan pengaruh syaitan yang kuat menarik mereka kepada jalan-jalan kejahatan dan kerosakan.

Begitulah susahnya mengamalkan syariat Islam dan itu menjadi masalah besar yang dihadapi oleh majoriti umat Islam hari ini.

Namun mempraktikkan apa yang di dalam jiwa/hati (syari'at batin) jauh lebih susah daripada syari'at lahir.

Sebab amalan hati merupakan ilmu rasa (zauk) dan bukan ilmu kata, bukan sebutan dan teori tetapi merupakan rasa hati.

Bukan saja orang yang lemah syariatnya tidak dapat melaksanakan amalan jiwa/hati bahkan orang syariat lahirnya sudah kuat dan bagus masih belum dapat merasakan dan menghayatinya.

Buktinya dapat kita rasakan sendiri. Tepuk dada tanya hati....

Mari kita cek list di bawah. Sudah tercapai atau kita masih tergolong seperti contoh dibawah. Cekidaut:

Kita masih lalai dari mengingati Allah dan tidak cinta pada-Nya.

Tidak ada rasa takut dengan kehebatan Allah serta hina diri dengan Allah.

Tidak sabar berhadapan dengan ujian.

Tidak merasakan kuasa itu ditangan Allah.

Tidak merasa diri berdosa.

Masih suka mengumpat.

Masih hasad dengki.

Rasa cinta dunia.

Tiada rasa belas kasihan.

Tidak berlapang dada bila berhadapan dengan manusia yang bermacam ragam.

Sombong.

Pemarah.

Pendendam.

Buruk sangka.

Serakah.

Keras kepala.

Keluh kesah.

Putus asa.

Tidak redha dengan takdir.

Tidak bimbang dengan hari Hisab.

Tidak takut Neraka.

Tidak rasa rindu dengan Syurga yang penuh kenikmatan.

Kita menganggap kehebatan kita yang membuat diri kita mencapai kejayaan.

Kita tidak merasakan bila saja Allah akan datangkan bencana dan mematikan kita.

Kerana merasa hebat maka kita membuat hutang, gila pangkat, mengatur pelbagai rancangan tanpa pasrah pada Allah.

Tidak merasa kelemahan diri.

Tidak senang dengan kata nista orang.

Tidak senang dengan kelebihan orang yang menandingi kita.

Rasa menderita dengan kemiskinan.

Benci dengan orang yang tidak beramal (bukan rasa kasihan).

Merasa lebih bila berhadapan dengan orang yang tidak beramal.

Rasa terhina untuk menerima kebenaran dari orang lain.

Masih berat untuk mengakui kesalahan walaupun tahu kita bersalah.

Jiwa merasa menderita bila dicaci.

Merasa tenang dan senang hati bila disanjung.

Merasa bangga bila mendapat nikmat.

Merasa mahu hidup lebih lama.

Merasa bangga dengan kelebihan diri.

Merasa terhina dengan kekurangan.

Tidak pernah puas (cukup) dengan apa yang ada.

Tidak merasa berdosa (bersalah).

Tidak merasa dunia kecil dan hina.

Tidak merasa akhirat besar.

Tidak menderita bila berbuat dosa atau kesalahan tetapi menderita bila harta dan jawatannya hilang.

Amacam? Mereka yang bagus mengamalkan syariat lahir pun masih belum dapat melaksanakan amalan jiwa/hati (syariat batin) secara istiqamah dan bersungguh-sungguh, apatah lagi yang amalan lahirnya diabaikan sama sekali.

Jika diumpamakan syariat itu pohon, maka amalan jiwa/hati adalah buahnya. Orang yang sudah memiliki pohon pun belum tentu memperoleh buahnya (dan kalaupun dapat buah belum tentu sedap rasa buahnya), apa lagi orang yang tidak menanam pohon sama sekali.

Begitulah perbandingannya orang yang tidak melaksanakan syariat Allah. Susah sekali baginya untuk merasakan hakikat. Kalau secara lahir dia tidak dapat tunduk pada Allah, tentu batinnya lebih susah untuk diserahkan pada Allah.

Mari kita bersama renung-renungkan..... Selamat berusaha untuk mengamalkannya...

Cinta manisnya hanya dibibir...


Lanjutan dari penulisan yang lalu berkaitan solat. Kita akan bicara soal cinta.

Tak kenal maka tak cinta.

Ayat tu dah biasa kita dengar. Ayat yang memberi gambaran bahawa kalau kita tak kenal, masakan boleh hadir rasa cinta.

Sebab itu, setiap pasangan yang bercinta akan dimulakan dengan perkenalan. Hatta love at first sight sekali pun perlu disusuli dengan perkenalan dan saling kenal mengenali untuk menyuburkan perasaan tersebut.

Namun, apa itu cinta?

Kita sering menyebut cinta, cinta dan cinta... tapi jarang sekali yang boleh memberi penjelasan tentang sebuah rasa yang istimewa ini.

Cinta ialah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseorang lain yang boleh memberi kelazatan, manfaat dan sangat serasi dengan fitrahnya (tabiat).

Demikian pengertian cinta yang telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali.

Kita secara fitrahnya cenderung kepada kesempurnaan dan keindahan (kamal & jamal). Kerana mencari kesempurnaan & keindahan lah manusia pada hari ini menghasilkan produk-produk kecantikan, fesyen-fesyen terkini dan perkara-perkara yang menjadi isi perut dunia.

Cuma samada sedar atau tidak yang memiliki segala kesempurnaan dan keindahan hanyalah Allah swt.

Kenapa cinta kita tidak terarah pada-Nya? Ketahuilah bahawa Allah sahaja yang paling layak kita cintai.

Maksud dari firman Allah (Al-Baqarah : 165) :

"...Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah..."

Kenapa wujud cinta?

Setiap yang terjadi atas dunia ini, Allah telah tentukan sebab dan musabbabnya (sunnatullah). Cinta juga wujud kerana ada sebab. Dan sebab wujudnya cinta ini adalah pelbagai.

Antaranya mungkin kerana cantiknya sidia, memahami kehendak kita, caring terhadap situasi dan kondisi kita.

Jika alasan di atas terpakai dan menjadi sebab untuk kita mencintai makhluk Allah yang lain, maka alasan itu juga menjadi sebab yang teramat kukuh untuk kita lebih mencintai Allah melebihi diri sendiri.

Siapa yang paling cantik selain dari Allah?

Kecantikan yang dipaparkan melalui hasil penciptaan makhluk-Nya yang sempurna tanpa sebarang kepincangan. Kecantikan makhluk-Nya itu telah banyak dipaparkan menjadi tatapan umum semenjak sekian lama.

Lihat sahaja Al-Buruj, Al-Shams, At-Tariq, sekadar menyebut beberapa nama surah yang menceritakan tentang makhluk ciptaan-Nya. Sedangkan makhluk ciptaan-Nya begitu mempersona, apatah lagi yang mencipta.

Ya Allah Engkau punca segala kecantikan.

Siapa yang paling memahami kehendak & keperluan kita selain Allah?

Setiap inci kehendak dan keperluan kita sedari dalam perut ibu sehingga kita bakal kembali kepada-Nya, dipenuhi dan di beri secara percuma oleh Allah. Kita berkehendak kepada udara, air, tanah sebagai keperluan asas. Allah telah sediakan.

Malahan Allah beri yang terbaik kepada kita (otak, pemikiran, akal) dan diletakkan di tempat paling atas (kepala) untuk kita menjadi hamba-Nya dan khalifah-Nya.

Kita sendiri pun terkadang tak tahu apa yang kita pohon dalam doa kita kepada Allah merupakan permintaan yang terbaik untuk kita.

Tapi Allah yang Maha Bijaksana mengatur segala permohonan kita dan mengkabulkan permintaan kita dimasa, tempat dan keadaan yang paling tepat dan ideal untuk kita.

Tidak cukupkah alasan ini untuk kita mencintai Allah? ataukah kita tidak merasakan kasih sayang dari Allah?

Bila rasa-rasanya untuk kita terjemahkan maksud ayat ini ke alam realiti?

[24] At-Taubah
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Moga Allah memberi kita hati yang mencintai-Nya dan Rasul-Nya.

Cuba kita tanya pada hati kita...

Adakah aku benar mencintai Allah? atau cintaku kepada Allah hanya bermain dibibir. Mengapa terlalu sukar untuk merasainya cinta kepada-Nya? Walau pun akal secara logik mengiakan cinta, tetapi hati tidak terasa apa-apa. Mengapa?

Soalan seterusnya... bagaimana hendak bercinta dan menyintai Allah?

To be continued...

Sumber gambar :
www.
lulumanthura.blogspot.com


Senarai Blog Saya

Pengikut