Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ilmu. Papar semua catatan

Selasa, 9 Julai 2013

Ramadan 1.3

Ramadan bukan soal 'aku tak boleh makan siang' tetapi soal lebih besar ialah 'aku kena tahan diri dari kurangkan pahala puasa' ‎#puasakualiti

Utk raya kita mahu baju baru xda lobang xda cacat. 'Baju' puasa kita bagaimana? Yg lobang2 itu kita persembahkan pd ALLAH. ‎#puasakualiti

Yang wajib bagi solat ialah 13 rukunnya.. yang wajib bagi puasa? Tadarus, tarawikh, sedekah, buka awal waktu, sahur akhir waktu. Itu sunnah

Yg wajib bagi puasa ialah 'menahan diri'. Tahan diri dari buat perkara yg boleh kurangkan kualiti puasa. If not natijahnya lapar & dahaga.

Ayuh jadikan puasa kali ini puasa berkualiti... bukan puasa berkuali... bukan 'apa mau buka ini hari?' Tapi 'mau belanja siapa ini hari'

Isnin, 6 Jun 2011

Indahnya Hidup Bertuhan : Bukan itu ku pinta...

Kita pilih apa yg kita pilih,
Juga apa yang kekasih hati pilih,
Bukan pilih pilihan Yang Maha Memilih.


Langkah kedua setelah kita lakukan istikharah ialah usaha kita terhadap 'jawapan' yang telah diberi. Hal ini juga tidak dapat tidak perlukan kepada petunjuk dan bimbingan dari ALLAH swt. Yakinilah hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu tentang perkara terbaik untuk kita. ALLAH sahaja yang Maha Tahu tentang perkara yang paling sesuai untuk kita.

Namun begitu, diawal mujahadah kita untuk bertanya dan bergantung harap kepada ALLAH ini, akan terdengar bisikan nafsu mengatakan "Kalau macam ni, lambat laaa... asyik nak kena tunggu jawapan dari ALLAH"

Sedarlah wahai insan, sahabat dan kawanku...

Tindakan nafsu itu sebenarnya melekehkan serta mempertikai kekuasaan ALLAH swt. Ketahuilah bahawa ALLAH pasti menjawab. Jawapan yang paling tepat adalah dari ALLAH. ALLAH tidak akan menangguhkan jawapan agar dengan jawapan tersebut kita dapat membuat keputusan dengan betul. ALLAH tidak pernah menzalimi kita. Maha Suci ALLAH dari segala sifat kekurangan.

Masalahnya, kita yang tidak faham dan terlalu lemah untuk memahami. Ilmu kita pun sememangnya teramat terbatas. Kadang kita sendiri yang tidak mahu memahami jawapan yang diberi dan tak tahu dimana letak duduk jawapan tersebut.

Sahabat serta saudaraku,

Manusia dikurniakan akal dan fikiran untuk menilai dan menimbang. Mavelesnya akal dan fikiran yang dijana oleh otak kurniaan ALLAH ini ialah ianya boleh memproses maklumat sebanyak 50Gb sesaat!!! Maka dengan keupayaan sedemikian rupa, akal perlu digunakan untuk merenung serta memikirkan jawapan yang diberikan oleh ALLAH kepada kita. Jika jawapan masih juga belum kelihatan, maknanya permintaan kita belum tiba waktunya untuk dijawap.

Kerap juga terjadi bila kita mula 'memerintah' ALLAH dan meminta agar permintaan kita dilaksanakan dengan SEGERA!!! Kita nyata lupa dan alpa bahawa ALLAH lebih tahu bilakah masa paling sesuai untuk memberikan jawapan. Bagi kita, kita merasakan jika impian kita terlaksana ketika ini maka kita akan bahagia. Tetapi kita tidak dapat menjangka adakah nikmat bahagia itu akan terus membahagiakan di masa hadapan.

Lihat sahaja pemakan makanan tanpa pantang. Pengambilan kadar gula yang tinggi dan ekstrem akan bergelar pesakit diabetik dihujung jalan. Ya, manis dan lazat sekarang tidak semestinya baik untuk masa hadapan. Siapa lebih tahu akan hal ini? Tidak lain dan tidak bukan hanya ALLAH swt.

ALLAH swt tahu dan teramat tahu tatkala DIA tidak mengurniakan impian kita pada waktu tersebut. ALLAH paling tahu samada ianya sesuai atau tidak.

Cuba kita lihat kisah dalam Surah Hijr bermula ayat ke 30 - 42

[36]
Iblis berkata:” Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)”.
[39]
Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
[42]
“Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


Lihat dan renung kisah ini... Iblis pun mintak izin dari ALLAH swt. Namun kita? Kita teramat jarang memohon keizinan dari ALLAH sebelum buat sesuatu. Oleh itu, mari kita sama2 berusaha untuk mendahulukan lah ALLAH swt.

Sahabat serta saudaraku,

Usahlah kita mengeluh kerana impian, hajat dan permintaan kita belum dimakbulkan. Percayalah bahawa ALLAH Maha Memakbulkan, namun kerana kelemahan kita, maka kita tidak faham serta terlalu teruja dengan harapan kita. Yakini juga bahawa ALLAH memberi yang terbaik dan paling sesuai untuk kita dari sisi-NYA.

Jangan bersangka buruk pada ALLAH swt hanya kerana hajat kita belum menampakkan hasil. Kita kena akur akan kelemahan kita kerana tidak faham. Kita tidak tahu akan kemungkinan hajat kita bakal merosakkan kita pada masa hadapan. Kita juga jahil akan masa paling sesuai hajat itu ditunaikan. Kita juga tidak tahu adakah hajat kita itu tertulis dalam takdir kita.

Oleh itu, mari kia lazimi membaca doa ini;

Ya ALLAH... pilihkanlah untukku dengan keluasan ilmu-MU dan tentukanlah untukku dengan kehendak-MU. Aku pohon kemurahan-MU yang sangat luas kerana ENGKAUlah yang boleh menentukan sesuatu. ENGKAU Maha Mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan ENGKAUlah yang paling tahu berkaitan hal-hal yang ghaib.
Ya ALLAH... Jika sesuatu ini menurut-MU baik bagiku, kehidupan dan kesudahanku, maka pilihlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah. Dan seandainya ini menjadi malapetaka bagiku, agamaku, kehidupanku dan kesudahan perkaraku, maka jauhkanlah ia daripadaku sejauh-jauhnya, dan berilah aku kebaikan di mana saja berada dan redhailah aku kerananya.

Maksud lazim ialah baca bila2 masa dimana berada. Hingga jadi satu kebiasaan. Jadikan mainan bibir. Try tengok buat 2 minggu.... Rasai hasilnya.

Seringkali jawapan yang kita terima adalah melalui tabir alam, oleh itu kita seharusnya terlebih dahulu belajar untuk saling mengenal dengan alam sekitar kita. Kita seringkali tidak sedar akan kesombongan diri kita pada makhluk ALLAH yang lain. Tanggapan bahawa kita 'manusia' lebih baik dan mulia dari pokok dan haiwan membuatkan kita lupa bahawa 'mereka' ini tidak pernah putus untuk sentiasa bertasbih dan memuji ALLAH. Manakala kita yang selalu lupa dan lalai ini hanyut dengan keegoan diri. Hubungan yang terbina sesama makhluk itu merupakan jalan untuk kita lebih memahami bahasa alam.....

Next Cinta sesama makhluk....

Jumaat, 1 Oktober 2010

Apa ada pada uji?

Perhatian, ini bukan nak citer pasal uji Rashid atau tabung uji.

Perkataan ini slalu kita gunakan sebagai penyedap hati ketika di timpa musibah. Samada kita yang kena atau orang lain. Tentu anda pernah dengar ayat spesis ni:

“Sabar lah ye, ini semua ujian dari Allah.”

Tak kira apa bentuk musibah. Kemalangan ke, kecurian ke, keragutan ke, package ke (culik, pukul, bunuh, bakar). Slalunya bagi menenangkan si mangsa (baca: kena uji) ayat di atas akan digunapakai. Kalau pun tidak hundred percent sama sekurang-kurangnya merujuk kepada maksud yang sama. Kalau tak percaya, boleh cuba ziarah kawan yang sedang sakit di spital (jangan lupa bawak buah tangan).

Soalan: anda dan si mangsa paham ke maksud sebenar ungkapan tersebut? Atau adakah ayat tu hanya sebagai bahasa basi sebab takda ayat lain nak dibualkan dan ayat tu mmg slalu orang guna.

Apa maksud ujian dari Allah?

Apa maksud ujian?

Try bukak kamus. Kita semua maklum yang ujian ni biasanya digunakan di sekolah. Pelajar akan diuji dengan set soalan bagi menilai tahap mereka. Ujian juga sebagai salah satu untuk mendidik.
Dan dalam konteks tulisan ini, maksud ujian dari Allah ialah kita kena fahami bahawa ujian merupakan didikan dari Allah secara langsung kepada kita tentang bagaimana nak sabar, bagaimana nak redha, bagaimana nak tawakkal atau serahkan pada Allah, bagaimana nak handle perasaan, bagaimana nak laksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNYA contohnye kalau kena tahan kat wad dan tak boleh jalan, mcmmana nak solat?

Dan sebenarnya ungkapan ini merupakan satu peringatan yang cukup berharga dari seorang teman. Dia suruh ingat Allah!!!. Bukankah cukup bernilai.

So, ingatan buat diri dan kita semua. Lain kali, bila orang datang dan tenangkan kita tak kiralah masa sihat atau sakit, kaya atau miskin, muda atau tua lantas membisikkan ke telinga kita “Ini semua ujian dari Allah” maka kita kena ingat bahawa Allah nak didik dan ajar kita tentang sesuatu.

Ops terlupa plak ayat sambungan yang fofular,

“Pasti ada hikmah”

Apa hikmahnya?

Bukankah menyedari bahawa Allah mengajar kita sesuatu merupakan hikmah yang indah. Kesedaran bertuhan itu merupakan hikmah yang tiada galang ganti. Menyedari bahawa kita ni hamba yang lemah dan tak bermaya juga merupakan hikmah yang cukup hebat. Sesungguhnya, tiap ujian PASTI mendatangkan lebih dari 1001 hikmah.

Selasa, 28 September 2010

Balut vs Tutup ver 1

Hari ni kita akan belajar 2 patah perkataan dan penggunaannya. Mungkin ada yang terkeliru hingga agak kurang tepat menggunakan amali bagi kedua patah perkataan ini. Kita mula.

Makna balut menurut Kamus Pelajar Edisi ke-2 antaranya ialah = benda yg digunakan utk membungkus;

Makna tutup pula ialah = 1 tidak dibuka; lw buka: Kedai itu ~ pd hari Jumaat. 2 = penutup benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu.

So, balut adalah berbeza dengan tutup. Sekian.

Sekarang kita perhati dalam bentuk amalinyer. Tidak ramai yang patuh kepada piawaian 'tutup' malah agak ramai yang sekadar mem'balut' dengan sangkaan sudah menutup. Kita perhatikan beberapa contoh :Ada yang pakai tudung, tetapi nampak jambul; rambut masih terurai di depan dan di belakang

Ada yang pakai tudung, tetapi tidak tutup dada

Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak bayangan rambutnya kerana kain tudung yang nipis.

Ada yang pakai tudung, tetapi pakai T-shirt hingga nampak bentuk rupa ketulan badan dan kulit tangan

Ada yang pakai tudung, tetapi memakai seluar hingga menampakkan lingkaran tubuh bahagian bawah pusat hingga ke lutut

Ada yang pakai tudung, tetapi memakai skirt hingga menampakkan betis

Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak leher

Ada yang memakai tudung, tetapi masih pakai pakaian yang ketat atau transparent

Gambar di atas hanya sebagai contoh cara membalut badan dan tidak mencapai kehendak penutupan aurat yang dikehendaki syara'.

Kalau begitulah keadaannya, sebenarnya wanita Muslim itu belum lagi menutup aurat dengan sempurna. Dia baru nak berjinak-jinak dengan agama sepertimana muallaf yang berjinak-jinak dengan agama. Dia tidak serius, dia tidak ikhlas, dia tidak jujur, atau dia tidak faham cara memakai tudung dan menutup aurat yang betul dalam Islam. Ringkasnya dia masih jahil dalam bab menutup aurat. Bagi yang sudah tahu tetapi masih berkeras tidak mahu memakai tudung dengan cara yang betul, maka dia sebenarnya engkar pada suruhan Allah.

Hari ini apabila ramai wanita mahu memakai tudung, maka pereka fesyen dan peniaga mengambil kesempatan merekabentuk fesyen supaya pemakainya boleh memilih pelbagai rupa bentuk fesyen tudung. Pereka fesyen dan peniaga mencari keuntungan di atas permintaan dan trend wanita Islam memakai tudung tanpa mengira samada rekaan fesyennya atau jualan tudung itu memenuhi syarat pakaian tudung dalam Islam.

Akhirnya direka dan dijuallah tudung tiga segi yang pendek dan kontot hingga tidak dapat menutup dada dan ketulan daging tubuh wanita. Adakah pereka dan penjual akan terlepas dari hukum Tuhan kerana menyedia dan menjual tudung seperti itu?

Akhirnya direka dan dijuallah tudung yang kain yang mahal dan rupa yang menarik sehingga pemakainya berlumba-lumba menunjuk kemewahan dan menunjuk lagak kain siapa yang lebih mahal dan lebih cantik? Timbullah riak dan iri hati.

Salahkah bermewah? Salahkah beli kain tudung yang mahal kalau kita mampu? Salahkah berfesyen bila memakai tudung? Tidak salah, asalkan
  • tutup rambut selengkapnya
  • melabuh tudung hingga menutup dada
  • bahagian lain pada tubuh badan wanita juga ditutup dengan dengan pakaian longgar, termasuk melabuh kain baju ke paras peha dan pinggul jika memakai seluar
  • memakai tudung dengan iman dan taqwa

Apa pun, manusia ada nafsu. Kadang nafsu mengatasi iman dan akal. Itu urusan dia dengan Allah.

Kalau iman dan taqwa tinggi, ia akan tunduk pada peraturan cara memakai tudung yang betul dan menutup aurat dengan sempurna.

Kalau tepuk dada tanya selera, maka ia akan utamakan nafsu. Kalau tepuk dada tanya iman, dia tidak banyak cakap, tidak banyak berkira, tidak banyak kompromi lagi. Dia tahu dia hanyalah salah satu ciptaan Allah, dan dia akan kembali kepada Allah dan berhadapan dengan Allah serta menjawab pelbagai soalan mengenai auratnya.

Maka kembalilah kepada yang asas. Asasnya, kenapa kita pakai tudung? Untuk apa? Untuk SIAPA? Adakah bertudung untuk lawa? Adakah bertudung untuk nampak baik di mata orang? Adakah bertudung untuk nampak suci dan mulia? Adakah bertudung kerana Mak suruh, atau suami suruh? Adakah bertudung kerana Allah suruh?

Khamis, 12 Ogos 2010

Back to school

Sekolah, madrasah, school, pesantren atau apa juga cara ianya disebut tidak kira ianya peringkat tinggi atau rendah semuanya merujuk kepada sebuah institusi yang mengandungi pengajar dan pelajar. Inilah antara tempat yang sesuai untuk menimba seberapa banyak ilmu. Ilmu ni pulak bakal diguna untuk menghadapi cabaran sisa kehidupan selepas keluar dari sekolah. Semua maklum tentang itu.

Jika kita lihat objektif, misi dan visi pelajar di sekolah secara on paper memang mengagumkan. Namun realitinya berapa ramai yang berhasil menjadikan diri sebagai pelajar yang benar-benar berilmu?
Berapa ramai yang dapat memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas?
Berapa pula yang tumpuan dan fokusnya terhadap sijil dan certificate?
Berapa ramai yang study last minute?
Berapa pula yang nak skor A semata?
Berapa ramai yang bila berjaya, menyandarkan kembali kejayaan itu dengan Allah dan menyedari semua itu adalah pemberiaan Allah?
Berapa ramai pula yang bila gagal, boleh pasrah dan akur atas kehendak Allah serta tidak tuding menuding, salah menyalah ibarat bangau oh bangau?
Berapa peratus pula ilmu yang ditimba boleh diaplikasi di lapangan kerja?
Berapa ramai yang kerja mengikut bidang yang dipelajari sewaktu disekolah?
Akhirnya semua persoalan di atas saya rangkum menjadi 3 keadaan. Sebelum, semasa dan selepas.

Kita pergi kepada tujuan penulisan kali ini. Saya ingin mengaitkan sekolah ini dengan Ramadhan yang datangnya setahun sekali. Sebulan dalam 12 bulan. Datangnya Ramadhan ini sebagai 'sekolah' untuk kita. Ada juga orang yang melihat Ramadhan dari sudut yang berbeza. Sebagai Check & Balance atau sebagai Bulan Rehat atau Bulan Ibadah atau atau atau dan atau yang lain. Kali ini saya ingin sentuh Ramadhan sebagai sekolah untuk kita. Bila dikait Ramadhan dengan sekolah, realiti yang terjadi dalam masyarakat kita sedikit sebanyak terkait dengan persoalan-persoalan di atas. Iaitu persoalan sebelum, semasa dan selepas.

Siapa kita sebelum Ramadhan? kita renung kembali bermula setelah selesai Ramadhan tahun lepas hingga sebelum 11 Ogos 2010. Renung dan jawap pelan-pelan. Kalau perlu list down apa yang 'ok' dan apa yang 'ko'.

Apa usaha semasa kita untuk berubah? Berapa lama lagi kita hendak statik macam dulu? Kita kena gerakkan jentera perubahan seberapa segera yang mungkin. Usaha kita untuk merubah itulah yang menjadi asbab kepada turunnya hidayah dari Allah. Situasi itu selari dengan kehendak sebahagian dari ayat 11 Surah Ar-Ra'du.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Kalau kita perati tengok ayat tersebut... Allah guna perkataan 'anfusihim'. Perkataan ini merujuk dalam diri iaitu hati atau jiwa. Jadi perubahan itu mestilah dari dalam jiwa terlebih dahulu.
Ubah jiwa agar tunduk pada Allah.
Ubah jiwa agar patuh perintah Allah.
Buat 'Aku Janji' dan tampal kat dinding.
Patuh pada 'Aku Janji' yang telah dibuat. Kalau janji dengan diri sendiri pun kita tak boleh nak tunaikan, apatah lagi janji dengan Allah.

Sebagai contoh, surf kat tenet 10 sifat Mazmumah dan 10 sifat Mahmudah. Pastu, pilih yang mana kita nak ubah dulu. Tulis kat kertas 'Aku Janji' tu. Amik la salah satu sifat Mazmumah Ghadab atau marah. Surf lak tentang marah, apa makna, cemana nak handle and so on. Dapatkan maklumat apa sahaja yang terkait dengan marah. Bila dah ada maklumat tersebut, barulah kita boleh alter (sebut: oter) mana yang patut. Nak lagi dramatik, cari dalil dan hadis berkaitan marah. Firman Allah, Saranan Rasulullah, kisah sahabat dan banyak lagi info menarik yang terdapat dalam tenet. Secara tak langsung kita sudah ada ilmu. Bila dah ada ilmu, baru boleh amal. Bila dah mula amal, kita usaha untuk istiqamah. Bila dah istiqamah, maka ianya akan menjadi asbab kepada turunnya hidayah dari Allah. Semuanya berlaku dengan Izin Allah juga.

So, nak berubah kena mula sekarang.

Then, kita tengok lak selepas kejadian. Buat Post-Mortem terhadap Ramadhan kali ini. Adakah sama dengan Ramadhan yang lepas? Kalau seorang budak masuk skolah dan tak lulus-lulus dalam setiap subjek serta tak naik tingkatan, apa yang patut kita buat pada budak tu? Keadaan tersebut sama jugak macam kita yang mengharungi ramadhan tahun demi tahun, tapi tiada sebarang perubahan. Manusia jenis apa kita ni? Jawap pelan-pelan....

Moga Ramadhan kali ini menjadi asbab kepada satu perubahan terhadap diri kita. Ingatlah bahawa kita bakal jadi ahli kubur....

Selasa, 4 Mei 2010

Sunnah

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu
daripada ilmu yang tidak bermanfaat,
daripada hati yang tidak khusyuk,
daripada nafsu yang tidak pernah kenyang (puas),
dan daripada doa yang tidak dikabulkan."
- Muslim daripada Zaid bin Arqam

Isnin, 3 Mei 2010

Selasa, 27 April 2010

Senarai Blog Saya

Pengikut