Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan

Selasa, 9 Julai 2013

Ramadan 1.3

Ramadan bukan soal 'aku tak boleh makan siang' tetapi soal lebih besar ialah 'aku kena tahan diri dari kurangkan pahala puasa' ‎#puasakualiti

Utk raya kita mahu baju baru xda lobang xda cacat. 'Baju' puasa kita bagaimana? Yg lobang2 itu kita persembahkan pd ALLAH. ‎#puasakualiti

Yang wajib bagi solat ialah 13 rukunnya.. yang wajib bagi puasa? Tadarus, tarawikh, sedekah, buka awal waktu, sahur akhir waktu. Itu sunnah

Yg wajib bagi puasa ialah 'menahan diri'. Tahan diri dari buat perkara yg boleh kurangkan kualiti puasa. If not natijahnya lapar & dahaga.

Ayuh jadikan puasa kali ini puasa berkualiti... bukan puasa berkuali... bukan 'apa mau buka ini hari?' Tapi 'mau belanja siapa ini hari'

Rabu, 21 September 2011

Ramadhan, Syawal & Merdeka

Alhamdulillah Allazi Hadana lihaza.....

Akhirnya ALLAH memberi kesempatan untuk mengupdate blog ini.

Hari ini dah 23 Syawal dah 23 hari setelah Ramadhan. Apa hasil perjuangan kita dalam Ramadhan? ada perubahan? Masih teruskan rutin mengaji selepas solat fardhu? Masih berusaha untuk solat awal waktu dan berjemaah? Bagaimana dengan ibadah nawafil? Fardhu kifayah kita? bertambah atau berkurang? Check dan re-check.

Allah ingatkan dalam Surah Al-Haqqah : 18

"Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Rabb), tiada sesuatu pun dari keadaan kamu yang tersembunyi (bagi-NYA)"

Umar Al-Khattab pernah kata dan kata-kata ini cukup mahsyur.

"Hisablah (buatlah perhitungan untuk) diri kamu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang. dan bersiaplah untuk menghadapi hari yang besar, iaitu hari diperlihatkan (amal seseorang), sementara semua amal kalian tidak tersembunyi dari-NYA."

Saudara-saudaraku;

Masih teringat lagi pengumuman bonus separuh bulan gaji yang diterima sebelum raya. Ramai yang happy ramai juga yang bersyukur pada ALLAH.

Tapi, ALLAH telah beri kita bonus setiap hari dan kita sepatutnya berasa happy dan teruja mendapat bonus ini. ALLAH beri kita bonus kehidupan. Tanpa hidup kita tak kan dapat mengecapi bonus-bonus yang lain.

Maka, solat dan sujudlah sebagai tanda syukur atas bonus kehidupan ini. Ketahuilah bahwa Manusia tanpa ruh adalah lebih hina dari besi buruk.

Tapi, setiap manusia punya tanggapan berbeza mengenai kehidupan. Sebagai contoh cer kita tanya seorang jurutera pandangan beliau tentang laut. Walau apa pun jawapan, sudah pasti ianya berbeza dengan jawapan seorang nelayan yang melihat laut sebagai 'pejabatnya'.

Kita boleh berbeza pandangan berkaitan kehidupan, tapi kita sekali-kali tiada hak untuk menentukan matlamat hidup kita. Kita tidak berhak untuk menetapkan tujuan kita dihidupkan. Kerana keduanya telah ditetapkan oleh Pencipta kita

Keliru?

Saya bagi contoh.

Kasut yang direka oleh nadzri tiada hak untuk menentukan matlamat ia direka. Yang berhak ialah nadzri si perekanya. Kasut tidak boleh bertindak sewenang-wenang menetapkan tujuan 'hidupnya'. Kasut tidak boleh bertindak sebagai tukul atau sofa L shape. Jika kasut tidak selari dari matlamat ia direka, kasut tersebut akan menjadi sampah.

Kita sebagai manusia juga begitu, jika kita lari dari matlamat hidup yang telah ditetapkan Pencipta kita, maka kita akan jadi sampah.

Kita bukan tak tahu ini semua, bukan tidak pernah dengar, bukan tiada ilmu tentang hal berkaitan. Tapi bila soalan yang sama ditanya berulang kali, mengapa jawapan yang diterima masih berbeza. Bila jawapan berbeza, maka amalan serta tindakan juga berbeza. Ayat 56 Az-Zariyyat itulah sebenarnya matlamat penciptaan kita. Begitu juga dengan ayat ke 30 Baqarah. Keduanya menetapkan kita dicipta untuk apa.

ALLAH yang Maha Tahu dan Maha Bijaksana mengurniakan kita Ramadhan untuk mengembalikan kita kepada fitrah dan setelah kita lalui bersama 1 bulan Ramadhan adakah kita sudah kembali kepada fitrah beribadah dan menjadi khalifah-NYA?

Oh dimana kita tadi? Bincang pasal kehidupan... tujuan dan matlamat hidup.

Puasa bagi kita mereka yang sudah agak lama hidup perlu lebih bermakna bagi kehidupan. Bagi mereka soalan yang timbul bukan lagi berkisar adakah korek idong batal puasa. Tetapi mereka (dan kita) sepatutnya memikirkan bagaimana kita MEMAKNAKAN puasa? diterima atau tertolak puasa kita.

Adakah puasa kita berjaya menjadikan kita hamba?

Ramai antara kita yang tidak makan (diluar Ramadhan) bukan kerana tak mahu makan, tetapi doktor tak bagi makan. Ada juga dikalangan kita yang gagal berlaku adil terhadap diri sendiri. Buktinya? Lihat saja BMI masing-masing. BMI merupakan penanda aras yang ALLAH telah letakkan untuk setiap insan. Berlebih atau berkurang? Adakah puasa kita berupaya menjadikan kita hamba yang adil? (makna adil ialah meletakkan sesuatu tepat pada tempatnya, Letak berat kita pada BMInya)

Kita boleh capai BMI itu jika kita bersungguh mengikuti cara yang telah Rasulullah ajar. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Hal ini cukup simple, tapi begitu sukar untuk dipatuhi. Sebab itu segelintir dari kita terpaksa membelanjakan duit dalam jumlah yang banyak mendapatkan produk-produk pelansingan dan bentuk badan yang ideal (BMI yg tepat). Malah lebih hebat lagi, kita boleh dengan sengaja melewatkan solat semata-mata nak pergi makan. Alasannya : "Bila lapar kena makan dulu". Bukankah apa yang Rasulullah tunjuk kena makan sebelum lapar? bukan bila dah lapar. Kita sanggup dahulukan kehendak serta nafsu kita dari menyembah ALLAH. Kita memang pentingkan diri sendiri.

Soalan : Matlamat hidup kita apa? makan untuk hidup atau hidup untuk makan. cliche?

Bukan tak boleh makan, tetapi jadikanlah aktiviti makan itu sebagai ibadah. Bagaimana? follow apa yang Rasulullah tunjuk. Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Soalan : Bagaimana tarbiyah Ramadhan kita?

Lihat sepanjang Syawwal ini, sebulan digunakan untuk buat rumah terbuka di sini sana. Eh tak boleh ke buat makan-makan nak bagi orang makan? Boleh. Tapi kenapa hanya dalam Syawwal? Zulkaedah? Safar? bulan-bulan yang lain? Bukankah ianya seolah-olah membalas dendam kerana kita 'ditahan' untuk makan waktu siang sepanjang Ramadhan? Berhasilkah tarbiyah Ramadhan kita?

Seterusnya,

Puasa sepatutnya dilakukan atas dasar Ubudiyyah (kehambaan atau merasa diri kita hamba)

Menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa adalah makna yang kita bentangkan bila orang tanya apa itu puasa.

Betul ke kita berjaya menahan diri? Pergi ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Kenang kembali Ramadhan yang lepas dan tanya diri kita, adakah kita berjaya menahan diri untuk membeli juadah sekadar yang diperlukan dan tidak membazir atau wang di dalam poket yang tidak mencukupi untuk berbelanja lebih?

Kita yang mengawal diri atau nafsu yang mengendali? yang nyata bila kita lakukan ibadah bukan atas dasar ubudiyyah maknanya kita masih belum MERDEKA. Merdeka dari belenggu nafsu sendiri.

Isnin, 4 Oktober 2010

Qadha' & Sunat Syawwal lumsum?

Mari kita perhatikan hujjah para ulama' seperti yang berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).


6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini :
Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian
_________

*Tambahan

  • (Mazhab Syafie)
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.
Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

  • Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

  • MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."


  • AKAN TETAPI,
jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran.

[Sharh al-Mumthi' 6/448].

Sumber:-

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Isnin, 16 Ogos 2010

Ya Ramadhan

Padamu sebaik-baik bulan,
Padamu sebaik-baik hari,
Padamu sebaik-baik malam,
Padamu sebaik-baik jam,

Manusia menjadi tetamu Allah,
Manusia mendapat anugerah,
Manusia mendapat kemuliaan.

Setiap nafas dikira tasbih,
Setiap tidur dikira ibadah,
Setiap amalan dikabulkan,
Setiap doa menjadi mustajab,
Maka mohonlah duhai manusia agar diberi petunjuk,
Maka mohonlah duhai manusia agar rajin bertilawah.

Sungguh celaka pada hari ini bagi orang-orang yang Allah haramkan keampunan kepada mereka.

Tika ramadhan tiba,
Ingatlah akan kelaparan dan kehausan di padang Mahsyar,
Perbanyakkanlah sedekah kepada faqir dan miskin,
Muliakanlah golongan tua,
Kasihlah kepada golongan muda,
Sambungkanlah silaturrahim,
Tundukkan pandangan,
Tundukkan juga pendengaran.

Kasihan belas terhadap anak yatim, Maka Allah akan pandangan dengan rahmat,
Perbanyakkan taubat, Allah akan sambut dan jawab,
Pohonkan doa disetiap waktu solat, Allah akan qabulkan setiap doa.

Sesungguhnya diri manusia tergadai, Maka tebuslah dengan Istighfar,
Beratnya setiap punggung manusia kerana dosa, ringankan dengan memanjangkan sujud,
Allah tidak akan mengazab orang yang melakukan solat dan bersujud kepadaNYA.

Barangsiapa yang memberi makan pada bulan ini, maka dia akan mendapat pelepasan dan ampunan dari Allah.

Sahabat bertanya : "Bagaimana jika sebahagian kami tidak mampu?"
Dijawab : "Hindari Neraka walau dengan sepotong kurma, Hindari Neraka walau dengan seteguk air"

Perelokkan akhlak, pasti akan mudah melalui Titian Sirat,
Ringankan orang bawahan, Allah akan ringankan hisab,
Tahan diri dari melakukan maksiat, Allah akan menahan marahNYA pada Hari Qiamat,
Muliakan anak yatim, Allah akan muliakanmu pada hari Qiamat,
Siapa yang menyambung silaturrahim, Allah kan sambung rahmatNYA,
Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim, Allah akan putuskan rahmatNYA.

Siapa yang melakukan solat sunat, Allah akan tetapkan pelepasan dari ancaman neraka,
Setiap Solat Fardhu bersamaan 70 Solat Fardhu yang sama,
Membanyakkan solawat akan memberatkan timbangannya,
Membaca quran 1 ayat seperti khatam quran.

Pintu syurga akan dibuka, maka minta pada Allah supaya tidak ditutup untuk kita,
Pintu neraka ditutup, maka minta pada Allah supaya ditutup untuk kita.

Syaitan diikat pada bulan ini supaya tidak menguasai manusia.

Ali bertanya : Apakah amalan yang paling utama?
"Jaga diri dari perkara yang diharamkan"

Wallahu a'lam.

*Mafhum dari sebuah hadis yang panjang dari Rasulullah SAW.
**Penulis petik dari khutbah jumaat 13 Ogos 2010.

Khamis, 12 Ogos 2010

Back to school

Sekolah, madrasah, school, pesantren atau apa juga cara ianya disebut tidak kira ianya peringkat tinggi atau rendah semuanya merujuk kepada sebuah institusi yang mengandungi pengajar dan pelajar. Inilah antara tempat yang sesuai untuk menimba seberapa banyak ilmu. Ilmu ni pulak bakal diguna untuk menghadapi cabaran sisa kehidupan selepas keluar dari sekolah. Semua maklum tentang itu.

Jika kita lihat objektif, misi dan visi pelajar di sekolah secara on paper memang mengagumkan. Namun realitinya berapa ramai yang berhasil menjadikan diri sebagai pelajar yang benar-benar berilmu?
Berapa ramai yang dapat memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas?
Berapa pula yang tumpuan dan fokusnya terhadap sijil dan certificate?
Berapa ramai yang study last minute?
Berapa pula yang nak skor A semata?
Berapa ramai yang bila berjaya, menyandarkan kembali kejayaan itu dengan Allah dan menyedari semua itu adalah pemberiaan Allah?
Berapa ramai pula yang bila gagal, boleh pasrah dan akur atas kehendak Allah serta tidak tuding menuding, salah menyalah ibarat bangau oh bangau?
Berapa peratus pula ilmu yang ditimba boleh diaplikasi di lapangan kerja?
Berapa ramai yang kerja mengikut bidang yang dipelajari sewaktu disekolah?
Akhirnya semua persoalan di atas saya rangkum menjadi 3 keadaan. Sebelum, semasa dan selepas.

Kita pergi kepada tujuan penulisan kali ini. Saya ingin mengaitkan sekolah ini dengan Ramadhan yang datangnya setahun sekali. Sebulan dalam 12 bulan. Datangnya Ramadhan ini sebagai 'sekolah' untuk kita. Ada juga orang yang melihat Ramadhan dari sudut yang berbeza. Sebagai Check & Balance atau sebagai Bulan Rehat atau Bulan Ibadah atau atau atau dan atau yang lain. Kali ini saya ingin sentuh Ramadhan sebagai sekolah untuk kita. Bila dikait Ramadhan dengan sekolah, realiti yang terjadi dalam masyarakat kita sedikit sebanyak terkait dengan persoalan-persoalan di atas. Iaitu persoalan sebelum, semasa dan selepas.

Siapa kita sebelum Ramadhan? kita renung kembali bermula setelah selesai Ramadhan tahun lepas hingga sebelum 11 Ogos 2010. Renung dan jawap pelan-pelan. Kalau perlu list down apa yang 'ok' dan apa yang 'ko'.

Apa usaha semasa kita untuk berubah? Berapa lama lagi kita hendak statik macam dulu? Kita kena gerakkan jentera perubahan seberapa segera yang mungkin. Usaha kita untuk merubah itulah yang menjadi asbab kepada turunnya hidayah dari Allah. Situasi itu selari dengan kehendak sebahagian dari ayat 11 Surah Ar-Ra'du.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Kalau kita perati tengok ayat tersebut... Allah guna perkataan 'anfusihim'. Perkataan ini merujuk dalam diri iaitu hati atau jiwa. Jadi perubahan itu mestilah dari dalam jiwa terlebih dahulu.
Ubah jiwa agar tunduk pada Allah.
Ubah jiwa agar patuh perintah Allah.
Buat 'Aku Janji' dan tampal kat dinding.
Patuh pada 'Aku Janji' yang telah dibuat. Kalau janji dengan diri sendiri pun kita tak boleh nak tunaikan, apatah lagi janji dengan Allah.

Sebagai contoh, surf kat tenet 10 sifat Mazmumah dan 10 sifat Mahmudah. Pastu, pilih yang mana kita nak ubah dulu. Tulis kat kertas 'Aku Janji' tu. Amik la salah satu sifat Mazmumah Ghadab atau marah. Surf lak tentang marah, apa makna, cemana nak handle and so on. Dapatkan maklumat apa sahaja yang terkait dengan marah. Bila dah ada maklumat tersebut, barulah kita boleh alter (sebut: oter) mana yang patut. Nak lagi dramatik, cari dalil dan hadis berkaitan marah. Firman Allah, Saranan Rasulullah, kisah sahabat dan banyak lagi info menarik yang terdapat dalam tenet. Secara tak langsung kita sudah ada ilmu. Bila dah ada ilmu, baru boleh amal. Bila dah mula amal, kita usaha untuk istiqamah. Bila dah istiqamah, maka ianya akan menjadi asbab kepada turunnya hidayah dari Allah. Semuanya berlaku dengan Izin Allah juga.

So, nak berubah kena mula sekarang.

Then, kita tengok lak selepas kejadian. Buat Post-Mortem terhadap Ramadhan kali ini. Adakah sama dengan Ramadhan yang lepas? Kalau seorang budak masuk skolah dan tak lulus-lulus dalam setiap subjek serta tak naik tingkatan, apa yang patut kita buat pada budak tu? Keadaan tersebut sama jugak macam kita yang mengharungi ramadhan tahun demi tahun, tapi tiada sebarang perubahan. Manusia jenis apa kita ni? Jawap pelan-pelan....

Moga Ramadhan kali ini menjadi asbab kepada satu perubahan terhadap diri kita. Ingatlah bahawa kita bakal jadi ahli kubur....

Selasa, 10 Ogos 2010

Tewas sebelum berjuang

Assalamualaikum...

Ingatan buat aku dan kita semua.

Penghulu seluruh bulan telah tiba.
Tiba dengan pelbagai promosi yang hebat lagi 'menggiurkan'.
Tiba dengan seribu satu rahmat.
Tiba dengan peluang kemaafan dan keampunan.
Tiba dengan 'sabun' cuci' untuk diri dan jiwa.

Bulan yang sedia mulia ini dilipat gandakan lagi kemuliaannya dengan diturunkan Al-Quran di dalamnya.
Bacalah mukjizat itu dengan nama Tuhanmu.
Bacalah mukjizat itu dengan penelitian.
Bacalah mukjizat itu dengan pemahaman.
Bacalah mukjizat itu dengan niat untuk diamalkan.

Namun, dengan pelbagai tawaran hebat, pahala berlipat ganda, promosi 'MEGA' ini masih ada lagi manusia yang kurang cerdik, kurang pintar dan kurang akal yang:
Tiada azam untuk bersungguh-sungguh beribadah di Bulan Ramadhan.
Sudah mempromosikan '1 syawal'.
Bercita-cita memper'kuda' Ramadhan untuk tujuan 'DIET'.
Mencari-cari 'port' mana nak lunch di siang hari Bulan Ramadhan.
Masih membuat ketupat dan mengadu domba di opis-opis, tingkap-tingkap, 'muka buku', bbc.
Hanya menahan diri dari tak makan dan tak minum sahaja.
Meng'empang' nafsu sepanjang hari dan tak mampu menahannya bila 'empang' pecah ketika di bazaar Ramadhan.
Tiada rasa gembira dengan kedatangan Ramadhan malah marah dan rasa kurang selesa.

Apa pun, Aku tak nak jadik golongan yang kurang cerdik, kurang pintar dan kurang akal tersebut. Azam aku untuk beribadah lillahita'ala.

Khamis, 15 April 2010

Solat sebagai tiang

Assalamualaikum kepada saudaraku sekalian. Segala puji dipanjatkan kepada Rabbul
Jalil kerana memberi kesempatan utk menikmati Iman dan Islam yang disampaikan
oleh kekasih agungNya Muhammad SAW. Solawat dan salam kepada Rasulullah serta
kerabatnya juga pada sahabat yang berjuang utk membolehkan Islam dan Iman sampai
kepada kita.

wah makin best dan bermakna yahoo grup nih dengan sumbangan² idea dan maklumat
baru dari saudaraku sekalian. Moga ianya menjadi panduan kepada yang belum tahu
dan menjadi ingatan kepada yang dah tahu. versi ke enam kita dah tahu berkaitan
solat. seperti yang dijanjikan, kita nak tawu plak kenapa solat tu nabi sebut
sebagai 'tiang' agama. kenapa tiang? apa terjadi kalau rumah takde tiang? cemane
nak naikkan bendera kalau takde tiang? kalau kaki tu boleh dianggap 'tiang'
cemane kita nak berdiri kalau tanpa 'tiang'? nak penting ke tak... adik² seperti
fatimah dan kebawah boleh tanyer acik apiz... (cume die specialize parit la).

sebelum kita melangkah jauh, try kita jawap soklan dibawah. jawap pelan², jgn
sampai org sblh dgr... jawap je dalam ati....
Adakah anda jujur mendefinasikan (nilai) diri sendiri? Benarkah tingkahlaku anda
selama ini, lebih mengutamakan akhirat daripada dunia? Berapa banyak pelaburan
akhirat kita selama ini? Mutmainnahkah (tenangkah)jiwa kita ketika bersembah
sujud kepada Allah? Atau kita sudah merasa selesa dengan nikmat harta,
kedudukan, populariti, kepandaian, yang kita perolehi? Apakah kita bangga dengan
apa yang kita miliki? Adakah kita tahu bahawa hakikat harta yang sebenar ialah
apa yang kita laburkan untuk pahala akhirat dan bukannya tabungan berjuta untuk
jaminan hidup di atas dunia yang bakal kiamat? Sedar atau tidak jika kita
dipanggil menhadap Allah saat ini, semua yang kita sayang bakal ditinggalkan,
semua yang kita miliki tidak akan berguna kecuali hati yang bersih?

Kita sedia maklum bahawa rukun Islam ada 5 ditambah lagi satu kewajipan utk org
Islam berjihad dijalan Allah. Cuba anak² sebut apa dia rukun Islam yang 5 tu?

Bagus.... harapan dari saya semua dah cukup arif akan rukun Islam. rukun ketama
ialah syahadah, dalam solat kita akan baca syahadah pada rakaat ke 2, 3 (solat
maghrib) dan keempat. rukun ke tiga ialah puasa, makna puasa ialah menahan diri
dari perkara² yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga
waktu maghrib. Pabila kita mula solat kita akan MENAHAN DIRI dari perkara² yang
membatalkan solat bermula dari takbiratul ihram hingga lah salam. secara tak
langsung kita juga 'berpuasa' tatkala solat, malah dengan syarat yang lebih
ketat lagi. tak leh jenjalan, tak leh makan, minum pon tak leh, bercakap or
berbual pon tak leh kecuali perkataan serta perbuatan yang telah ditetapkan.

rukun keempat zakat. makna zakat ialah mengurangkan harta dengan tujuan utk
membersihkan harta yang mungkin menjadi hak org lain. Solat juga begitu iaitu
men'zakat'kan masa yang Allah beri sebanyak 24 jam sehari. masa 24 jam yang
digunakan atas urusan dunia, kita 'zakat'kan utk ingat Allah. dan rukun Islam
yang terakhir ialah haji. haji ialah ibadah yang kita takleh wat kat las vegas
atau kat airport qatar. mahu tak mahu suka atau tak ibadah ini hanya boleh
dibuat di Baitullah Al-Haram. maksudnya ibadah ini hanya Baitullah tempat
dituju. Begitu juga solat, kalau tak ngadap Baitullah sah atau tak? jawap
pelan².

Begitulah sebenarnya pentingnya solat dan kenapa solat itu diangkat sebagai
tiang agama. Batas perbezaan antara org yang beriman dengan kafir ialah solat.

Moga dengan penerangan ringkas ini kita dapat sesuatu utk membolehkan kita jadi
lebih khusyuk sewaktu beribadah hanya utk Allah.

Senarai Blog Saya

Pengikut