Memaparkan catatan dengan label taubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taubat. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Ogos 2012

Sebelum terlambat....



Jom kita layan syair padang pasir nih...

Berapa ramai anak-anak muda,yang sedang bermain pagi dan petang,sedangkan kain-kain kafannya sudah mula dikoyakkan orang,tetapi dia tidak tahu?

Berapa ramai anak kecil,yang diharapkan lahir,menjadi orang yang hebat,tetapi mati sejurus selepas dilahirkan?

Dan berapa ramai gadis,yang dihias indah pada malam pengantinnya,rupa-rupanya pada keesokan harinya,orang datang untuk menguruskan jenazahnya?

Moral:
Mati datang secara tiba-tiba.
Mati datang tanpa sedar.

Ayuh kita bersedia.
Ayuh kita perbaharui taubat.
Ayuh tambah amal....

Rabu, 19 Mei 2010

Allah gembira...

Ada satu cerita, sorang hamba Allah ni sedang mengembara dengan
menaiki unta. Bila tiba di padang pasir, akibat cuai, untanya yang
dipenuhi dengan makanan dan pakaian telah hilang, tinggal lah dia
kebingungan di tengan tengah padang pasir.., diapun berlari larilah ke
sana ke mari mencari unta dan bekalannya tapi tak jumpa apa-apapun,
dalam keadaan letih dan dahaga, hamba Allah ni berbaring. Dia rasa
macam dah nak mati, dan pasrah kepada Allah, dah takdir mati kat sini,
nak buat macam mana?.., mamat ni pun tutup mata macam orang mati..,
sedih bukan main, sebab dah nak mati, mati sorang sorang pulak tu..’

Tiba tiba terdengar bunyi unta dekat kepala, bukak mata! Oh! Alangkah
gembiranya si hamba Allah ni, Subhanallah, unta dah jumpa akhirnya,
(Yahoo! hureyyy, Ye beda bedu!,)

Oleh sebab terlalu gembira, Hamba Allah ni tersasul berkata: “Ya Allah
sungguh Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu!”

Ok, itu gembira seorang manusia yang dah nak mati, tapi tak jadi mati
sebab bertemu kembali unta dan keperluan hidupnya sampai tersasul menyebut Allah sebagai hambanya, dari hadith ini, Nabi menyambung bahawa, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya lebih dari pada hamba di atas yang gembira bertemu untanya!”

Isnin, 26 April 2010

Empat Puluh Tahun Berbuat Dosa

alam riwayat yang lain pula dijelaskan, bahawa pada zaman Nabi Musa as, kaum bani Israil pernah ditimpa musim kemarau panjang, lalu mereka berkumpul menemui Nabi Musa as dan berkata: “Wahai Kalamullah, tolonglah doakan kami kepada Tuhanmu supaya Dia berkenan menurunkan hujan untuk kami!”

Kemudian berdirilah Nabi Musa as bersama kaumnya dan mereka bersama-sama berangkat menuju ke tanah lapang. Dalam suatu pendapat dikatakan bahawa jumlah mereka pada waktu itu lebih kurang tujuh puluh ribu orang.

Setelah mereka sampai ke tempat yang dituju, maka Nabi Musa as mulai berdoa. Diantara isi doanya itu ialah: “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang-orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan matahari semakin panas.

Tuhanku, jika seandainya Engkau tidak lagi menganggap kedudukanku sebagai Nabi-Mu, maka aku mengharapkan keberkatan Nabi yang ummi iaitu Muhammad SAW yang akan Engkau utus untuk Nabi akhir zaman.

Kepada Nabi Musa as Allah menurunkan wahyu-Nya yang isinya: “Aku tidak pernah merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Akan tetapi bersama denganmu ini ada orang yang secara terang-terangan melakukan perbuatan maksiat selama empat puluh tahun. Engkau boleh memanggilnya supaya ia keluar dari kumpulan orang-orang yang hadir di tempat ini! Orang itulah sebagai penyebab terhalangnya turun hujan untuk kamu semuanya.”

Nabi Musa kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarnya, sedangkan jumlah mereka lebih dari tujuh puluh ribu orang?” Allah berfirman: “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Aku-lah yang akan menyampaikannya kepada mereka!.”

Menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa as segera berdiri dan berseru kepada kaumnya: “Wahai seorang hamba yang derhaka yang secara terang-terangan melakukannya bahkan lamanya sebanyak empat puluh tahun, keluarlah kamu dari rombongan kami ini, kerana kamulah, hujan tidak diturunkan oleh Allah kepada kami semuanya!”

Mendengar seruan dari Nabi Musa as itu, maka orang yang derhaka itu berdiri sambil melihat kekanan kekiri. Akan tetapi, dia tidak melihat seorangpun yang keluar dari rombongan itu. Dengan demikian tahulah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa as itu adalah dirinya sendiri. Di dalam hatinya berkata: “Jika aku keluar dari rombongan ini, nescaya akan terbukalah segala kejahatan yang telah aku lakukan selama ini terhadap kaum bani Israil, akan tetapi bila aku tetap bertahan untuk tetap duduk bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT.”

Setelah berkata demikian dalam hatinya, lelaki itu lalu menyembunyikan kepalanya di sebalik bajunya dan menyesali segala perbuatan yang telah dilakukannya sambil berdoa: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih empat puluh tahun, walaupun demikian Engkau masih memberikan kesempatan kepadaku dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan maka terimalah taubatku ini.”

Beberapa saat selepas itu, kelihatanlah awan yang bergumpalan di langit, seiring dengan itu hujanpun turun dengan lebatnya bagaikan hanya ditumpahkan saja dari atas langit.

Melihat keadaan demikian maka Nabi Musa as berkata: “Tuhanku, mengapa Engkau memberikan hujan kepada kami, bukankah di antara kami tidak ada seorangpun yang keluar serta mengakui akan dosa yang dilakukannya?”
Allah berfirman: “Wahai Musa, aku menurunkan hujan ini juga di sebabkan oleh orang yang dahulunya sebagai sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”

Nabi Musa berkata: “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang taat itu?”

Allah berfirman: “Wahai Musa, dulu ketika dia derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang. Aku akan membuka aibnya itu ketika dia telah taat kepada-Ku? Wahai Musa, sesungguhnya Aku sangat benci kepada orang yang suka mengadu. Apakah sekarang Aku harus menjadi pengadu?”


Saya berkata: Ingatan untuk diri ini dan pembaca.... elakkan mencari kesalahan orang lain, timbang dan hitung diri sendiri... sesungguhnya insan terbaik disisi Allah ialah mereka yang tinggi taqwanya.

Ahad, 18 April 2010

Berat vs Ringan

Salam...

pagi ahad yang indah.... sesambil tgk tb siaran langsung chelsea yang ketinggalan 2-0 ngan totenham... tetiba Allah bagi ilham untuk menaip sedikit coretan.

ada ketika, manusia sering memandang rendah ttg dosa. adakah kerana nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, maka manusia merasakan kalau buat dosa then tobat maka Allah akan ampunkan....

mmg pada dasarnya bahawa telah stated dalam quran yang mafhumnya, Allah akan ampunkan semua dosa kecuali syirik kepadaNYA. akan tetapi ini bukan bermaksud, kita sebagai hambaNYA yang hina boleh memperlekeh perbuatan dosa besar atau berat. dewasa ini dosa besar lagi berat ini telah dipandang sebegitu enteng dan dianggap ringan. tiada bibit2 kekesalan maupun perasaan bersalah bagi sipelaku. Bagi mereka yang taksub moden, kencing syaitan menjadi penghilang dahaga kerongkong. malah tiada tanda2 ingin berhenti. Ya Allah, Engkau turunkanlah hidayah dariMU ke atas kami dan mereka.

Terdapat perbezaan yang ketara bagi pelaku dosa yang kesal dan tidak. Org yg melakukan dosa samada kecil atau besar yang insaf hanya melakukan 1 kesalahan dan hanya menanggung 1 bebanan atas kesalahan yang telah dilakukan. tetapi bagi yg telah berdosa dan memandang enteng/ringan terhadap perlakuan tersebut telah melakukan 2 kesalahan. pertama, kesalahan melakukan dosa itu sendiri dan yg kedua tidak insaf malah memandang ringan atas perlakuan tersebut.

Bertaubatlah sebelum terlambat. kerana kita tidak tahu bila nyawa kita akan ditarik dan kembali menghadap Yang Maha Adil. Taubatlah dengan sebenar2 taubat. Bencilah terhadap kesalahan yang telah kita lakukan. Tanamkanlah saranan baginda Rasulullah hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Org jopon yang atheis pon bleh amik saranan tersebut dan diubah menjadi istilah mereka 'kaizen', malah lebih popular dan diterima pakai oleh kita.

adakah org bukan islam lebih paham islam dari org islam itu sendiri? renungkanlah

Senarai Blog Saya

Pengikut