Memaparkan catatan dengan label Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Allah. Papar semua catatan

Isnin, 21 Jun 2010

Cinta & Takut

Assalamualaikum....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Hari ni aku nak mengingatkan diri tentang apa yang aku telah dengar sewaktu kuliah maghrib di sebuah surau annonymous semalam. Kuliah yang cukup menarik, kupasan serta ulasan yang kelihatan biasa-biasa terselit makna yang sungguh luar biasa. Diselit dengan jenaka-jenaka yang membuatkan jemaah tanpa sedar sedang disindir oleh ustat annonymous (aku tak tau nama ustat tuh) tersebut.

Ceramah dimulakan dengan bacaan doa yang menjadi kebiasaan oleh setiap penceramah sebelum memulakan ceramah mereka.... Ustat (ejaan ikut lahjah sebutan melayu) tu bagitau tajuk ceramahnya ialah "Khusyu' Dalam Solat". Satu tajuk yang telah begitu lama dibincang oleh golongan alim ulama'.

Namun tiada sebarang jalan penyelesaian terhadap masalah ini. Pelbagai tips dan pendekatan di sarankan. Bermula dengan 'perbuatan' sebelum solat, wudhu, 'perilaku' tatkala solat dengan memahami bacaannya, renungi maknanya dalam-dalam, 'perangai' diluar solat, dengan makanannya, pergaulannya, muamalahnya dan pelbagai aspek yang di cakupi untuk mendapat khusyu' dalam solat.

Ustat tu tambah lagi beserta contoh, kalau orang solat dan berbunyi mercun di sebelahnya. Seusai solat bila ditanya "Engkau dengar tak bunyi mercun tadi?". Ada 2 jawapan yang membawa kepada 2 natijah (mengikut Model Khusyu' Kita).

1. Dengar - kompom tak khusyu' sebab dengar bunyi mercun.
2. Tak Dengar - kompom pekak.

Silakan pilih jawapan anda...

Adakah khusyu' itu tidak menyedari apa yang berlaku disekitar kita tatkala solat?
Apa kes Nabi SAW dukung cucu baginda tatkala solat? Nabi tak khusyu'?

dan banyak lagi contoh solat Nabi SAW yang jika kita ikut Model Khusyu' Kita akan mengakibatkan kita menuduh Nabi SAW tak khusyu'... Nauzubillah.

Ustat tu kata lagi, ada jugak antara kita yang solat nih tak gerak-gerak tatkala solat. Sehingga nyamuk gigit pun wat dono je... sedangkan dalam hati "Tunggu kau nyamuk, siap kau lepas solat ni aku kejar kau sampai dapat... tunggu kau". Adakah itu Model Khusyu' Kita? Kita tercari-cari dan masih tercari-cari sehingga ke saat ini bagaimana untuk khusyu' dalam solat (bagi yang mencari). Ada juga mereka yang sudah putus harap dengan hakikat khusyu' lantas mengeluarkan 'fatwa' bahawa umat akhir zaman ni memang takda harapan untuk rasa khusyu' dalam solat. Pulak...!!!

Ustat tu tambah lagi, dia pernah pegi satu muzakarah antara ustat-ustat yang membincangkan tentang permasalahan khusyu'. Dalam perbincangan tu pelbagai tips dan saranan dibuat oleh para ustat. Namun tiada seorang pun yang menerangkan APA MAKNA KHUSYU'... Macam mana nak mencari sesuatu kalau kita tak tahu apa yang kita cari? Macam mana nak cari durian kalau kita tak tahu apa itu durian? Aku permudahkan lagi. Macam mana nak bersugi kalau kayu sugi pun kita tak tawu cemana rupa?

Lalu ustat itu pun bagi la apa makna khusyu.... Eh sebelum tu aku nak petik makna khusyu yang didefinisikan oleh beberapa orang ilmuwan terkemuka Islam.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya mengatakan bahwa Khusyu’ adalah: “Ketenangan, tuma’ninah, pelan-pelan, ketetapan hati, tawadhu’, serta merasa takut dan selalu merasa diawasi oleh Allah ‘Azza wa Jalla.”

Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan bahwa Khusyu’ adalah: “Menghadapnya hati di hadapan Robb ‘Azza wa Jalla dengan sikap tunduk dan rendah diri.” (Madarijusslikin 1/520 )

dan yang ini agak panjang...

“Hadirnya hati di hadapan Allah Subhânahu wa Ta’âla, sambil mengkonsertasikan hati agar dekat kepada Allah Subhânahu wa Ta’âla, dengan demikian akan membuat hati tenang, tenangnya gerakan-gerakannya, beradab di hadapan Robbnya, konsentrasi terhadap apa yang dia katakan dan yang dilakukan dalam shalat dari awal sampai akhir, jauh dari was-was syaithan dan pemikiran yang jelek, dan ia merupakan ruh shalat. Shalat yang tidak ada kekhusyukan adalah shalat yang tidak ada ruhnya.” (Tafsir Taisir Karimirrahman, oleh Syaikh Abdurrahman Nashir as-Sa’di)

Dapat ke gambaran awal?

Ustat tu pun bagi makna khusyu'. Khusyu' ialah:
"MERASA atau PERASAAN cinta dan takut pada Allah Subhanahuwata'ala"

cinta? apa itu cinta?
Bagaimana perilaku sang pencinta kepada yang dicinta?
Bagaimana perhatian pencinta kepada yang dicinta?
Bagaimana tumpuan pencinta kepada yang dicinta?

Jika yang dicinta itu kereta:
Dilap kereta tersebut setiap hari agar tampak berkilat.
Dijaga setiap inci kereta tersebut dari dihinggapi debu.
Usaha dan pendapatannya dicurahkan terhadap kereta tersebut. Segala macam peralatan tambahan dan accessories akan diusahakan bagi men'cantik'kan kereta tersebut dari kacamata sipemilik. Pemilik tidak peduli apa kata orang lain yang terkadang orang lain nampak kereta tersebut berserabut atau dah macam UFO atau Kereta Berhias. Bagi pemilik, biar dia puas menyolek keretanya. Biar habis beribu yang penting kereta ku 'unik'.

Jika yang dicinta itu orang:
Dijaga akan tuturkata dan tingkah lakunya dihadapan orang yang dicintainya. Hipokritnya menjadi-jadi. Busuk orang itu dianggap wangi. Salah orang itu dianggap benar atau tak mengapa.

Bagi perempuan yang menyintai lelaki, pasangannya yang tak solat berjemaah di masjid / surau tatkala masuk waktu tatkala sedang 'dating' tidak menjadi apa-apa. Tidak merasa bersalah pasangannya menghisap 'lebih 4000 jenis racun' masuk ke dalam paru-paru seolah-olah membunuh diri. Tidak merasa bersalah bersentuhan kulit dengan pasangannya yang belum halal dengan jalan nikah serta tidak merasa apa-apa. Walhal kalau suruh pegang kulit babi tahu pulak najis dan merasa jijik. Sedangkan bersentuhan kulit dengan bukan mahram dosanya lebih berat dari itu... Malah secara suka suki dan suka rela mendermakan 'dara' nya sebagai tanda setia yang tidak berbelah bagi kepada 'cintanya' sebelum nikah!!!

Bagi lelaki pula yang menyintai perempuan, pasangannya yang tak solat awal waktu (time boleh solat) tatkala masuk waktu sewaktu tengah 'dating' tidak menjadi apa-apa. Tidak merasa bersalah tatkala melihat pasangannya tidak menutup aurat dengan sempurna. Malahan menggalakkan memakai pakaian tersingkat dan ter'transparent' jika ada. Tidak merasa bersalah jika mendengar suara mendayu dan merayu dari pasangannya malahan rasa seronok diperlakukan sedemikian. Tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya untuk melindungi wanita, malahan memperguna kesetiaan, kesucian serta ke'innocent'an wanita untuk merompak 'dara' wanita yang belum dinikahinya sebagai bukti cinta.

Adakah itu cinta? atau

Cinta itu murah hati serta sabar, ia tidak cemburu, tidak memegahkan diri, tidak sombong dan tidak melakukan yang tidak sopan. Cinta itu tidak mementingkan diri sendiri atau pun pemarah. Cinta tidak menyimpan kesalahan orang lain. Cinta bersukacita karena kebenaran, dan bukan karena ketidakadilan. Cinta senantiasa memberikan dukungan, setia, percaya segala sesuatu dan mengharapkan segala sesuatu. Cinta tidak pernah gagal! Jadi cinta sejati adalah hal menginginkan orang lain bahagia, bukan menginginkan diri kita sendiri yang bahagia.

Timbang-timbangkan...

Kembali ke topik, ustat tu bagitau bahawa untuk belajar khusyu', kita hanya perlu RASA cinta dan takut pada Allah. Kita perlu MERASAKAN cinta dan takut. Kita perlu menghadirkannya... Ustat tu kata lagi, Bila buat kerja Allah (spt solat), kita kena lupakan dunia dan bila buat kerja dunia, jangan sesekali lupakan Allah. Aku ulang sekali lagi.

Bila buat ibadah, lupakan dunia. Bila buat kerja dunia, jangan lupakan Allah.

Sebab tu bila kita solat, kita tak rasa apa-apa yang best. Kita tak rasa cinta dan takut. Tu pasal kita solat macam melepaskan batuk ditangga. Rukuk, sujud tanpa tama'ninah. Solat macam ayam patuk padi. Baca Fatihah satu nafas. Duduk antara dua sujud tak lebih dari 5 saat sedangkan kita mempersembahkan 8 permohonan pada Allah!!! Kita tak pernah rasa seronok solat sebab TIADA CINTA. Bayangkan bagaimana perilaku anda sewaktu bercinta dulu atau yang sedang bercinta sekarang.... Jangan double standard pada Allah. Dimana Allah dalam priority hidup kita.

Ustat tu tutup dengan beberapa tips atau tanda orang malas solat / ibadah:

1. Tak ingat Allah dan tak merasa seronoknya beribadah.

2. Cintakan dunia dan takut mati (Penyakit Wahan)

3. Banyak buat dosa zahir seperti tak tutup aurat, tengok benda haram (blue film dsbg) dan buat dosa batin dengan melazimi sifat mazmumah marah, hasad dengki, kedekut dan boleh rujuk pada Pak Cik Google untuk maklumat lanjut.

Akhirnya, oleh kerana aku ada kerja lain nak buat... aku stop entry aku kat sini... Moga peringatan ini boleh aku amalkan dan tatkala aku terlupa boleh aku rujuk balik kat sini...

Khamis, 17 Jun 2010

Delivery System

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Hari ni aku nak kongsi satu ilmu baru. Selama ni mungkin kita tak perasan atau tak di ajar di sekolah atau tak mencari atau malas nak kaji atau apa-apalah.

Perasan atau tidak beberapa tahun nan silam Pak Lah pernah sebut pasal Delivery System. Perasan tak? Apa itu Delivery System? yang pasti ia bukannya Special Delivery Pitza...

Apa yang saya nak ingatkan diri saya ialah Delivery System (DS) yang selama ini saya tak perasan ianya DS yang cukup indah..... Huh!! cemana tu? camni ceritanya...

MUQADDIMAH

Bila kita baca Al-Quran, kita akan jumpa dengan gantinama yang Allah guna. Terkadang Allah guna 'ana' (saya) secara singular dan terkadang Allah guna 'nahnu' (kami) plural. Apa bezanya erk? Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana.

Allah Azza Wa Jalla guna 'ana' dalam ayat yang menukilkan ibadah, taubat, pengampunan, tempat tuju, tempat minta. Mari aku bagi contoh:

"dan Akulah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah : 160)

Mafhumnya, tiada tempat lain kita nak mengadu, nak mintak ampun, nak sembah, nak mintak tolong hanya pada Allah semata!!!

Kita pergi ke babak seterusnya....

Terkadang Allah guna perkataan 'nahnu' sebagai gantinamaNYA untuk menunjukkan bahawa perbuatan tersebut melibatkan makhluk lain atau melalui makhluk lain. Maha Suci Allah dari memerlukan bantuan makhlukNYA. Untuk clear baik aku bagi contoh.

ayat pasal rezki:

"...Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu..." (Al-Isra' : 31)

ayat penurunan Al-Quran:

"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Al-Hijr : 9)

Wokeh dah settle muqaddimah....

Baru masuk part aku nak cerita apa maksud DS.

Bila kita baca ayat Al-Quran yang menyebut tentang pengurniaan dan pemberian rezeki, acapkali penggunaan 'nahnu' digunakan. Allah nak bagitahu pada kita bahawa pemberian rezeki itu melibatkan pihak lain dalam ketentuan Allah. Sebagai contoh matahari, hujan, tanah, udara adalah antara makhluk yang terlibat untuk pokok padi membuahkan padi yang diproses menjadi beras seterusnya kita tanak menjadi nasi dan dimakan oleh kita yang dimulai dengan Bismillah sebagai mensyukuri REZEKI dari Allah dan itulah DS.

Amacam ada paham? Insya Allah.

Perlu juga kita besarkan keupayaan tanggapan kita terhadap apa itu rezeki. Supaya bila sebut rezeki tidaklah hanya terbatas kepada duit, harta dan makan sahaja. Erk contoh aku pun pasal makan... lantaklah....

Rezeki ni cukup luas seluas apa sahaja yang mencakupi hubungan sesama manusia dan makhluk. kerana DS ada disitu. DS yang aku ertikan sebagai saluran-saluran atau jalan-jalan yang Allah Maha Berkuasa untuk melibatkan 'pihak' lain menyampaikan rezeki kepada kita. Kesihatan, anak, ilmu, harta dan pelbagai lagi semuanya ada DS.

DS ada pada rezeki ilmu. Murid dapat ilmu disekolah kerana guru menjadi DS menyampai apa yang dia patut sampaikan.

DS apa pada rezeki kesihatan. Doktor bertungkus lumus bertugas dan memberi nasihat menjadi DS supaya kita mengamalkan gaya hidup sihat.

DS ada pada rezeki anak. DS ada pada rezeki harta dan 1001 macam rezeki lagi dan semuanya ada DS. dan semua DS diatur oleh Allah Subhanahuwataala.

Bila kita dah tahu DS, maka kita patut tahu bagaimana nak bersyukur dan berterima kasih. Tiap kali kita beroleh nikmat rezeki sepatutnya ada 3 pihak yang perlu kita syukuri dan ingat.

Pertama

Allah Ar-Rahman sebagai Pemberi Rezeki. Wajib disyukuri segala pemberian dariNYA. Tapikan, berapa ramai yang nak mensyukuri Allah? Bukan kita tak pernah dengar orang berkata: "Tahniah!! ini merupakan kejayaan kita" tanpa ada rasa secebis rasa kesyukuran kepada ALLAH Pemberi Nikmat!!.

Jangan le jadi macam Qarun yang menyangka segala harta yang dimilikinya adalah hasil usahanya sendiri yang akhirnya tenggelam di baham bumi!!! Nauzubillah.

Syukurilah Allah. Berterima Kasihlah pada Allah. Jangan lupa pada Allah.

Kedua

Pihak, saluran, jalan dan DS yang terlibat... yang ni pun kena ingat dan layan dengan baik. Sebab tu Allah perintahkan kita supaya bina hubungan baik kepada manusia (hablum minan nas) dan makhluk lain. Kerana 'mereka' semua menjadi DS atau saluran untuk rezeki kita!!!

Tapikan, berapa ramai murid yang dah berjaya dan lupakan che gu?
berapa ramai 'orang besar' yang makan nasi dan lupakan keringat petani?
berapa ramai suami yang terlepas pandang akan kebaikan isteri?
berapa ramai anak yang derhakan pada ibu dan ayah?
berapa ramai pemimpin yang menzalimi rakyat?
berapa ramai yang tak bagi signal bila nak masuk simpang?

jawap dalam masa 5 saat dari sekarang... jawap pelan-pelan...

untuk tujuan ingat, menghargai dan berterima kasih ini Rasulullah SAW yang tercinta ada mengingatkan :

“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.

Amacam? Ada bran mau sombong-sombong ka? Ada bran mau marah-marah ka?

Yang kita ni pulak bila jadi DS untuk makhluk lain, kena la beringat usahla ditahan rezeki orang lain, dinaikkan harga barang dalam kadar yang tak munasabah, ditutup jalan masuk kebun, menaburi pasir di dalam periuk nasi orang lain, diadu dombakan kawan tu, diumpat serta dicaci secukup rasa, disiram cat ke kereta waja che gu, disaman che gu kerana merotan anaknya, terbuang anak, termenderhaka kepada mak bapak dan __________ (anda isi tempat kosong sendiri). Semua perbuatan tersebut di atas memungkinkan perjalanan rezeki kepada kita akan tersekat ditengah jalan....

Ketiga

Gunalah apa yang telah Allah beri untuk tujuan mengabdikan diri pada Allah. Sihat untuk solat jemaah di surau atau masjid, anak untuk dididik dengan sempurna, harta untuk diinfak bukan simpan buat pekasam, iman untuk di kongsi bersama orang lain, kuasa untuk atur kehidupan menurut syariat... barulah bersyukur namanya...

Kan sifirnya mudah aje, jika syukur Allah tambah nikmat, jika kufur Allah ingatkan akan hal ehwal azabNYA yang dahsyat.....

Jadi, kepada aku yang sering terlupa dan terlalai... sedarilah bahawa tatkala Allah mengguna ganti nama 'ana' nak menunjukkan bahawa betapa Allah lah sahaja focus point kita dan tatkala Allah guna ganti nama 'kami', Allah nak tunjuk bahawa kerajaan Allah ini teramat luas dan hebat. Allahu Akbar...

Isnin, 7 Jun 2010

Apa itu azan????

Bila kali pertama kita mendengar seruan azan nih?

Cuba ingat balik... bila kali pertama ya....

Oleh kerana terlalu 'hampir' atau 'biasa' azan ini dengan kita, maka kita seolah-olah tak boleh recall bila kali pertama kita mendengarnya. Sama juga seperti Fatihah. Jika ditanya bila kali pertama kita menghafal surah Fatihah, rata-rata tidak dapat menjawap dengan tepat. (untuk Islam keturunan yang solat).

Oleh kerana biasa jugalah maka kita seringkali mengabaikan seruan ini.
Kerana terbiasa jugalah maka kita ignore panggilan ini.

Azan merupakan panggilan yang dilaungkan oleh muazzin atau bilal untuk menandakan telah masuk waktu solat bagi kawasan yang terlibat. Disebalik laungan azan ini sebenarnya mempunyai pelbagai pedoman dan panduan untuk yang tersurat mahu pun tersirat yang perlu kita teliti dan ambil 'ibrah. Antaranya:

1. Satu sistem untuk saling ingat mengingati (ala-ala alarm gitu).
Kadang kita leka bekerja atau buat amal untuk dunia, bila dengar azan.. teringat lak dah masuk waktu. Bagi mereka yang particular tentang masa tentu akan merancang kerja yang bakal dibuat atau aktiviti yang bakal dilakukan. apatah lagi mereka yang menjaga solat berjemaah di surau / masjid. Mereka sebolehnya akan mengelak untuk melakukan aktiviti yang menyukarkan mereka untuk merebut takbir pertama berjemaah apatah lagi melengahkan solat.

Tapi dalam negara yang demokrasi (majoriti wins) ini, kita lihat majoriti juga lah yang tak alert tentang peringatan (azan) nih. Ramai juga yang sengaja melupakan atau buat-buat lupa. Bagi kita bersukan lebih penting dibandingkan dengan laungan azan maghrib. Bagi kita mesyuarat untuk memajukan dunia lebih penting berbanding menyahut panggilan TUHAN PENCIPTA DUNIA. Bagi kita jual cendol singgit lebih untung dari tutup kedai kerana azan jumaat dah dilaungkan. Bagi kita azan subuh itu mengganggu lena tidur mereka.

Tapi yang peliknya, kita tak pernah miss tunggu azan maghrib dalam bulan ramadhan. yippa!!!

2. Azan dengan maksud mengajak.
Azan ni di syariatkan untuk mengajak kita solat. Ajak kita berjaya. Ajak kita kembali kepada Allah. Ajak kita 'maintenance' / selenggara diri. Sedangkan mesin pun perlu kepada 'maintenance' inikan pula ciptaan yang begitu kompleks seperti kita. Takkan la orang ajak kita berjaya kita tak nak ikut. Orang ajak kita 'refresh' diri, kita tak nak ikut. kalau ke spa tu, sanggup habis berpuluh malah beratus ringgit untuk kekal sihat. Tapi tak ramai antara kita yang sanggup mencari 'kesihatan' disebalik tuntutan seruan solat. bukankah azan itu therapy bunyi?....

3. Azan dengan maksud sedia.
"Semboyan... telah berbunyi... menuju medan bakti..." lagu tu memang antara lagu feberet waktu kecik-kecik dulu. Bila semboyan bunyik, maka para army atau askar hendaklah bersedia dan datang ke tempat di bunyikan semboyan. Begitu juga azan. Pabila dilaungkan azan, maka kita sebagai Hamba yang bukan tuan apatah lagi 'tuhan' sewajibnya lebih bersedia untuk menyahut panggilan ALLAH YANG MAHA ESA.

Namun, kita yang pendek akal ini melihat bahawa seruan azan itu hanya dipanggil oleh si bilal atau muazzin. Apalah sangat la bilal kampung je yang panggil. Tak datang pun tak ape. Kita tidak melihat bahawa seruan azan itu adalah seruan daripada ALLAH mengingatkan kita bahawa 'Sudah sampai masa engkau wahai HAMBA ALLAH, datang mengadap dan menyembahKU". Bila kita tidak merasakan begitu, maka kita tak bersedia. Malah ada yang melengah-lengahkannya pulak... "Cerita ni tengah best... kejap lagi lah..." kata aku... yippa!!

4. Azan dengan maksud konsisten.
"Mat, jom kita makan, aku dah lapar. Aku nak makan dengan kau aje, dengan orang lain aku tak nak". Cuba anda bayangkan, kalau ada rakan sekelas atau sekolej atau serumah atau sepejabat atau senegeri atau senegara anda yang ucap ungkapan tu hari-hari time lunch. tanpa miss walau satu hari selama 15 tahun (dari akil baligh). Dah tentu anda akan boring, menyampah, jemu dan lain-lain perasaan yang seangkatan dengannya. Kenapa? sebab kita cepat jemu. "Ko dah takde ayat lain ke?" kataku...

Tapi, Allah yang Maha Mengetahui telah mensyariatkan seruan azan yang tak jemu didengar. Bukan setakat sekali sehari, malah LIMA kali sehari semalam. Bukan hanya tak jemu didengar, malah si penyeru juga tidak boring melafazkannya berkali2 setiap hari. Malah setiap ayat diulang sampai dua kali. Pulak tu, lafaz dan ayatnya tak pernah berubah sejak 1400 tahun yang lalu!!!... kes turki tu lain cerita.

5. Azan itu indah.
yang ini boleh rujuk youtube yang tunjukkan bahawa laungan azan ini sebenar bersambung-sambung tanpa henti seantaro dunia. keyword - keajaiban azan.

So, marilah kita sama-sama beringat. Seruan azan bukan semata-mata seruan bilal memanggil kita untuk pergi masjid atau surau. Malah ia lebih dari itu. Solatlah berjemaah di masjid atau surau bagi sang lelaki. dan bagi perempuan awal waktu. Kalau boleh sebelum azan dah ready pakai telekung... yippa!!!


*Ps - Sapa yang nak mudah mengucap tatkala nazak nak ninggalkan dunia sok, biasakan diri jawap seruan azan.

Rabu, 2 Jun 2010

Ahli Badar??? apa tu?

Tahukah korang? Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.
Kenapa perlu seribu malaikat?

Jika ikut sejarah, Nabi Nabi terdahulu, bila doa bala terhadap kaum mereka yang ingkar, bilangan Malaikat yang datang, hanya satu atau dua sahaja, lalu malaikat ini, dengan kuasa yang Allah beri, terus membalikkan bumi, atau di cantumkan gunung, atau di belah awan lalu memancar kilat yang seterusnya mengazab semua orang kafir sehingga lenyap di telan bumi..

Pendek cerita, Satu malaikat turun, satu kaum binasa, jumlahlahnya berpuluh puluh ribu, tenggelam di azab seksaan malaikat, tapi dalam perang badar, jumlah malaikat yang turun adalah sama banyak dengan bilangan tentera musuh, satu musuh satu malaikat, sehingga dalam riwayat menceritakan, ketika sahabat Nabi mengankat pelapah tamar, kepala musuh sudah terbelah dua…

Jadi, soalan aku, Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.

Ok, ini pendapat aku setelah berbincang dengan beberpa orang ustaz…, aku bukan ustaz, ulamak, Cuma menulis nota kepada diri sendiri…, jika ada pendapat lain, kita muzakarah sama sama, insya Allah..

Kenapa seribu Malaikat datang ke Badar?, Ceritanya begini,

Ketika Nabi berdakwah di Mekkah, urusan ummat islam di buat secara rahsia di rumah Arqam bin Arqam, dalam masa yang sama Nabi juga telah berdakwah pada beberapa orang penduduk Madinah yang datang menunaikan haji di Mekkah, yang mana setelah 13 tahun berdakwah di Mekkah, Nabi mendapat perintah Allah untuk berhijrah ke Madinah, kerana di madinah, sebahagian penduduknya telah masuk islam setalah di dakwah oleh sahabat ansar…

Tengok! Sahabat ansar ini bukan Nabi, tapi dah buat dakwah di Madinah sehingga majoriti masuk islam, bukti perintah dakwah adalah perintah pertama selepas iman..
Jadi, bila Nabi berhijrah di Madinah, sampai sana, Nabi terus bina Masjid, Masjid pertama dalam sejarah ummat islam.

Dan di masjid inilah segala urusan ugama dibuat, iaitu: 1.dakwah, 2.Mengajar, 3.ibadat dan 4.khidmat, yang mana natijahnya, semua kaum bersatu dalam ugama islam, tak kira suku mana, puak mana, atau bangsa apa, Dalam puak Muhajirin ada banyak Bani, dan dalam puak ansar jugak ada Suku Aus dan Khazraj, tapi, melalui amalan masjid nabawi, mereka semua bersatu padu

Mereka bersatu dalam dakwah, bersatu belajar dan mengajar ugama, bersatu solat jemaah bersama di belakang Nabi, dan bersatu berkongsi hidup antara muhajirin dan ansar..
Tak lama kemudian, berlakulah perang Badar, 1000 orang kafir lengkap bersenjata dan kuda telah bersiap sedia menentang 313 orang islam..

Orang kafir dah sangka mereka akan menang dalam perang itu, lalu membawa bersama mereka kumpulan sorak dan penyanyi wanita, tapi mereka silap, 313 ummat islam di Badar, bukan ummat Nabi terdahulu…

Ummat Nabi terdahulu, adalah ummat ibadat, mereka tak boleh berdakwah macam Nabi mereka, ketika Nabi Musa meminta bantuan Harun sepupunya untuk berdakwah pada Firaun, maka Allah telah lantik Harun menjadi Nabi terlebih dahulu, baru layak Harun berdakwah kepada firaun.

Tapi sahabat Nabi, Saidina Umar, Abu Bakar dan sahabat Muhajirin serta ansar, mereka tak perlu jadi Nabi, kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Ketika Nabi Musa dan Bani Israel di kepung Firaun, maka Nabi Musa menenangkan kaumnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama AKU!”

Tapi ketika Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a di kepung Kafir Quraish, maka Nabi Muhammad menenangkan sahabatnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama KITA!”

Tengok! Nabi guna lafaz “kita” kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Jadi 313 ahli badar, bukan calang calang manusia, mereka semuanya pendakwah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..

Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah, sehingga 1000 malaikat buat pertama kalinya dalam sejarah perperangan ummat islam telah turun ke bumi , memang cukup satu malaikat turun untuk ganyang orang kafir, tapi kerana kemuliaan dan ketinggian ummat akhir zaman ini, seribu malaikat telah turun bersaf saf membantu ummat islam…

Menurut seorang ustaz, malaikat yang turun ini di cipta khas untuk membantu ummat islam dalam mana mana perperangan dimulai perang badar dan seterusnya, yang mana jumlah mereka bukan setakat seribu, tapi bersusun susun lagi dilangit menunggu perintah Allah untuk turun membantu ummat islam di bumi…

Selepas perang Badar, malaikat ini datang lagi dalam beberapa siri perperangan ummat islam menentang orang kafir sehinggalah ke zaman Khalifah Al rasyiddin dan seterusnya ke zaman Umar Ibnu Aziz dan ada juga laporan dari pejuang islam, mereka mendakwa di bantu malaikat dalam beberap siri peperangan pada tahun 90-an.., wallahu’lam.

Tapi sekarang, dalam peperangan ummat islam menentang orang kafir, Malaikat ini sudah tidak datang lagi nampaknya, usahkan seribu, satu pun tak ada, lalu kalahlah orang islam di Iraq, Afganistan, Palestin, Bosnia, Ambon, Kemboja, India dan seleruh dunia…kenapa?
Soalan lain pulak,

Kenapa Malaikat ini sudah tidak datang lagi, usahkan seribu, satu pun tak ada, kenapa?
Tepuk dada Tanya iman, tepuk dahi Tanya akal, tepuk lutut Tanya nafsu...

Menurut ustaz tu lagi, Allah telah meletakkan dunia ini akan sunnatullah, yang mana jika orang islam hari ini sama qualitinya dengan ahli badar di zaman Nabi, pasti nusrah Allah akan datang, dan seribu malaikat itu akan muncul lagi membantu ummat islam.., ini terbukti kerana selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, di zaman khalifah Al Rasyidin, ummat islam sentiasa menang dalam peperangan dan sering berlaku keajaiban dalam peristiwa yang di riwayatkan oleh sejarah.., juga sampai ke zaman Salahuddin al-Ayyubi menentang tentera salib yang mana point aku disini, tentera ummat islam waktu itu mempunya qualiti ahli badar...

Apa qualiti ahli badar?

Semua tahu sudah, mereka semuanya pendakwah yang berhijrah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..
Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam berhijrah, dan bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah,
Tapi hari ini, oh.., orang islam ramai yang meninggalkan dakwah dengan alasan ilmu tak cukup, atau diri belum baik, lepas tu solat jemaah selamba tinggal, apatah lagi solat tahajjud, lepas tu hidup tak bersatu, asyik bergaduh sama sendiri, sunni lawan syiah di lembah arab, hamas lawan fatah di pelstin, Taliban bersatu dengan Al Qaeda lawan pakatan utara yang bersatu dengan america, umno bergabung dengan MIC lawan Pas yang bergabung dengan DAP, Wahabi bergabung dengan ulamak muda lawan 4 Mazhab, yang bergabung dengan ulamak tua , itu ini begitu begini…
Mungkin korang nak tegakkan kebenaran, kebatilan dalam ugama mesti di hapus, tapi kenapa masjid tempat solat jemaah menjadi kosong dan lengang? Kenapa Sunnah Nabi di tinggalkan? Kenapa jalan bersatu tidak di indahkan? Kenapa berebut kuasa dan jawatan?
samapi caci mencaci, fitnah dan membunuh?

Sedang asyik kita mencari salah musuh kita yang juga orang islam, orang kafirpun datang menyerang lalu semua umat islam musnah tanpa mendapat pertolongan dari Allah, orang kafir terus menghina ummat islam, dari zaman kerajaan Monggol, sehinggalah hari ini, berita derita ummat islam terus sambung menyambung… di hina dan di telanjangkan, di seksa dan di malukan..,

Sedang penyelesaianya, hanya perlu kembali kepada Sunnah Nabi, dapatkan kembali qualiti ahli badar, hidupkan masjid seperti masjid Nabawi, solatlah berjemaah seperti nabi dan ahli badar, solatlah tahajjud seperti nabi dan ahli badar, dan bersatulah kita semua seperti muhajirin dan ansar, tak kira warna kulit, kedudukan dan keturunan…, insyAllah, janji Allah melalui lidah Nabi kekasihNYA, apabila ada hijrah dan nusrah, maka bantuan Allah akan datang.., dan seribu malaikat perang Badar akan muncul kembali!

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri nikmatNya.”

Al-’Imran:(123)

"(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

(al-Anfaal: 9)

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Habis sampai sini…

Ya Allah, Tolonglahlah kami Ummat islam di seluruh dunia, dan ampunkanlah dosa kami kerana masih banyak Sunnah Nabi yang gagal kami laksanakan….

Sekian.

Rabu, 19 Mei 2010

Allah gembira...

Ada satu cerita, sorang hamba Allah ni sedang mengembara dengan
menaiki unta. Bila tiba di padang pasir, akibat cuai, untanya yang
dipenuhi dengan makanan dan pakaian telah hilang, tinggal lah dia
kebingungan di tengan tengah padang pasir.., diapun berlari larilah ke
sana ke mari mencari unta dan bekalannya tapi tak jumpa apa-apapun,
dalam keadaan letih dan dahaga, hamba Allah ni berbaring. Dia rasa
macam dah nak mati, dan pasrah kepada Allah, dah takdir mati kat sini,
nak buat macam mana?.., mamat ni pun tutup mata macam orang mati..,
sedih bukan main, sebab dah nak mati, mati sorang sorang pulak tu..’

Tiba tiba terdengar bunyi unta dekat kepala, bukak mata! Oh! Alangkah
gembiranya si hamba Allah ni, Subhanallah, unta dah jumpa akhirnya,
(Yahoo! hureyyy, Ye beda bedu!,)

Oleh sebab terlalu gembira, Hamba Allah ni tersasul berkata: “Ya Allah
sungguh Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu!”

Ok, itu gembira seorang manusia yang dah nak mati, tapi tak jadi mati
sebab bertemu kembali unta dan keperluan hidupnya sampai tersasul menyebut Allah sebagai hambanya, dari hadith ini, Nabi menyambung bahawa, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya lebih dari pada hamba di atas yang gembira bertemu untanya!”

Senarai Blog Saya

Pengikut