Rabu, 9 Jun 2010

Sering terlepas pandang...

Tamat Solat Zuhur tadi, Otai (tuan haji) opis aku baca Quran. Aku yang dalam perancangan untuk lena diulit intan sedang berbaring di sebelah otai tu. Niat di hati konon nak 'qailulah', tapi tak kesampaian. Sebab ayat yang tuan haji tu baca best. ayat-ayat peringatan kepada kita ummat Muhammad.

Peringatan yang kadang kita lupakan atau melupakan atau tak tahu atau tak mahu tahu atau ____ dan _____ yang lain (isi sendiri tempat kosong tu). Kita sendiri kadang tak sedar adakah kita tergolong atau kita terpelihara daripada sifat-sifat mereka nih...

Sangking (bahasa indon yang membawa maksud bersangatan) dahsyatnya sifat ni, Allah telah sediakan penerangan untuk renungan dan peringatan pada kita dalam jumlah yang banyak. Di awal Surah Baqarah sahaja bermula ayat 8-20 Allah dah ingatkan pada kita. Yippa!!

Terimalah diriku tulisan untuk mengingati diri tentang sifat yang terlepas pandang : MUNAFIK.

Tiga sifat pertama ialah sepertimana sabda Rasulullah SAW:

“Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari Muslim).

Hadis ini memang cukup terkenal dan rata-rata semua orang tahu. Tapi berapa ramai yang ambil 'ibrah dan pengajaran? beramai antara kita yang tak pernah berbohong? atau bahasa lembutnya berdusta? Berapa ramai pula yang berjanji sehidup semati, berjanji bertanggungjawab, berjanji beri pertolongan, berjanji setia dan berapa ramai yang mengkhianati kepercayaan? jawap pelan-pelan...

Aku malas nak ulas panjang hadis di atas. Semua tahu sudah. Apa yang aku nak highlight dalam entry kali ini ialah sifat-sifat munafik yang kadang kita tak sedar dan sifat ini Allah sebut dalam Al-Quran!! Yippa!!!

Antaranya:

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali."
(An-Nisa’: 142)

Aku senaraikan sifat-sifatnya:

1. Berpura-pura baik atau dalam istilah yang mudah kita paham, talam dua muka. Tan Sri P Ramlee pernah letak dalam skrip filem beliau yang agak popular "Baik... Baik ada makna tuuu...".

2. Berdiri dengan malas waktu solat. Berdiri dengan malas pun dah dikira sifat munafik... apatah lagi malas solat. Lagi hancuss kalau tak mahu solat. Kita dimana ya?

Sebut pasal solat ni, ada sebuah hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Ibnu Khuzaimah.

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith :


إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِيْنَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ فِيْهِمَا لَأَتَوْهُماَ وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya: Sesungguhnya solat yang paling berat keatas orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh (berjemaah), jika sekiranya mereka mengetahui (kelebihan) yang terdapat pada kedua-duanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak.

Wah!!! kita dalam golongan mana ya? sedangkan tak berjemaah Isya' dan Subuh sudah dikira dihinggapi sifat munafik, apatah lagi LIMA WAKTU!!! itu yang solat, yang tak solat??? Apa nak dipanggil tu???? Yang nyata sekarang 'ramai' masjid dan surau kita lebih banyak tiang dari orang. Siap berkunci lagi....

Lebih menyedihkan ramai dari kalangan ustaz atau professional, terpelajar atau pelajar, pemimpin atau yang dipimpin, peniaga atau pembeli tergelincir ke dalam golongan ini. Iya Ramai... kalau tak percaya, tengok masjid / surau.

3. Solat untuk menunjuk / riya' pada manusia. Dah tentu nak tunjuk pada manusia. Tunjuk depan kuching tak best la, tak dapat pujian... lebih-lebih lagi depan pak mentua. Kalau solat sendiri 4 rakaat boleh cipta rekod terpantas. Bawah 4 menet at par. Kalau depan mentua, 15 menet baru habis tahiyyat awal. Solat la betul-betul, bukan untuk orang lain. Untuk Allah.

Renung Hadis Nabi SAW:
“Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)”

4. Sedikit zikirnya. Kalaupun ingat Allah amat sedikit sekali.

Jadi kepada diriku.. ingatlah bahawa kadang aku pun ada di hinggapi sifat-sifat nih. Dan aku rasa teramat takut sebab Allah dah prepare tempat special untuk puak-puak (golongan) ni.

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka" (An-Nisa', 145)

Aku mohon perlindungan dari Allah. Dan aku termotivasi bila tuan haji tu teruskan bacannya dan aku rasa Allah pujuk serta bagi jalan macamana nak bertindak kembali ke pangkal jalan. Dalam ayat seterusnya (sila rujuk An-Nisa' 146) Allah ajar 4 step untuk berubah serta kikis sifat-sifat munafik ni.

1. Taubat dengan sebenar-benar taubat. Sehingga merasakan benci untuk kembali kepada perangai lama seolah-olah benci di lontar ke dalam api neraka. (ayat ikut buku). Istilah yang kita biasa pakai 'bukak buku baru' atau 'cuci tangan'. Tinggalkan perangai yang lama, mulakan dengan perangai baru.

2. Islah atau perbaiki diri. Amalkan sifat-sifat mahmudah dan kikis perangai mazmumah. Buat kerja yang baik-baik, dakwah orang lain, dakwah kawan satu opis yang masih 'terbuka luas' pintu neraka untuk mereka, azam untuk buat baik setiap hari, mudah maafkan orang lain, biasakan diri solat berjemaah (awal waktu bagi perempuan), ingat Allah dan banyak lagi amalan serta perbuatan baik yang kita boleh buat. semua tahu sudah.

3. Pegang teguh pada agama Allah. Konsisten dan istiqomah dalam melakukan perintah Allah. Bukankah dalam solat setiap hari kita mintak tunjuk jalan yang lurus? Maka inilah masanya untuk kita 'ikut' jalan yang lurus yang kita selalu mintak tu.

4. Ikhlas buat semua di atas KERANA ALLAH dan HANYA UNTUK ALLAH.

Dan akhirnya... aku siapkan entry ini. Moga menjadi ingatan untuk diriku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut