Bila kali pertama kita mendengar seruan azan nih?
Cuba ingat balik... bila kali pertama ya....
Oleh kerana terlalu 'hampir' atau 'biasa' azan ini dengan kita, maka kita seolah-olah tak boleh recall bila kali pertama kita mendengarnya. Sama juga seperti Fatihah. Jika ditanya bila kali pertama kita menghafal surah Fatihah, rata-rata tidak dapat menjawap dengan tepat. (untuk Islam keturunan yang solat).
Oleh kerana biasa jugalah maka kita seringkali mengabaikan seruan ini.
Kerana terbiasa jugalah maka kita ignore panggilan ini.
Azan merupakan panggilan yang dilaungkan oleh muazzin atau bilal untuk menandakan telah masuk waktu solat bagi kawasan yang terlibat. Disebalik laungan azan ini sebenarnya mempunyai pelbagai pedoman dan panduan untuk yang tersurat mahu pun tersirat yang perlu kita teliti dan ambil 'ibrah. Antaranya:
1. Satu sistem untuk saling ingat mengingati (ala-ala alarm gitu).
Kadang kita leka bekerja atau buat amal untuk dunia, bila dengar azan.. teringat lak dah masuk waktu. Bagi mereka yang particular tentang masa tentu akan merancang kerja yang bakal dibuat atau aktiviti yang bakal dilakukan. apatah lagi mereka yang menjaga solat berjemaah di surau / masjid. Mereka sebolehnya akan mengelak untuk melakukan aktiviti yang menyukarkan mereka untuk merebut takbir pertama berjemaah apatah lagi melengahkan solat.
Tapi dalam negara yang demokrasi (majoriti wins) ini, kita lihat majoriti juga lah yang tak alert tentang peringatan (azan) nih. Ramai juga yang sengaja melupakan atau buat-buat lupa. Bagi kita bersukan lebih penting dibandingkan dengan laungan azan maghrib. Bagi kita mesyuarat untuk memajukan dunia lebih penting berbanding menyahut panggilan TUHAN PENCIPTA DUNIA. Bagi kita jual cendol singgit lebih untung dari tutup kedai kerana azan jumaat dah dilaungkan. Bagi kita azan subuh itu mengganggu lena tidur mereka.
Tapi yang peliknya, kita tak pernah miss tunggu azan maghrib dalam bulan ramadhan. yippa!!!
2. Azan dengan maksud mengajak.
Azan ni di syariatkan untuk mengajak kita solat. Ajak kita berjaya. Ajak kita kembali kepada Allah. Ajak kita 'maintenance' / selenggara diri. Sedangkan mesin pun perlu kepada 'maintenance' inikan pula ciptaan yang begitu kompleks seperti kita. Takkan la orang ajak kita berjaya kita tak nak ikut. Orang ajak kita 'refresh' diri, kita tak nak ikut. kalau ke spa tu, sanggup habis berpuluh malah beratus ringgit untuk kekal sihat. Tapi tak ramai antara kita yang sanggup mencari 'kesihatan' disebalik tuntutan seruan solat. bukankah azan itu therapy bunyi?....
3. Azan dengan maksud sedia.
"Semboyan... telah berbunyi... menuju medan bakti..." lagu tu memang antara lagu feberet waktu kecik-kecik dulu. Bila semboyan bunyik, maka para army atau askar hendaklah bersedia dan datang ke tempat di bunyikan semboyan. Begitu juga azan. Pabila dilaungkan azan, maka kita sebagai Hamba yang bukan tuan apatah lagi 'tuhan' sewajibnya lebih bersedia untuk menyahut panggilan ALLAH YANG MAHA ESA.
Namun, kita yang pendek akal ini melihat bahawa seruan azan itu hanya dipanggil oleh si bilal atau muazzin. Apalah sangat la bilal kampung je yang panggil. Tak datang pun tak ape. Kita tidak melihat bahawa seruan azan itu adalah seruan daripada ALLAH mengingatkan kita bahawa 'Sudah sampai masa engkau wahai HAMBA ALLAH, datang mengadap dan menyembahKU". Bila kita tidak merasakan begitu, maka kita tak bersedia. Malah ada yang melengah-lengahkannya pulak... "Cerita ni tengah best... kejap lagi lah..." kata aku... yippa!!
4. Azan dengan maksud konsisten.
"Mat, jom kita makan, aku dah lapar. Aku nak makan dengan kau aje, dengan orang lain aku tak nak". Cuba anda bayangkan, kalau ada rakan sekelas atau sekolej atau serumah atau sepejabat atau senegeri atau senegara anda yang ucap ungkapan tu hari-hari time lunch. tanpa miss walau satu hari selama 15 tahun (dari akil baligh). Dah tentu anda akan boring, menyampah, jemu dan lain-lain perasaan yang seangkatan dengannya. Kenapa? sebab kita cepat jemu. "Ko dah takde ayat lain ke?" kataku...
Tapi, Allah yang Maha Mengetahui telah mensyariatkan seruan azan yang tak jemu didengar. Bukan setakat sekali sehari, malah LIMA kali sehari semalam. Bukan hanya tak jemu didengar, malah si penyeru juga tidak boring melafazkannya berkali2 setiap hari. Malah setiap ayat diulang sampai dua kali. Pulak tu, lafaz dan ayatnya tak pernah berubah sejak 1400 tahun yang lalu!!!... kes turki tu lain cerita.
5. Azan itu indah.
yang ini boleh rujuk youtube yang tunjukkan bahawa laungan azan ini sebenar bersambung-sambung tanpa henti seantaro dunia. keyword - keajaiban azan.
So, marilah kita sama-sama beringat. Seruan azan bukan semata-mata seruan bilal memanggil kita untuk pergi masjid atau surau. Malah ia lebih dari itu. Solatlah berjemaah di masjid atau surau bagi sang lelaki. dan bagi perempuan awal waktu. Kalau boleh sebelum azan dah ready pakai telekung... yippa!!!
*Ps - Sapa yang nak mudah mengucap tatkala nazak nak ninggalkan dunia sok, biasakan diri jawap seruan azan.
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah