Khamis, 17 Jun 2010

Delivery System

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Hari ni aku nak kongsi satu ilmu baru. Selama ni mungkin kita tak perasan atau tak di ajar di sekolah atau tak mencari atau malas nak kaji atau apa-apalah.

Perasan atau tidak beberapa tahun nan silam Pak Lah pernah sebut pasal Delivery System. Perasan tak? Apa itu Delivery System? yang pasti ia bukannya Special Delivery Pitza...

Apa yang saya nak ingatkan diri saya ialah Delivery System (DS) yang selama ini saya tak perasan ianya DS yang cukup indah..... Huh!! cemana tu? camni ceritanya...

MUQADDIMAH

Bila kita baca Al-Quran, kita akan jumpa dengan gantinama yang Allah guna. Terkadang Allah guna 'ana' (saya) secara singular dan terkadang Allah guna 'nahnu' (kami) plural. Apa bezanya erk? Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana.

Allah Azza Wa Jalla guna 'ana' dalam ayat yang menukilkan ibadah, taubat, pengampunan, tempat tuju, tempat minta. Mari aku bagi contoh:

"dan Akulah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah : 160)

Mafhumnya, tiada tempat lain kita nak mengadu, nak mintak ampun, nak sembah, nak mintak tolong hanya pada Allah semata!!!

Kita pergi ke babak seterusnya....

Terkadang Allah guna perkataan 'nahnu' sebagai gantinamaNYA untuk menunjukkan bahawa perbuatan tersebut melibatkan makhluk lain atau melalui makhluk lain. Maha Suci Allah dari memerlukan bantuan makhlukNYA. Untuk clear baik aku bagi contoh.

ayat pasal rezki:

"...Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu..." (Al-Isra' : 31)

ayat penurunan Al-Quran:

"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Al-Hijr : 9)

Wokeh dah settle muqaddimah....

Baru masuk part aku nak cerita apa maksud DS.

Bila kita baca ayat Al-Quran yang menyebut tentang pengurniaan dan pemberian rezeki, acapkali penggunaan 'nahnu' digunakan. Allah nak bagitahu pada kita bahawa pemberian rezeki itu melibatkan pihak lain dalam ketentuan Allah. Sebagai contoh matahari, hujan, tanah, udara adalah antara makhluk yang terlibat untuk pokok padi membuahkan padi yang diproses menjadi beras seterusnya kita tanak menjadi nasi dan dimakan oleh kita yang dimulai dengan Bismillah sebagai mensyukuri REZEKI dari Allah dan itulah DS.

Amacam ada paham? Insya Allah.

Perlu juga kita besarkan keupayaan tanggapan kita terhadap apa itu rezeki. Supaya bila sebut rezeki tidaklah hanya terbatas kepada duit, harta dan makan sahaja. Erk contoh aku pun pasal makan... lantaklah....

Rezeki ni cukup luas seluas apa sahaja yang mencakupi hubungan sesama manusia dan makhluk. kerana DS ada disitu. DS yang aku ertikan sebagai saluran-saluran atau jalan-jalan yang Allah Maha Berkuasa untuk melibatkan 'pihak' lain menyampaikan rezeki kepada kita. Kesihatan, anak, ilmu, harta dan pelbagai lagi semuanya ada DS.

DS ada pada rezeki ilmu. Murid dapat ilmu disekolah kerana guru menjadi DS menyampai apa yang dia patut sampaikan.

DS apa pada rezeki kesihatan. Doktor bertungkus lumus bertugas dan memberi nasihat menjadi DS supaya kita mengamalkan gaya hidup sihat.

DS ada pada rezeki anak. DS ada pada rezeki harta dan 1001 macam rezeki lagi dan semuanya ada DS. dan semua DS diatur oleh Allah Subhanahuwataala.

Bila kita dah tahu DS, maka kita patut tahu bagaimana nak bersyukur dan berterima kasih. Tiap kali kita beroleh nikmat rezeki sepatutnya ada 3 pihak yang perlu kita syukuri dan ingat.

Pertama

Allah Ar-Rahman sebagai Pemberi Rezeki. Wajib disyukuri segala pemberian dariNYA. Tapikan, berapa ramai yang nak mensyukuri Allah? Bukan kita tak pernah dengar orang berkata: "Tahniah!! ini merupakan kejayaan kita" tanpa ada rasa secebis rasa kesyukuran kepada ALLAH Pemberi Nikmat!!.

Jangan le jadi macam Qarun yang menyangka segala harta yang dimilikinya adalah hasil usahanya sendiri yang akhirnya tenggelam di baham bumi!!! Nauzubillah.

Syukurilah Allah. Berterima Kasihlah pada Allah. Jangan lupa pada Allah.

Kedua

Pihak, saluran, jalan dan DS yang terlibat... yang ni pun kena ingat dan layan dengan baik. Sebab tu Allah perintahkan kita supaya bina hubungan baik kepada manusia (hablum minan nas) dan makhluk lain. Kerana 'mereka' semua menjadi DS atau saluran untuk rezeki kita!!!

Tapikan, berapa ramai murid yang dah berjaya dan lupakan che gu?
berapa ramai 'orang besar' yang makan nasi dan lupakan keringat petani?
berapa ramai suami yang terlepas pandang akan kebaikan isteri?
berapa ramai anak yang derhakan pada ibu dan ayah?
berapa ramai pemimpin yang menzalimi rakyat?
berapa ramai yang tak bagi signal bila nak masuk simpang?

jawap dalam masa 5 saat dari sekarang... jawap pelan-pelan...

untuk tujuan ingat, menghargai dan berterima kasih ini Rasulullah SAW yang tercinta ada mengingatkan :

“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.

Amacam? Ada bran mau sombong-sombong ka? Ada bran mau marah-marah ka?

Yang kita ni pulak bila jadi DS untuk makhluk lain, kena la beringat usahla ditahan rezeki orang lain, dinaikkan harga barang dalam kadar yang tak munasabah, ditutup jalan masuk kebun, menaburi pasir di dalam periuk nasi orang lain, diadu dombakan kawan tu, diumpat serta dicaci secukup rasa, disiram cat ke kereta waja che gu, disaman che gu kerana merotan anaknya, terbuang anak, termenderhaka kepada mak bapak dan __________ (anda isi tempat kosong sendiri). Semua perbuatan tersebut di atas memungkinkan perjalanan rezeki kepada kita akan tersekat ditengah jalan....

Ketiga

Gunalah apa yang telah Allah beri untuk tujuan mengabdikan diri pada Allah. Sihat untuk solat jemaah di surau atau masjid, anak untuk dididik dengan sempurna, harta untuk diinfak bukan simpan buat pekasam, iman untuk di kongsi bersama orang lain, kuasa untuk atur kehidupan menurut syariat... barulah bersyukur namanya...

Kan sifirnya mudah aje, jika syukur Allah tambah nikmat, jika kufur Allah ingatkan akan hal ehwal azabNYA yang dahsyat.....

Jadi, kepada aku yang sering terlupa dan terlalai... sedarilah bahawa tatkala Allah mengguna ganti nama 'ana' nak menunjukkan bahawa betapa Allah lah sahaja focus point kita dan tatkala Allah guna ganti nama 'kami', Allah nak tunjuk bahawa kerajaan Allah ini teramat luas dan hebat. Allahu Akbar...

1 ulasan:

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut