Jumaat, 25 Jun 2010

Protokol Yahudi

Assalam.... setelah 3 minggu, barulah aku berkesempatan nak update blog aku... dan seperti yang dijanjikan, aku cuba untuk mengulas 24 protokol yahudi yang telah tersenarai seperti di bawah. Moga dengan usaha yang sedikit ini, kita dapat idea untuk menentang yahudi dengan mewujudkan 'pertembungan' sebenar dan bukan setakat buat DEMO dan BOIKOT semata...

Protokol Pertama
Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Saya berkata: Allah telah menggariskan protokol yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW bagaimana cara pemerintahan dan pentadbiran yang paling baik. Cara terbaik ialah dengan meletakkan TAQWA di dalam hati. Manakala orang yang paling kuat ialah orang yang dapat mengekang nafsunya. Orang bertaqwa tidak akan menggunakan makhluk sebagai sandaran hukum. Orang bertaqwa akan cenderung berpandukan Hukum Allah. Sesungguhnya hanya haiwan yang tidak diberati dengan tuntutan berakhlak.

Realiti: Lihat pada pemimpin sekarang, tanpa mengira dalam negara atau luar negara. Cuba anda senaraikan 20 orang pemimpin yang bersih dari sifat yang disebut dalam protokol pertama di atas... fikir-fikirkan...

Protokol Kedua
Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

Saya berkata: Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Demikian maksud ayat quran, tapi beramai dikalangan kita yang benar-benar mengimani ayat ini dan mengamalkannya? adakah kita betul-betul membantu saudara islam kita yang 'susah'? Lantiklah pemimpin yang bertaqwa dan hanya takutkan Allah, bukan dari kalangan yang mempunyai kepentingan dunia dan mudah diperkotak-katikkan. Banyakkan membaca dan hasilkan tulisan yang bermutu untuk menggerakkan fikiran serta fikrah masyarakat. Berjuanglah di jalan Allah, nescaya balasan syurga menantimu.

Realiti: Bangsa kita berpecah-belah. Akhbar pulak memaparkan kisah-kisah perbalahan demi perbalahan. Lebih cintakan dunia yang sementara berbanding akhirat yang kekal.

Protokol Ketiga
Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita' iaitu Sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

Saya berkata: Jadilah khalifah dan hamba yang sebenar. iaitu khalifah yang boleh mentadbir urus negara dengan baik tanpa sebarang pertelagahan dan huru-hara serta seorang Hamba Allah yang sentiasa merintih, takut dan harap hanya pada Allah. Katakan tidak pada riba' dan amalkan kegiatan ekonomi yang berlandaskan syara'. Tutup segala ruang pemikiran asing dan pusatkan pemikiran terhadap pemikiran tauhid (tauhidic mindset). Mantapkan ketauhidan kepada Allah Rabbul Jalil.

Realiti: Kita menjadi hamba harta dan bergantung penuh kepada sistem riba'. Sistem Islam dipinggir sepi dan 'sesak' untuk bersaing di arus perdana. Perangai haiwan menjadi ikutan semata-mata ingin meraih keuntungan material duniawi yang sementara.

Protokol Keempat
Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Saya berkata: Kembalilah bersama Allah. "Kamu adalah sebaik-baik ummah...". Allah telah mengangkat martabat kita menjadi sebaik-baik ummah dengan syarat menyeru kepada kebaikan dan menegahkan perlakuan mungkar serta mengimani Allah. Mantapkan asas keimanan terlebih dahulu barulah kemudiannya mencari ilmu fardhu kifayah yang lain. Usah bataskan pemikiran kita mengikuti 'logik' semata seperti 'nak duit kena kerja, nak kerja baik kena ada sijil yang diiktiraf, nak dapat sijil yang diiktiraf kena masuk skolah yang juga diiktiraf'. Sedangkan janji Allah akan memberikan rezki yang tidak disangka-sangka kepada mereka yang berTAQWA. Urus tadbir urusan dunia dengan beralaskan TAQWA, nescaya Allah akan memudahkan sesuai dengan taqdirNYA.

Realiti: Kita sibuk ingin mengejar dan mendapatkan seberapa banyak wang yang juga makhluk seperti kita, sehingga melupakan yang paling layak kita kejar iaitu Pencipta sekalian makhluk iaitu Allah. Kita nilai dunia dengan logik akal sehinggakan kita menilai 'kerja Allah' juga dengan logik akal. Kita kejar kemajuan batu bata dan meminggirkan kemajuan tatasusila.

Protokol Kelima
Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusan untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

Saya berkata: Ketiga-tiga cabang ilmu Fardhu Kifayah ini amat perlu difahami dan dikuasai dengan baik oleh umat Islam. Pelaksanaan Fardhu Kifayah secara tidak langsung memenuhi tuntutan jawatan 'khalifah' yang telah dinobatkan kepada manusia. Percayalah, bahawa pendidikan quran kepada jiwa kanak-kanak seawal 4 tahun akan melahirkan seorang insan yang sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah. Memantapkan keimanan kepada al-Quran dengan mengamalkan 'iqra'' adalah perlu demi membentuk masyarakat Islam yang berilmu.

Realiti: Kita telah sekian lama beranggapan bahawa Fardhu Kifayah ialah orang buat, aku tak payah. Dan minda kita tidak pernah ingin mengubah hakikat itu menjadi aku buat, orang tak payah. Kita juga tidak membudayakan 'iqra'' sebagai satu kemestian dalam hidup. Lembaran al-Quran serta syarah hadis amat berat untuk dibelek berbanding majalah hiburan. Renung-renungkan...

Protokol Keenam
Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki martabat kaum buruh yang melarat.

Saya berkata: Nyata dengan ilmu, kita bukan sahaja menguasai kehidupan di dunia malah di akhirat. Dan ternyata juga bahawa arak merupakan agen untuk merosakkan akal dan minda. Akal merupakan salah 1 dari pada 5 keutamaan yang amat perlu dijaga di dalam Islam. Kerana itu, penjagaan akal dengan memupuk ilmu serta mengelakkan daripada perkara yang boleh memudaratkan akal adalah WAJIB. Menuntut ilmu itu WAJIB, meneguk arak itu HARAM. Renungilah kata-kata waqi' tatkala menasihati muridnya 'Ilmu itu cahaya, cahaya dari Allah, tidak akan memberi petunjuk kepada pelaku maksiat'.

Realiti: Kurang ilmu satu hal, mazmumah dalam diri satu hal, lupa diri pun satu hal. Orang kita, pantang berkedudukan tinggi, akan mula lupa diri, menindas, haloba, dengki dan penuh tipu daya. Tidak hairan jika arak sudah menjadi budaya. Meneguk arak seumpama sirap dan itu menjadi semacam kemestian dan 'standard'.

Protokol Ketujuh
Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol Kelapan
Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

Protokol Kesembilan
Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Kesepuluh
Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma' ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

Protokol Kesebelas
Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

Protokol Kedua belas
Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbaratau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol Ketiga belas
Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol Keempat belas
Para filosuf Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan grafi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol Kelima belas
Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE' iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

Protokol Keenam belas
Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol Ketujuh belas
Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol Kelapan belas
The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi

Protokol Kesembilan belas
Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol Kedua puluh
Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara outomatik kesan pertambahan hutang tersebut.

Protokol Kedua puluh Satu
Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol Kedua puluh dua
Untuk sampai ketujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol Kedua puluh tiga
Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

Protokol Kedua puluh empat
Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

*Jika Allah izinkan, aku akan ulas...

Solat : diterima atau tidak

Dalam Hadis Qudsi disebutkan mengenai orang-orang yang diterima sholatnya oleh Allah Swt, "Sesungguhnya Aku (Allah Swt.) hanya akan menerima sholat dari orang yang dengan sholatnya itu dia merendahkan diri di hadapan-Ku. Dia tidak sombong dengan makhluk-Ku yang lain. Dia tidak mengulangi maksiat kepada-Ku. Dia menyayangi orang-orang miskin dan orang-orang yang menderita. Aku akan tutup sholat orang itu dengan kebesaran-Ku. Aku akan menyuruh malaikat untuk menjaganya. Dan kalau dia berdoa kepada-Ku, Aku akan memperkenankannya. Perumpamaan dia dengan makhluk-Ku yang lain adalah seperti perumpamaan firdaus di syurga."

Dalam hadis qudsi tersebut disebutkan bahwa tanda-tanda orang yang diterima sholatnya oleh Allah Swt., adalah:

PERTAMA

Dia datang untuk melaksanakan sholat dengan merendahkan diri kepada-Nya. Dalam Al-Quran, keadaan seperti itu disebut dengan khusyu'. Dan sholat yang khusyu' adalah salah satu tanda orang yang mukmin. Yang disebut dengan sholat yang khusyu' itu bukan tidak ingat apa pun. Karena orang yang tidak ingat apa pun itu dipanggil 'pengsan'.

Diriwayatkan bahwa Sayyidina Ali bin Abi Thalib, apabila hendak melakukan sholat, tubuhnya gementar dan wajahnya pucat lesi. Sehingga ketika ada orang yang bertanya kepadanya, "Mengapa Anda ya Amirul Mukiminin?" Sayyidina Ali menjawab, "Engkau tidak tahu bahawa sebentar lagi aku akan menghadapi waktu amanah." Kemudian, Sayyidina Ali membacakan sebuah ayat Al-Quran, "Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-gunang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya. Dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" (QS 33: 72).

Kemudian Sayyidina Ali melanjutkan ucapannya, "sholat adalah suatu amanat Allah yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi, dan bukit untuk memikulnya. Tetapi, mereka menolaknya dan hanya manusia yang sanggup memikulnya. Memikul amanat berarti mengabdi kepadaNya."

KEDUA

Dia tidak sombong dengan makhluk-Ku yang lain. Jadi, tanda orang yang diterima sholatnya ialah tidak takabur. Takabur, menurut Imam Al-Ghazali, ialah sifat orang yang merasa dirinya lebih besar daripada orang lain. Kemudian ia memandang rendah orang lain itu. Boleh jadi ia bersikap demikian kerana ilmu, amal, keturunan, kekayaan, anak buah, pangkat, jasa atau kecantikannya.

Kalau Anda merasa besar kerana memiliki hal-hal itu dan memandang rendah pada orang lain, maka Anda sudah takabur. Dan sholat Anda tidak diterima. Bahkan dalam hadis lain disebutkan bahwa Rasulullah Saw. bersabda, "Takkan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada rasa takabur walaupun sebesar debu saja."

Biasanya masyarakat akan menjadi rosak jika di tengah-tengah masyarakat itu ada orang yang takabur. Kemudian takabur itu dizahirkan untuk mendapat layanan yang istimewa. Dan anehnya, seringkali sifat takabur ini 'melekat' kepada 'orang masjid' atau penggiat agama. Mereka biasanya takabur dengai ilmunya dan menganggap dirinya paling benar dan perasan bagus.

KETIGA

Tanda orang yang diterima sholatnya ialah orang yang tidak mengulangi maksiatnya kepada Allah Swt. Nabi yang mulia bersabda, "Barangsiapa yang sholatnya tidak rnencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka sholatnya hanya akan menjauhkan dirinya dari Allah Swt." Dalam hadis yang lain, Rasulullah Saw. bersabda, "Nanti, pada Hari Kiamat, ada orang yang membawa sholatnya di hadapan Allah Swt. Kemudian sholatnya diterima dan dilipat-lipat seperti dilipat-lipatnya pakaian yang kotor dan usang. Lalu sholat itu dipukul ke wajahnya."

Allah tidak menerima sholat itu karena sholatnya tidak dapat mencegah perbuatan maksiatnya setelah ia melakukan maksiat tersebut. Bukankah Al-Quran telah mengatakan, "...Sesungguhnya sholat mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar..." (QS 29:45).

KEEMPAT

Orang yang diterima sholatnya ialah orang yang menyayangi orang-orang miskin. Maksudnya orang ini mempunyai status sosial yang tinggi. Dia bukan hanya melakukan rukuk dan sujud saja, tetapi dia juga memikirkan penderitaan insan lain. Dia menyisihkan sebahagian waktu dan rezekinya untuk membahagiakan orang lain.

Kalau dalam sholat Anda, Anda sudah merasakan kebesaran Allah dan tidak takabur; dan kalau Anda sudah tidak mengulangi perbuatan maksiat sesudah sholat; dan kalau Anda sudah mempunyai perhatian yang besar terhadap kesejahteraan orang lain, maka Allah akan melindungi Anda dengan jubah kebesaran-Nya. Allah akan memberi kepada Anda kemuliaan dengan kemuliaan-Nya, dan membungkus Anda dengan busana kebesaran-Nya. samping itu, Allah akan menyuruh para malaikat untuk menjaga Anda; dan para malaikat itu akan berkata sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran, "Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat. Didalamnya kamu akan memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepadamu" (QS 41: 31)

Renung-renungkan... Moga bertambah amal kita...


Isnin, 21 Jun 2010

Cinta & Takut

Assalamualaikum....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Hari ni aku nak mengingatkan diri tentang apa yang aku telah dengar sewaktu kuliah maghrib di sebuah surau annonymous semalam. Kuliah yang cukup menarik, kupasan serta ulasan yang kelihatan biasa-biasa terselit makna yang sungguh luar biasa. Diselit dengan jenaka-jenaka yang membuatkan jemaah tanpa sedar sedang disindir oleh ustat annonymous (aku tak tau nama ustat tuh) tersebut.

Ceramah dimulakan dengan bacaan doa yang menjadi kebiasaan oleh setiap penceramah sebelum memulakan ceramah mereka.... Ustat (ejaan ikut lahjah sebutan melayu) tu bagitau tajuk ceramahnya ialah "Khusyu' Dalam Solat". Satu tajuk yang telah begitu lama dibincang oleh golongan alim ulama'.

Namun tiada sebarang jalan penyelesaian terhadap masalah ini. Pelbagai tips dan pendekatan di sarankan. Bermula dengan 'perbuatan' sebelum solat, wudhu, 'perilaku' tatkala solat dengan memahami bacaannya, renungi maknanya dalam-dalam, 'perangai' diluar solat, dengan makanannya, pergaulannya, muamalahnya dan pelbagai aspek yang di cakupi untuk mendapat khusyu' dalam solat.

Ustat tu tambah lagi beserta contoh, kalau orang solat dan berbunyi mercun di sebelahnya. Seusai solat bila ditanya "Engkau dengar tak bunyi mercun tadi?". Ada 2 jawapan yang membawa kepada 2 natijah (mengikut Model Khusyu' Kita).

1. Dengar - kompom tak khusyu' sebab dengar bunyi mercun.
2. Tak Dengar - kompom pekak.

Silakan pilih jawapan anda...

Adakah khusyu' itu tidak menyedari apa yang berlaku disekitar kita tatkala solat?
Apa kes Nabi SAW dukung cucu baginda tatkala solat? Nabi tak khusyu'?

dan banyak lagi contoh solat Nabi SAW yang jika kita ikut Model Khusyu' Kita akan mengakibatkan kita menuduh Nabi SAW tak khusyu'... Nauzubillah.

Ustat tu kata lagi, ada jugak antara kita yang solat nih tak gerak-gerak tatkala solat. Sehingga nyamuk gigit pun wat dono je... sedangkan dalam hati "Tunggu kau nyamuk, siap kau lepas solat ni aku kejar kau sampai dapat... tunggu kau". Adakah itu Model Khusyu' Kita? Kita tercari-cari dan masih tercari-cari sehingga ke saat ini bagaimana untuk khusyu' dalam solat (bagi yang mencari). Ada juga mereka yang sudah putus harap dengan hakikat khusyu' lantas mengeluarkan 'fatwa' bahawa umat akhir zaman ni memang takda harapan untuk rasa khusyu' dalam solat. Pulak...!!!

Ustat tu tambah lagi, dia pernah pegi satu muzakarah antara ustat-ustat yang membincangkan tentang permasalahan khusyu'. Dalam perbincangan tu pelbagai tips dan saranan dibuat oleh para ustat. Namun tiada seorang pun yang menerangkan APA MAKNA KHUSYU'... Macam mana nak mencari sesuatu kalau kita tak tahu apa yang kita cari? Macam mana nak cari durian kalau kita tak tahu apa itu durian? Aku permudahkan lagi. Macam mana nak bersugi kalau kayu sugi pun kita tak tawu cemana rupa?

Lalu ustat itu pun bagi la apa makna khusyu.... Eh sebelum tu aku nak petik makna khusyu yang didefinisikan oleh beberapa orang ilmuwan terkemuka Islam.

Imam Ibnu Katsir rahimahullah dalam tafsirnya mengatakan bahwa Khusyu’ adalah: “Ketenangan, tuma’ninah, pelan-pelan, ketetapan hati, tawadhu’, serta merasa takut dan selalu merasa diawasi oleh Allah ‘Azza wa Jalla.”

Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan bahwa Khusyu’ adalah: “Menghadapnya hati di hadapan Robb ‘Azza wa Jalla dengan sikap tunduk dan rendah diri.” (Madarijusslikin 1/520 )

dan yang ini agak panjang...

“Hadirnya hati di hadapan Allah Subhânahu wa Ta’âla, sambil mengkonsertasikan hati agar dekat kepada Allah Subhânahu wa Ta’âla, dengan demikian akan membuat hati tenang, tenangnya gerakan-gerakannya, beradab di hadapan Robbnya, konsentrasi terhadap apa yang dia katakan dan yang dilakukan dalam shalat dari awal sampai akhir, jauh dari was-was syaithan dan pemikiran yang jelek, dan ia merupakan ruh shalat. Shalat yang tidak ada kekhusyukan adalah shalat yang tidak ada ruhnya.” (Tafsir Taisir Karimirrahman, oleh Syaikh Abdurrahman Nashir as-Sa’di)

Dapat ke gambaran awal?

Ustat tu pun bagi makna khusyu'. Khusyu' ialah:
"MERASA atau PERASAAN cinta dan takut pada Allah Subhanahuwata'ala"

cinta? apa itu cinta?
Bagaimana perilaku sang pencinta kepada yang dicinta?
Bagaimana perhatian pencinta kepada yang dicinta?
Bagaimana tumpuan pencinta kepada yang dicinta?

Jika yang dicinta itu kereta:
Dilap kereta tersebut setiap hari agar tampak berkilat.
Dijaga setiap inci kereta tersebut dari dihinggapi debu.
Usaha dan pendapatannya dicurahkan terhadap kereta tersebut. Segala macam peralatan tambahan dan accessories akan diusahakan bagi men'cantik'kan kereta tersebut dari kacamata sipemilik. Pemilik tidak peduli apa kata orang lain yang terkadang orang lain nampak kereta tersebut berserabut atau dah macam UFO atau Kereta Berhias. Bagi pemilik, biar dia puas menyolek keretanya. Biar habis beribu yang penting kereta ku 'unik'.

Jika yang dicinta itu orang:
Dijaga akan tuturkata dan tingkah lakunya dihadapan orang yang dicintainya. Hipokritnya menjadi-jadi. Busuk orang itu dianggap wangi. Salah orang itu dianggap benar atau tak mengapa.

Bagi perempuan yang menyintai lelaki, pasangannya yang tak solat berjemaah di masjid / surau tatkala masuk waktu tatkala sedang 'dating' tidak menjadi apa-apa. Tidak merasa bersalah pasangannya menghisap 'lebih 4000 jenis racun' masuk ke dalam paru-paru seolah-olah membunuh diri. Tidak merasa bersalah bersentuhan kulit dengan pasangannya yang belum halal dengan jalan nikah serta tidak merasa apa-apa. Walhal kalau suruh pegang kulit babi tahu pulak najis dan merasa jijik. Sedangkan bersentuhan kulit dengan bukan mahram dosanya lebih berat dari itu... Malah secara suka suki dan suka rela mendermakan 'dara' nya sebagai tanda setia yang tidak berbelah bagi kepada 'cintanya' sebelum nikah!!!

Bagi lelaki pula yang menyintai perempuan, pasangannya yang tak solat awal waktu (time boleh solat) tatkala masuk waktu sewaktu tengah 'dating' tidak menjadi apa-apa. Tidak merasa bersalah tatkala melihat pasangannya tidak menutup aurat dengan sempurna. Malahan menggalakkan memakai pakaian tersingkat dan ter'transparent' jika ada. Tidak merasa bersalah jika mendengar suara mendayu dan merayu dari pasangannya malahan rasa seronok diperlakukan sedemikian. Tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya untuk melindungi wanita, malahan memperguna kesetiaan, kesucian serta ke'innocent'an wanita untuk merompak 'dara' wanita yang belum dinikahinya sebagai bukti cinta.

Adakah itu cinta? atau

Cinta itu murah hati serta sabar, ia tidak cemburu, tidak memegahkan diri, tidak sombong dan tidak melakukan yang tidak sopan. Cinta itu tidak mementingkan diri sendiri atau pun pemarah. Cinta tidak menyimpan kesalahan orang lain. Cinta bersukacita karena kebenaran, dan bukan karena ketidakadilan. Cinta senantiasa memberikan dukungan, setia, percaya segala sesuatu dan mengharapkan segala sesuatu. Cinta tidak pernah gagal! Jadi cinta sejati adalah hal menginginkan orang lain bahagia, bukan menginginkan diri kita sendiri yang bahagia.

Timbang-timbangkan...

Kembali ke topik, ustat tu bagitau bahawa untuk belajar khusyu', kita hanya perlu RASA cinta dan takut pada Allah. Kita perlu MERASAKAN cinta dan takut. Kita perlu menghadirkannya... Ustat tu kata lagi, Bila buat kerja Allah (spt solat), kita kena lupakan dunia dan bila buat kerja dunia, jangan sesekali lupakan Allah. Aku ulang sekali lagi.

Bila buat ibadah, lupakan dunia. Bila buat kerja dunia, jangan lupakan Allah.

Sebab tu bila kita solat, kita tak rasa apa-apa yang best. Kita tak rasa cinta dan takut. Tu pasal kita solat macam melepaskan batuk ditangga. Rukuk, sujud tanpa tama'ninah. Solat macam ayam patuk padi. Baca Fatihah satu nafas. Duduk antara dua sujud tak lebih dari 5 saat sedangkan kita mempersembahkan 8 permohonan pada Allah!!! Kita tak pernah rasa seronok solat sebab TIADA CINTA. Bayangkan bagaimana perilaku anda sewaktu bercinta dulu atau yang sedang bercinta sekarang.... Jangan double standard pada Allah. Dimana Allah dalam priority hidup kita.

Ustat tu tutup dengan beberapa tips atau tanda orang malas solat / ibadah:

1. Tak ingat Allah dan tak merasa seronoknya beribadah.

2. Cintakan dunia dan takut mati (Penyakit Wahan)

3. Banyak buat dosa zahir seperti tak tutup aurat, tengok benda haram (blue film dsbg) dan buat dosa batin dengan melazimi sifat mazmumah marah, hasad dengki, kedekut dan boleh rujuk pada Pak Cik Google untuk maklumat lanjut.

Akhirnya, oleh kerana aku ada kerja lain nak buat... aku stop entry aku kat sini... Moga peringatan ini boleh aku amalkan dan tatkala aku terlupa boleh aku rujuk balik kat sini...

Khamis, 17 Jun 2010

Koleksi Doa

Doa Nabi Muhammad SAW kepada penduduk Thaif setelah tragedi di lontar

“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia..”

“Ya Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada musuh yang menguasai aku?”

“Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup buatku...”

“Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku, kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.”

“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak) MU..”

Delivery System

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Hari ni aku nak kongsi satu ilmu baru. Selama ni mungkin kita tak perasan atau tak di ajar di sekolah atau tak mencari atau malas nak kaji atau apa-apalah.

Perasan atau tidak beberapa tahun nan silam Pak Lah pernah sebut pasal Delivery System. Perasan tak? Apa itu Delivery System? yang pasti ia bukannya Special Delivery Pitza...

Apa yang saya nak ingatkan diri saya ialah Delivery System (DS) yang selama ini saya tak perasan ianya DS yang cukup indah..... Huh!! cemana tu? camni ceritanya...

MUQADDIMAH

Bila kita baca Al-Quran, kita akan jumpa dengan gantinama yang Allah guna. Terkadang Allah guna 'ana' (saya) secara singular dan terkadang Allah guna 'nahnu' (kami) plural. Apa bezanya erk? Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana.

Allah Azza Wa Jalla guna 'ana' dalam ayat yang menukilkan ibadah, taubat, pengampunan, tempat tuju, tempat minta. Mari aku bagi contoh:

"dan Akulah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah : 160)

Mafhumnya, tiada tempat lain kita nak mengadu, nak mintak ampun, nak sembah, nak mintak tolong hanya pada Allah semata!!!

Kita pergi ke babak seterusnya....

Terkadang Allah guna perkataan 'nahnu' sebagai gantinamaNYA untuk menunjukkan bahawa perbuatan tersebut melibatkan makhluk lain atau melalui makhluk lain. Maha Suci Allah dari memerlukan bantuan makhlukNYA. Untuk clear baik aku bagi contoh.

ayat pasal rezki:

"...Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu..." (Al-Isra' : 31)

ayat penurunan Al-Quran:

"Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." (Al-Hijr : 9)

Wokeh dah settle muqaddimah....

Baru masuk part aku nak cerita apa maksud DS.

Bila kita baca ayat Al-Quran yang menyebut tentang pengurniaan dan pemberian rezeki, acapkali penggunaan 'nahnu' digunakan. Allah nak bagitahu pada kita bahawa pemberian rezeki itu melibatkan pihak lain dalam ketentuan Allah. Sebagai contoh matahari, hujan, tanah, udara adalah antara makhluk yang terlibat untuk pokok padi membuahkan padi yang diproses menjadi beras seterusnya kita tanak menjadi nasi dan dimakan oleh kita yang dimulai dengan Bismillah sebagai mensyukuri REZEKI dari Allah dan itulah DS.

Amacam ada paham? Insya Allah.

Perlu juga kita besarkan keupayaan tanggapan kita terhadap apa itu rezeki. Supaya bila sebut rezeki tidaklah hanya terbatas kepada duit, harta dan makan sahaja. Erk contoh aku pun pasal makan... lantaklah....

Rezeki ni cukup luas seluas apa sahaja yang mencakupi hubungan sesama manusia dan makhluk. kerana DS ada disitu. DS yang aku ertikan sebagai saluran-saluran atau jalan-jalan yang Allah Maha Berkuasa untuk melibatkan 'pihak' lain menyampaikan rezeki kepada kita. Kesihatan, anak, ilmu, harta dan pelbagai lagi semuanya ada DS.

DS ada pada rezeki ilmu. Murid dapat ilmu disekolah kerana guru menjadi DS menyampai apa yang dia patut sampaikan.

DS apa pada rezeki kesihatan. Doktor bertungkus lumus bertugas dan memberi nasihat menjadi DS supaya kita mengamalkan gaya hidup sihat.

DS ada pada rezeki anak. DS ada pada rezeki harta dan 1001 macam rezeki lagi dan semuanya ada DS. dan semua DS diatur oleh Allah Subhanahuwataala.

Bila kita dah tahu DS, maka kita patut tahu bagaimana nak bersyukur dan berterima kasih. Tiap kali kita beroleh nikmat rezeki sepatutnya ada 3 pihak yang perlu kita syukuri dan ingat.

Pertama

Allah Ar-Rahman sebagai Pemberi Rezeki. Wajib disyukuri segala pemberian dariNYA. Tapikan, berapa ramai yang nak mensyukuri Allah? Bukan kita tak pernah dengar orang berkata: "Tahniah!! ini merupakan kejayaan kita" tanpa ada rasa secebis rasa kesyukuran kepada ALLAH Pemberi Nikmat!!.

Jangan le jadi macam Qarun yang menyangka segala harta yang dimilikinya adalah hasil usahanya sendiri yang akhirnya tenggelam di baham bumi!!! Nauzubillah.

Syukurilah Allah. Berterima Kasihlah pada Allah. Jangan lupa pada Allah.

Kedua

Pihak, saluran, jalan dan DS yang terlibat... yang ni pun kena ingat dan layan dengan baik. Sebab tu Allah perintahkan kita supaya bina hubungan baik kepada manusia (hablum minan nas) dan makhluk lain. Kerana 'mereka' semua menjadi DS atau saluran untuk rezeki kita!!!

Tapikan, berapa ramai murid yang dah berjaya dan lupakan che gu?
berapa ramai 'orang besar' yang makan nasi dan lupakan keringat petani?
berapa ramai suami yang terlepas pandang akan kebaikan isteri?
berapa ramai anak yang derhakan pada ibu dan ayah?
berapa ramai pemimpin yang menzalimi rakyat?
berapa ramai yang tak bagi signal bila nak masuk simpang?

jawap dalam masa 5 saat dari sekarang... jawap pelan-pelan...

untuk tujuan ingat, menghargai dan berterima kasih ini Rasulullah SAW yang tercinta ada mengingatkan :

“Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia!” Demikian sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, hadis no: 218.

Amacam? Ada bran mau sombong-sombong ka? Ada bran mau marah-marah ka?

Yang kita ni pulak bila jadi DS untuk makhluk lain, kena la beringat usahla ditahan rezeki orang lain, dinaikkan harga barang dalam kadar yang tak munasabah, ditutup jalan masuk kebun, menaburi pasir di dalam periuk nasi orang lain, diadu dombakan kawan tu, diumpat serta dicaci secukup rasa, disiram cat ke kereta waja che gu, disaman che gu kerana merotan anaknya, terbuang anak, termenderhaka kepada mak bapak dan __________ (anda isi tempat kosong sendiri). Semua perbuatan tersebut di atas memungkinkan perjalanan rezeki kepada kita akan tersekat ditengah jalan....

Ketiga

Gunalah apa yang telah Allah beri untuk tujuan mengabdikan diri pada Allah. Sihat untuk solat jemaah di surau atau masjid, anak untuk dididik dengan sempurna, harta untuk diinfak bukan simpan buat pekasam, iman untuk di kongsi bersama orang lain, kuasa untuk atur kehidupan menurut syariat... barulah bersyukur namanya...

Kan sifirnya mudah aje, jika syukur Allah tambah nikmat, jika kufur Allah ingatkan akan hal ehwal azabNYA yang dahsyat.....

Jadi, kepada aku yang sering terlupa dan terlalai... sedarilah bahawa tatkala Allah mengguna ganti nama 'ana' nak menunjukkan bahawa betapa Allah lah sahaja focus point kita dan tatkala Allah guna ganti nama 'kami', Allah nak tunjuk bahawa kerajaan Allah ini teramat luas dan hebat. Allahu Akbar...

Rabu, 9 Jun 2010

Sering terlepas pandang...

Tamat Solat Zuhur tadi, Otai (tuan haji) opis aku baca Quran. Aku yang dalam perancangan untuk lena diulit intan sedang berbaring di sebelah otai tu. Niat di hati konon nak 'qailulah', tapi tak kesampaian. Sebab ayat yang tuan haji tu baca best. ayat-ayat peringatan kepada kita ummat Muhammad.

Peringatan yang kadang kita lupakan atau melupakan atau tak tahu atau tak mahu tahu atau ____ dan _____ yang lain (isi sendiri tempat kosong tu). Kita sendiri kadang tak sedar adakah kita tergolong atau kita terpelihara daripada sifat-sifat mereka nih...

Sangking (bahasa indon yang membawa maksud bersangatan) dahsyatnya sifat ni, Allah telah sediakan penerangan untuk renungan dan peringatan pada kita dalam jumlah yang banyak. Di awal Surah Baqarah sahaja bermula ayat 8-20 Allah dah ingatkan pada kita. Yippa!!

Terimalah diriku tulisan untuk mengingati diri tentang sifat yang terlepas pandang : MUNAFIK.

Tiga sifat pertama ialah sepertimana sabda Rasulullah SAW:

“Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.” (HR. Bukhari Muslim).

Hadis ini memang cukup terkenal dan rata-rata semua orang tahu. Tapi berapa ramai yang ambil 'ibrah dan pengajaran? beramai antara kita yang tak pernah berbohong? atau bahasa lembutnya berdusta? Berapa ramai pula yang berjanji sehidup semati, berjanji bertanggungjawab, berjanji beri pertolongan, berjanji setia dan berapa ramai yang mengkhianati kepercayaan? jawap pelan-pelan...

Aku malas nak ulas panjang hadis di atas. Semua tahu sudah. Apa yang aku nak highlight dalam entry kali ini ialah sifat-sifat munafik yang kadang kita tak sedar dan sifat ini Allah sebut dalam Al-Quran!! Yippa!!!

Antaranya:

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan solat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali."
(An-Nisa’: 142)

Aku senaraikan sifat-sifatnya:

1. Berpura-pura baik atau dalam istilah yang mudah kita paham, talam dua muka. Tan Sri P Ramlee pernah letak dalam skrip filem beliau yang agak popular "Baik... Baik ada makna tuuu...".

2. Berdiri dengan malas waktu solat. Berdiri dengan malas pun dah dikira sifat munafik... apatah lagi malas solat. Lagi hancuss kalau tak mahu solat. Kita dimana ya?

Sebut pasal solat ni, ada sebuah hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Ibnu Khuzaimah.

Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith :


إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِيْنَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ وَصَلَاةُ الْفَجْرِ وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ فِيْهِمَا لَأَتَوْهُماَ وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya: Sesungguhnya solat yang paling berat keatas orang-orang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh (berjemaah), jika sekiranya mereka mengetahui (kelebihan) yang terdapat pada kedua-duanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak.

Wah!!! kita dalam golongan mana ya? sedangkan tak berjemaah Isya' dan Subuh sudah dikira dihinggapi sifat munafik, apatah lagi LIMA WAKTU!!! itu yang solat, yang tak solat??? Apa nak dipanggil tu???? Yang nyata sekarang 'ramai' masjid dan surau kita lebih banyak tiang dari orang. Siap berkunci lagi....

Lebih menyedihkan ramai dari kalangan ustaz atau professional, terpelajar atau pelajar, pemimpin atau yang dipimpin, peniaga atau pembeli tergelincir ke dalam golongan ini. Iya Ramai... kalau tak percaya, tengok masjid / surau.

3. Solat untuk menunjuk / riya' pada manusia. Dah tentu nak tunjuk pada manusia. Tunjuk depan kuching tak best la, tak dapat pujian... lebih-lebih lagi depan pak mentua. Kalau solat sendiri 4 rakaat boleh cipta rekod terpantas. Bawah 4 menet at par. Kalau depan mentua, 15 menet baru habis tahiyyat awal. Solat la betul-betul, bukan untuk orang lain. Untuk Allah.

Renung Hadis Nabi SAW:
“Itulah solat orang munafik…lalu mempercepat empat rakaat (solatnya)”

4. Sedikit zikirnya. Kalaupun ingat Allah amat sedikit sekali.

Jadi kepada diriku.. ingatlah bahawa kadang aku pun ada di hinggapi sifat-sifat nih. Dan aku rasa teramat takut sebab Allah dah prepare tempat special untuk puak-puak (golongan) ni.

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka" (An-Nisa', 145)

Aku mohon perlindungan dari Allah. Dan aku termotivasi bila tuan haji tu teruskan bacannya dan aku rasa Allah pujuk serta bagi jalan macamana nak bertindak kembali ke pangkal jalan. Dalam ayat seterusnya (sila rujuk An-Nisa' 146) Allah ajar 4 step untuk berubah serta kikis sifat-sifat munafik ni.

1. Taubat dengan sebenar-benar taubat. Sehingga merasakan benci untuk kembali kepada perangai lama seolah-olah benci di lontar ke dalam api neraka. (ayat ikut buku). Istilah yang kita biasa pakai 'bukak buku baru' atau 'cuci tangan'. Tinggalkan perangai yang lama, mulakan dengan perangai baru.

2. Islah atau perbaiki diri. Amalkan sifat-sifat mahmudah dan kikis perangai mazmumah. Buat kerja yang baik-baik, dakwah orang lain, dakwah kawan satu opis yang masih 'terbuka luas' pintu neraka untuk mereka, azam untuk buat baik setiap hari, mudah maafkan orang lain, biasakan diri solat berjemaah (awal waktu bagi perempuan), ingat Allah dan banyak lagi amalan serta perbuatan baik yang kita boleh buat. semua tahu sudah.

3. Pegang teguh pada agama Allah. Konsisten dan istiqomah dalam melakukan perintah Allah. Bukankah dalam solat setiap hari kita mintak tunjuk jalan yang lurus? Maka inilah masanya untuk kita 'ikut' jalan yang lurus yang kita selalu mintak tu.

4. Ikhlas buat semua di atas KERANA ALLAH dan HANYA UNTUK ALLAH.

Dan akhirnya... aku siapkan entry ini. Moga menjadi ingatan untuk diriku...

Isnin, 7 Jun 2010

Apa itu azan????

Bila kali pertama kita mendengar seruan azan nih?

Cuba ingat balik... bila kali pertama ya....

Oleh kerana terlalu 'hampir' atau 'biasa' azan ini dengan kita, maka kita seolah-olah tak boleh recall bila kali pertama kita mendengarnya. Sama juga seperti Fatihah. Jika ditanya bila kali pertama kita menghafal surah Fatihah, rata-rata tidak dapat menjawap dengan tepat. (untuk Islam keturunan yang solat).

Oleh kerana biasa jugalah maka kita seringkali mengabaikan seruan ini.
Kerana terbiasa jugalah maka kita ignore panggilan ini.

Azan merupakan panggilan yang dilaungkan oleh muazzin atau bilal untuk menandakan telah masuk waktu solat bagi kawasan yang terlibat. Disebalik laungan azan ini sebenarnya mempunyai pelbagai pedoman dan panduan untuk yang tersurat mahu pun tersirat yang perlu kita teliti dan ambil 'ibrah. Antaranya:

1. Satu sistem untuk saling ingat mengingati (ala-ala alarm gitu).
Kadang kita leka bekerja atau buat amal untuk dunia, bila dengar azan.. teringat lak dah masuk waktu. Bagi mereka yang particular tentang masa tentu akan merancang kerja yang bakal dibuat atau aktiviti yang bakal dilakukan. apatah lagi mereka yang menjaga solat berjemaah di surau / masjid. Mereka sebolehnya akan mengelak untuk melakukan aktiviti yang menyukarkan mereka untuk merebut takbir pertama berjemaah apatah lagi melengahkan solat.

Tapi dalam negara yang demokrasi (majoriti wins) ini, kita lihat majoriti juga lah yang tak alert tentang peringatan (azan) nih. Ramai juga yang sengaja melupakan atau buat-buat lupa. Bagi kita bersukan lebih penting dibandingkan dengan laungan azan maghrib. Bagi kita mesyuarat untuk memajukan dunia lebih penting berbanding menyahut panggilan TUHAN PENCIPTA DUNIA. Bagi kita jual cendol singgit lebih untung dari tutup kedai kerana azan jumaat dah dilaungkan. Bagi kita azan subuh itu mengganggu lena tidur mereka.

Tapi yang peliknya, kita tak pernah miss tunggu azan maghrib dalam bulan ramadhan. yippa!!!

2. Azan dengan maksud mengajak.
Azan ni di syariatkan untuk mengajak kita solat. Ajak kita berjaya. Ajak kita kembali kepada Allah. Ajak kita 'maintenance' / selenggara diri. Sedangkan mesin pun perlu kepada 'maintenance' inikan pula ciptaan yang begitu kompleks seperti kita. Takkan la orang ajak kita berjaya kita tak nak ikut. Orang ajak kita 'refresh' diri, kita tak nak ikut. kalau ke spa tu, sanggup habis berpuluh malah beratus ringgit untuk kekal sihat. Tapi tak ramai antara kita yang sanggup mencari 'kesihatan' disebalik tuntutan seruan solat. bukankah azan itu therapy bunyi?....

3. Azan dengan maksud sedia.
"Semboyan... telah berbunyi... menuju medan bakti..." lagu tu memang antara lagu feberet waktu kecik-kecik dulu. Bila semboyan bunyik, maka para army atau askar hendaklah bersedia dan datang ke tempat di bunyikan semboyan. Begitu juga azan. Pabila dilaungkan azan, maka kita sebagai Hamba yang bukan tuan apatah lagi 'tuhan' sewajibnya lebih bersedia untuk menyahut panggilan ALLAH YANG MAHA ESA.

Namun, kita yang pendek akal ini melihat bahawa seruan azan itu hanya dipanggil oleh si bilal atau muazzin. Apalah sangat la bilal kampung je yang panggil. Tak datang pun tak ape. Kita tidak melihat bahawa seruan azan itu adalah seruan daripada ALLAH mengingatkan kita bahawa 'Sudah sampai masa engkau wahai HAMBA ALLAH, datang mengadap dan menyembahKU". Bila kita tidak merasakan begitu, maka kita tak bersedia. Malah ada yang melengah-lengahkannya pulak... "Cerita ni tengah best... kejap lagi lah..." kata aku... yippa!!

4. Azan dengan maksud konsisten.
"Mat, jom kita makan, aku dah lapar. Aku nak makan dengan kau aje, dengan orang lain aku tak nak". Cuba anda bayangkan, kalau ada rakan sekelas atau sekolej atau serumah atau sepejabat atau senegeri atau senegara anda yang ucap ungkapan tu hari-hari time lunch. tanpa miss walau satu hari selama 15 tahun (dari akil baligh). Dah tentu anda akan boring, menyampah, jemu dan lain-lain perasaan yang seangkatan dengannya. Kenapa? sebab kita cepat jemu. "Ko dah takde ayat lain ke?" kataku...

Tapi, Allah yang Maha Mengetahui telah mensyariatkan seruan azan yang tak jemu didengar. Bukan setakat sekali sehari, malah LIMA kali sehari semalam. Bukan hanya tak jemu didengar, malah si penyeru juga tidak boring melafazkannya berkali2 setiap hari. Malah setiap ayat diulang sampai dua kali. Pulak tu, lafaz dan ayatnya tak pernah berubah sejak 1400 tahun yang lalu!!!... kes turki tu lain cerita.

5. Azan itu indah.
yang ini boleh rujuk youtube yang tunjukkan bahawa laungan azan ini sebenar bersambung-sambung tanpa henti seantaro dunia. keyword - keajaiban azan.

So, marilah kita sama-sama beringat. Seruan azan bukan semata-mata seruan bilal memanggil kita untuk pergi masjid atau surau. Malah ia lebih dari itu. Solatlah berjemaah di masjid atau surau bagi sang lelaki. dan bagi perempuan awal waktu. Kalau boleh sebelum azan dah ready pakai telekung... yippa!!!


*Ps - Sapa yang nak mudah mengucap tatkala nazak nak ninggalkan dunia sok, biasakan diri jawap seruan azan.

Rabu, 2 Jun 2010

Ahli Badar??? apa tu?

Tahukah korang? Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.
Kenapa perlu seribu malaikat?

Jika ikut sejarah, Nabi Nabi terdahulu, bila doa bala terhadap kaum mereka yang ingkar, bilangan Malaikat yang datang, hanya satu atau dua sahaja, lalu malaikat ini, dengan kuasa yang Allah beri, terus membalikkan bumi, atau di cantumkan gunung, atau di belah awan lalu memancar kilat yang seterusnya mengazab semua orang kafir sehingga lenyap di telan bumi..

Pendek cerita, Satu malaikat turun, satu kaum binasa, jumlahlahnya berpuluh puluh ribu, tenggelam di azab seksaan malaikat, tapi dalam perang badar, jumlah malaikat yang turun adalah sama banyak dengan bilangan tentera musuh, satu musuh satu malaikat, sehingga dalam riwayat menceritakan, ketika sahabat Nabi mengankat pelapah tamar, kepala musuh sudah terbelah dua…

Jadi, soalan aku, Kenapa dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat turun ke bumi membantu Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat? Sedangkan kita sedia maklum, bahawa satu malaikat sudah memadai untuk menghancurkan tentara kafir yang berjumpah seribu orang itu.

Ok, ini pendapat aku setelah berbincang dengan beberpa orang ustaz…, aku bukan ustaz, ulamak, Cuma menulis nota kepada diri sendiri…, jika ada pendapat lain, kita muzakarah sama sama, insya Allah..

Kenapa seribu Malaikat datang ke Badar?, Ceritanya begini,

Ketika Nabi berdakwah di Mekkah, urusan ummat islam di buat secara rahsia di rumah Arqam bin Arqam, dalam masa yang sama Nabi juga telah berdakwah pada beberapa orang penduduk Madinah yang datang menunaikan haji di Mekkah, yang mana setelah 13 tahun berdakwah di Mekkah, Nabi mendapat perintah Allah untuk berhijrah ke Madinah, kerana di madinah, sebahagian penduduknya telah masuk islam setalah di dakwah oleh sahabat ansar…

Tengok! Sahabat ansar ini bukan Nabi, tapi dah buat dakwah di Madinah sehingga majoriti masuk islam, bukti perintah dakwah adalah perintah pertama selepas iman..
Jadi, bila Nabi berhijrah di Madinah, sampai sana, Nabi terus bina Masjid, Masjid pertama dalam sejarah ummat islam.

Dan di masjid inilah segala urusan ugama dibuat, iaitu: 1.dakwah, 2.Mengajar, 3.ibadat dan 4.khidmat, yang mana natijahnya, semua kaum bersatu dalam ugama islam, tak kira suku mana, puak mana, atau bangsa apa, Dalam puak Muhajirin ada banyak Bani, dan dalam puak ansar jugak ada Suku Aus dan Khazraj, tapi, melalui amalan masjid nabawi, mereka semua bersatu padu

Mereka bersatu dalam dakwah, bersatu belajar dan mengajar ugama, bersatu solat jemaah bersama di belakang Nabi, dan bersatu berkongsi hidup antara muhajirin dan ansar..
Tak lama kemudian, berlakulah perang Badar, 1000 orang kafir lengkap bersenjata dan kuda telah bersiap sedia menentang 313 orang islam..

Orang kafir dah sangka mereka akan menang dalam perang itu, lalu membawa bersama mereka kumpulan sorak dan penyanyi wanita, tapi mereka silap, 313 ummat islam di Badar, bukan ummat Nabi terdahulu…

Ummat Nabi terdahulu, adalah ummat ibadat, mereka tak boleh berdakwah macam Nabi mereka, ketika Nabi Musa meminta bantuan Harun sepupunya untuk berdakwah pada Firaun, maka Allah telah lantik Harun menjadi Nabi terlebih dahulu, baru layak Harun berdakwah kepada firaun.

Tapi sahabat Nabi, Saidina Umar, Abu Bakar dan sahabat Muhajirin serta ansar, mereka tak perlu jadi Nabi, kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Ketika Nabi Musa dan Bani Israel di kepung Firaun, maka Nabi Musa menenangkan kaumnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama AKU!”

Tapi ketika Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar r.a di kepung Kafir Quraish, maka Nabi Muhammad menenangkan sahabatnya dengan lafaz, “jangan kamu bimbang, Allah bersama KITA!”

Tengok! Nabi guna lafaz “kita” kerana kedudukan terbaik ummat ini adalah kerana kita ‘pewaris kerja kenabian’…

Jadi 313 ahli badar, bukan calang calang manusia, mereka semuanya pendakwah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..

Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah, sehingga 1000 malaikat buat pertama kalinya dalam sejarah perperangan ummat islam telah turun ke bumi , memang cukup satu malaikat turun untuk ganyang orang kafir, tapi kerana kemuliaan dan ketinggian ummat akhir zaman ini, seribu malaikat telah turun bersaf saf membantu ummat islam…

Menurut seorang ustaz, malaikat yang turun ini di cipta khas untuk membantu ummat islam dalam mana mana perperangan dimulai perang badar dan seterusnya, yang mana jumlah mereka bukan setakat seribu, tapi bersusun susun lagi dilangit menunggu perintah Allah untuk turun membantu ummat islam di bumi…

Selepas perang Badar, malaikat ini datang lagi dalam beberapa siri perperangan ummat islam menentang orang kafir sehinggalah ke zaman Khalifah Al rasyiddin dan seterusnya ke zaman Umar Ibnu Aziz dan ada juga laporan dari pejuang islam, mereka mendakwa di bantu malaikat dalam beberap siri peperangan pada tahun 90-an.., wallahu’lam.

Tapi sekarang, dalam peperangan ummat islam menentang orang kafir, Malaikat ini sudah tidak datang lagi nampaknya, usahkan seribu, satu pun tak ada, lalu kalahlah orang islam di Iraq, Afganistan, Palestin, Bosnia, Ambon, Kemboja, India dan seleruh dunia…kenapa?
Soalan lain pulak,

Kenapa Malaikat ini sudah tidak datang lagi, usahkan seribu, satu pun tak ada, kenapa?
Tepuk dada Tanya iman, tepuk dahi Tanya akal, tepuk lutut Tanya nafsu...

Menurut ustaz tu lagi, Allah telah meletakkan dunia ini akan sunnatullah, yang mana jika orang islam hari ini sama qualitinya dengan ahli badar di zaman Nabi, pasti nusrah Allah akan datang, dan seribu malaikat itu akan muncul lagi membantu ummat islam.., ini terbukti kerana selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, di zaman khalifah Al Rasyidin, ummat islam sentiasa menang dalam peperangan dan sering berlaku keajaiban dalam peristiwa yang di riwayatkan oleh sejarah.., juga sampai ke zaman Salahuddin al-Ayyubi menentang tentera salib yang mana point aku disini, tentera ummat islam waktu itu mempunya qualiti ahli badar...

Apa qualiti ahli badar?

Semua tahu sudah, mereka semuanya pendakwah yang berhijrah, dan mereka juga ahli masjid, solat jemaah tak tinggal, ahli iktikaf, solat tahajjud tak tinggal dan mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, semuanya bersatu atas maksud ugama..
Dan perkara inilah yang Paling di sukai Allah, iaitu apabila ummat islam berhijrah, dan bersatu tanpa mengira darjat dan keturunan, maka Nusrah (pertolongan) Allah pun datang mencurah curah,
Tapi hari ini, oh.., orang islam ramai yang meninggalkan dakwah dengan alasan ilmu tak cukup, atau diri belum baik, lepas tu solat jemaah selamba tinggal, apatah lagi solat tahajjud, lepas tu hidup tak bersatu, asyik bergaduh sama sendiri, sunni lawan syiah di lembah arab, hamas lawan fatah di pelstin, Taliban bersatu dengan Al Qaeda lawan pakatan utara yang bersatu dengan america, umno bergabung dengan MIC lawan Pas yang bergabung dengan DAP, Wahabi bergabung dengan ulamak muda lawan 4 Mazhab, yang bergabung dengan ulamak tua , itu ini begitu begini…
Mungkin korang nak tegakkan kebenaran, kebatilan dalam ugama mesti di hapus, tapi kenapa masjid tempat solat jemaah menjadi kosong dan lengang? Kenapa Sunnah Nabi di tinggalkan? Kenapa jalan bersatu tidak di indahkan? Kenapa berebut kuasa dan jawatan?
samapi caci mencaci, fitnah dan membunuh?

Sedang asyik kita mencari salah musuh kita yang juga orang islam, orang kafirpun datang menyerang lalu semua umat islam musnah tanpa mendapat pertolongan dari Allah, orang kafir terus menghina ummat islam, dari zaman kerajaan Monggol, sehinggalah hari ini, berita derita ummat islam terus sambung menyambung… di hina dan di telanjangkan, di seksa dan di malukan..,

Sedang penyelesaianya, hanya perlu kembali kepada Sunnah Nabi, dapatkan kembali qualiti ahli badar, hidupkan masjid seperti masjid Nabawi, solatlah berjemaah seperti nabi dan ahli badar, solatlah tahajjud seperti nabi dan ahli badar, dan bersatulah kita semua seperti muhajirin dan ansar, tak kira warna kulit, kedudukan dan keturunan…, insyAllah, janji Allah melalui lidah Nabi kekasihNYA, apabila ada hijrah dan nusrah, maka bantuan Allah akan datang.., dan seribu malaikat perang Badar akan muncul kembali!

“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri nikmatNya.”

Al-’Imran:(123)

"(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

(al-Anfaal: 9)

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Habis sampai sini…

Ya Allah, Tolonglahlah kami Ummat islam di seluruh dunia, dan ampunkanlah dosa kami kerana masih banyak Sunnah Nabi yang gagal kami laksanakan….

Sekian.

Bertudung????



Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni aku nak berkongsi soalan yang diutarakan oleh opis mate aku. Tn Hj Azri (Otai opis nih). Beliau bertanya sambil mengerut dahi, bagaimana nak suruh orang yang tak nak pakai tudung, insaf dan pakai tudung? Uniknya, beliau mengarahkan aku beri 3 cara....

Aku pun mulalah ligat memikir dan al hasil aku dapat cara pertama iaitu:

Sediakan 2 mug, yang pertama dibungkus mengikut mug tersebut dan mug yang kedua dibungkus dalam kotak lalu diberikan kepada perempuan tersebut untuk di buat pilihan sebagai hadiah. Yang mana 1 bakal dia pilih? dah tentu yang dibungkus dengan kotak. Kenapa? Sebab ada unsur2 'suprise' disitu.

Alhamdulillah otai tadi dapat terima cadangan pertama aku. 'Next' katanya meminta cara kedua dariku

"Kita kenalkan dia dengan yang 'memberi arahan'" begitu kataku ringkas.

"Kenalkan? apa signifikannya?" pintas beliau. Terkadang beliau menggunakan bahasa tinggi dalam bicaranya, maklumlah OTAI!!!.

"Ialah ji... Biasa kalau kita dapat memo atau arahan dari boss, pekerja mesti nak tahu arahan dari siapa. Bayangkan kalau dapat memo arahan tetapi pada ruangan 'Daripada' kosong tidak tertulis apa-apa, ada orang nak ikut? atau dalam ruangan tu dari orang yang berpangkat lebih 'rendah' dalam kedudukan hierarki pejabat... orang atas nak ikut? dah tentu akan dipandang sepi memo arahan tersebut" aku berceloteh.

Sebelum sempat beliau membalas, aku menambah "Jadi ji, kalau kita tak kenal 'siapa DIA' yang mengarahkan tutup aurat, maka kita akan pandang sepi jugalah arahan tutup aurat tu. Oleh itu kenalah kita buat sesi taaruf semula bagi mereka yang tak tahu atau jejak kasih bagi mereka yang mula terlupa dan melupakan".

Kelihatan wajah ceria otai opis, sukar bagiku nak menilik apa maksudnya, lagi pun aku bukan tukang tilik atau nak pergi menilik jauh sekali. Nauzubillah!!!

"yang ketiga?" tanya beliau.

Huh, mencabar minda betul... aku kerahkan nikmat otak yang percuma Allah kuniakan ini untuk terus mencari jawapan ketiga.

"Haji, kita tanya dia. kalau anda pergi ke Habib Jewel atau Poh Kong atau S.Wan Jewel ke atau mana-mana kedai emas berhampiran, dimana dorang simpan perhiasan paling mahal? Menurut pengalaman aku yang pernah dengar cerita dari bini aku yang juga dengar cerita dari mereka yang pernah lihat (sanad tak putus tuh). Selalunya barang perhiasan yang cecah ratus riban ni akan di letak di dalam bilik kebal atau bilik 'khas' dan takkan di display di kaunter depan. Maksudnya, yang 'berharga' ni tertutup dan tersimpan serta terjaga rapi. yang dok tayang ni, 'emas murah' je..." kataku sambil tersengih... harapla beliau boleh terima.

"hmm... bagus ada 3 cara nak nasihat orang tak nak bertudung agar bertudung" seraya tersengih... sengih ada makna tu.

"ada 1 lagi yang pernah di sarankan oleh mentor anda" balasnya

"apa dia ji?" tanyaku sambil menanti jawapannya aku mengaru-garu pipi yang tak gatal.

"botakkan aje... kompom pakai" balas beliau selamba.

dan kami ketawa bersama... Cess hampehh!!!

Senarai Blog Saya

Pengikut