Isnin, 11 Oktober 2010

Maher Zain & kita

Sehingga jam 10 pagi ini waktu tempatan (10.10.2010) lagu "Insya Allah" di Youtube telah ditonton oleh 2.34 juta pengunjung. Lelaki yang bernama Maher Zain (MZ) kelahiran Lebanon dan membesar di sweden ini cukup memukau. Lelaki ini telah membawa satu perubahan kepada lagu berunsur ketuhanan yang sebelum ini dianggap picisan dan sepi.

Tulisan kali ini bukan untuk menyentuh keberjayaan MZ dalam membawakan sesuatu yang baru di dalam industri musik dunia. Bukan juga nak kempen 'pergilah tengok konsert MZ'. Tapi kali ni nak lihat 'seruan' yang dibawa oleh MZ.

Lihat pengakuan dari MZ :

“Tiga tahun lalu, hidup saya terlalu jauh dengan Allah S.W.T akibat terpesong dengan cara hidup sosial yang terlalu bebas apabila sering mengunjung kelab malam.

Hinggakan saya terus hanyut dan menjadi alpa sehingga lupa bagaimana membaca surah Al-Fatihah sebelum dibukakan hati ini untuk berubah dan kembali ke jalan benar.

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk menebus dosa-dosa silam dengan mencari rakan yang tidak pernah meninggalkan sembahyang dan sering pergi ke masjid,”
Saya percaya ramai antara kita yang pernah, sedang atau akan mendengar lagu dari MZ. Saya juga percaya bahawa kita telah berjaya menjadi pendengar yang baik. Namun menjadi pendengar sahaja tidak cukup. Kita kena praktik apa yang kita tahu hasil dari apa yang kita dengar. Saya percaya saudara MZ bermaksud untuk mendakwah kita supaya mempunyai kesedaran hidup bertuhan.

Lagu Always Be There contohnya mengajak kita agar menilai kembali apa itu cinta. Cinta yang dibawakan oleh MZ dalam lagunya bukannya cinta yang kita biasa fahami, bukan juga cinta yang menghasilkan bayi terbuang atau cinta yang membawa ke lombok. Perhatikan liriknya. Perhati dan nilai kembali cinta yang kita fahami. Sama atau tak?

'If you ask me about love'

apa MZ jawap...

'It’s everything about Allah'

Dalam lagu tu juga, MZ mengingatkan kita untuk kembali kepada Allah. Kerana hanya kepada Allah tempat kembali.

As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

Bukankah Allah telah ingatkan kita dalam Surah Al-Baqarah....
[155]
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

[156]
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

[157]
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.


Nampak tak dakwah si MZ nih?

Saya percaya bahawa MZ bukan hanya nak orang mendengar lagu beliau, tapi lebih daripada itu untuk membangkitkan kesedaran kita agar hidup bertuhan dan kembali kepada Allah.

Ni baru 1 lagu. Perhati dan renungkan lah maksud yang cuba disampaikan oleh beliau bukan hanya kira sedap di telinga saja. Seterusnya kita praktikkan. Allah Maha Tahu niat dan usaha kita. Moga kita bersama diberikan hidayah dan petunjuk dari NYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut