Suatu hari di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Di datangkan oleh Allah ta'ala khusus untuk hambaNYA yang inginkan keredhaan Allah.
Tak sedar, tak terjaga, sedap sangat tidur dan pelbagai jenis alasan yang manusia kemukakan untuk 'menutupi kesalahan' diri tidak Solat Subuh pada waktunya. Tanpa sedar, manusia dengan tega mengulangi dan mengulangi kesalahan sama saban hari malah bertahun tanpa rasa sesal dan ingin berubah. Hasilnya dalam doa sehari-hari merintih mengadu kenapa rezekiku dirasakan sempit.
Untuk keluar daripada keadaan itu, disarankan beberapa tips yang biasa-biasa sahaja, tetapi dengan keizinan dari Allah akan menghasilkan suatu yang luar biasa. Tips-tips berkenaan ialah:
1. Berniat untuk bangkit awal agar dapat melaksanakan kewajipan Solat Fardhu Subuh atau, berniat untuk mendirikan qiamullail seterusnya Solat Subuh berjemaah di surau / masjid bagi lelaki dan awal waktu bagi wanita.
2. Tidur awal. sebelum jam 12 tgh malam. Kalau boleh jam 10 dah tidur. Dengan izin Allah akan segar untuk bangun tahajjud barang 2 rakkat atau 6 rakaat atau ikut sunnah 8 rakaat ditambah dengan 3 rakaat witir.
3. Baca 3 qul atau surah mulk atau 2 ayat terakhir surah kahfi atau sajdah.
4. Berdoa kepada Allah untuk dibangunkan awal dengan segar untuk solat. Kerana hanya Allah yang menghidupkan dan mematikan makhlukNYA.
semoga dengan tips yang biasa-biasa ini boleh saya praktikkan dengan istiqamah hingga akhir hayat. Anda bagaimana? silakan tiru jika ingin Solat Subuh awal waktu....
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah