Assalamualaikum...
Ingatan buat aku dan kita semua.
Penghulu seluruh bulan telah tiba.
Tiba dengan pelbagai promosi yang hebat lagi 'menggiurkan'.
Tiba dengan seribu satu rahmat.
Tiba dengan peluang kemaafan dan keampunan.
Tiba dengan 'sabun' cuci' untuk diri dan jiwa.
Bulan yang sedia mulia ini dilipat gandakan lagi kemuliaannya dengan diturunkan Al-Quran di dalamnya.
Bacalah mukjizat itu dengan nama Tuhanmu.
Bacalah mukjizat itu dengan penelitian.
Bacalah mukjizat itu dengan pemahaman.
Bacalah mukjizat itu dengan niat untuk diamalkan.
Namun, dengan pelbagai tawaran hebat, pahala berlipat ganda, promosi 'MEGA' ini masih ada lagi manusia yang kurang cerdik, kurang pintar dan kurang akal yang:
Tiada azam untuk bersungguh-sungguh beribadah di Bulan Ramadhan.
Sudah mempromosikan '1 syawal'.
Bercita-cita memper'kuda' Ramadhan untuk tujuan 'DIET'.
Mencari-cari 'port' mana nak lunch di siang hari Bulan Ramadhan.
Masih membuat ketupat dan mengadu domba di opis-opis, tingkap-tingkap, 'muka buku', bbc.
Hanya menahan diri dari tak makan dan tak minum sahaja.
Meng'empang' nafsu sepanjang hari dan tak mampu menahannya bila 'empang' pecah ketika di bazaar Ramadhan.
Tiada rasa gembira dengan kedatangan Ramadhan malah marah dan rasa kurang selesa.
Apa pun, Aku tak nak jadik golongan yang kurang cerdik, kurang pintar dan kurang akal tersebut. Azam aku untuk beribadah lillahita'ala.
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah