Sekolah, madrasah, school, pesantren atau apa juga cara ianya disebut tidak kira ianya peringkat tinggi atau rendah semuanya merujuk kepada sebuah institusi yang mengandungi pengajar dan pelajar. Inilah antara tempat yang sesuai untuk menimba seberapa banyak ilmu. Ilmu ni pulak bakal diguna untuk menghadapi cabaran sisa kehidupan selepas keluar dari sekolah. Semua maklum tentang itu.
Jika kita lihat objektif, misi dan visi pelajar di sekolah secara on paper memang mengagumkan. Namun realitinya berapa ramai yang berhasil menjadikan diri sebagai pelajar yang benar-benar berilmu?
Berapa ramai yang dapat memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas?
Berapa pula yang tumpuan dan fokusnya terhadap sijil dan certificate?
Berapa ramai yang study last minute?
Berapa pula yang nak skor A semata?
Berapa ramai yang bila berjaya, menyandarkan kembali kejayaan itu dengan Allah dan menyedari semua itu adalah pemberiaan Allah?
Berapa ramai pula yang bila gagal, boleh pasrah dan akur atas kehendak Allah serta tidak tuding menuding, salah menyalah ibarat bangau oh bangau?
Berapa peratus pula ilmu yang ditimba boleh diaplikasi di lapangan kerja?
Berapa ramai yang kerja mengikut bidang yang dipelajari sewaktu disekolah?
Akhirnya semua persoalan di atas saya rangkum menjadi 3 keadaan. Sebelum, semasa dan selepas.
Kita pergi kepada tujuan penulisan kali ini. Saya ingin mengaitkan sekolah ini dengan Ramadhan yang datangnya setahun sekali. Sebulan dalam 12 bulan. Datangnya Ramadhan ini sebagai 'sekolah' untuk kita. Ada juga orang yang melihat Ramadhan dari sudut yang berbeza. Sebagai Check & Balance atau sebagai Bulan Rehat atau Bulan Ibadah atau atau atau dan atau yang lain. Kali ini saya ingin sentuh Ramadhan sebagai sekolah untuk kita. Bila dikait Ramadhan dengan sekolah, realiti yang terjadi dalam masyarakat kita sedikit sebanyak terkait dengan persoalan-persoalan di atas. Iaitu persoalan sebelum, semasa dan selepas.
Siapa kita sebelum Ramadhan? kita renung kembali bermula setelah selesai Ramadhan tahun lepas hingga sebelum 11 Ogos 2010. Renung dan jawap pelan-pelan. Kalau perlu list down apa yang 'ok' dan apa yang 'ko'.
Apa usaha semasa kita untuk berubah? Berapa lama lagi kita hendak statik macam dulu? Kita kena gerakkan jentera perubahan seberapa segera yang mungkin. Usaha kita untuk merubah itulah yang menjadi asbab kepada turunnya hidayah dari Allah. Situasi itu selari dengan kehendak sebahagian dari ayat 11 Surah Ar-Ra'du.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
Kalau kita perati tengok ayat tersebut... Allah guna perkataan 'anfusihim'. Perkataan ini merujuk dalam diri iaitu hati atau jiwa. Jadi perubahan itu mestilah dari dalam jiwa terlebih dahulu.
Ubah jiwa agar tunduk pada Allah.
Ubah jiwa agar patuh perintah Allah.
Buat 'Aku Janji' dan tampal kat dinding.
Patuh pada 'Aku Janji' yang telah dibuat. Kalau janji dengan diri sendiri pun kita tak boleh nak tunaikan, apatah lagi janji dengan Allah.
Sebagai contoh, surf kat tenet 10 sifat Mazmumah dan 10 sifat Mahmudah. Pastu, pilih yang mana kita nak ubah dulu. Tulis kat kertas 'Aku Janji' tu. Amik la salah satu sifat Mazmumah Ghadab atau marah. Surf lak tentang marah, apa makna, cemana nak handle and so on. Dapatkan maklumat apa sahaja yang terkait dengan marah. Bila dah ada maklumat tersebut, barulah kita boleh alter (sebut: oter) mana yang patut. Nak lagi dramatik, cari dalil dan hadis berkaitan marah. Firman Allah, Saranan Rasulullah, kisah sahabat dan banyak lagi info menarik yang terdapat dalam tenet. Secara tak langsung kita sudah ada ilmu. Bila dah ada ilmu, baru boleh amal. Bila dah mula amal, kita usaha untuk istiqamah. Bila dah istiqamah, maka ianya akan menjadi asbab kepada turunnya hidayah dari Allah. Semuanya berlaku dengan Izin Allah juga.
So, nak berubah kena mula sekarang.
Then, kita tengok lak selepas kejadian. Buat Post-Mortem terhadap Ramadhan kali ini. Adakah sama dengan Ramadhan yang lepas? Kalau seorang budak masuk skolah dan tak lulus-lulus dalam setiap subjek serta tak naik tingkatan, apa yang patut kita buat pada budak tu? Keadaan tersebut sama jugak macam kita yang mengharungi ramadhan tahun demi tahun, tapi tiada sebarang perubahan. Manusia jenis apa kita ni? Jawap pelan-pelan....
Moga Ramadhan kali ini menjadi asbab kepada satu perubahan terhadap diri kita. Ingatlah bahawa kita bakal jadi ahli kubur....
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah