Gossip memang sesuatu pekerjaan yang best untuk mengisi masa lapang. Lebih-lebih lagi story-story yang agak panas dan hot. Kena pulak, story tersebut berkaitan dengan 'musuh' kita. Memang best la cerita keburukan orang ni. Terasa tak sabar-sabar nak mengumpat bersama rakan 'sekepala'.
Namun Allah swt yang Maha Tahu akan perangai manusia yang diciptakan-Nya sudah pun memberi garis panduan terhadap aktiviti yang macam best nih. Sila lihat Surah Hujurat, erm kalau boleh dihafal. Hanya delapan belas ayat cuma.
[12] Al-Hujurat
...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya...
Tapi... nak jugak ngumpat... Boleh tak?
Boleh kalau cukup syarat dan cukup haul. Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan enam keadaan yang mana seseorang itu dibenarkan oleh Islam untuk mengumpat dan menyatakan kejahatan atau keburukan orang lain:
1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah ataupun pihak yang berautoriti agar kezaliman dapat dibanteras.
2. Perbuatan mengumpat dan mendedahkan kesalahan adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran: "Si Fulan melakukan kemungkaran. Maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.
3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"
4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.
5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya secara terang-terangan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat tentang kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang.
6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.
Ala... takkan yang lain tak boleh....
Selain tu, tak dapek nak nolong... kalau nak sangat ngumpat... dah gatal sangat bibir. tak tertahan rasa merenyam di dalam hati. Umpatlah mereka yang Allah dah sebut dan laknat di dalam Al-Quran seperti Firaun, Haman, Qarun. Umpatlah mereka sepuas hati mu wahai insan....
Ps: Usah menghukum insan lain (dengan umpatan kita) sebelum Allah menjatuhkan hukuman-Nya
Sumber gambar:
www.ensiklopediamuslim.blogspot.com
teringat penah belajar masa sekolah menengah dulu....subjek Pendidikan Syariah Islamiah ataupun Pengajian Quran Sunnah. hehe
BalasPadamYe btol... tenks for the comment.
BalasPadamTerkadang kita perlu kepada pengulangan utk menjadikan ianya kukuh...
PSI that is...
Kalau sudah mintak maaf kpd org yg diumpat,ttpi maaf tu tak diterima..bgaimna pula???
BalasPadam