Uish... tajuk nak kontroversi aje.
Agak lame gak tak meng'N3' kat blog nih.
Cuma kali ni aku nak kongsi petikan nasihat yang member aku bagi pada aku suatu ketika dahulu.
Time tu aku adalah salah seorang rakyat yang berusaha menyumbang kepada aktiviti perkembangan tembakau negara.
Waktu itu aku juga gemar untuk menikmati jenama Marlboro dan sebelum itu Dunhill 14 (sebab 20 kurang 'kick') dan sebelum itu Salem. Dan jenama terakhir yang aku nikmati sebelum aku
quit for ever (Insya Allah) ialah GG.
Waktu membe aku bagi nasihat ala-ala tazkirah tu, kami sedang menunggu
dinner kami di
serve.
Maka bermulalah ceritera....
"Syem, ko tau tak apa beza rokok dengan babi?" Beliau memulakan 'pancingan'.
Lalu aku dengan keyakinan yang jitu melayan pancingan tersebut "Rokok makruh, babi haram"
"Perbezaan lain?" Beliau meneruskan.
"Pegang rokok harus, pegang babi kena samak" aku membalas.
"Nak tak aku bagitau perbezaan lain?"
"Silakan...."
"Kalau makan babi, mudaratnya hanya kepada si pemakan. Kerana dipercayai wujud cacing pita yang sukar untuk di hapuskan. Itu pun masih di dalam kajian dikalangan pengkaji. Yang penting makan babi hanya akan memberi kesan kepada individu yang memakannya sahaja. Setuju?"
"Setuju...." Jawap aku secara jujur.
"Tapi, kalau merokok. Mudaratnya bukan hanya pada si perokok, tetapi juga kepada mereka yang berada di sekelilingnya walau pun mereka tidak merokok. Dengan kata lain, si perokok memudaratkan diri dan juga orang lain.
Kesan dari merokok pulak tidak syak lagi. telah pun ada kajian dan telah terbukti keberkesanannya. Belum pernah aku dengar seorang doktor pun yang mengatakan merokok tak bahaya... Setuju?"
"So, Syem... yang mana lebih patut di letakkan 'haram'? sendiri makan sendiri bahaya atau sendiri pakai orang lain pun terbabit?"
Aku terkedu, otak ku ligat berfikir..... Namun itu bukan sebab mengapa aku berhenti dari menikmati rokok... aku masih tegar tika itu...
Akan datang aku kongsi lak cemana aku boleh berhenti menikmati rokok
Sumber photo dari:
www.healthcare4me.net
www.clker.comwww.china-star-international-limited.tradenote.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah