Khamis, 30 September 2010

Balut vs Tutup ver 2

Bila sentuh isu tutup aurat, slalu yang terkena, panas telinga, tak senang duduk, sakit ati dan lain-lain perasaan yang sewaktu dengannya ialah kaum sejenis dengan Hawa (nenda kita). Sebaliknya kaum berlawanan jenis boleh goyang kaki sambil tengok tv atas sofa dan kunyah kacang. Bila disentuh tentang aurat, kaum lelaki biasanya tidak akan terasa apa-apa. Mengapa?

Adakah kerana aurat lelaki yang ringkas? atau
Adakah lelaki seronok tengok aurat rakan berlawanan jenis? atau
Itu hal orang pompuan dan org lelaki tak perlu campur tangan?

Jawap pelan-pelan.

Sebenarnya, bila kita membicarakan tentang had yang Allah telah tetapkan suka atau tidak ianya melibatkan semua jantina tidak kira perempuan mahupun lelaki tanpa mengira ras, bangsa dan keturunan. Ini kerana Allah ciptakan manusia supaya menjadi khalifah atas muka bumi. Dan tiada sebarang penentuan jantina untuk tugas kekhalifahan ini. Lihat Al-Baqarah ayat :
[30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.


Ini sebagai bukti bahawa bebanan tugas khalifah bukan hanya terhadap ke atas satu satu jantina sahaja. Bahkan ianya melibatkan semua jantina. Untuk makluman hanya ada 2 jantina yang terbabit. iaitu lelaki atau perempuan. So, apa tugas khalifah? Antara tugasnya ialah memakmurkan bumi selari dengan kehendak Allah. Tugas ini untuk semua. Mana mungkin seorang itu boleh jadi khalifah dengan hanya dia seorang. Untuk jadi khalifah, perlu ada pemimpin dan pengikut. Namun tulisan ini bukan ingin membincangkan sapa pemimpin dan sapa pengikut.

Kembali kepada persoalan yang ditimbulkan. Bila disentuh hal ehwal berkenaan penutupan aurat sepatutnya kaum lelaki turut terasa akan kebertanggungjawaban terhadap permasalahan ini. Kerana setiap lelaki ada share terhadap perempuan disekitar mereka. Suami terhadap isteri, anak perempuan, ibu dan saudara perempuannya . Anak lelaki terhadap ibu, kakak dan adik perempuannya.

So (untuk kali kedua), lelaki kena beringat bahawa mereka juga bakal ditanya tentang share mereka. Hal ini selari dengan peruntukan dari Allah dalam At-Tahrim ayat :
[6]
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


So (buat kesekian kali), beringatlah buat kaum lelaki, perhatikan cara penutupan aurat mereka yang dibawah tanggungjawab kita. Kerana kita semua bakal disoal oleh Allah. Usah bersenang lenang seolah-olah tidak terlibat dalam ini filem. Ini kerja kita. Ini tanggungjawab kita. Bebaskan mereka dari azab. Ingatkan mereka.

Selasa, 28 September 2010

Balut vs Tutup ver 1

Hari ni kita akan belajar 2 patah perkataan dan penggunaannya. Mungkin ada yang terkeliru hingga agak kurang tepat menggunakan amali bagi kedua patah perkataan ini. Kita mula.

Makna balut menurut Kamus Pelajar Edisi ke-2 antaranya ialah = benda yg digunakan utk membungkus;

Makna tutup pula ialah = 1 tidak dibuka; lw buka: Kedai itu ~ pd hari Jumaat. 2 = penutup benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu.

So, balut adalah berbeza dengan tutup. Sekian.

Sekarang kita perhati dalam bentuk amalinyer. Tidak ramai yang patuh kepada piawaian 'tutup' malah agak ramai yang sekadar mem'balut' dengan sangkaan sudah menutup. Kita perhatikan beberapa contoh :Ada yang pakai tudung, tetapi nampak jambul; rambut masih terurai di depan dan di belakang

Ada yang pakai tudung, tetapi tidak tutup dada

Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak bayangan rambutnya kerana kain tudung yang nipis.

Ada yang pakai tudung, tetapi pakai T-shirt hingga nampak bentuk rupa ketulan badan dan kulit tangan

Ada yang pakai tudung, tetapi memakai seluar hingga menampakkan lingkaran tubuh bahagian bawah pusat hingga ke lutut

Ada yang pakai tudung, tetapi memakai skirt hingga menampakkan betis

Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak leher

Ada yang memakai tudung, tetapi masih pakai pakaian yang ketat atau transparent

Gambar di atas hanya sebagai contoh cara membalut badan dan tidak mencapai kehendak penutupan aurat yang dikehendaki syara'.

Kalau begitulah keadaannya, sebenarnya wanita Muslim itu belum lagi menutup aurat dengan sempurna. Dia baru nak berjinak-jinak dengan agama sepertimana muallaf yang berjinak-jinak dengan agama. Dia tidak serius, dia tidak ikhlas, dia tidak jujur, atau dia tidak faham cara memakai tudung dan menutup aurat yang betul dalam Islam. Ringkasnya dia masih jahil dalam bab menutup aurat. Bagi yang sudah tahu tetapi masih berkeras tidak mahu memakai tudung dengan cara yang betul, maka dia sebenarnya engkar pada suruhan Allah.

Hari ini apabila ramai wanita mahu memakai tudung, maka pereka fesyen dan peniaga mengambil kesempatan merekabentuk fesyen supaya pemakainya boleh memilih pelbagai rupa bentuk fesyen tudung. Pereka fesyen dan peniaga mencari keuntungan di atas permintaan dan trend wanita Islam memakai tudung tanpa mengira samada rekaan fesyennya atau jualan tudung itu memenuhi syarat pakaian tudung dalam Islam.

Akhirnya direka dan dijuallah tudung tiga segi yang pendek dan kontot hingga tidak dapat menutup dada dan ketulan daging tubuh wanita. Adakah pereka dan penjual akan terlepas dari hukum Tuhan kerana menyedia dan menjual tudung seperti itu?

Akhirnya direka dan dijuallah tudung yang kain yang mahal dan rupa yang menarik sehingga pemakainya berlumba-lumba menunjuk kemewahan dan menunjuk lagak kain siapa yang lebih mahal dan lebih cantik? Timbullah riak dan iri hati.

Salahkah bermewah? Salahkah beli kain tudung yang mahal kalau kita mampu? Salahkah berfesyen bila memakai tudung? Tidak salah, asalkan
  • tutup rambut selengkapnya
  • melabuh tudung hingga menutup dada
  • bahagian lain pada tubuh badan wanita juga ditutup dengan dengan pakaian longgar, termasuk melabuh kain baju ke paras peha dan pinggul jika memakai seluar
  • memakai tudung dengan iman dan taqwa

Apa pun, manusia ada nafsu. Kadang nafsu mengatasi iman dan akal. Itu urusan dia dengan Allah.

Kalau iman dan taqwa tinggi, ia akan tunduk pada peraturan cara memakai tudung yang betul dan menutup aurat dengan sempurna.

Kalau tepuk dada tanya selera, maka ia akan utamakan nafsu. Kalau tepuk dada tanya iman, dia tidak banyak cakap, tidak banyak berkira, tidak banyak kompromi lagi. Dia tahu dia hanyalah salah satu ciptaan Allah, dan dia akan kembali kepada Allah dan berhadapan dengan Allah serta menjawab pelbagai soalan mengenai auratnya.

Maka kembalilah kepada yang asas. Asasnya, kenapa kita pakai tudung? Untuk apa? Untuk SIAPA? Adakah bertudung untuk lawa? Adakah bertudung untuk nampak baik di mata orang? Adakah bertudung untuk nampak suci dan mulia? Adakah bertudung kerana Mak suruh, atau suami suruh? Adakah bertudung kerana Allah suruh?

Usia kita

Hari ini adalah hari ke 19 dalam Bulan Syawal. Hari ini kita akan bicara soal usia. Bukan hendak memperkatakan tentang definisi usia, namun ingin memberi sedikit ingatan terhadap usia.

Apa ada pada usia?
Dengan usia kita boleh ukur tahap ke'mumaiyiz'an seseorang.
Dengan usia kita tahu sudah akil baligh atau belum
Dengan usia maka wujud istilah andartu atau andalusia
Dengan usia ada insan yang layak diberi tahap pencen
Dengan usia kita bakal ditanya "kemana kita habiskan usia?"

Anda tahu bahawa:
Rasulullah SAW diangkat menjadi nabi dan rasul tatkala usia baginda 40.
Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah pada usia 52. (622M - 570M (tahun baginda lahir))
Peperangan pertama dalam Islam ialah ketika Rasulullah SAW berusia 54. (624M)
Rasulullah SAW patah gigi dalam Perang Uhud ketika berusia 56. (625M)
Perang Khandak pada usia 58, baginda lapar sehingga ikat batu diperut. (627M)
Fathu Makkah pada usia 61. (630M)
Baginda wafat ketika berusia 63. (632M)

Anda juga tahu bahawa Rasulullah SAW mula menghadapi siri peperangan diawal usia 'pencen' orang kita. Rasulullah SAW mentadbir urus negara selama 10 tahun juga ketika usia 'pencen' orang kita. Anda juga tahu apa yang orang kita buat ketika usia 'pencen'... Main dengan cucu....

"Ya Allah, kami ingin tubuh badan yang kuat dan sihat hingga ke akhir hayat. Ya Allah, pandulah kami dengan tubuh badan yang sihat itu untuk terus berdakwah demi MU dan hanya keranaMU"

Isnin, 27 September 2010

Kisah Sahabiah : Asma binti Yazid Anshari r.ha

Asma binti Yazid Anshari r.ha adalah seorang sahabiah. Pada suatu ketika, ia mendatangi Nabi SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, aku datang sebagai utusan kaum wanita. Sungguh, engkau adalah utusan Allah untuk kaum lelaki dan juga wanita. Untuk itu kami sebagai kaum wanita telah beriman kepada Allah dan kepadamu. Kami kaum wanita selalu tinggal di dalam rumah saja, tertutup dalam hijab-hijab dan sibuk menunaikan keperluan serta keinginan suami. Kami selalu mengasuh anak-anak, sedangkan kaum lelaki selalu mendapat pekerjaan yang memborong pahala. Mereka dapat menghadiri solat jumaat, dapat berjamaah solat lima waktu, dapat menjenguk orang sakit, menyertai jenazah, pergi haji, dan yang paling utama mereka dapat berjihad di jalan Allah. Jika mereka sedang mengerjakan haji, umrah, atau jihad, kamilah yang menjaga harta mereka, menjahitkan baju mereka dan memelihara anak-anak mereka. Maka, apakah kami tidak mendapatkan pahala yang sama dengan mereka?“

Rasulullah saw. Mendengarnya dengan penuh perhatian. Kemudian berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda. “ Pernahkan kalian mendengar sebuah pertanyaan agama yang lebih baik daripada pertanyaan wanita ini?” Para sahabat r.a berkata, “ Ya Rasulullah, bahkan kami tidak menduga bahwa kaum wanita akan dapat bertanya seperti itu.” Lalu baginda saw. Berpaling kembali kepada Asma r.ha dan bersabda, “Dengarlah dengan baik dan perhatian, lalu sampaikan kepada para wanita muslimah yang telah mengirimmu kesini. Apabila para isteri selalu berbuat baik kepada suaminya, selalu mentaatinya, melayaninya dengan baik dan berusaha membuat suaminya selalu bergembira, maka itu adalah sesuatu yang sangat berharga. Jika semua itu dapat kalian kerjakan, kalian akan mendapatkan pahala yang sama dengan kaum lelaki.“ Mendengar jawaban Nabi saw. itu, hati Asma r.ha sangat bergembira. Kemudian ia segera kembali menjumpai kaumnya.

Renungkan kisah di atas. Alangkah mudahnya wanita mendapat pahala yang setimpal dengan lelaki... Usahakanlah, gerakkanlah jentera tenaga kalian wahai wanita untuk meraih seberapa banyak kebaikan.

Rabu, 22 September 2010

Alternatif

Kita sebagai manusia adalah berbeza dari segi penciptaan berbanding dengan makhluk Allah yang lain. Apa yang membezakan kita dengan malaikat ialah keupayaan kita untuk membuat pilihan. Manusia bebas untuk memilih kebaikan dan menolak kejahatan atau memilih kejahatan dan meminggirkan kebaikan.

Semasa pilihan kebaikan (niat) dibuat manusia sudah pun beroleh kebaikan (pahala) dan kebaikan tersebut bertambah dengan terlaksananya pilihan kebaikan. Sebaliknya jika pilihan maksiat (niat) dibuat, manusia belum dikira melakukan kesalahan (dosa). Namun kesalahan dikira sejurus melaksanakan pilihan maksiat tersebut. Perlu diingat bahawa usaha manusia yang tersasar melakukan kesalahan kembali kepada kebaikan menjadikan manusia kembali baik malah bertambah baik. Maha Suci Allah yang begitu Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya.

Perhatikan firman Allah (Surah al-Shams) yang berikut:
[7]
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
[8]
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
[9]
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10]
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).


Ternyata kehidupan atas bumi ini dipenuhi dengan dugaan alternatif, pilihan serta choice yang telah dibentang oleh Allah Yang Maha Pencipta kepada kita. Ujian ini hanya wujud atas muka bumi ini... tidak terdapat di alam lain.

'Kehidupan' kita bermula dari alam ruh... kita tidak punya pilihan melainkan patuh dan taat pada Allah Yang mencipta kita. Lemahkan kita...

Kemudian kita di transfer ke alam rahim dan sekali lagi kita tidak punya sebarang pilihan. Kita tidak boleh memilih untuk:
Jadi lelaki atau perempuan
Keluarga bangsawan atau orang bawahan
Kulit cerah atau kelam
Mancung atau pesek
Sempurna atau cacat
Hatta untuk selamat keluar melihat dunia atau lemas di alam tersebut pun tertakluk kepada kekuasaan Allah.
Tatkala itu tiada manusia yang berhak membuat pilihan. Kerana semuanya telah Allah tentukan berdasarkan ilmuNYA yang tiada batas.

Setelah lahir kita ke bumi, barulah Allah beri 'privilege' kepada kita untuk membuat pilihan. Itupun setelah kita mencapai apa yang dikatakan sebagai mumaiyiz a.k.a sempurna akal. Sebelum itu, kita masih tidak boleh membuat sebarang pilihan. Tidak upaya untuk pilih:
Susu kegemaran
Lampin kesukaan
Syampoo idaman

Allah beri kita kuasa memilih ini hanya sekejap cuma. Tak lama. Kejaaapppp jee... dari mumaiyiz hingga kita mati sahaja. Dan pilihan yang dibuat dalam tempoh tersebutlah yang bakal merubah senario masa depan kita buat selama2nya. Ingat kita masih ada 2 alam lagi yang perlu ditempuh dan keduanya tidak membolehkan kita untuk membuat sebarang pilihan. Pilihan hanya ada atas muka bumi nih. Diulangi hanya ada atas muka bumi nih.

Cuba perhatikan firman Allah (Surah Sajdah) yang ini:
[12]
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
[13]
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)”.


Bukankah ayat ini antara bukti bahawa kita sudah tiada pilihan bila berada di alam selain dari alam dunia?

Mari kita telusuri kehidupan kita seharian. Seawal mendengar Azan Subuh (kalau dengar la) kita diberi pilihan untuk bangkit solat atau menarik selimut lantas terus melelapkan mata. Kita mampu memilihnya. Kemudian pelbagai jenis pilihan terhidang untuk kita, mandi atau sekadar membasuh rambut, baju petak atau plain, seluar itam atau biru, sarapan ringan atau berat. Kita mampu memilihnya.

Seterusnya bila tiba di pejabat kita juga dikehendaki memilih untuk terus duduk menyiapkan kerja atau bermain solitaire atau mungkin membaca akhbar dulu. Kita mampu memilihnya. Kita juga dikehendaki memilih untuk menyiapkan kerja dengan teliti, amanah dan integriti atau dengan sambil lewa dan acuh tak acuh. Kita mampu memilihnya. Tatkala Azan Zuhur berkumandang, kita juga mampu memilih untuk melaksanakan solat awal waktu atau keluar makan tengahari atau meneruskan kerja yang belum siap. Kita mampu memilihnya.

Ada sorang sahabat Nabi tengah buat rumah tiba2 dengar azan lalu berhenti :
Walaupun hanya tinggal seketul batu je lagi nak letak untuk siapkan rumah tu, lalu org munafik tegur, “kenapa tak siapkan, satu batu je lagi…” sahabat tadi tak marah dan bagitau kat orang tu “aku takut nanti Allah Tanya kat akhirat mana yang kau lebih utamakan, Allah atau batu?” dan ajak org tu gi masjid… Ternyata kita pun mampu memilihnya.

Oleh kerana Azan Asar berkumandang sekitar 4.20-4.45 petang dan kita balik ke rumah (abis waktu pejabat) dalam lingkungan 5.00-5.30, maka kita ada pilihan untuk melaksanakan solat diawal waktu atau men'delay'kan ibadah kita setelah sampai dirumah. Kita mampu memilihnya.

Sesampai di rumah, bertemu dengan isteri (bagi yang ada isteri di rumah) kita boleh sebenarnya memilih untuk bermanis muka, mengucapkan salam dan kata2 manis untuk isteri yang setia menunggu di rumah atau melakukan sebaliknya, marah2 kerana rumah bersepah, rimas dan pelbagai reaksi lain. Kita mampu memilihnya.

Teringat respon Rasulullah SAW yang kita cinta terhadap soalan dari Aishah si Humairah yang mempersoal layanan baik Rasulullah terhadap perilaku buruk orang terhadap baginda. Mafhumnya "Perlukah aku membuang sikap baikku, kerana sikap buruk orang lain?". Bukankah kita juga mampu memilihnya?

Setelah Solat Maghrib kita juga boleh memilih untuk laksanakan Solat Sunat Awwabin atau tadabbur Al-Quran atau duduk di atas sofa menunggu jam 8. Semuanya atas kita untuk memilihnya. Kita mampu memilihnya.... Seterusnya, samada kita masih di atas sejadah atau di atas sofa atau di depan tv dan terdengar Azan Isya' di kumandangkan terpulang atas pilihan kita untuk bangkit Solat Isya' diawal waktu atau meneruskan kerja kita dan sekali lagi men'delay'kan solat. Kita yang memilihnya.

Akhirnya, sebelum tidur dan bagi mengakhiri kegiatan seharian kita. Kita dihidangkan pilihan samada untuk:
Solat Sunat Witir
Niat bangun Qiamullail
Berwudhu'
Doa Tidur
Tidur telentang, tiarap, mengiring atau gaya bebas
Kita mampu memilihnya.

Namun, yang paling penting... kita sebenarnya berhak untuk memilih samada ingin menjalankan kehidupan kita mengikut Sunnah Rasulullah secara keseluruhan, sebahagian atau menidakkannya. Kerana Allah Yang Maha Tahu telah menyediakan contoh tauladan untuk kita follow. Contoh yang baik seperti Muhammad Rasulullah. Contoh yang tak baik seperti Firaun, Haman, Namrud.... Kita mampu memilihnya.

So, silakan pilih untuk kita sendiri amalkan atau kita ajak orang untuk sama2 beramal...

Isnin, 20 September 2010

Hari-hari selepas Ramadhan

"Barangsiapa yang menyembah Ramadhan, maka Ramadhan telah hilang, namun barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah itu Maha Hidup dan tidak mati..."

Saya yakin kita semua tahu Ramadhan itu apa?

Tidaklah Ramadhan melainkan hanya satu bulan yang diangkat Allah SWT sebagai penghulu kepada segala bulan. Di dalamnya dijanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang tidak ternilai.

Kalau bukan kerana Allah SWT, tiadalah kelebihan dan ganjaran di dalamnya.
Kalau bukan kerana Allah, tiadalah kefardhuan puasa di dalamnya.
Kalau bukan kerana Allah SWT tiadalah tarawih.
Kalau bukan kerana Allah jua tiadalah zakat fitrah.
Malah kalau bukan kerana Allah SWT tiadalah apa yang dinamakan Ramadhan.

Itulah hakikat sebenar Ramadhan. Hanya makhluk daripada makhluk-makhluk Allah SWT.

Justeru, apakah sebenar yang kita sembah?
Adakah Ramadhan atau Tuhan Ramadhan?
Jika Tuhan Ramadhan yang disembah,
Mengapa hanya hadir ke masjid ketika Ramadhan?
Mengapa pusat-pusat maksiat hanya ditutup @ separa tutup ketika Ramadhan?
Mengapa hanya menutup aurat penuh @ separa penuh ketika Ramadhan?
Mengapa hanya menyambut Merdeka tanpa hiburan melampau ketika Ramadhan?
Mengapa hanya membaca al-Qur’an ketika Ramadhan?
Mengapa hanya tidak menikam ekor @ berjudi ketika Ramadhan?
Mengapa hanya tunaikan solat lima waktu ketika Ramadhan?
Mengapa hanya bersedekah ketika Ramadhan?
Mengapa hanya menghentikan berlakon ‘adegan panas’ ketika Ramadhan?
Dan seribu mengapa lagi…

Sedarlah bahawa, bukan bulan itu yang kita sembah... tetapi pengabdian kita hanyalah semata2 kepada Allah tidak kira masa dan saat. pengabdian kita tidak terikat dengan waktu dan tempat. istiqomahlah... konsistenlah... didiklah diri untuk ikhlas beribadah kepada Allah.... kerana kita ikhlas ibadah dan gandakan usaha ibadah bukan kerana ramadhan... tetapi kerana Allah.

Ahad, 5 September 2010

The Chosen One

Secara jujur... aku mmg jenis tak pernah bersungguh nak hapal lirik lagu... sementelah Allah bagi aku lupa, walau lagu tu slalu ku dengar dan diputar di corong radio (radio sekarang pakai corong lagi ke?). Namun antara lagu yang aku tak lupa dan ingat senikatanya ialah Negaraku dan Sabah Tanahair ku. Mungkin lagu ni aku dengar waktu bebudak dan otak pun tengah fresh kot.

Hari ni aku nak kongsi 1 lirik lagu yang begitu menyentuh kalbu. Ditambah lak bila tengok klip videonyer.... Allah terima kasih atas nikmat ini. Terimalah rerakanku lagu The Chosen One oleh Maher Zain

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One


*ps : tang tempat ber Bold tu merupakan harapan aku... apakah Rasulullah akan tersenyum melihat kita disana?

Iklan....

Sabtu, 4 September 2010

Mutiara Kata

Sedarlah rezekimu tidak akan dimakan orang lain, maka hatimu tenteram.

Sedarlah amalmu tidak akan dikerjakan oleh orang lain, maka sibuklah mengerjakannya.

Sedarlah kematian itu datang tiba-tiba, maka bersiap-siaplah menghadapinya.

Sedarlah hartamu tiada kekal, maka jgn diizin ia terikat dihati.

Sedarlah tiada yg lepas... dari penglihatan Allah, maka Malulah kepadaNya sentiasa.

Jumaat, 3 September 2010

Adab Tilawah

‎Badan dan pakaian, tempat, suci dari najis, dan ada wudhu (Abu Dawud, Tirmidzi, Thabrani, Hakim)

Membaca dengan penuh rasa takut pada Allah (Baihaqi) * Al Quran adalah kalamullah, perkataan yg maha segalanya.

..membaca dengan tajwid dan tartil (Abu Dawud)

Membacanya dengan qiraat arab, haram membacanya dengan nada ...nyanyian (Baihaqi, Thabrani, Hakim)

Seseorang yang sudah menghafal alquran, atau sebagian ayat alquran, jangan mengatakan "aku lupa ayat ini..." tetapi katakanlah "aku dilupakan oleh Allah ayat ini..."(Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ahmad)

Al Quran tidak boleh dilangkahi (Ibnu Hajar)

Al Quran tidak boleh dijadikan bantal atau alas (Thabrani, Baihaqi)

Senarai Blog Saya

Pengikut