"Barangsiapa yang menyembah Ramadhan, maka Ramadhan telah hilang, namun barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah itu Maha Hidup dan tidak mati..."
Saya yakin kita semua tahu Ramadhan itu apa?
Tidaklah Ramadhan melainkan hanya satu bulan yang diangkat Allah SWT sebagai penghulu kepada segala bulan. Di dalamnya dijanjikan pelbagai kelebihan dan ganjaran yang tidak ternilai.
Kalau bukan kerana Allah SWT, tiadalah kelebihan dan ganjaran di dalamnya.
Kalau bukan kerana Allah, tiadalah kefardhuan puasa di dalamnya.
Kalau bukan kerana Allah SWT tiadalah tarawih.
Kalau bukan kerana Allah jua tiadalah zakat fitrah.
Malah kalau bukan kerana Allah SWT tiadalah apa yang dinamakan Ramadhan.
Itulah hakikat sebenar Ramadhan. Hanya makhluk daripada makhluk-makhluk Allah SWT.
Justeru, apakah sebenar yang kita sembah?
Adakah Ramadhan atau Tuhan Ramadhan?
Jika Tuhan Ramadhan yang disembah,
Mengapa hanya hadir ke masjid ketika Ramadhan?
Mengapa pusat-pusat maksiat hanya ditutup @ separa tutup ketika Ramadhan?
Mengapa hanya menutup aurat penuh @ separa penuh ketika Ramadhan?
Mengapa hanya menyambut Merdeka tanpa hiburan melampau ketika Ramadhan?
Mengapa hanya membaca al-Qur’an ketika Ramadhan?
Mengapa hanya tidak menikam ekor @ berjudi ketika Ramadhan?
Mengapa hanya tunaikan solat lima waktu ketika Ramadhan?
Mengapa hanya bersedekah ketika Ramadhan?
Mengapa hanya menghentikan berlakon ‘adegan panas’ ketika Ramadhan?
Dan seribu mengapa lagi…
Sedarlah bahawa, bukan bulan itu yang kita sembah... tetapi pengabdian kita hanyalah semata2 kepada Allah tidak kira masa dan saat. pengabdian kita tidak terikat dengan waktu dan tempat. istiqomahlah... konsistenlah... didiklah diri untuk ikhlas beribadah kepada Allah.... kerana kita ikhlas ibadah dan gandakan usaha ibadah bukan kerana ramadhan... tetapi kerana Allah.
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah