Selasa, 28 September 2010

Balut vs Tutup ver 1

Hari ni kita akan belajar 2 patah perkataan dan penggunaannya. Mungkin ada yang terkeliru hingga agak kurang tepat menggunakan amali bagi kedua patah perkataan ini. Kita mula.

Makna balut menurut Kamus Pelajar Edisi ke-2 antaranya ialah = benda yg digunakan utk membungkus;

Makna tutup pula ialah = 1 tidak dibuka; lw buka: Kedai itu ~ pd hari Jumaat. 2 = penutup benda yg digunakan utk menudung (melindungi dll) sesuatu.

So, balut adalah berbeza dengan tutup. Sekian.

Sekarang kita perhati dalam bentuk amalinyer. Tidak ramai yang patuh kepada piawaian 'tutup' malah agak ramai yang sekadar mem'balut' dengan sangkaan sudah menutup. Kita perhatikan beberapa contoh :Ada yang pakai tudung, tetapi nampak jambul; rambut masih terurai di depan dan di belakang

Ada yang pakai tudung, tetapi tidak tutup dada

Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak bayangan rambutnya kerana kain tudung yang nipis.

Ada yang pakai tudung, tetapi pakai T-shirt hingga nampak bentuk rupa ketulan badan dan kulit tangan

Ada yang pakai tudung, tetapi memakai seluar hingga menampakkan lingkaran tubuh bahagian bawah pusat hingga ke lutut

Ada yang pakai tudung, tetapi memakai skirt hingga menampakkan betis

Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak leher

Ada yang memakai tudung, tetapi masih pakai pakaian yang ketat atau transparent

Gambar di atas hanya sebagai contoh cara membalut badan dan tidak mencapai kehendak penutupan aurat yang dikehendaki syara'.

Kalau begitulah keadaannya, sebenarnya wanita Muslim itu belum lagi menutup aurat dengan sempurna. Dia baru nak berjinak-jinak dengan agama sepertimana muallaf yang berjinak-jinak dengan agama. Dia tidak serius, dia tidak ikhlas, dia tidak jujur, atau dia tidak faham cara memakai tudung dan menutup aurat yang betul dalam Islam. Ringkasnya dia masih jahil dalam bab menutup aurat. Bagi yang sudah tahu tetapi masih berkeras tidak mahu memakai tudung dengan cara yang betul, maka dia sebenarnya engkar pada suruhan Allah.

Hari ini apabila ramai wanita mahu memakai tudung, maka pereka fesyen dan peniaga mengambil kesempatan merekabentuk fesyen supaya pemakainya boleh memilih pelbagai rupa bentuk fesyen tudung. Pereka fesyen dan peniaga mencari keuntungan di atas permintaan dan trend wanita Islam memakai tudung tanpa mengira samada rekaan fesyennya atau jualan tudung itu memenuhi syarat pakaian tudung dalam Islam.

Akhirnya direka dan dijuallah tudung tiga segi yang pendek dan kontot hingga tidak dapat menutup dada dan ketulan daging tubuh wanita. Adakah pereka dan penjual akan terlepas dari hukum Tuhan kerana menyedia dan menjual tudung seperti itu?

Akhirnya direka dan dijuallah tudung yang kain yang mahal dan rupa yang menarik sehingga pemakainya berlumba-lumba menunjuk kemewahan dan menunjuk lagak kain siapa yang lebih mahal dan lebih cantik? Timbullah riak dan iri hati.

Salahkah bermewah? Salahkah beli kain tudung yang mahal kalau kita mampu? Salahkah berfesyen bila memakai tudung? Tidak salah, asalkan
  • tutup rambut selengkapnya
  • melabuh tudung hingga menutup dada
  • bahagian lain pada tubuh badan wanita juga ditutup dengan dengan pakaian longgar, termasuk melabuh kain baju ke paras peha dan pinggul jika memakai seluar
  • memakai tudung dengan iman dan taqwa

Apa pun, manusia ada nafsu. Kadang nafsu mengatasi iman dan akal. Itu urusan dia dengan Allah.

Kalau iman dan taqwa tinggi, ia akan tunduk pada peraturan cara memakai tudung yang betul dan menutup aurat dengan sempurna.

Kalau tepuk dada tanya selera, maka ia akan utamakan nafsu. Kalau tepuk dada tanya iman, dia tidak banyak cakap, tidak banyak berkira, tidak banyak kompromi lagi. Dia tahu dia hanyalah salah satu ciptaan Allah, dan dia akan kembali kepada Allah dan berhadapan dengan Allah serta menjawab pelbagai soalan mengenai auratnya.

Maka kembalilah kepada yang asas. Asasnya, kenapa kita pakai tudung? Untuk apa? Untuk SIAPA? Adakah bertudung untuk lawa? Adakah bertudung untuk nampak baik di mata orang? Adakah bertudung untuk nampak suci dan mulia? Adakah bertudung kerana Mak suruh, atau suami suruh? Adakah bertudung kerana Allah suruh?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut