Memaparkan catatan dengan label ruku'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ruku'. Papar semua catatan

Khamis, 10 Mei 2012

Mengapa itu tasbihnya - ruku' - kedua


Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Segala puji untuk ALLAH swt yang telah mengurniakan pelbagai nikmat dan hidayah yang berpanjangan ke atas kita semua.

Solawat dan salam ke atas Rasulullah saw juga kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat juga mereka yang menuruti jalan yang telah Baginda tunjuk.

Rakan rakan...

Agak lama tidak mengupdate belog ini dikeranakan oleh suatu kerana... (ayat kitab tauhid), tapi hari ni terasa macam takde bz mana, maka sekira-kira nam melapangkan masa untuk mencoretkan kesinambungan tasbih ruku' yang lalu... Mengapa itu tasbihnya?

Sahabat sahabatku sekalian...

Jika pada tulisan yang lalu, kita masih belum dapat merasa atau perasaan itu belum kuat dan menebal. Nak rasa apa ni? Rasa bahawa ALLAH itu hebat di hati, Rasa bahawa ALLAH itu Maha Agung, ALLAH itu Maha Berkuasa buat apa sahaja.

Disamping kita perlu rasa yang kita ni tak upaya, tak mampu, lemah, perlu kepada pergantungan pada ALLAH dan paling penting kita memerlukan ALLAH.

Jom kita tengok sambungan ayat dalam Surah Waqiah, kita amati peringatan dari ALLAH khusus untuk kita semua....

56:77




56:78








56:80





56:81





[77]
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?


Lihatlah bahawa ALLAH mengingatkan kita tentang kedudukan Al Quran. ALLAH yang turunkan Al Quran untuk manusia. Malah ALLAH cabar manusia untuk buat macam Al Quran jika mampu. Cuba bayangkan jika Al Quran diangkat semula saat ini... Dulu awal tahun 90 an pernah kecoh tentang ayat Quran 'hilang' dari mushaf. Ketika itu gelombang membaca Al Quran wujud dimana-mana. Tapi lepas beberapa tahun, peristiwa itu dilupakan dan Al Quran kembali di'almari'kan.

Hakikatnya kita sekarang menganggap Al Quran itu hanya sekadar kitab suci untuk dibaca bagi mendapat pahala saje. Dikhatamkan beberapa kali di Bulan Ramadhan. Item wajib dalam dulang hantaran perkahwinan. Dijunjung atas kepala untuk proses sumpah samada laknat atau yang lain. Digunakan bagi menghalau hantu dan menjadi pelaris. Hanya dibaca pada surah-surah tertentu bagi tujuan tertentu. Contohnya kena baca Surah Maryam, Luqman, Yusuf waktu mengandung supaya anak cantik, bijak dan mudah bersalin. Akibatnya, surah-surah lain seperti Muhammad, Nahl, Jathiyah, Munafiqun, Taghabun dan lain-lain langsung tak pernah terlintas dan tergerak nak baca selain di Bulan Ramadhan.Itu pun dibaca sekali lalu je. Dan kita tidak pernah merasakan ayat ke 81 itu di tujukan atas batang hidung kita. Never... Illek...

Perhatikan,

Tiada sebarang makhluk boleh campur tangan dalam 'penghasilan' ayat ayat ALLAH. Apakah ini belum cukup untuk memperlihatkan betapa hebatnya ALLAH itu?

Al Quran pula khusus untuk ummat Muhammad saw. Tak rasa istimewa ke?

Al Quran itu mukjizat kekal bagi Rasulullah saw hingga kiamat. Kita rasa tak Quran itu mukjizat? kita langsung tak rasa.

Ada tak sebarang bentuk bayaran atau royalti yang kita kena bayar? Hebatnya ALLAH menurunkan sesuatu yang out of the world untuk kita jadikan rujukan. ALLAH Maha Hebat. Hebat tak?

Seterusnya kawan kawan...


56:83
56:84



[83]
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]
Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?


Baca dan fahami ayat ini.... ALLAH sindir manusia - manusia yang masih tak merasa hebatnya ALLAH di hati pada ayat ke 86. Wahai sekalian manusia, kalau kamu rasa kamu hebat, kamu power, punya kuasa, tidak tunduk pada kekuasaan ALLAH, maka dijemput kamu semua buat seperti ayat 87, kembalikan roh yang telah dicabut oleh malaikat maut itu. kembalikan.... ALLAH cabar supaya kembalikan....

Anda tak mampu mengubahnya.

Oleh itu, hebat tak ALLAH? Hebat tak?

Peringatan seterusnya rakan-rakanku....


56:88
56:90
56:92[88]
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[90]
Dan jika ia dari puak kanan,
[92]
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,


Lihat 3 ayat ni. Selepas roh kita di cabut, ALLAH akan letakkan kita dalam salah satu dari 3 grup ini. Syarat kemasukkan telah ALLAH tentukan di awal surah ini (sila baca kalau nak tahu). ALLAH yang letak, tiada makhluk pun boleh campur tangan, sebarang surat menyurat walau pun beserta recommendation dari siapa jua pun tidak akan terkesan. Nak sogok? ampu? rasuah? kabel? ubah cv? boo layan...

Hebat tak ALLAH?

Jika kita rasa hebatnya ALLAH, maka luahkan rasa hebatnya ALLAH itu tatkala kita menyahut arahan ALLAH:



56:96dengan mengucapkan


ketika ruku' dengan penuh rasa takzim. Ucap perlahan-lahan. Sebut satu-satu. Usah terburu-buru. Sedari bahawa ketika itu kita sedang memuji dan mengangungkan ALLAH yang Maha Agung. Ruku' dengan betul, luruskan tangan, kaki dan tulang belakang. Pastinya redha ALLAH menanti.


"Think out of the box inside the Quran"



Selasa, 13 Mac 2012

Mengapa itu tasbihnya? - ruku' - ketama



Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Solawat dan salam ke atas Rasul صلى الله عليه وآله وسلم serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.

Bagi yang menunaikan Solat Fardhu dan juga yang melaksanakan Solat Sunat pastinya akan mengucapkan tasbih ketika ruku' iaitu:

atau
Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat TerpujiNYA

Bacaan ini cukup popular. Tapi tahukah kita, mengapa tasbih ini yang dipilih serta paling kerap diucapkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dalam banyak banyak tasbih memuji ALLAH yang lain? Apa yang kita patut rasa waktu ruku'? Apa yang patut kita rasa sewaktu kita ucapkan pujian tersebut? Paling penting mengapa kita disuruh oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم untuk bertasbih dan baginda صلى الله عليه وآله وسلم melarang kita membaca quran dan berdoa kala itu?

Mari kita tadabbur bersama ayatullah di bawah ini:

56:57


Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

* ALLAH yang cipta kita, kan baik kalau kita yakin. Lalu ALLAH tanya kita

56:58
  (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?


* Kamu tak lihat ke air mani yang kamu lepaskan ke dalam rahim isteri?

56:59



Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

* Siapa yang pandu sperm ke tempat ovum? Siapa yang jumpakan kedua dua benih ni? Siapa pula yang senyawakan? Ada beberapa fakta menarik tentang sperma; antaranya:

Sperma yang paling laju berenang akan tiba di ovum sepantas 45 minit, manakala yang paling slow akan ambil masa sehingga setengah hari.
Sesudah masuk ke rahim, sperma bergerak pada kadar 15 minit bagi setiap 1 inci…
Lelaki yang sihat menghasilkan 70-150 juta sperma setiap hari.
Sperma manusia berukuran sekitar 55 mikron. Sebagai perbandingan, kira-kira ukuran rambut manusia adalah 100 mikron.

Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat TerpujiNYA.


56:63





Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

* Jika masih tak rasa hebatnya ALLAH, perhati pula pada benih yang kita tanam.

56:64
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

* Siapa yang belah kulit luar biji benih yang kita tanam supaya pucuk dan akar boleh keluar? Benih yang kita tanam biasanya kita tak perlu susun yang mana atas yang mana bawah, bagaimana pucuk tahu dimana sumber cahaya (sebelah atas) dan akar tahu 'dia' perlu ke bawah, sedangkan benih di tanam di dalam tanah tempat yang gelap!! Maklumat lanjut sila rujuk http://www.harunyahya.com.

Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat TerpujiNYA. Lagi;

56:68  
56:69
56:70
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? 
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? 
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

* Lihat bagaimana ALLAH terangkan tentang ilmu Kitaran Hidrologi (Kitaran Hujan). Bukankah penyumbang terbanyak bagi air yang terpeluwap berasal dari laut dan air laut itu masin. Selayaknya kita sedar ketika ruku' akan Maha suci Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat TerpujiNYA. Seterusnya;

56:71


56:72
Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

* Selepas di bentangkan 4 persoalan yang ALLAH suruh kita perhati, perhati dan perhati, akhirnya ALLAH datangkan perintah;

56:74

Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

* Wahai orang orang yang sering ruku', maka hayati lah tasbih anda tatkala ruku' 



Jika masih belum terasa atau merasa Agungnya ALLAH di kala ruku', tunggu penerangan seterusnya

Senarai Blog Saya

Pengikut