Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Segala puji untuk ALLAH swt yang telah mengurniakan pelbagai nikmat dan hidayah yang berpanjangan ke atas kita semua.
Solawat dan salam ke atas Rasulullah saw juga kepada ahli keluarga baginda serta para sahabat juga mereka yang menuruti jalan yang telah Baginda tunjuk.
Rakan rakan...
Agak lama tidak mengupdate belog ini dikeranakan oleh suatu kerana... (ayat kitab tauhid), tapi hari ni terasa macam takde bz mana, maka sekira-kira nam melapangkan masa untuk mencoretkan kesinambungan tasbih ruku' yang lalu... Mengapa itu tasbihnya?
Sahabat sahabatku sekalian...
Jika pada tulisan yang lalu, kita masih belum dapat merasa atau perasaan itu belum kuat dan menebal. Nak rasa apa ni? Rasa bahawa ALLAH itu hebat di hati, Rasa bahawa ALLAH itu Maha Agung, ALLAH itu Maha Berkuasa buat apa sahaja.
Disamping kita perlu rasa yang kita ni tak upaya, tak mampu, lemah, perlu kepada pergantungan pada ALLAH dan paling penting kita memerlukan ALLAH.
Jom kita tengok sambungan ayat dalam Surah Waqiah, kita amati peringatan dari ALLAH khusus untuk kita semua....
[77]
Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]
Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]
Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]
Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81]
Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
Lihatlah bahawa ALLAH mengingatkan kita tentang kedudukan Al Quran. ALLAH yang turunkan Al Quran untuk manusia. Malah ALLAH cabar manusia untuk buat macam Al Quran jika mampu. Cuba bayangkan jika Al Quran diangkat semula saat ini... Dulu awal tahun 90 an pernah kecoh tentang ayat Quran 'hilang' dari mushaf. Ketika itu gelombang membaca Al Quran wujud dimana-mana. Tapi lepas beberapa tahun, peristiwa itu dilupakan dan Al Quran kembali di'almari'kan.
Hakikatnya kita sekarang menganggap Al Quran itu hanya sekadar kitab suci untuk dibaca bagi mendapat pahala saje. Dikhatamkan beberapa kali di Bulan Ramadhan. Item wajib dalam dulang hantaran perkahwinan. Dijunjung atas kepala untuk proses sumpah samada laknat atau yang lain. Digunakan bagi menghalau hantu dan menjadi pelaris. Hanya dibaca pada surah-surah tertentu bagi tujuan tertentu. Contohnya kena baca Surah Maryam, Luqman, Yusuf waktu mengandung supaya anak cantik, bijak dan mudah bersalin. Akibatnya, surah-surah lain seperti Muhammad, Nahl, Jathiyah, Munafiqun, Taghabun dan lain-lain langsung tak pernah terlintas dan tergerak nak baca selain di Bulan Ramadhan.Itu pun dibaca sekali lalu je. Dan kita tidak pernah merasakan ayat ke 81 itu di tujukan atas batang hidung kita. Never... Illek...
Perhatikan,
Tiada sebarang makhluk boleh campur tangan dalam 'penghasilan' ayat ayat ALLAH. Apakah ini belum cukup untuk memperlihatkan betapa hebatnya ALLAH itu?
Al Quran pula khusus untuk ummat Muhammad saw. Tak rasa istimewa ke?
Al Quran itu mukjizat kekal bagi Rasulullah saw hingga kiamat. Kita rasa tak Quran itu mukjizat? kita langsung tak rasa.
Ada tak sebarang bentuk bayaran atau royalti yang kita kena bayar? Hebatnya ALLAH menurunkan sesuatu yang out of the world untuk kita jadikan rujukan. ALLAH Maha Hebat. Hebat tak?
Seterusnya kawan kawan...
[83]
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -
[84]Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
[87]
Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?
Baca dan fahami ayat ini.... ALLAH sindir manusia - manusia yang masih tak merasa hebatnya ALLAH di hati pada ayat ke 86. Wahai sekalian manusia, kalau kamu rasa kamu hebat, kamu power, punya kuasa, tidak tunduk pada kekuasaan ALLAH, maka dijemput kamu semua buat seperti ayat 87, kembalikan roh yang telah dicabut oleh malaikat maut itu. kembalikan.... ALLAH cabar supaya kembalikan....
Anda tak mampu mengubahnya.
Oleh itu, hebat tak ALLAH? Hebat tak?
Peringatan seterusnya rakan-rakanku....
[88]
Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[90]
Dan jika ia dari puak kanan,
[92]
Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
Lihat 3 ayat ni. Selepas roh kita di cabut, ALLAH akan letakkan kita dalam salah satu dari 3 grup ini. Syarat kemasukkan telah ALLAH tentukan di awal surah ini (sila baca kalau nak tahu). ALLAH yang letak, tiada makhluk pun boleh campur tangan, sebarang surat menyurat walau pun beserta recommendation dari siapa jua pun tidak akan terkesan. Nak sogok? ampu? rasuah? kabel? ubah cv? boo layan...
Hebat tak ALLAH?
Jika kita rasa hebatnya ALLAH, maka luahkan rasa hebatnya ALLAH itu tatkala kita menyahut arahan ALLAH:
dengan mengucapkan
ketika ruku' dengan penuh rasa takzim. Ucap perlahan-lahan. Sebut satu-satu. Usah terburu-buru. Sedari bahawa ketika itu kita sedang memuji dan mengangungkan ALLAH yang Maha Agung. Ruku' dengan betul, luruskan tangan, kaki dan tulang belakang. Pastinya redha ALLAH menanti.
"Think out of the box inside the Quran"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah