Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radhiallahu'anhu telah berkata: Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam yang mana dia telah menyatakan tujuannya: "Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat."
Maka baginda sollallahu `alaihi wasallam telah berkata kepadanya: "Tanyalah apa yang engkau kehendaki."
Dia berkata: Aku mahu menjadi seorang yang alim
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata: Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya
Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia
Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia
Dia berkata: Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
Dia berkata: Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna
Dia berkata: Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik)
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin
Dia berkata: Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat
Dia berkata: Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa
Dia berkata: Aku mahu dihimpun pada hari qiamat dibawah cahaya
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya
Dia berkata: Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat
Dia berkata: Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu
Dia berkata: Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia
Dia berkata: Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia
Dia berkata: Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu
Dia berkata: Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka
Dia berkata: Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya
Dia berkata: Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya
Dia berkata: Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat
Dia berkata: Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan
Dia berkata: Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala)
Dia berkata: Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
Dia berkata: Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda sollallahu `alaihi wasallam menjawab: sabar di dunia dengan bala dan musibah
Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah
menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan
agama dan bermanafaat selain hadis ini....
Alhamdulillah. Terbaik artikel ni. Saya share ke Channel saya t.me/cikguieta ye Tuan. Syukran.
BalasPadam