Setelah hampir sebulan diwartakan Fatwa berkaitan dengan ESQ. Namun isu ini masih hangat dibincangkan serta diperkatakan. Sama seperti Isu Yoga dan Pengkid yang lepas. Pelbagai pihak memberikan pendapat dan pandangan masing-masing. Ada yang sokong tak kurang yang bela... masing-masing dengan cara masing-masing...
Tujuan penulisan ini bukan untuk 'menghukum' atau menjadi hakim tentang status ESQ, namun lebih kepada dapatan dari sudut pandangan yang berbeza. Moga ada kebaikan yang kita boleh dapat dan fikirkan bersama.
Orait... kita mula,
Pertama, kenapa tajuk "ESQ : Persoalan apa?" di pilih? Jika anda ada jawapan, sila tuliskan jawapan ke atas sekeping pos kad dan pos kan ke tempat lain....
Jawapan kepada soklan tajuk ialah : Islam terbahagi kepada 3 furu' besar selari dengan Hadis Jibril yang terkenal iaitu Iman (Akidah), Islam (Muamalah), Ihsan (Akhlak). So, kita kena dapatkan gambaran awal bahawa Pelatihan ESQ ini melibatkan cabang yang mana satu dalam Agama Islam yang paling kita cinta ini. Dah tentu ianya menyentuh bab AKIDAH. Bila kita tahu cabang yang mana satu, maka kita boleh la pergi ke bab seterusnya....
Kedua, jika PC kita kat umah atau kat opis tak leh onn dan kita ni memang jenis 'buta kayu', kepada siapa kita nak rujuk untuk tujuan trouble shooting? klinik swasta atau kerajaan? Tidak, tidak dan tidak. Kita tidak akan rujuk kepada 2 institusi berkenaan. Kepada siapa? Dah tentu kita akan rujuk kepada 'ahlinya' kan...
Contoh lain, seorang doktor yang secara sukarela bagitahu kita ni ada penyakit dengan melihat simptom-simptom yang jelas, nyata lagi terang. Tapi kita dengan yakin bagitahu doktor tu bahawa kita sihat dengan bersandarkan dalil bahawa mamak kat kedai makan kata kita sihat. Apa kes???
2 contoh di atas dibawakan kepada anda oleh kicap manis cap king kong dengan pemeringkatan 2 kali...
Apa ibrah yang kita boleh dapat? secara mudahnya bahawa kita kena tanya orang yang lebih tahu (dalam bidang tersebut) kalau kita tak tahu. Bukan main tangkap muat. So, untuk hal ESQ yang kita pun dah tahu bab Akidah. Adalah sepatutnya kita merujuk kepada mereka yang mempunyai autoriti dan kepakaran dibidang Usuluddin. Kerana persoalan akidah memang menjadi kajian serta bidang yang mereka kuasai.
Bukan niat saya untuk menidakkan keilmuan pakar syariah atau lughah atau dakwah atau cabang lain. Cuma, persoalan akidah hendaklah dirujuk kepada pakar dalam bidang akidah. Sama seperti pesakit saraf otak kena jumpa pakar neuron otak dan bukan jumpa pakar lutut atau pakar sakit puan. Tak kena tu....
Tapi realiti yang terjadi? semua pihak ingin turut sama memberi pendapat dan pandangan. Tak salah kalau bagi pendapat dan pandangan, cumanya usah la hingga merendahkan martabat pihak-pihak yang terbabit. Si pemberi pendapat pula seolah-olah dialah jagoan dan 'paling tahu' tentang masalah yang dibincangkan.
Sewaktu MRR2 retak dulu, ada ke tok mupeti keluarkan fatwa? ada ke Kementerian Kesihatan keluarkan kenyataan?. Apa yang saya nak bagitau ialah, setiap bidang tu ada individu yang punya autoriti ke atasnya. So, kalau ada masalah rujuk la pada yang berkaitan.
Ketiga, Saya membaca banyak tulisan serta pandangan sebagai respon kepada fatwa yang telah dikeluarkan. Namun komen yang diberikan oleh pengomen amat memilukan... Bukan ke kita nak menjadi masyarakat minda kelas pertama?.. komen la dengan membawakan hujah ilmiah. Ada pengomen yang 'belum' ikut latihan ESQ, tapi mengomen seolah-olah dia dah 10 kali hadir. Ada juga pengomen yang 'sudah' ikut latihan ESQ dan bangga dengan kelebihan ESQ, tapi mengomen seolah-olah dia tak dapat apa-apa kelebihan pun. Pendek kata, ramai pengomen yang 'ikut sedap hembus je' bila memberi komen.
Erk, ugutan tu termasuk dalam komen ke?...
Keempat, Mengapa taksub? tak usah la taksub dan taklid. Lapan belas kali pun ikut training kalau liat nak solat berjemaah 5 waktu kat masjid terutama subuh dan masih utamakan drama korea tatkala azan berkumandang bagi perempuan, tetap tak guna juga walau time training keluar air mata darah sekalipun. (sambil tercungap-cungap). Berlapang dadalah. Bila orang tegur salah kita, renung dan tenung kembali diri kita. Saya percaya orang bukan nak malukan kita, orang lain cuma perihatin kat kita yang salah lorong mungkin.
Kadang pelik juga tatkala terdapat kajian yang menyatakan hanya 18% orang yang menunaikan solat 5 waktu di Malaysia. Satu jumlah yang agak mengujatkan. Dan juga dapatan kajian yang dilakukan oleh salah sebuah uni tempatan antara lain menyebut, 3/4 responden pernah terjebak dengan zina di Lembah Kelang SAHAJA. Dan juga fakta yang juga di ambil dari akhbar bahawa negara kita menghasilkan anak luar nikah seramai 17 000 orang sepanjang tahun lepas. itu pun yang di daftarkan. Yang bunuh, buang, bakar, tanam, sumbat dan lain-lain tu belum di masukkan dalam bilangan tersebut.
Mana para pengkomen? Mana para pemikir yang perihatin? Mana para penggerak yang nak me'repair'? Mana para pengkritik dengan hujjah yang 'ala-ala' bernas? Kalau pun ada, masih kepada budaya unjuk-mengunjuk, tuding-menuding, salah-menyalah dan tidak sedikit yang merasakan diri baik dan betul atau perasan betul.
Yang terakhir (setakat artikel ini ditulis) ialah kesederhanaan kita dalam melakukan suatu pekerjaan. ESQ merupakan alat atau tools untuk kita menggapai sesuatu yang baru bagi meningkatkan 'tenaga' kita. Bersederhanalah... Allah sudah menurunkan 'ESQ' yang menjadi mukjizat sejak sekian lama (baca: 1400 tahun). Tapi takda pun yang ambil pusing untuk mentelaah, mengkaji, hatta membacanya pun sukar. Dibiarkan berhabuk di dalam almari. Lantaran itulah terdapat penceramah yang menyeru untuk digerakkan semangat 'jihad' mengeluarkan al-Quran dari dalam almari.
Sedar atau tidak, kita meletakkan ciptaan makhluk itu lebih tinggi dan memberi kesan berbanding ciptaan Allah. Kita DOUBLE STANDARD. Secara jujur, berapa ramai yang terkesan bila baca Surah Sajdah (salah 1 surah dari 114 surah dalam Quran)? Atau tak terasa apa-apa? Bagaimana nak terasa kalau maknanya pun tak tahu? Bagaimana nak tahu kalau membacanya pun tak pernah? Fikir-fikirkanlah....
Akhir kalam... Kita bersama mohon agar Allah bersihkan hati dan jiwa kita sebagai persediaan menerima limpahan rahmat dan hidayah dari Allah.
Istighasah, boleh ke tak?
2 hari yang lalu
bagus.. saya senang dengan tulisan anda tentang bagaimana berhati-hatinya para ulama memberikan fatwa
BalasPadamassalamualaikum...
BalasPadamingin sekali membawa pemerhatian ustaz kepada 2 artikel berkaitan ESQ yang telah saya tuliskan.
1. ESQ 165 : SQ dan Nabi Palsu
http://suarajagat.wordpress.com/2010/10/18/esq-165-sq-dan-nabi-palsu/
2.ESQ 165 : Kaedah Pentakwilan Liberal
http://suarajagat.wordpress.com/2011/01/26/esq-165-kaedah-takwil-liberal/
Diharap ustaz sudi untuk membaca. terima kasih