Memaparkan catatan dengan label otak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label otak. Papar semua catatan

Isnin, 19 April 2010

Sapa ada otak sila baca....

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas
tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14
juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf
tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau
ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi
bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang
terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif
berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak
tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung
mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan
dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian
yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak
sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan
benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu
dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza
otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan
otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan
yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan
lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan
yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru
menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya
dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Khamis, 15 April 2010

Kenal diri sendiri

Salam... bertemu kembali kita di ruangan ini utk berkongsi sedikit ilmu yang
Allah ilhamkan kepada kita. yang baik kita jadikan pedoman, yang tak betol kita
abaikan. yang dah tahu sebagai peringatan, yang baru tahu sebagai penambah ilmu
dalam menghadapi kehidupan yang tersisa sebelum ajal menjemput kita.

Bagaimana nak kenal diri? melalui MY KAD? atau birth certificate? ada org kata
kenal diri maka akan kenal Allah. ada betulnya pernyataan ini kerana dia tahu
diri dia 'siapa'. Allah memperaku manusia adalah ciptaan terbaik. perkataan yang
digunakan adalah 'ahsan'. Dalam tatabahasa arab perkataan tersebut menggunakan
wazan atau timbangan yang membawa erti bersangatan. asal perkataannya ialah
'hasan' iaitu baik dan 'ahsan' membawa erti maha baik atau perfect. sama juga
perkataan 'kabir' bermakna besar jika digunakan 'akbar' membawa erti maha besar.

Namun, dalam kitab yang sama, 'manual book' yang sama, diperincikan sedikit
sebanyak ttg sifat manusia yang keluh kesah, bakhil, kedekut dan beberapa sifat
negatif yang lain. Hmm... memula kata manusia ni perfect, tapi kenapa ada sifat
gitu? bukan ke seolah² bertentangan dengan kenyataan awal? itu sebenarnya sifat
asli manusia yang pasti dapat jika tidak mendapat panduan dari hidayah Allah
SWT. sebab tu kalau kita perhati dalam Quran kat hujung ayat tu Allah sebut
'semoga' kamu mendapat petunjuk dan sebagainya. lihat lak perkataan 'semoga'.
perkataan ni hanya layak digunakan oleh manusia kepada Allah kerana kategori
perkataan ini adalah kategori perkataan doa. sifatnya sebagai kata² harapan dan
permintaan. (tinggi sket penerangan nih... kalau tak faham abaikan je). soalan.
adakah Allah berharap? kenapa Allah guna semoga? ahli bahasa arab menerangkan
bahawa jika perkataan 'semoga' digunakan pakai oleh Allah Rabbul Jalil, maka
'semoga' membawa maksud 'pasti'. so, utk mengelakkan dari sifat² negatif tu,
Allah letak plak terms and condition yang jika dipatuhi maka pasti kita terlepas
dari sifat asal.

hm... berat gakkan nak kenal diri...

ada banyak cara nak kenal diri kita ni sebenarnya. antara caranya:

amik cermin. pandang muka kita. selepas baca doa apa yang patut. tgk kening
kita. pastu tgk rambut lak. strukturnya sama, kalernya sama, jenis bahan yang
digunakan juga sama, tumbuh di atas kulit yang sama. tapi, rambut tetap
memanjang berbeza dengan kening yang tetap dan berpencen. kening tak panjang².
tak pernah lak tengok org jalan sambil kepit kening dengan cepit rambut dek
kerana panjang dan tak potong kening. sedangkan jarak antara kening dan rambut
tak lebih dari sekaki. cemana kilang yang proses rambut dan kening tu berjalan
ek? bahan utk rambut terus di supply kat area tersebut dan tak pernah mistake
dalam membuat penghantaran. Maha suci Allah dari melakukan sebarang kesilapan.

pastu tgk lak benda keras yang dapat dilihat atas batang tubuh (tubuh badan)
kita. ada 2 iaitu kuku dan gigi. kedua²nya keras. tapi, kuku memanjang. gigi?
bayangkan kalau gigi sama dengan kuku dari sifat memanjangnya. akan pening la
timah nak memotong gigi para pak cik dan mak ciknya kelak. tengok pula pada
kuku. dipangkalnya lembut, dihujung keras. cemane tu? dan disebabkan adanya kuku
maka kita boleh buat banyak kerja tanpa ada problem. korek idung misalnya. kalau
takde kuku? sukarkan.... pastu tgk gigi lak. Allah bagi peluang tumbuh hanya 2
kali. tgk lak gigi jaws yang boleh tumbuh berkali² tanpa had. kalau manusia
macam jaws, dah tentu doktor gigi macam timah takleh cari makan. dari mana gigi
tumbuh? dan gigi berdiri atas apa? kena tanya timah. dan yang penting gigi di
support oleh benda yang fragile iaitu gusi. Maha suci Allah.

kita up sket.

tgk kepala lak. dan kita renung dalam sket. yg kita nak tengok ialah apa yang
terlindung oleh tengkorak kita. iaitu otak. benda yang begitu penting diletak di
tempat yang paling atas di lindung oleh binaan yang cukup mantop dan kukuh.
begitu sekali Allah letak otak kita. penting isnt it? sedar atau tidak kita baru
menggunakan kurang dari 1% kemampuan otak kita utk berfikir. selebihnya Allah
cipta otak kita utk aktiviti bawah sedar. sapa ada tengok iklan susu tepung
kekanak yg sebut pasal otak? turun tangan.... hahahahah. ok semua tgk. cuma kita
take for granted. dalam iklan tu sebut bahan gangliosida (kalau tak silap la).
bahan yang membantu otak kita aktif dan berhubung. lebih banyak otak kita
berhubung maka lebih banyak boleh simpan maklumat. dan sebenarnya (bukan lagu
yuna), otak manusia ni sama sahaja disetiap peringkat umur. tiada beza. bezanya
hanya cara penggunaan serta penjagaan. kalau lah dibina sebuah komputer yang
ingin menandingi kemampuan otak kita nescaya memakan ruang luas 50 padang bola
dan setinggi statue of liberty (fakta saya baca dalam buku). cemane otak
berfungsi? tadi disebut bila otak saling berhubung maka akan dapat simpan
maklumat. tatkala kita melakukan sesuatu tak kira membaca, menulis, menghafal,
memerhati maka otak kita akan mula berhubung antara sel²nya pada bahagian
tertentu. dan bila kita kerap menggunakan / menghubungkan sel² di bahagian
tersebut, hasilnya sel² disitu akan menyimpan maklumat tersebut secara kekal.
sebab tu kalau nak jadi pakar, kita hanya perlu melakukan latihan berulang kali.
berapa kali? berulang kali. sehubungan dengan perkara itu, nabi dah ingatkan
'hendaklah kamu beriman kepada Allah dan kemudian istiqomah'. adakah zaman nabi
dah ada ilmu perubatan sebegini maju? cemane nabi bleh tawu kalau istiqomah
(latihan berulang kali) akan membawa manfaat kepada manusia? Maha suci Allah
yang maha mengetahui.

to be continued...

Senarai Blog Saya

Pengikut