Memaparkan catatan dengan label tak mahu solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tak mahu solat. Papar semua catatan

Rabu, 1 Ogos 2012

Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat



Hukum orang yang meninggalkan solat ada beberapa kategori seperti berikut:

1. Kerana INGKAR tentang kewajipannya.

Hukumnya: Kafir dan terkeluar dari Islam (Murtad)

Dalil:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Penentu antara seseorang dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat." - Riwayat Muslim, Muhktasar Sahih Muslim, No 204

Sabda Baginda lagi yang bermaksud: "Perjanjian antara Kami dan mereka (hamba-hambaNYA yang muslim) ialah solat. Sesiapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah kafir." - Riwayat Imam Ahmad, Tarmizi dan Nasa'i, Sohih al-Jami' al-Soghir, No 4143

Sabda Baginda lagi yang bermasud: "Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, sesungguhnya telah kufur dengan terang-terangan." - Riwayat Imam Tobrani dalam al-Ausat, al-Tarhib dan al-Targhib jilid 1, hlm. 382

Tarmizi meriwayatkan bahawa para sahabat Muhammad s.a.w tidak melihat suatu amalan yang meninggalkannya menjadi kufur selain daripada solat. - al-Tarhib dan al-Targhib jilid 1, hlm.379

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Kurang iman orang yang tidak amanah, tidak sah solat orang yang tidak bersuci, tidak ada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Kedudukan solat dalam agama adalah umpama kedudukan kepala pada badan." - Riwayat Imam Tobrani dalam al-Ausat, al-Tarhib dan al-Targhib jilid 1, hlm. 381

2. Kerana MALAS atau meringan-ringankannya. Terdapat beberapa pendapat, antaranya:

Imam Ahmad: Dihukum bunuh kerana kufur.

Pendapat ini dipegang juga oleh: Umar, Abdul Rahman Auf, Muaz bin Jabal, Abu Hurairah, Abdullah bin Mas'ud, Ibnu Abbas, Jabir dan Abu Darda' r.ahum.

Fuqaha' Mazhab Maliki dan Syafie: Bertaubat selama 3 hari. Sekiranya tidak mahu, hendaklah dihukum bunuh. Hukum bunuh ini sebagai hukuman had (hudud) bukan disebabkan kafir.

Fuqaha' Mazhab Hanafi: Fasiq yang perlu dipenjara dan disebat dengan kuat sehingga dia menunaikan solat dan bertaubat. Jika tidak, dia perlu dipenjarakan hingga mati.

Allahua'lam

Senarai Blog Saya

Pengikut