Jumaat, 3 Februari 2012

Tanda kasih Rasulullah صلى الله عليه وسلم buatmu wahai umat



Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها berkata: 


Tatkala aku melihat Nabi صلى الله عليه وآله وسلم berada dalam keadaan baik, 


aku berkata: Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun mendoakannya: 



Ya Allah! Ampunilah dosa ‘Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang-terangan.

Lalu Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها ketawa kegembiraan sehingga kepalanya jatuh ke riba Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kerana terlalu gembira.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bertanya: Apakah doaku menggembirakanmu?

Sayyidatuna ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab: Kenapa tidak, aku begitu gembira dengan doamu itu.

Lantas Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم pun bersabda: 

Demi Allah! Inilah doa yang aku panjatkan untuk umatku dalam setiap solat.

(Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243).


Begitu dalam cintanya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم kepada kita. Apakah tindakan kita?
Sanggupkah kita membiarkan cinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم 'bertepuk sebelah tangan'?
Perbanyakkanlah Solawat pada Rasulullah


33:56


Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum Warahmatullah

Senarai Blog Saya

Pengikut