Hafiz Ibn Kathir menulis:
“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)
Kedua-dua ulamak sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Kathir di atas iaitu Imam Baihaqi dan Hakim menyebutkan bahawa usia Khadijah sewaktu berkahwin dengan Rasulullah saw adalah sama ada 35 atau 25 tahun, dan LANGSUNG tidak menyebut 40 tahun.
dan yang ini berkaitan dengan umur beliau tatkala wafat:
Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)
*Jika belum faham, ulangi pembacaan dari huruf pertama sebelum meneruskan pembacaan.
Seterusnya mari kita belajar kira-kira.
Nabi Muhammad saw menjadi rasul pada usia 40 tahun = tahun 1 kenabian.
Khadijah rha wafat pada tahun ke-10 kenabian @ 3 tahun sebelum hijrah = umur Nabi Muhammad saw tatkala itu mencecah 50 tahun.
Jika kita ambil pendapat yang benar menurut Ibn Kathir yang kata bahawa Khadijah wafat pada usia 50 tahun, maka usia Nabi Muhammad saw & Khadijah rha adalah SAMA ketika mereka berkahwin iaitu 25 tahun.
*Jika belum faham, ulangi pembacaan dari huruf pertama sebelum meneruskan pembacaan.
Kemudian kita perati pulak pendapat Ibn Abbas yang mengatakan umur Khadijah rha 28 tahun ketika berkahwin dengan Nabi Muhammad saw atas beberapa faktor:
- Siti Khadijah masih mampu melahirkan 6 orang anak, kalaulah umur Siti Khadijah berumur 40 tahun masakan dia dapat melahirkan anak yg sebegitu ramai, paling banyak pun hanya seorang atau dua sahaja.
- Suami Siti Khadijah yg pertama bernama Abu Halah bin Zurarah at Tamimi dan hasil perkahwinan dengan Siti Khadijah lahirlah seorang anak lelaki dan diberi nama Hindun . Suami kedua Siti Khadijah pula bernama Atiq bin Aiz Al-Makhzumi dan hasil perkahwinan mereka lahirlah seorang anak perempuan yg diberi nama Hindun juga. Nama Hindun di dlm masyarakat arab boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan.
- Jika diteliti jarak perkahwinan Halah dengan Atiq sudah tentu tidak lama kerana selepas Halah meninggal dan Siti Khadijah tamat iddah, Siti Khadijah pun dilamar oleh Atiq .
Kita 'usher' pulak point lain...
Anak Khadijah sebelum berkahwin dengan Nabi ada 3 :
Hind (Lelaki),
Halah; dan
Hind (perempuan).
Setelah berkahwin dengan Nabi SAW, mereka telah memperoleh 7 orang anak pula iaitu:
Zainab,
Ruqayyah,
Ummu Kalthum,
Fatimah,
Qasim,
Tayyab; dan
Tahir.
So:
Adakah logik kes ni? Menurut ilmu Sains Perubatan, seseorang perempuan itu dianggap telah melewati usia subur untuk melahirkan anak apabila berumur 45 tahun. Tapi, dalam fakta di atas, dapat difahami bahawa Khadijah rha telah melahirkan anak seramai 7 orang (setengah pendapat mengatakan 8 ) setelah usia 40 tahun ?!
Ni dok kaji umur ni kenapa? apa beza kawen umur 40 ke 25 ke? apa kesan atas kita?
1. Pihak Orientalis akan memperbodoh2kan sejarah Islam dan menggunakan alasan di atas sebagai salah satu "modal" untuk menghentam Islam.
2. Ada juga yang mendakwa, RasuluLlah SAW hanya berkahwin dengan seorang "janda tua yang kaya" kerana ingin mendapat hartanya.
Masyarakat Kristian di Eropah dan Amerika, mempersendakan Islam dan Nabinya dengan menyindir : "Jika kamu tidak ingin papa, kahwinilah seorang janda kaya."
3. Syiah pula mendakwa bahawa Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum TIDAK dii'tiraf sebagai anak Nabi SAW.
4. Ramai orang, bila bercakap tentang perbezaan usia dalam perkahwinan antara lelaki dan perempuan, iaitu merujuk kepada kes "usia perempuan yang lebih tua", maka akan dikaitkan dengan perkahwinan antara Nabi SAW dan Khadijah rha. Mereka katakan ini sebagai SUNNAH.
Akhirnya...
Setakat tu fakta ringkas yang dapat dibentang. Terpulang pada kita untuk stick pada yang lama atau memperbaharui pemahaman kita.
Ada juga antara kita yang berpandangan, agama ni takleh ukur dengan logik akal. Kalau ikut logik, riba itu untung (sebab dapat lebih) manakala zakat itu rugi (sebab bagi kat orang). Namun ketetapan Allah adalah sebaliknya.
Apa pun pandangan dan pendapat kita perlu membersihkan sebarang unsur yang meragukan minda. Saranan Rasulullah saw yang membawa maksud 'tinggalkan yang meragukan...'.
Zikir & Fikir... Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Assalamualaikum Warahmatullah