Rabu, 18 Disember 2019

[Manusia Yang Meninggalkan Al-Quran]

Siapakah manusia yang meninggalkan al-Quran?
Kata Al-Imam Ibn Kathir:
وكانوا إذا تلي عليهم القرآن أكثروا اللغط والكلام في غيره، حتى لا يسمعوه. فهذا من هجرانه،
1) Apabila dibacakan al-Quran, mereka itu membuat bising dan bercakap-cakap tentang perkara lain sehingga sehingga mereka tidak mendengarnya. Inilah satu bentuk meninggalkan al-Quran.
.
.
وترك علمه وحفظه أيضا من هجرانه،
.
2) Tidak mempelajari dan menghafaznya merupakan satu bentuk meninggalkan al-Quran.
.
.
وترك الإيمان به وتصديقه من هجرانه،
.
3) Tidak beriman dengannya merupakan satu bentuk meninggalkan al-Quran.
.
.
وترك تدبره وتفهمه من هجرانه،
.
4) Tidak menghayati dan memahaminya adalah satu bentuk meninggalkan al-Quran.
.
.
وترك العمل به وامتثال أوامره واجتناب زواجره من هجرانه،
.
5) Tidak beramal, tidak mengikuti arahannya, dan tidak menjauhi larangannya merupakan satu bentuk meninggalkan al-Quran.
.
.
والعدولُ عنه إلى غيره -من شعر أو قول أو غناء أو لهو أو كلام أو طريقة مأخوذة من غيره -من هجرانه،
.
6) Mengutamakan perkara lain seperti syair, kata-kata manusia, nyanyian, permainan atau perbualan, atau jalan-jalan lain melebihi al-Quran merupakan satu bentuk meninggalkannya.
________________
.
فنسأل الله الكريمَ المنانَ القادرَ على ما يشاء، أن يخلّصنا مما يُسْخطه،
.
Kita memohon kepada Allah yang Maha Pemurah Maha Pemberi Maha Berkuasa di atas segala sesuatu, untuk menghilangkan daripada diri kami apa yang Dia murkai.
ويستعملنا فيما يرضيه، من حفظ كتابه وفهمه
.
Menjadikan kami orang yang melakukan apa yang Dia redhai dengan menghafaz dan memahami kitabnya.
والقيام بمقتضاه آناء الليل وأطرافَ النهار، على الوجه الذي
يحبه ويرضاه، إنه كريم وهاب.
.
dan melaksanakan tuntutannya pada malam dan siang hari, pada jalan yang Dia cintai dan redhai. Sesungguhnya Dia Maha Pemurah Dan Pemberi Kurnia.
[Tafsir al-Quran al-Azhim]

WAWASAN 2020 DIRIMU : JANGAN SINGKIR ORANG-ORANG BERIMAN DARI MENJADI TEMAN YANG MENEGUR KEHIDUPANMU


Mengapa Nabi Nuh a.s. melafazkan “Aku tidak akan menghalau orang-orang beriman dari sisiku” ?
Kerana lafaz seterusnya iaitu “sesungguhnya mereka akan menemui Tuhan mereka” menjelaskan bahawa Nabi Nuh menyedari bahawa Allah akan pertanggungjawabkan tindakannya sekiranya menyingkirkan orang-orang beriman dari sisinya meskipun miskin dan dipandang hina di mata masyarakat.
Ayat seterusnya pula menjelaskan lagi ketakutan Nabi Nuh a.s. untuk berdepan dengan Allah SWT, siapa boleh membantu aku menjawab soalan Allah kelak di Akhirat seandainya dia bertanya mengapa aku singkirkan mereka dari sisiku hanya semata-mata mahu memberi tempat kepada pemimpin-pemimpin berkuasa yang tidak senang dengan pengikut-pengikutku yang miskin tetapi beriman.
IBRAH : Adakah wawasan 2020 kita sudah dimasukkan agenda menambah rakan-rakan beriman yang boleh menegur tindak tanduk dan perkataanku atau 2020 tahun aku singkirkan mereka demi mengaut kekayaan dan keuntungan hidup yang lebih banyak ?
“Afala tazakkarun” di hujung ucapan baginda yang dirakamkan Allah bermakna “janganlah keghairahan mengejar dunia membuatkan kalian lupa apa yang seharusnya kalian sangat-sangat kena beringat”.
Rujukan :
Tafsir Surah Hud
Mutawalli Sya’rawi r.h.

Senarai Blog Saya

Pengikut