Khamis, 19 Januari 2012

Secebis permintaan

Ya ALLAH, Tuhan yang Maha Menguasai atas tiap-tiap sesuatu, Tuhan yang Maha Mengatur segala kehidupan dan kematian, Tuhan yang Maha Mengaturkan segala ketentuan,

aku memohon Ya ALLAH,
agar aku diberi kelapangan masa untuk ibu bapaku ketika mereka di saat-saat akhir kehidupan mereka,
agar aku dapat menatap wajah mereka buat kali terakhir,
agar aku dapat hilangkan rasa rindu pada mereka setelah pemergian yang tidak akan kembali lagi ke sisi kami ya ALLAH,
agar aku dapat mengajar mereka mengEsakan Mu ya ALLAH.

Ya ALLAH, Tuhan yang Maha Mengetahui walaupun sesaat kehadapan, Tuhan yang Maha Berkuasa terhadap segala apa yang ada di langit, di bumi dan antara keduanya, Tuhan yang berfirman bahawa pohonlah kepada ALLAH, nescaya ALLAH makbulkan setiap permohonan. aku mohon untuk diperkenankan. Ameen.

Rabu, 18 Januari 2012

Say No No to Maksiat - tiada kompromi

Artikel ini di petik dari Abu Haseef

Adalah HARAM bagi umat Islam meredai sesuatu perbuatan kufur dan maksiat. Biarpun dirinya sendiri tidak melakukan perbuatan tersebut, namun sikap meredai sesuatu perbuatan kufur atau maksiat adalah dilarang di dalam agama Islam. 


Reda di sini bermaksud memuji, tidak menentang atau membantah, mendiamkan diri apatah lagi merekemendasi sesuatu perbuatan kufur dan maksiat tersebut.


Kaedah menyebut: 
al-ridha bil kufri kufrun (reda dengan kekufuran adalah kufur), 
al-ridha bil fisqi fisqun (reda dengan kefasiqan adalah fasiq); dan 
al-ridha bil ma’siyati ma’siyatun (reda dengan kemaksiatan adalah maksiat). 


Menurut Imam al-Razi, kaedah ini telah disepakati oleh ijma’ ulama. Ia adalah antara kaedah yang diungkapkan oleh Ibn ‘Abbas ketika mentafsirkan surah al-Taubah ayat 23. (Lihat al-Razi, Fakhr al-Din (2000), al-Tafsir al-Kabir, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, j.16, hal. 16 & j.26, hal. 215)


9:23


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim. (At Taubah 23)

Antara contoh senario meredai perbuatan kufur dan maksiat yang boleh dilihat mutakhir ini adalah seperti berikut:-

Kes pertama: Seorang wanita bertudung berkata, “Walaupun saya bertudung, saya tetap menghormati pendirian golongan wanita yang tidak mahu bertudung, ini kerana bertudung adalah hak peribadi masing-masing”.

Kes kedua: Seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu berkata, “Saya percaya Islam adalah agama yang terbaik, namun saya percaya tiada tegahan untuk seseorang murtad atau keluar daripada Islam, ini kerana Islam membenarkan kebebasan beragama dan berfikir”.

Kes ketiga: Seorang lelaki yang berkahwin dengan wanita secara sah berkata, “Meskipun saya sendiri tidak berminat kepada nafsu sesama jenis, itu tidak bermakna saya menentang perkahwinan sejenis dengan meletakkan hukuman berat terhadap sesiapa yang melakukannya”.

Ketiga-tiga dialog di atas adalah contoh hakisan aqidah dan syariah yang sedang menjalar ke dalam pemikiran segelintir umat Islam pada hari ini. 


Ye, mereka sendiri memang tidak melakukan perbuatan kufur dan maksiat tersebut, tetapi apabila ia dilakukan oleh orang lain, mereka tidak pula mengatakan ia satu kesalahan dan dosa yang perlu diawasi dan ditentang. Pertimbangan agama diketepikan sebaliknya ‘akal’ digunakan secara berlebihan untuk menjustifikasikan sikap toleransi dan kompromi terhadap kekufuran dan maksiat.


Mereka terlupa bahawa pertimbangan ‘akal’ itu tidak sempurna seperti yang disangkakan. Kerana ‘akal’ hanya melihat dari sudut implikasi duniawi yang terbatas. Apabila ‘akal’ tidak melihat apa implikasi duniawi yang berlaku, maka ‘akal’ akan memutuskan itu hanya satu ‘pilihan’ yang terserah kepada individu sama ada mahu melakukan atau tidak. 


Tapi, cuba bayangkan jika ‘akal’ menghukumkan secara songsang sesuatu yang jelas berimplikasi duniawi.


Sebagai contoh, 


seseorang berkata, “Walaupun saya memakan makanan yang baik, tetapi itu tidak bermakna saya melarang orang lain untuk memakan racun”. 


Atau seseorang berkata, “Walaupun saya sendiri sentiasa menjaga keselamatan nyawa, tetapi itu tidak bermakna saya menegah orang lain untuk membunuh, ia terserah kepada hak asasi masing-masing”.



Kedua-dua dialog ini jelas membawa jenis ‘akal’ yang songsang. Mustahil ‘akal’ akan biar memilih sesuatu yang membawa implikasi duniawi yang buruk. 

Sepatutnya ‘akal’ akan mengatakan bahawa makan racun dan membunuh bukanlah satu pilihan, ia adalah satu larangan dan patut ditempelak dengan sekeras-kerasnya kerana implikasi duniawinya jelas. Mudarat kepada jasad dan nyawa!  

Sebaliknya apabila ‘akal’ digunakan untuk menilai ‘implikasi uhkrawi’ memang ia tidak akan menjadi apa-apa, kerana akal tidak mampu mengukur apa ‘implikasinya’? Masakan ‘akal’ dapat melihat murka Allah, dosa dan neraka seperti ‘akal’ boleh melihat orang yang menggelupur akibat menelan racun atau dibunuh? Kerana itu neraca agama (wahyu) penting dalam soal berkaitan hukum hakam dan ‘akal’ tidak boleh menjadi pengukur atau penimbang utama untuk menentukan pendirian.

Berbalik kepada tiga senario yang dibawakan, seseorang yang benar-benar faham kaedah yang dibentang, sepatutnya akan mengatakan seperti ini:-

Kes pertama: Seorang wanita bertudung berkata, “Walaupun saya bertudung, saya merasa sedih kerana masih tidak mampu menarik rakan-rakan yang tidak bertudung untuk mengenakan tudung, ini kerana bertudung adalah perintah Allah SWT yang muktamad di dalam al-Qur’an yang sewajibnya dilaksanakan oleh setiap wanita muslimah, semoga Allah memberi hidayah kepada mereka”.

Kes kedua: Seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat lima waktu berkata, “Saya percaya Islam adalah agama yang terbaik, malah hanya Islam satu-satunya agama yang benar. Murtad atau keluar Islam adalah satu jenayah yang ditegah oleh Islam dan kesannya di akhirat kelak, mereka akan diazab di dalam neraka selama-lamanya. Oleh itu, menjadi kewajipan umat Islam untuk menyelamatkan saudara seislam yang terjebak ke dalam kancah murtad untuk mengembalikan mereka kepada Islam”.

Kes ketiga: Seorang lelaki yang berkahwin dengan wanita secara sah berkata, “Meskipun saya sendiri tidak berminat kepada nafsu sesama jenis, itu tidak bermakna saya berkahwin kerana kecenderungan seks semata-mata, tetapi kerana mematuhi perintah Allah SWT yang hanya membenarkan perhubungan antara lelaki dengan wanita yang sah sahaja. Adapun perkahwinan sejenis adalah haram dan mengundang kemurkaan Allah, malah hukum syara’ telah menetapkan hukuman tertentu terhadap pelaku perbuatan tersebut. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada sesiapa yang terjebak ke dalam perbuatan tersebut di kalangan umat Islam”.

Beginilah cara yang sepatutnya dijawab (atau seumpamanya) apabila kita dihadapkan dengan isu-isu yang melibatkan aqidah dan syariah. Jangan sekali-kali menampakkan tanda-tanda toleransi dan kompromi terhadap kekufuran dan kemaksiatan. Hakikatnya, apabila kita sanggup berkompromi dengan kufur dan maksiat, bermakna kita membiarkan orang lain terdedah kepada bahaya implikasi ukhrawi yang tak terlihat dengan mata dan tak tercapai oleh akal. Maka ia tak ubah seperti manusia yang ber ‘akal’ songsang, kerana yang patut ditegah, tidak ditegah.

Wallahu a’lam.

Isnin, 16 Januari 2012

Doa Nabi sewaktu Perang Uhud

اللْهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كُلُّهُ، اللْهُمَّ لَا قَابِضَ لِمَا بَسَطْتَ وَلَا بَاسِطَ لِمَا قَبَضْتَ، وَلَا هَادِيَ لِمَنْ أَضْلَلْتَ، وَلَا مُضِلَّ لِمَنْ هَدَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ وَلَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُقَرِّبَ لِمَا بَاعَدْتَ، وَلَا مُبَاعِدَ لِمَا قَرَّبْتَ. اللْهُمَّ ابْسُطْ عَلَيْنَا مِنْ بَرَكَاتِكَ وَرَحْمَتِكَ وَفَضْلِكَ وَرِزْقِكَ، اللْهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ الْمُقِيمَ الَّذِي لَا يَحُولُ وَلَا يَزُولُ. اللْهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ النَّعِيمَ يَوْمَ الْعَيْلَةِ وَالْأَمْنَ يَوْمَ الْخَوْفِ. اللْهُمَّ إِنِّي عَائِذٌ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا أَعْطَيْتَنَا وَمِنْ شَرِّ مَا مَنَعْتَنَا. اللْهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ. اللْهُمَّ تَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ وَأَحْيِنَا مُسْلِمِينَ وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِينَ غَيْرَ خَزَايَا وَلَا مَفْتُونِينَ، اللْهُمَّ قَاتِلِ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ يُكَذِّبُونَ رُسُلَكَ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ عَلَيْهِمْ رِجْزَكَ وَعَذَابَكَ، اللْهُمَّ قَاتِلِ الْكَفَرَةَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلهَ الْحَق

Ya ALLAH, segala puji hanya bagi MU.

Ya ALLAH, tiada yang dapat menahan apa yang telah Engkau lapangkan,
dan tiada pula yang dapat melapangkan apa yang Engkau tahan.

Tiada yang dapat menyesatkan orang yang telah Engkau beri petunjuk.

Tiada yang dapat memberikan apa yang Engkau cegah,
dan tiada yang dapat mencegah apa yang Engkau berikan.

Tiada yang dapat mendekatkan apa yang telah Engkau jauhkan,
dan tiada yang dapat menjauhkan apa yang telah Engkau dekatkan.

Ya ALLAH, limpahkanlah keberkahan, rahmah, kurnia dan rezki MU kepada kami.

Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepada MU kenikmatan abadi yang tidak akan berubah dan tidak pula lenyap.

Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepada MU kenikmatan pada hari kesengsaraan dan rasa aman pada hari yang menakutkan.

Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada MU dari keburukan apa yang telah Engkau berikan kepada kami dan dari keburukan apa yang Engkau cegah dari kami.

Ya ALLAH, jadikanlah hati kami mencintai keimanan dan jadikanlah ia hiasan dalam hati kami.
Dan tanamkanlah kebencian kepada kami terhadap kekufuran, kefasikan dan kedurhakaan.
Dan jadikanlah kami termasuk orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus.

Ya ALLAH, matikanlah kami dalam keadaan Muslim dan juga hidupkanlah kami dalam keadaan Muslim.
Serta pertemukanlah kami dengan orang-orang soleh dalam keadaan tidak terhina dan tidak pula terfitnah.

Ya ALLAH, perangilah orang-orang kafir yang mendustakan Rasul-Rasul MU dan menghalang-halangi jalan MU,
Dan timpakanlah kesengsaraan dan azab MU kepada mereka.

Ya ALLAH, perangilah orang-orang kafir yang telah diberi al Kitab, Ilah yang Maha Benar

Senarai Blog Saya

Pengikut